Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Esok dah 1 Januari 2010. Dah tahun baru. Dengan itu secara tak rasminya aku dah 26 tahun. Dah tua tapi belum dikira senja lagi. Kawan-kawan ada yang dah kawin, dah ada anak, yang belum kawin pun masih ramai. Aku pulak masih macam ni. Tapi aku percaya pada jodoh, so aku duk goyang kaki saja tunggu jodoh datang. Sehingga saat tu, aku akan hidup seperti biasa. Yang menjadi keutamaan adalah MSc aku, moga ni adalah tahun terakhir aku, amin.
Dan aku baru saje book accommodation aku kat Vienna nanti. Kali ni aku pilih nak duk ni apartment, senang sikit dan lebih selesa. Yang penting aku boleh masak. Tadi jugak aku dah plan ngn kawan aku yg ikut aku tu. Kami akan travel ke Germany, Italy dan mungkin jugak ke Prague. Terasa begitu seronok dan teruja. Bab berjalan ni aku memang johan, tak kesah kena berjimat untuk makan asalkan dapat travel. Kalau ada masa dan duit extra mungkin aku nak pergi lawat Budapest jugak. Hungary dengan Austria tak jauh mana, boleh pergi naik train. Apapun ni hanya plan awal kami. Apa jadi nanti tak tau lagi. Sesuatu yang pasti adalah kami akan travel. Kepada Arix, hang jangan jeles tau. Bukan aku tak mau bawak hang tapi hang yang tak nak ikut aku kan? Hehehe.
* Happy New Year

Tuesday, December 29, 2009

Hati

Hati budi manusia sebenarnya cukup rumit. Apa yang kita boleh nampak hanya luaran semata, macam penampilan dan perilaku. Yang dalaman punya menjadi rahsia. Sesiapa yang pandai merahsiakan nescaya akan selamatlah dia pada mata masyarakat. Sebab tu kita tok sah melatah andainya seorang wanita yang berpenampilan macam sebuah peti pos rupanya mempunyai perilaku yang cukup hina. Penampilan macam peti pos bukan sebab dia ni pakai pakaian merah dan sedikit-sedikit kaler biru (ala2 pos mesia) dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan juga sebab dia gemuk secara fizikal. Salah tu. Sebabnya dia berpenampilan ala burqa yang hanya nampak mata. Sebab kat situla tempat orang masukkan surat. Apa yang Rozita Che Wan pakai masa malam anugerah skrin tu bukan burqa. Walaupun hanya nampak mata tapi kat bahagian bawah dah rabak macam kena cakau ngn rimau. Tu adalah fesyen peti ais besar yang ada tiga pintu tapi pintu bawah tercabut. Ini adalah perbandingan semata-mata. Kadang-kadang orang yang pakai baju macam balut nangka tapi mempunyai hati yang mulia. Tapi biasalah manusia suka menilai apa-apa yang mata mereka nampak. Yang mata tak nampak tolak tepi. Ambik contoh awang hitam. Memang tengok mereka ngeri. Lubang hidung boleh sumbat buah duku. Manggis tak boleh sumbat sebab ada mahkota. Nanti depa mati lemas. Kalu budak kecik tengok boleh ngigau malam. Kena tidor pakai tangkal. Tapi kita tak boleh kata diorang ni jahat semua. Bangsa apapun ada yang jahat, ada yang baik. Jangan nilai pada luaran. Nilai pada hati. kalau semua orang boleh buat macam tu nescaya dunia ini adalah tempat yang selamat.
*Dunia ni tak selamat, duduk dalam mall pun kena hempap kereta

Monday, December 28, 2009

Suri Lab

Sekarang nih rutin hidup aku dah jadi macam suri rumah. Bezanya aku bukan duk rumah tapi lab. Setiap Ahad, Selasa dan Khamis pagi2 lagi aku ke pasar untuk membeli ikan. Bukan untuk dibuat lauk makan tengahari, juga bukan sebab aku dah berenti belajar lalu memilih untuk jadi tukang masak sebagai kerjaya. Sebab kat lab ni ada 16 ekor makhluk yang harus dibagi makan. Sesudah membeli aku terus ke lab, menyiang ikan dan basuh bersih-bersih. Pastu potong kecil-kecil jadi bentuk kiub. Dulu diorang ada buat protes senyap. Tak nak makan. Sebab kat US dulu diorang menjamah 'pork' sebagai hidangan harian. Tapi aku buat tak tahu. Permintaan diorang yang melampau tu aku x layan. Buat donno don care. Lama-lama diorang pasrah. Redha dengan suratan takdir, diorang mula makan 'makanan halal'. Sebenarnya aku boleh suruh staf kat lab ni uruskan semua, aku hanya perlu beli makanan jer. Tapi biarlah, aku sayang kat makhluk 16 ekor ni. Sebab aku tahu orang lain susah nak sayang kat diorang. Diorang kan tak comel. Manusia suka menda yang kiut-kiut jer. Yang hodoh dan buruk tolak tepi. Sebab tu banyak pelakon yang hodoh-hodoh hanya mampu pegang watak jahat je. Hanya tu yang sesuai.

Jahat sebab hodoh ke atau hodoh sebab jahat?

Saturday, December 26, 2009

ISRAEL ISnotREAL

Aku mengikuti konflik Timur Tengah dah lama. Dari zaman sekolah lagi. Semua yang aku tau boleh dikatakan semua dari bahan bacaan kecuali dari dokumentari yang pernah disiarkan kat TV2 yang bertajuk "struggle for freedom" kira-kira 8-9 tahun lepas..siri ni disiarkan setiap minggu pada pukul 12.30 tengahari setiap jumaat. Kalau nak harapkan daripada CNN ke BBC ke yang buat liputan apa aku boleh cakap adalah baik tengok Mr Bean..bukan x ada, ada tapi semua macam haram...tapi apa nak heran pemilik empayar media tu semua kroni yahudi zionis, so berita yang disiarkan 100% pasti adalah berat sebelah.
Buku yang dimaksudkan di atas ini boleh dikatakan agak bagus dalam mengupas isu ini...tulisannya pun x da la meleret-leret macam puisi2 kuno dahulukala...semuanya berasaskan fakta semata...mengupas isu ini sejak dari pengasasan entiti haram zionis sehinggalah penubuhan Israel pada 1948 yang diisytiharkan di Tel Aviv...selanjutnya diceritakan perang antara Israel dan Arab, dari 1948 sehinggalah pengeboman ke atas Gaza pada 27 Disember 2008...

Friday, December 25, 2009

Pulau Duyong








Di tengah2 sungai Terengganu terletak Pulau Duyong. Satu2nya jalan darat adalah melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentangi sungai Terengganu yang agak lebar itu. Dulu pulau ni kurang dikenali, biasala pulau di tengah sungai agak kureng publisiti dibandingkan pulau di tengah laut. Namun, lokasinya yang menjadi tempat pembuatan bot dan kapal tersohor menyebabkannya menjadi sebutan terutama bagi orang yang menceburi bidang perkapalan. Namun, beberapa tahun lepas ia jadi agak popular, semuanya gara2 menjadi lokasi kejohanan perahu layar tersohor, Piala Monsun. Sejak itu banyak kemajuan telah dikecapi di sini. Asalnya hanya perkampungan nelayan yang kecil, agak tersorok walaupun menjadi lokasi penting ketika era Kota Lama Duyong menjadi penempatan strategik pada kurun yang lepas. Sekarang boleh dilihat chalet2 yang di bina di kawasan pesisir pulau. Prasarana juga telah dinaik taraf. Namun, ketika luar musim monsun suasana agak hambar dan kurang meriah. Mungkin promosi yang lebih giat perlu dilakukan untuk menarik lagi kedatangan pelancong. Ini kerana pelancong lebih tertumpu pada Pulau Wan Man yang terletak bersebelahan memandangkan pulau tersebut menjadi tapak bagi Taman Tamadun Islam. Apapun sesuatu yang jelas adalah Pulau Duyung menjadi tempat bot2 kecil berlabuh. Dulu kemudahan ini juga ada tetapi tidak sesempurna pada masa sekarang. Di seberang sungai sana jelas kelihatan chinatown yang di bina di gigi air sehinggalah ke Pasar Payang. Juga kelihatan jeti penambang dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu. Dahulu kawasan pesisir sungai Terengganu itu menjadi nadi bagi pembentukan bandar Kuala Terengganu seperti yang kita lihat sekarang. Dan pada masa itu jugak pengangkutan air menjadi pilihan utama penduduk. Sekarang dengan pembinaan jambatan Sultan Mahmud yang megah merentangi sungai Terengganu pengangkutan air seolah-olah makin dilupakan. Semoga dengan penaiktarafan Pulau Duyong sebagai pusat bot layar serantau maka diharapkan pengangkutan air mendapat nafas baru dan menjadi alternatif baru kepada sebahagian besar penduduk Kuala Terengganu. Tanpa unsur air, Kuala Terengganu takkan mendapat namanya sebagaimana sekarang.

Thursday, December 24, 2009

Faham & Memahami

Kekadang tanpa aku sedar ada orang kecik hati dengan aku. Sebab tu aku rasa untuk menjaga hati seseorang tanpa melukakan hati tersebut sangat susah. Sebab kita kena amik kira segala kemungkinan akan orang yang dimaksudkan. Mungkin orang yang tgh bersedih dan berduka kena ada cara tertentu untuk berkomunikasi. Tapi adakah kita tahu bila seseorang itu tgh bersedih? Mungkin bila lama x dengar kabar berita ada orang anggap kita menyombong ataupun x ingat kawan2. Sebenarnya setiap manusia tu sangat kompleks untuk difahami. Nak kenal orang kejap je, sehari dua dah kenal...nak fahami orang yang susah, mungkin sepanjang hayat pun x memadai...kalau x takkan la ada kes cerai berai after berpuluh tahun kawin...macam bila tgk laki bini bergaduh...bising, saling menjerit padahal bukan dalam jarak yang jauh...depan mata jer. Kalu bisik pun gerenti dengar...masa tgh hangat bercinta boleh pulak berbisik bagai...silap2 x dengar apa yang dipertuturkan...kenapa jadi macam tu? Sebab bila stat gaduh hati jadi jauh...mula la duk menjerit-jerit gara2 rasa kejauhan itu yang mengusai diri...bila tgh mahsyuk bercinta hati jadi dekat...bisik2 pun dengar dengan jelas...so tidak perlu sampai menjerit seolah duduk sepuluh batu pun boleh dengar...
Berbalik pada aku pulak, kekadang aku perlukan masa untuk diri sendiri..sebab aku masih dalam proses untuk kenali diri aku...dengan memahami diri aku dengan jelas barulah aku boleh faham diri orang lain..aku jugak rasa selamat dengan bersendirian...aku takut jadi alpa bila terlalu kerap bersosial, takut terkeluar dari batasan yang sepatutnya...dan aku jugak lebih tenang, ketenangan yang sememangnya amat aku perlukan...untuk kawan2 yang mengenali aku, diorang tahu aku ni orang mcm mana...walaupun diorang x pernah cakap tapi aku boleh faham bila akulah orangnya yang diorang harapkan di saat diorang betul-betul perlukan sorang kawan...

*ada benda boleh difahami walaupun tanpa sepatah kata untuk menjelaskan

Tuesday, December 22, 2009

MLM

Aku bengang betul hari tu. Ada si mamat ni kol kata nak mintak tolong. Bukan rapat sgt pun baru je kenal. Tanpa tanya banyak aku kata kalu boleh tolong aku akan tolong. Dan dia nak datang rumah. Tanpa curiga aku bg direction. Datang2 rumah bawak beg. Dalam beg ada byk barang. Dia kata mintak tolong nak practice promote MLM dia tuh sbb esok ada customer. Nervous katanya. Aku mula x sedap duduk. Lalu berdemonstrasi la si mamat ni depan aku dengan segala soklan2 dan mula mempromote barang2 seolah olah company n produk dia sangat maksum. Tak da cacat dan cela apatah lagi dosa dan noda. Dan sesi malam tu berakhir tanpa apa2 peristiwa di luar jangkaan. Esoknya telefon lagi ajak jumpa. Mengelakkan menjadi biadab dan atas dasar hormat pada org lebih tua aku setuju. Kali ni suruh aku cuba produk dia pulak. Percuma. So aku try la. Esok bgtau apa yg aku rasa katanya. Jujurnya x da rasa apa2 so aku bgtau la x da apa2 perubahan. So aku ingat dah selesai. Tapi tidak lagi, esok masih menelefon dah suruh aku register jadi ahli. Aku terus hilang respek. Sebab bg aku org mcm ni sgt x jujur. Kalau cakap dari awal nak promote brg mungkin aku akan beli, tp sbb awal2 dulu kata nak practice tu menyebabkan aku jadi meluat. Alasan konon nak org lain rasa kebaikan produk tu selepas diri sendiri mencuba sgt lawak jenaka tahap hippocampus retard sampai current2 dalam otak jadi litar pintas. Apa salahnya kau bgtau yg kau nak kumpul point byk2 dan kau dapat income byk2 bilamana org beli produk tu bila register bawah kau?? Apa kau ingat aku ni lahir di zaman batu yg duduk dalam gua sampaikan tak tahu perkembangan semasa?? Tolonglah, aku paling pantang org menipu. Nak meniaga jangan sesekali menipu orang. Kau ingat semua org tu mata duitan ke? Duit byk manapun x pernah cukup. Bila ada byk mahu byk lagi. So mintak maaf byk2, aku bukan orangnya yg kejarkan duit sampai sanggup x berlaku jujur pada org lain....

*ramai betul golongan professional yg x professional

Exotic Pet


Ini adalah Xenopus. Nama kampung dia adalah katak afrika. Spesis karnivor yang mempunyai kuku. Kat lab aku kena jaga 16 ekor makhluk ni. Kalau kat Western punya countries diorang bela jadi pet. Ala-ala ikan emas. Tapi aku x pikir org kita sanggup bela menda ni. Lagipun ni bukan spesies native. Kena import dan perlukan permit. Aku pulak bukan sesuka nak bela menda ni tapi research aku melibatkan makhluk ni so no chice beb. Nak citer lebih2 x boleh, dah sign agreement dgn university punya lawyer. Silap cakap bakal diheret ke muka pengadilan pulak. Disebabkan menda ni 100% duk dalam air, penjagaan dia agak rumit. Tambah pulak dgn suhu Malaysia yang agak tinggi so dia jadi sensitif. Suhu kena 20 degree, naik turun sikit mengundang masalah...terutama kat kulit dia...macam keluar ruam...so kena buat tratment ngn saline...makan pulak memilih...bagi kiub ikan, hati ayam, hati lembu dan gelatin yang diimport dari Switzerland...air kena flow 24 jam...ada pulak cooler system...x termasuk filter, dan segala anti parasite untuk mencegah jangkitan kuman...masuk tahun ni dah 2 tahun lebih 'kerja' ngn menda ni...walaupun orang anggap makhluk ni menggelikan bg aku diorang comel jugak

*comel ke???

Monday, December 21, 2009

Azam Tahun Baru

Maal Hijrah dah berlalu 2 hari, 2010 pulak bakal menjelang dalam masa terdekat. Pejam celik dah setahun. Kejap je, bukan macam dulu2...setahun terasa begitu lama..agaknya masa akan jadi cepat bila kita banyak komitmen..kalu goyang kaki je rasa lama la kot..apapun sempena kedua2 tahun baru ni aku menanam satu azam..aku nak kurangkan perbelanjaan aku..rasa ada yang x kenal ngan sistem ekonomi yang aku amalkan sekarang...lebih dahsyat dari sistem kapitalis moden...segah kapitalis pun boleh runtuh apatah lagi sistem aku yang sentiasa defisit bajet nih...nasib la aku dapat banyak para penaja walaupun x sebanyak jumlah tajaan Amerika kat Israel...kira boleh la menjalani gaya hidup mewah...tapi pasni aku nak kurangkan pakai duit, nak stat kumpul duit dan melabur pada bidang yg boleh mendatangkan faedah pada masa depan nanti...beli hartanah ke, beli saham ke x kesah la...asalkan tiada lagi pembaziran...tapi aku awal2 dah tahu ni bukan perkara mudah...yelah, drastik giler kalu aku stat berjimat nih...sebelum ni apa2 yang aku nak main rembat ja...x da istilah control2 money nih...tapi sebelum aku jadi papa kedana aku kena ubah apa yang patut...kalu nak beli pun menda2 yang amat berguna saja...

*tengokla berapa lama boleh bertahan

Sunday, December 13, 2009

DNA Test

Aku baru dapat call dari kawan aku. Kitaorg agak rapat. Masalah dia adalah dia nak kawin tapi bapak dia ragu sama ada kawan aku ni anak kandung dia ke atau bukan. So kawan aku ni sanggup buat DNA test untuk mencari kebenaran. Sebab aku ni duk USM, aku tolong dia aturkan semua. Dalam masa seminggu result keluar. Positif. Aku tumpang hepy sebab masalah ni dah menghantui dia sejak sekian lama. Semoga semuanya selesai dengan cara baik.

*jangan terhutang budi dgn aku, sebab kita adalah KAWAN

Saturday, December 12, 2009

Kelas Mandarin

Aku join kelas bahasa mandarin. Ni menda yang dah lama aku nak buat tapi sentiasa duk tangguh. Sekarang ni aku x tangguh dah, apa yang aku nak buat dalam hidup ni aku buat mana yang mampu kalaupun x buat semua. Overall kelas ni sangat enjoy. Cikgu dia sgt best. At least aku dapat kurangkan tekanan hidup aku dgn bersuka ria dalam kelas ni. Tapi aku bukan main2. Aku memang nak belajar. Masa register last week tu cikgu ada bagi satu CD. Aku baru berpeluang bukak n dengar tadi. Ingat ke sukatan pembelajaran rupanya telahan ku silap sama sekali. CD tu adalah lagu evergreen cina. Sangat menghiburkan. Walaupun aku x paham tapi lagu2 tu sangat boleh masuk ngn aku. Baru aku paham erti music is universal...
Apapun dengan menyertai kelas ni aku dapat luaskan pergaulan dengan pelbagai manusia yang latar belakang sangat variety...ada tahap makcik, ada tahap budak2, ada tahap fresh graduate, ada jugak para pekerja kolar putih n biru...pendek kata macam2...selama ni aku ada jugak kawan ngn org2 lebih tua tapi latar belakang lebih kurang aku je...rupanya masih ada orang kita yang walau dah mencecah usia warga emas masih dahagakan ilmu...persepsi aku terhadap umat melayu mula berubah sedikit...

*aku dah 25 rupanya

Wednesday, December 9, 2009

Kembara Ke Bumi Sejuk





Bulan depan mungkin aku pergi ke Vienna, Austria lagi. Kali ni mungkin jugak x selama macam dulu. Hanya buat apa yang perlu, dapatkan apa yang perlu dan balik. Pemergian kali ni x macam kali pertama dulu. Kali ni pergi untuk dapatkan analisis bagi drug yang aku duk prepara sekarang. Kalau dapat result yang positif bermakna projek MSc aku ni dah sampai ke penghujung setelah sekian lama berada dalam terowong panjang yang seolah tiada sistem pencahayaan. Aku harap segalanya berjalan lancar. Perancangan yang teliti sangat penting. Yang paling utama kali ni aku x pergi bersendirian.

Saturday, December 5, 2009

Satu Kesetiaan

Di satu bandar dekat Switzerland ada satu tugu sekor anjing berhampiran dengan stesen trem. Tugu ni dibuat bukan untuk mencantikkan stesen tersebut, jauh sekali untuk menggamit jumlah pengunjung untuk lawatan sosial. Lagipun tugu anjing terbabit bukan dalam kategori cantik seperti kelaziman tugu2 di negara barat lain. Bukan juga diperbuat daripada emas atau batu permata yang menjadikan ia sesuatu yang mehal dan bernilai. Tugu ni menjadi istimewa kerana kisah disebaliknya.
Dikatakan dahulunya terjadi satu kisah yang menyentuh hati di stesen itu. Antara sorang lelaki tua dan anjing peliharaannya. Lelaki tua yang tinggal bersendirian ini telah membela seekor anjing yang tinggal bersamanya untuk sesuatu tempoh. Pada satu masa ni lelaki ni perlu ke bandar sebelah untuk sesuatu urusan penting. Maka pada pagi hari terbabit lelaki itu bersama anjingnya pergi ke stesen trem tersebut, anjing itu ditinggalkan di stesen selepas dibelai oleh tuannya dengan penuh kasih sayang. Lelaki itu meneruskan perjalanannya...anjing itupun pulang ke rumah bersendirian. Ditakdirkan lelaki tua tadi telah meninggal dunia sebaik menjejakkan kaki di bandar yang beliau kunjungi itu akibat serangan jantung. Maka beliau disemadikan di sana memandangkan tiada mana2 pihak menuntut mayatnya.
Dan anjing lelaki itu keesokkan harinya setia menunggu di stesen menantikan kepulangan tuannya yang dikasihi. Setiap kali trem berhenti si anjing akan menerpa dan menunggu sehingga penumpang yang terakhir turun. Namun hampa. Bila senja menjelang, si anjing akan beredar pulang. Begitulah rutin harian si anjing sehingga berbulan2 lamanya. Bahkan ada yang menyatakan sehingga bertahun2 sampailah si anjing mati di kawasan stesen itu. Pihak stesen yang menyaksikan kejadian ini sepanjang masa terbabit terpanggil untuk membina satu tugu bagi mengenangkan kesetiaan si anjing pada tuannya bagi pengajaran umat manusia.


















Friday, December 4, 2009

Bukan Senang Ambik Gambar

Petang tadi aku pergi rumah kawan...dia pesan bawak kamera DSLR aku skali..sampai2 dia hulur satu magazine yang semuanya pasal lense...harga pulak bukan murah, maunya cecah ribu2...dia jugak ajar aku cara ambik gambar...selama ni aku main redah jer, skang aku baru tau mesti ada teknik2 tertentu untuk dapatkan gambar cun...pastu pulak segala macam accessories pun ada jual untuk 'mencantikkan' lagi kamera kita..dan seperti biasa harga jangan cerite la..yang bagusnya aku dapat belajar menda baru, yg boleh dipratikkan bila2 masa...

* ni la mamat yang bermurah hati mencurahkan ilmu tu

Musim Tengkujuh Dulu Dulu

Dulu masa musim tengkujuh selalu ada kura2 sesat dari mana paya2 berdekatan yang mencari hala tuju yang baru setelah air paya melimpah. Setiap musim boleh tengok beberapa ekor yang berjalan lambat2 di kawasan depan rumah. Kadang2 ada beberapa spesies ikan yang turut melimpah bersama air paya dan hanyut ke lopak2 besar yang bertakung. Budak2 yang paling hepy sebab dapat tangkap ikan 'percuma'. Aku turut tidak terkecuali. Masa balik mengaji pergi ikut kawan2 ke kawasan kubur cari alur yang di dalamnya banyak ikan laga yang berenang bebas. Apa yang perlu di bawak hanyalah tempurung kelapa yang dikutip di bawah rumah orang. Tangkap pakai tangan pastu masukkan dalam tempurung untuk dibawak balik. Sampai rumah masuk pulak dalam botol jem. Seronok tengok ikan tu berenang dalam botol. Walaupun tu adalah ikan laga tapi aku x pernah lagakan ikan2 itu. Sebab aku bukan sorang yang zalim pada haiwan.
Juga masih x lupa kejadian kami 3 beradik (kakak n adik aku) melepaskan ikan puyu yang diberi kawan abah ke dalam air bertakung di persekitaran rumah. Kononnya ikan tu nampak jinak masa dalam baldi so kami membuat andaian ikan tu kekal jinak. Tapi andaian itu sangat meleset, sebaik masuk dlaam air lopak ikan2 tu berenang laju sampai gagal dikesan. Sudahnya kami dengan penapis teh kain (kaler putih) terkejar2 dalam hujan lebat untuk mencari ikan2 tersebut. Usaha kami berjaya walaupun agak mengambil masa. Seingat aku ikan2 puyu tersebut mati di dalam baldi sebab mak aku salah bagi makan.

*Perhatian-Ikan x makan nasi lebihan

Thursday, December 3, 2009

Berbuat Baiklah Sesama Manusia

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu dan penawar bagi hati.
Kenapakah kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Kenapakah kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu? Tidak terlebih baik seseorang itu daripada yang lain. Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka melakukan kebaikan kepada orang yang jahat kepada mereka, bersilaturahim kepada mereka yang memutuskannya.
Memaafkan mereka yang tidak memberi kemaafan kepadanya. Mereka amanah kepada mereka yang mengkhianatinya. Berbicara kepada mereka yang enggan berbicara dengannya. Memuliakan mereka yang menghinanya.
Sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu."

Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

Wednesday, December 2, 2009

Pening Pening Lalat!!!

Sejak semalam aku dibebani dgn keje2 last minute orang lain. Org yg dimaksudkan sedang enak menghabiskan masa berkualiti dengan famili tersayang. Pada hemat aku 'beliau' tidak tahu menahu yg pada ketika dia sedang enak bersantai itu ada seorang hamba Allah yg bersengkang mata menghabiskan (atau melakukan kesemua sejak dari awal) tugas2 yg sepatutnya dilaksanakan oleh dirinya sendiri...hari ni aku x lunch, pagi pun hanya ambik roti seketul, semata2 mengejar date line yg entah apa2...bayangkan dlm keadaan hujan lebat dgn air bertakung sana sini aku meredah ke hulu ke hilir mencari semua dokumen yg diperlukan untuk menyiapkan sesuatu yg dipanggil permohonan geran untuk research...perlu dinyatakan bahwa aku hanyala sorang student yg tiada kena mengena dengan geran tersebut...dan walaupun aku yg bertungkus lumus membuatnya namaku diharamkan untuk diletakkan di mana2 bahagian geran terbabit...dan ini bukan yg pertama kali...yg pasti lepas ni akan ada lagi tugasan yg hampir sama lagi untuk aku bereskan...
Apapun dalam masa yg sama aku rasa agak puas hati bila mana impian aku untuk belajar mandarin hampir terlaksana...kelas akan bermula minggu depan...yuran dah bayar pun...masa aku pergi survey tadi amoi tu ingat aku adalah cina...dengan sopan aku jawap tak, I'm Malay....

*aku hanya separuh melayu

Monday, November 30, 2009

Kena Pecah

Sebelum ni aku ingat kawasan rumah sewa ni selamat...sebelah depan adalah bengkel kereta, kat belakang lak ada 'guard' yg jaga...depan rumah lak menjadi laluan utama kenderaan2 ke taman2 perumahan berdekatan...sentiasa ada kereta yg lalu lalang walaupun tidak mencapai tahap bersimpang siur...kini sangkaan aku meleset sama sekali...'rumah selamat' telah kena pecah...yg lebih pilu kena pecah di saat umat Islam menyambut aidiladha...namun dah dasar pencuri, mereka peduli apa, yg penting dapat hasil...halal haram dah tak tahu ke mana...apatah lagi dosa pahala semua di tolak tepi...
Tapi aku masih bernasib baik...yg hilang semua barang kat ruang tamu...tv, decoder astro n lima pasang kasut...yg dalam bilik selamat sebab kunci tu gagal dikumpil walaupun berdasarkan bukti2 yang sahih para pencuri tu dah cuba sedaya upaya untuk membuka...andai ditakdirkan pintu tu berjaya dinodai maka hilanglah segala barang2 kesayangan aku yg aku kira tak ternilai harganya...berbalik pada kasut yg dicuri tu aku sedikit heran kenapa kasut camel aku tak diambik sama sedangkan tu la kasut paling mahal yg aku ada...

* kasut camel adalah kasut kesayangan aku

Saturday, November 21, 2009

Hujan.....

Skang dah tiba musim tengkujuh. Hujan memanjang. Masa ni la matahari yg selalu memancar terik menjadi malu semalu malunya...kalau hujan tengah menggila, langsung tiada bayang mentari...mungkin ada krisis peribadi yg belum selesai antara mereka...biarla, tu bukan urusan kita...x usah masuk campur...angkat kain kat jemuran tu lagi bagus...dan seperti biasa la bila dah hujan lebat dua tiga hari tanpa henti banjir pun datang tanpa diundang, walau persediaan untuk sambut kedatangan 'beliau' sudah disiapkan...boleh kata saban tahun berlaku banjir, tapi mcm x ambik apa2 iktibar langsung...dah jadi macam acara tahunan, berpindah randah bagai nak rak...rugi lak beribu-ribu...pastu mcm drama lak ada la buku skolah hanyut, persiapan kenduri hilang sekelip mata...macam-macam lah...dan yang pasti masalah ini akan berlarutan untuk tahun2 mendatang...apakah tiada cara untuk mengatasi? Rasanya pihak berkuasa tempatan gagal mengambil langkah2 pencegahan yg sepatutnya...sistem saliran boleh dikatakan tiada...kalau ada pon disumbat segala sampah sarap...penduduk pun sepatutnya ambil tindakan pencegahan...yang hadonya, org kita punya mindset masih ditakuk lama...x berubah
Apepun petang td sepanjang perjalanan aku dari KT ke KB hujan x berenti...kejap lebat kejap x lebat mana...boleh kata paras air sungai dah naik tahap nak melimpah...tepi2 jalan pun air bertakung tanpa segan silu lagi...perjalanan biasa kurang 2 jam dah jadi 2 jam setengah...yang lebih azab angin kuat bertiup kencang...kalau berkain pelikat memang saja cari bala...bila air bertakung kat jalan2 lubang2 yang ada di'cover' oleh air...so pijak lubang macam pijak jubin dalam rumah...kalau kereta tu boleh bercakap mesti dihamunnya driver yg bawak...harap hujan yang mencurah tahun ni tidak diringi banjir yg dahsyat lagi...bukan apa, banyak sangat kemusnahan harta menda...mangsa banjir lak bukan kaya raya...yang kira berada dah lama pindah beli tanah kawasan bukit nun...tanah runtuh lain kira...



Monday, November 16, 2009

Sehari Tanpa Henset

Malam tadi aku tertindih hand phone..sape suruh taruk atas katil...bunyi krak..!!ambik tengok ada retakan kat LCD...lalu cecair hitam melata atas skrin...msg yg masuk gagal dibaca...yg kelihatan hanya tompokan hitam...cess...dalam kepala terbayang duitku bakal melayang...so beg levis yg dihajat hajatkan sejak ujung bulan lepas nampaknya kena postpone dulu...tanya kawan, katanya 300 lebih kurang...muahahaha....mcm giler dengar...
Pagi tadi terus pergi repair...cari kedai yg paling tip top n murah...nasib ada org tau kedai tu kat mana...yang best bila amoi tu kata 120 je n petang ni siap...120 x la seteruk 300 walaupun aku rasa jumlah tu mahal jugak...so tinggal kat situ n petang nanti akan dtg ambik...sementara tu rasa resah...yelah, biasa berkepit ngn henset je...ni tetiba x da...kena tinggal ngn awek pon x teruk mcm ni rasanya...rasa kosong...blank n blur...keje x boleh buat sbb semua perlukan kol...or paling kureng pon sms...petang ni ada janji ngn org...tp nampaknya janji tinggal janji sbb mcm mana nak kontek henset x da...nak pinjam henset org seme nombor save dlm henset bukan sim card...ceh, malang betul...
Petang td kul 5 g ambik, bg resit kat amoi tu dia ngn selamba sambil senyum cakap "x siap lagi, petang esok datang balik"...aku teru naik hantu...gila apa tunggu sehari lagi...!!!terus jawap kat dia"kalu x dapat siap hari ni nape kata boleh siap? bgtau la awal2 x payah la saya susah2 datang sini" then terus blah...yg celakanya sempat dia jawap "terima kasih" masa aku tarik pintu nak keluar...memang jahanam...nasib aku sabo kalu x ada yg makan pelempang siam!!
Aku terus blah, hajat di hati nak minum dulu terus dicampak sejauh pelusuk alam...jalan pulak jem sbb org balik keje, lagila hati jadi panas....sambil maki amoi td aku terus menyelit celah2 keta org...tetiba dapat kol, henset you dah siap...cettt...x guna punya amoi...menyusahkan orang!!! Bila on henset seperti dijangka berbelas miskol kuar...esok bersediala kena haruk ngn kawan yg janji nak jumpa petang tadi tu...hadoi!!!

Sunday, November 15, 2009

Teman Baru

Aku memang kaki jalan. Sejak kecil lagi dah jalan ke sana sini. Kata mama aku masa aku umur 3-4 tahun dah bawak sampai ke Thai...naik perahu ke celah-celah sungai kat market dalam air tu...kalu pernah tgk citer2 siam memang dapat agak suasana tu...pastu yang boleh aku ingat adalah masa darjah 2 aku ke Johor...kalu x silap ke Pasir Gudang...masa itu abah n mama aku x ikut pun sbb aku ikut makcik aku yg keje kat sana...seingat aku perjalanan dia sangat jauh...bosan lak tu..bukit bukau batu je banyak yg ada kat tepi2 jalan..
Johor adalah negeri pertama yg aku pergi seingat aku la...kalu ada pergi ke negeri lain sebelum tu maknanya aku masih x ingat...pendekkan citer kat semenanjung ni hanya Melaka yg aku x pernah pergi...masih tiada kesempatan walau pernah plan untuk pergi sana bulan June lepas...gara2 masalah teknikal n untuk jaga hati seseorang aku kanselkan jer...byk2 aku pergi kat Mesia ni yg paling best adalah ke Langkawi 3 tahun lepas...mana x best, berkereta n redah semua panorama indah sawah bendang sebelum jejak ke Kuala Kedah...yang paling azab adalah naik kereta kabel kat sana...sungguh aku dah serik sbb aku ni gayat...naik pun sbb dipaksa oleh kakak aku...lepas ni memang x kan naik dah...
Dan oleh sbb aku ni suka travel, aku jadi suka ambik gambar...sbb bg aku ambik gambar ni bukan sekadar untuk kenang-kenangan, ia juga adalah sesuatu kepuasan yg sukar digambarkan...untuk itu aku tidak kisah berjalan kaki ke sana sini untuk cari pot yg elok n cantik pada pandangan aku...sebelum ni aku ada digi cam biasa yg 8 mp...tapi 3 hari lepas aku dah beli satu SLR punya camera...ya, ia adalah Nikon D 60....

Wednesday, November 11, 2009

Sepuluh Tahun Lepas

Sepuluh tahun lepas adalah tahun 1999...masa tu org duk kepoh dgn Y2K n persediaan nak sambut alaf baru...dan masa tulah buat pertama kalinya aku dengar perkataan alaf tu...sungguh aku x tau erti nya sehingga masa main ala2 roda impian dgn kawan2 kat papan hitam kelas aku tertewas dek perkataan keramat tu...masa tu aku form 3...tahun nak ambik PMR...tp masing2 punya perangai mcm baru lepas abis UPSR punya exam...maksudnya x tau apa2 atau bahasa yg lebih mulia masih belum matang...dalam kelas suasana macam pasar selayang walaupun bab2 kebersihan persekitaran kelas kami tewas dgn kehebatan kekotoran pasar siti khadijah di Kota Bharu...masih aku ingat kelas tu x ramai, 29 orang saja...9 org jejaka dgn bakinya para serikandi yg hidup berpuak-puak...tapi peperangan antara puak jarang-jarang berlaku dgn kes yg paling kronik pun hanyalah berakhir dgn adegan tarik baju dan juga tudung...kejadian bom kereta mahupun balingan bom petrol antara puak tidak pernah berlaku...mungkin masa tu Amerika masih belum menjajah Iraq so insiden mcm tu x popular mcm sekarang....sejarah telah membuktikan bahawa musuh2 pun boleh bersatu untuk menentang musuh yg lagi hebat...ye, para pemimpin puak2 serikandi yg mabuk kuasa dan pengaruh tu pun mampu bersatu semata2 untuk menampan kebangkitan kaum jejaka yg minoriti di dalam kelas tersebut...walaupun kaum jejaka hanya 9 berbanding 20 para serikandi tetapi kaum ni sangat dominan...ye, kaum jejaka hanya 31% peratus saja dari penduduk tetap kelas itu tetapi boleh katakan semua jawatan2 penting kelas dipegang oleh kaum ni...tugas2 yg 'mulia' seperti sapu sampah, lap tingkap dan buang sampah dengan bangganya diserahkan bulat2 kepada kaum majoriti...lama kelamaan mereka memberontak dgn pemberontakan biasanya berakhir dgn saling mencaci antara satu sama lain...ibarat api di dalam sekam telah marak umpama obor olimpik, begitulah gambaran paling tepat untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kaum majoriti itu...seingat aku jugak krisis kemanusiaan terbesar alaf lepas ini jugak tidak pernah selesai sampai la kelas tersebut dibubarkan ketika hujung tahun untuk membuka peluang kepada pelajar untuk menduduki PMR...kini 10 tahun telah berlalu....

* kenangan 3 PA 1 1999

Saturday, October 3, 2009

Seriously Tak Serius

Sorang kawan aku cakap aku ni serius. Dia agak bimbang nak bergurau dgn aku. Aku terima seadanya sbb time tu aku baru ambik 5 jenis ubat, pendek kata di bawah pengaruh dadah. Bila kewarasan aku datang balik aku baru sedar yang ada sedikit pembetulan untuk statement tu...aku bukan lah serius sgt..bahkan aku ni ada bakat untuk buat lawak bodoh dgn kawan2 walaupun x la sampai tahap mcm pelawak yg terencat akal mcm yg kita boleh saksikan kat sitkom2 tv...sape2 yg kenal aku mesti tahu perangai aku yg sebenar...tp kawan aku ni x la 100% silap sbb ada masanya aku akan serius, terutamanya bila aku agak tertekan dgn keje2 yg mcm x da penghabisannya...yelah, aku ni manusia biasa...mana ada manusia normal yg sentiasa hepy....ada masa kita hepy, ada ketikanya sedih, stress, bengang n segala mcm perangai negatif...tapi satu yg pasti aku boleh terima kritikan...no worries

Thursday, October 1, 2009

Demam

Minggu ni demam. Demam datang dalam bentuk pakej : batuk, selsema, sakit kepala n sakit dada sebagai hadiah sampingan. So duk rehat kat rumah je sambil beronline...rasa bosan pulak bila x da keje nak buat...yela, asyik tido je..muka pon jadi herot..bila tengok cermin x nak mengaku muka sendiri...so sebab skang ni musim H1N1 pergi la klinik cepat2...kata dokter demam biasa jer...tapi buat blood screening skali sbb nak cek kot2 ada hepatatis...sbb aku x pernah ambik vaksin untuk penyakit ni...
Bagi aku ni adalah masalah besar...aku cukup anti jarum2 ni...apatah lagi darah...maunya boleh pengsan...bila nurse tarik lengan n sapu etanol, aku tarik balik lengan...cakap "saya takutlah"...dia gelak n suruh pandang arah lain...pastu rasa sakit, maknanya jarum dah kena kat lengan...then dia kata "kena ambik sekali lagi" (dalam nada riang yg menjengkelkan)...aku terus pusing tengok kat jarum tu...oh ada cecair hitam...rupanya dia dah siap ambik semua...saja cakap macam tu untuk menyakat aku...malu betul!!!

*darah jenis B

Tuesday, September 29, 2009

People Always Leaving

Sape2 pun dalam hidup kita x kira la kekawan ke, sedara ke mahupun keluarga akan tinggalkan kita satu masa nanti...ni adalah hakikat yg x dapat kita elak...tinggalkan tu mungkin untuk seketika, atau untuk satu tempoh yg lama mungkin jugak untuk selamanya...sudah menjadi fitrah manusia, yg ada depan mata biasanya dipandang sepi...bila dah tiada baru tercari-cari...selagi ada peluang, cubalah untuk hargai orang lain...takut satu masa nanti bila kesempatan itu dah ditarik balik barulah timbul rasa sesal dalam diri...pada saat itu memang sebenar-benarnya sudah terlambat...ingatlah, pada satu ketika nanti, di penghujung usia kita apa yg kita sesalkan bukanlah apa yg kita x mampu capai dalam hidup tetapi adalah masa yg kita x sempat luangkan untuk bersama orang tersayang, sama ada ibubapa, anak2, keluarga mahupun kawan2 kita...

*meninggalkan tidaklah seperit ditinggalkan

Monday, September 28, 2009

Raya

Dah seminggu raya...rasa macam kejap jer...yg bagusnya jalan dah x penuh ngn keta2 yang ntah datang dari mana...rasa lega bila drive...mercun2 pun dah kurang bunyinya...sebelum ni macam medan perang...yg pakai baju ala2 bling2 kelip kelip sana sini pun dah boleh bilang ngn jari sebelah tangan...sebelum ni bilang pakai sempoa...x masuk lagi ngn golongan yg mcm x cukup kain...
Segalanya kembali normal...raya dah berlalu...time tu la semua famili berkumpul n menghabiskan masa bersama...sebelum ni masing2 ada komitmen yg mcm2...keluarga kami pon sepanjang ramadan tu sekali je bukak puasa sekali...hari2 lain ada je yg x da...bila masing2 dah besar semua jadi sibuk dgn segala mcm hal...raya pun dah lain...dulu kuih raya buat sendiri, skang semua dah beli...semua dah malas nak buat...dulu masa budak2 dapat byk duit raya...skang dah sikit walau masih dapat lagi...nanti raya2 di tahun mendatang x tahu la mcm mana pulak...

Tuesday, September 15, 2009

Bazar Ramadan

Selepas 23 hari berpuasa barulah aku berkelapangan untuk mencemar duli ke bazar ramadan...mungkin agak janggal kerana tahun2 lepas aku adalah pengunjung setia cuma tahun ni feel untuk ke bazar boleh dikatakan hampir tiada...semalam pun sekadar membuang masa sementara menunggu waktu berbuka puasa...hanya membeli samosa daging walau telah pusing2 satu bazar...orang memang ramai, penjual pun ramai...boleh dikategorikan sebagai meriah dengan segala hingar bingar...
Waktu masa tu adalah 6.30 petang...dan aku tengok lauk pauk masih banyak...yang pasti memang x kan habis dengan waktu berbuka yang bakal menjelang tidak sampai sejam...apa yang dibuat dengan lauk2 yang tidak habis itu? Mungkin dijual lagi keesokkan harinya...mungkin lauk yang dijual itu adalah lauk semalam...
Dan malamnya lepas terawih aku temankan kawan ke Wakaf Che Yeh untuk membeli 2 helai samping untuk sepupunya...ironinya baru petang tu aku bgtau sorang kawan yg dah lama x berkunjung ke Wakaf Che Yeh! Orang memang ramai yg teramat...barang2 pun boleh tahan menariknya...samping2 memang cantik2...paling murah adalah RM 30...yang paling elok mencecah 100...at last kawan itu membeli yg berharga 70 n 90...sangat puas hati...aku turut membeli 2 kain pelikat...
Lepas menghantar kawan tu balik aku diajak kuar minum2 pulak...terus menghala ke rumah memandangkan dia dah menunggu kat rumah aku...kitaorg mcm biasa akan ke kopitiam, tapi sebelum tu aku ke PC dulu menghantar sesuatu kat sorang kawan...

Monday, September 14, 2009

Shopping Raya

Malam tadi memang dangkal...ntah dari mana datang idea x pergi terawih kat masjid, sebaliknya berpeleseran kat KB Mall...membeli keperluan raya...memang ramai umat manusia kat sana...waktu shopping dilanjutkan sehingga pukul 12 tgh malam...sungguh hebat penangan raya rupanya...semua macam dirasuk, membeli mcm lepas ni masuk zaman perang...apatah lagi duit gaji masuk awal...yang pasti lepas raya nanti akan pokai...tiada lagi wajah yang ceria...semua mcm kalah main sport toto lima hari berturut turut...
Apapun malam tadi aku telah mencemar duli untuk membeli beberapa kad raya...dah bertahun aku x membeli kad raya...mungkin menjangkau 1 dekad...harga pun telah berubah...tiada lagi yang 50 sen...paling murah pun dekat2 2 inggit...jenis pulak dah mcm2...pening lalat jadinya...kata2 ucapan pulak ada yg menyebabkan perasaan jadi geli dan meluat...sungguh jiwang mengalahkan kad cinta!
Apapun matlamat aku untuk membeli keperluan raya telah tercapai selepas 3 helai seluar n 2 helai baju telah dibeli tanpa sedar...lepas ni aku bertekad x beli dah untuk raya kali ni...duit dah terbang tinggi...harap dapat banyak duit raya untuk cover...tinggal lagi nak menulis kad raya untuk dibagi kat kawan2...pastu semua agenda selesai...tunggu raya saja!

*bukan seorang penulis berbakat

Thursday, September 10, 2009

Bukak Posa Yang Porak Peranda

Hari ni ada kawan nak blanja bukak posa...dia dah booked restoren, siap dengan menu yang special...katanya ada daging rusa bakar...dia bawak bini dia skali, anak dua...masih kecik...bini dia dokter, baru balik hospital terus ke restoren...muka nampak letih mcm lepas tuai padi di musim kemarau...ditambah dgn anak yang didukung dan dipimpin...sampai depan restoren tu terus ambil pot paking yg agak jauh...sbb pergi dah lewat, pukul 7 sampai...maklumlah semua dah ditempah...mestilah bila masuk makanan dah siap...duduk tunggu azan je then terus balun...nama restoren tu "Payang Serai"...nampak sungguh berkelas...kalu takat warung tepi jalan memang x boleh lawan...dengan penuh gaya kawan ni masuk...x sampai 5 minit dia keluar...muka cuak...

"Aku x tau nak cakap macam mana"..."Apa dia" pintasku cepat2, then dia jawap "aku pergi booked Payang Serai Kuala Terengganu punya"...aku hampir pitam...bini dia tarik muka lebih masam dari cuka getah...kalu sukat ngn pH paper memang kurang dari pH 1....

*kesudahannya: bukak posa di Zakini nasik kukus

Tuesday, September 8, 2009

Minum di Lewat Malam

Skang ni kopitiam di mana mana saja, pergilah ceruk mana pun mesti jumpa. Dan seolah menjadi satu trend bilangan pengunjung akan bertambah apabila malam makin menginjak ke dinihari..Ada yang dibuka 24jam...so lepak sampai ke pagi bukan masalah...suasana lebih 'meriah' apabila malam minggu menjelang...
Bagaikan terikut2 dgn budaya yg makin popular ni, aku turut menjadi pengunjung setia kopitiam...sekadar menemani kawan aku yg memang kaki minum kopi...dah banyak kopitiam area KB ni aku jengah...ada yang ok ada yang 'hado'...tp persamaan antara semua tu adalah harga yg dikenakan agak tinggi dari biasa...ada tu kena bayar service charge 10%...pada aku makanan n minuman kat kopitiam 'biasa-biasa' saja...x da yg special...cuma mungkin feel dia x sama kot

*x boleh minum kopi sangat, ada migrain

Monday, September 7, 2009

Ladang Ternak Jalanan




Last week aku balik KT. Biasanya drive tp hari tu aku tumpang member, so bolehlah aku rilex sambil tgk2 alam sekeliling...Yelah kalu drive mana ada peluang nak menghayati semua tu, silap2 dari naik keta boleh naik ambulan lak...so sepanjang perjalanan yg kira2 150++ km tu aku rasa berpuluh2 ekor makhluk seperti di atas boleh dijumpai dgn mudahnya di tepi2 jalan...makhluk yg dipanggil lembu itu memang suka berkeliaran secara berjemaah membentuk kumpulan golongan nomad. Masalah golongan ni adalah bila nak melintas jalan memang x tgk kiri kanan, ikut suka hati n sesedap rasa...x cukup lagi dengan itu, dengan penuh lemah gemalai n lemah lembab buat sardin ja tgh2 jalan...yang lagi best jenis yg main serbu dengan penuh kelajuan...begitu nekad sekali.
X heran la sebelum tu aku tertengok sekor makhluk ni terkangkang tepi jalan akibat kejadian langgar lari...kalu x silap area Tok Bali. So untuk hilangkan boring kitaorg pun duk sembang pasal lembu yg merayau ala2 kutu rayau area Puduraya tu...nak jadikan citer bila sampai pantai Penarik, tetiba sekor lembu durjana meluru keluar dalam gaya serong dengan penuh kelajuan...aku yg sedar akan kedurjanaan itu terus membunyikan siren amaran kat kawan aku tu...dengan gaya pemandu F1 versi Post Brooke terus dia memusingkan kereta 45 degree ke arah barat...barang2 kat seat belakang melambung macam dilanda badai gelombang...jarak keta dgn lembu tu adalah kurang dari satu kaki..!!
Lepas keadaaan kembali tenang, aku stat berkata-kata dalam nada yang seberhemah mungkin memandangkan waktu masa tu adalah hampir pukul 6, hampir nak berbuka puasa..."memang otak lembu" (dalam keadaan biasa paling kurangpun aku akan carutkan lembu itu sekuat hati)

Sebenarnya memang makhluk tu berotak lembu..kalu si makhluk ni berotak lembu tuan punya dia lak x berotak...yelah, kalu nak bela lembu kurung la siap2, apa kes dibiar bebas ke sana sini sesuka hati...binatang memang x berakal...manusia yg berakal tu la yg sepatutnya dipersalahkan...bila jual dapat ribu2 tp pernahkan diorang pikir adakah duit itu halal? si lembu yg bebas kita x tau apa menda dia makan...tanaman orang kah? masuk halaman orangkah? Bila pihak bandaran tangkap punya la hamun x ingat dunia...padahal yg pergi lepas bebas lembu tu apasal?

Kalu waktu malam lagi azab...sekumpulan lembu suka tido tepi2 jalan...kekadang area bahu jalan...kalu keta datang tetiba n x sempat megelak mcm mana? Lebih teruk lagi kebanyakan jalan area kawasan kampung x dibekalkan dengan lampu jalan...so sebelum apa2 yg teruk terjadi, pihak berkuasa silalah ambil tindakan....










Aku dan Susu

Aku tidak minum susu. Bukan suka2 tetapi memang tidak boleh minum. Baunya saja boleh buat aku muntah...mungkin alergik, mungkin jugak alahan...tapi deria bau aku kat susu sangat sensitif...aku x pakai gelas yg pernah dibuat susu di dalamnya...baunya tetap boleh dikesan...kekadang aku x paham kenapa orang boleh minum susu ni...tidakkah susu itu datangnya dari lembu? Lagipun rasanya meloyakan...warnanya pun x menarik...
Masa tabika kemas dulu orang lain minum susu tapi aku dapat milo...sebab bila cikgu bg susu, aku muntah...sejak tu aku dibagi milo saja...kekadang aku termakan puding atau makanan yg mengandungi susu yang lain walaupun dalam jumlah yang sedikit...terus sakit perut aku...sebab itu aku x berani bereksperimen untuk minum susu...natijahnya aku yang tanggung....

* bukan boikot lembu

Rumah Pokok

Belakang rumah aku ada tanah lapang, kecik sikit dari padang bola. Masa kecik dulu situlah tempat aku main wau bulan. Budak2 kampung buat main bola, anak2 gadis main pondok2 tepi semak...area tu ada sebatang pokok tembesu...Besar. Adala dalam tiga empat pemeluk...kata abah masa mula2 dia datang pokok tu sebesar betis...masa tu tahun 70an...so skang memang selayaknya ia sebesar itu...Dipendekkan citer, pokok ni tumbuh dalam wilayah kepunyaan abah aku, so maknanya pokok tu kami yang punya...dulu kawasan tu x berpagar, so sesiapa pun boleh masuk keluar sesuka hati...
Kata orang pokok tu berpuaka...pernah org nampak langsuir terbang kat atas pokok tu...abah aku sendiri pernah kena baling batu time dinihari...aku sendiri pernah meremang bulu roma secara tiba2 masa main buaian kat bawah pokok tu time dekat2 senja...tapi bukan pasal ni aku nak citer...
Lebih sepuluh tahun lepas ada sekumpulan bebudak nakal buah rumah atas pokok tu...rumah mainan dari kayu terbuang...diorang takik batang pokok untuk buat tangga then angkut papan untuk dipaku pada dahan untuk dibuat lantai...Bila abah aku sedar dia jadi berang....terus dia baling parang budak2 tu dalam api yang membakar sampai hangus...lantai rumah itu dijolok dengan galah panjang sampai tercabut semua...Lepas kejadian kawasan tu dipagar dan disambung terus dgn halaman rumah kami...kawasan tu mula dikuatkuasa sebagai wilayah famili...tiada lagi gangguan2 yg tidak diingini berlaku....
*

Thursday, September 3, 2009

Bulan Posa

Bulan puasa dah tiba. Bila puasa mestilah yang paling penting adalah buka puasa. Rentetan dengan itu macam2 plan la nak bukak puasa kat mana. Semalam labmate aku beramai2 bukak puasa kat Kenny Rogers. Aku bukan nak pegi sgt sementelah sepanjang hayat ni tu kali kedua aku masuk Kenny Rogers tp memandangkan kawan2 yg plan aku x kuasa nak usulkan undi x percaya kat plan diorg. Ternyata firasat aku memang tepat. Makanan yang dicanang2 sebagai yg terlatest n hidangan paling popular berserta lazat hanyalah x ubah seperti makanan orang yang cukup bahan masakan. Dalam pinggan aku dicampur adukkan semua benda yg diorder sampai nak tgk pun x selera apatah lagi untuk makan...dah rasanya lebih teruk daripada murtabak sejuk yg basi kuahnya...dan untuk itu aku dicharge RM 29++....

*roger n OUT

Monday, August 10, 2009

My future....

Aku x pernah plan hidup aku akan jadi mcm ni...maksudnya terlibat dlm research...kata org bila terlibat dlm research hidup akan jadi mcm x da kehidupan...apa yg dibuat n diulang2 adalah buat research n publish...sampai pencen kalu sempat...memang kita ada pilihan dalam kehidupan...sape yang kata hidup ni x da pilihan memang x pandai guna akal dgn sebaiknya....sentiasa ada pilihan...pilihan la yg akan menentukan kita nanti...x setiap org buat pilihan yg betul...seorg manusia yg memilih untuk merompak sudah pasti akan jadi perompak...

Aku memilih untuk jadi researcher...pilihan ni dibuat 3 tahun lalu...sebelum tu aku x serius untuk memikirkan pasal masa depan...sejak tu aku teruskan je pilihan yg aku buat ni...kalu nak citer liku2 hidup yg aku tempuhi memang x tau bila boleh abis...tp skang aku x tau nak decide apa aku nak buat bila MSc aku abis...aku dapat offer buat PhD kat Europe...tp aku x tau nak terima ke x...kalu aku terima aku akan menghabiskan masa at least 4 years kat sana...mampukah aku hidup berjauhan ngn keluarga aku selama itu? Mcm mana if anything happen kat famili aku sepanjang ketiadaan aku di sini? 4 tahun bukan sekejap..ia adalah masa yg lama...tp kalu tolak offer tu mampukah aku dapat peluang keemasan seperti itu lagi? Aku tau x ramai yg dapat mcm aku dapat...itu membuatkan aku makin susah membuat pilihan....

Aku bukan anak manja...jauh sekali x reti berdikari...cuma aku tahu setiap apa yg aku buat akan memberi kesan bukan pada diri aku sendiri tp juga pada org lain...aku kena jugak fikir perasaan mak ayah, yg memang keberatan melepaskan aku sejauh itu untuk masa yg lama...aku tahu satu2 nya sbb adalah sebab diorang sayang kat aku...tp aku juga sedar aku jugak kena dahulukan kehendak diri sendiri...bukan nak pentingkan diri tp cuma nak buat apa yg aku nak buat...sebelum ni aku banyak mendahulukan org lain lebih daripada diri sendiri...tp sampai bila ia akan berterusan? Aku tak nak membuat pilihan yg menyebabkan aku menanggung sesal seumur hidup ni...

Friday, August 7, 2009



Hari Jalan-Jalan

Dah lama x jalan2 sehari suntuk...idea ni datang sbb nak tangkap gambar sunrise kat Pantai Melawi...so plan asal 6.30 am gerak dari rumah then terus ke Melawi...tapi plan jadi lintang pukang mcm kena hentam ngn puting beliung...gara2 bangun lewat, sampai pukul 7.10 am kat pantai...sunrise pukul 7.04 am...aku jarang lewat...tapi kali ni aku tertewas...hehehe

Last skali aku ke pantai Melawi adalah 3 bulan lepas...3 bulan adalah tempoh yg lama jugak bg aku, buktinya segala sampah sarap membiak-biak seolah2 mendapat nutrien yg melimpah ruah...sakit mata tengok keadaan ni...pantai yg cantik dah jadi hadoo....sekali tengok mcm x serupa pantai dah....mana datang semua sampah2 ni? Sesungguhnya sesiapa yg bertanggungjawab dlm kes ni layak dihukum sapu sampah kan pusat pelupusan sampah berdekatan...




Balik dari Melawi area pukul 8 lebih then terus ke KB cari makanan...jumpa la Hayaki kopitiam...melantak nasik dagang...then ke pasar Khadijah lak cari kerepek...sbb kawan aku nak balik KL pagi sok...so nak beli la kerepek ikan yg dia suke gileer tu...satu pasar pusing (termasuk area sayur n ikan yg baunya boleh tahan gak) tp x jumpa...so kitaorg plan nak g Rantau Panjang pulak...memandangkan waktu dah 11 lebih aku hantar kawan aku balik dulu n aku bersiap untuk ke masjid untuk solat jumaat....aku semayang kat Masjid Jelawat sbb konon nak p umah akwan aku si Khairy tp mamat ni lambat sangat reply msg so aku x jadi singgah....pastu terus ke Rantau Panjang ngn kawan aku tadi...samapi sana tersilap jalan masuk ke Siam..akak imegresen senyum perli....malu siot....then jumpa la kerepek yg diingini tu...aku berkenan satu t shirt ni tp duit x cukup maa...bulan ni banyak pakai duit sampai sesak sikit...adoi...

Sebelum tu kitaorg lunch dulu....aku makan nasi ngn ayam halia, tea o ice limau n ABC...rasa sket tomyam kawan aku tu...pedas gila sampai melecur lidah...fuh...then kitaorg round2 jap sebelum blah...aku suke view on da way ke Rantau Panjang...nyaman n cantik...byk sawah padi yg menghijau n suasana kampung yg masih indah boleh dinikmati....bukannya nak beli sgt kerepek tu tp sekadar berjalan2 di hari minggu saja...ok la, malam ni aku ke PCB makan mee udang...dadada

Monday, July 13, 2009

Hidup Di Perantauan....

Penah x korang pergi ke satu tempat yg jauh, asing, sorang2 n x kenal sape2 kat situ? Masa tu la kita hanya akan bergantung kat diri sendiri je..baru la kita tau kita ni org mcm mana...pepun yg paling penting adalah cara kita hadapi sesuatu tu akan mempengaruhi cara kita settlekan sebarang kemungkinan yg terjadi...
Early last year, I was stayed in Vienna, Austria for almost 3 months, alone!!! Honestly, that was my first time bejauhan dgn family untuk tempoh yang agak lama...so sebelum pergi byk la prepare barang2 sampai overweight...boleh kata semua bawak dari baju2, ubat2, makanan n paling x boleh lupe, rice cooker!! Why rice cooker? Because I have to cook, to make sure I can survive during that time...maklumla makan2 kat non muslim country ni susah...mana2 pun ada pork...so nak x nak kena la masak...
After about 13 hours, at last i was arrived at Vienna International Airport...I said yo myself.."oh God, everything gonna be crazy"...it's hard to find somebody who can speak English there (of course you can speak to someone at the counter, like airport information counter, tourist agent and taxi office)...but if u ask someone around the airport, the most common answer is "no english, no english"...kekadang confuse gak, betul ke x paham or buat2 x paham sbb mungkin diorg mengagungkan bahasa sendiri...ye la..kita kat mesia ja x sayang bahasa sendiri...kat tempat lain situasi x sama beb...oh ye, utk pengetahuan semua, Austria ni pakai bahasa german...rasa sesal x belajar german dulu masa kat usm sbb x plan pun nak merantau sampai sejauh ni...
Kat airport actually somebody already waiting for me with a piece of paper yg tertulis my name...tp ejaan completely wrong...so i decided to approach him and ask..but I think he don't understand what I said because he looks like blur2...so I just follow him to his car..(lepas tunjuk address aku kat dia la....nampaknya address tu sama ngn kad yg dia pegang, so aku agak betul la tu...)Ni mesti my bos, org yg aku kena jumpa kat University of Vienna tu yg hantar pak cik ni yg aku pasti adalah sorg drebar teksi...
Paki cik anta aku ke satu tempat yg ala2 hostel...aku usung beg2 n tanya pasal tambang...x kesah la dia paham ke x...tp dia mcm kata dah byr...not in English but in German..ceh..aku mestilah x paham tp kita ni kan manusia yg berakal so main agak2 dah la..so aku tercari2 mana hostel punya office, kat mesia kan opis biasa kat depan n senang cari...tp kat sana opis terceruk kat belakang..ada sorg chinese girl guide me to that office...masalahnya bila check punya check nama aku x da..pdhal dah booking semua...tp aku x da kalut mcm x tentu hala..aku suruh dia kol Universiti Vienna tu n ckp ngn steno dia...fuh, at last ada rupanya nama aku...tp yg sakit hatinya kunci ada kat steno tu...so kena g jumpa dia n ambik key tu..satu hal pulak!!!menyusahkan betul...
So my problem is aku x tau kampus tu kat mana...!!!argh tension...officer kathostel tu ada lukis map, ikut kata dia dekat jer...apa dia gila ka, aku baru ja dtg sini mana tau selok belok n segala simpang2 jalan...tp aku pergi jugak la..yela mana nak tido kalu x da kunci nak masuk...masa tu dlm 2 lebih..jalan la aku cari kampus yg katmana ntah...beg2 semua tinggal kat opis td...takkan nak bwk kot, berat mcm batu...aku jalan pusing2 n kekadang tanya org, diorg ni helpful tp x reti nak ckp english..just tunjuk2 aja...okay la tu..at least ada rasa nak menolong...lepas 2 jam baru jumpa!!kaki naik kematu...jetleg lagi...azab tul..rasa mcm nak balik airport terus...balik semula ke Mesia..tp rasa je, buatnya x...nanti balik kena bunuh ngn bos..hahaha...





Sampai kat steno tu ada la intro my seft skit2..yela dia yg book hostel, bayar semua so as a gentleman aku ucap la thanx walau mcm x rela, ahaks...pastu jumpa my Viennese bos, Prof Steffen Hering..dia ni la yg akan supervise aku selama aku kat sini...dia offer drink kat aku, so aku request mineral water...sbb terlalu thirsty aku terus minum dgn rakus...ayooo....mineral water ni bergas...siot sgt...mcm nak meletup jantung aku!!!
Then aku cari jalan balik ke Hostel..yg kelakarnya aku sesat...masuk ikut pintu lain kuar ikut lain...dari main campus tu terus kuar tepi highway...aku jd pening, lagipun masa tu 4 petang tp dah mcm malam..yela winter...aku jd kalut...jalan2 sikit, nampak teksi terus naik...
Kena bayar around 7 euro tp x kesah la..asal selamat...sampai hostel opis dah tutup..pulak dah!!!so beg2 kena ambik esok..takpe la, aku terus masuk bilik...tido!!!

Wednesday, July 8, 2009

Kawan masa Form 5


Tahun 2001 adalah tahun aku amik SPM...yang menariknya aku amik SPM di sekolah baru, yg mana batch aku adalah 1st batch untuk SPM...aku bukan nak citer pasal result n sape jadi best student sbb kalu aku bukak citer pasal tu org mula akan kata aku masuk bakul n angkat sendiri pulak, ops...!!Dalam kelas aku ni ada sorg mamat ni yang aku namakan sebagai Kai...dia sgt hebat, tapi bukan dlm pelajaran kerana sememangnya dia kategori cicir...dia ni hebat dlm mengutuk org lain...sape yg x pernah dikutuknya, dari mak cik cleaner sampai la ke bilal kat surau depan sekolah...setakat kutuk cikgu2 n pengetua tu memang dah jadi makanan ruji dia...aku takkan lupa time azan zohor, suara muazzan tu sedikit lari intonasi, org lain semua diam...tp dia ketawa terkekeh tanpa rasa bersalah...masa tu kelas english...teacher diam saja tp bila abis azan terus dia sound, org bercakap masa azan mati x boleh mengucap, kalau tahap gelak x tau la nanti mati mcm mana...tp mamat ni x berbekas langsung...siap senyum lagi...sebenarnya aku dah kenal lama mamat ni, dari darjah 4 lagi..tp dia pindah masa tgh tahun so ada la beberapa bulan kenal dia...yg pasti perangai dia x pernah berubah...walau mulut dia mcm puaka sekalipun bg aku dia baik...boleh mintak tolong walau kekadang sgt menyampah...aku dulu naik bas, dia pun naik bas..so kitaorg akan balik sekali...sambil2 jalan tu kalu x kutuk org memang x sah...ada je topik kutukan...aku rasa kalu drebar bas tau dia ni suka mengutuk dia, haram dia x ambik mamat ni...konduktor lak akan charge tambang 1st class...ada satu hari sekolah blackout...kipas x jalan, suasana jadi mcm puduraya time tghari...budak2 pompuan merungut2 dgn harapan kelas batal...tp mamat ni siap sound "hah korang, panas sikit pun nak kecoh, berlatihlah duduk dlm neraka"...ops!!lagi satu perangai dia yg org kenal adalah dia suka ponteng kelas tambahan, alasan dia mudah...takut tertinggal bas..tp dia lupa sesuatu, guru disiplin x pernah tertinggal rotan kat rumah walau beliau turut naik bas sekalipun...tp apakah mamat ni serik?? jawapannya: tidak sesekali...

Lepas SPM kitaorg pilih haluan sendiri...masing bertaburan di seluruh pelusuk bumi...oleh kerana tahun 2001 henset masih belum popular (hanya yg kategori kaya gila jer boleh pakai beb), maka kitaorg lost contact...hingga la kira2 2 tahun lepas aku terjumpa lagi mamat ni dalam bas...dia nampak aku terus mai duk sebelah...sembang mcm biasa, seolah2 tempoh 6 tahun x berjumpa tidak membataskan kemesraan kami...dia masih sorang yg sgt peramah...byk bercerita...99.9% adalah kisah sensasi kawan2 kami dulu...semua dia tau...org ni dah clash, org tu dah kawin, dia ni dah ada anak n dia tu dah masuk lokap sbb hisap dadah dan mcm2 lagi cerita yg boleh aku anggap gosip...kat tangan dia ada poster band dari barat...nak tampal kat bilik katanya...aku dimaklumkan yg dia bakal menduduki ujuian memandu...so kiranya belum tau lulus ke gagal...tp si mamat ni dah beli kereta dah...pakai nama abang dia..."aku x da lesen lagi so kena naik bas"...selamba ja dia cakap...dia jugak dah kerja, kat pelantar minyak...gaji fuhhh, sgt mewah...tu adalah last skali aku jumpa dia dlm tempoh masa ni...dia ada bg contact number n email tp aku x ingat pernah ke tidak aku kontek dia...

***Kai, kat mana kau skang ya??

My Life....

Aku adalah sorang student...masih student n akan bergelar student untuk satu jangka masa yang panjang...sebab? 6 tahun lepas aku masuk u, senang citer jadi student undergrad...masa tu bila org tanya pasal citer2 mesti boleh jawap..tp adakah jawapan tu pasti? seharusnya x..buktinya, if jawapan tu betul aku takkan berada pada kedudukan aku skang ni..masa masuk berkobar2 nak belajar, bila stat sem 1 mcm down, sbb apa down? byk main ke? x, sbb kenal dgn senior2 yg x sepatotnya..mcm hampeh, malas usaha n lebih suka salahkan faktor2 persekitaran di atas kegagalan sendiri...bukan x da yg baik tp x jumpa...kata org yg baik tu sikit n susah dicari...sudahnya 1st sem dapat sikit..tp x da la fail...untuk aku memang sikit la...1st time dapat result mcm tu..akibatnya satu tindakan drastik diambil...mula2 cari kawan yg benar2 boleh panggil kawan..then cari senior yg pandai2...next step mcm biasa, belajar mcm gila...org gila pun x belajar mcm tu...muka hari2 kat lib walaupun dlm lecture hall duk belakang2...aku memang jenis x ponteng, buat apa ponteng baik x yah masuk u..susah payah dapat tempat then ponteng..oh please la...tp ramai yg ponteng..pendek kata kalu jalan kat hostel then baling kacang confirm kacang tu jatuh atas org ponteng kelas...hujung sem exam, rasa okay...cuma tunggu result kuar ja..excited pun ada...yela nak tgk jugak strategi berjaya ke x...hahaha...then bila dapat result tu dapat tinggi gak la walau CGPA x sampai 3 sbb ditarik oleh pointer sem 1..nak wat mcm mana kan...dlm hati stat berbunga, x sia2 aku beranikan diri tegur sorang girl yg kaki study ni, yg last skali jd awek aku..hahaha

Dipendekkan citer sem2 berikutnya aku skor sampai la final sem...dlm tempoh tu aku telah berjaya mengangkat diri aku ni ke kedudukan budak pandai..senang citer nerd...dari org x kenal sampai jd popular...aku cukup bernasib baik, yela kalu aku still x percaya pd diri sampai bila2 pun aku x berjaya...nasib aku cepat sedar..ada yg sampai sudah pun x sedar...bukan tiada kesedaran tp buat2 x sedar..apa yg dia sedar sampai sudah aku x paham...akhirnya aku grad, dapat ijazah...ingat dah ada degree senang la hidup aku..rupanya tak jugak...

Tanggal 8/6/06 yakni sebelum aku berijazah lagi aku telah terikat untuk sambung blajar ke peringkat master..memang aku nak sambung tp yg berlaku luar dari plan aku...aku sambung dlm bidang yg 100% x da kena mengena ngn degree aku...mcm mana tu? next time aku citer...so 1st masuk bidang baru ni akal ala2 nak terencat...kena belajar balik...baru2 memang stress...lebih dari stress pun pernah...terkejut ngn segala mcm menda2 pelik yg x sepatutnya aku belajar..tp aku redah jugak walau tersungkur, tersembam, tergolek yg memang x boleh nak kira berapa kali...tp dlm tempoh masa tu aku byk belajar..daripada jenis x berapa reti nak berdikari jadi berdikari tahap gila...kalu pikir balik n cerita satu persatu akan jd tebal lagi dari buku panduan telefon...kalu dlm bentuk drama series season 10 belum tentu habis lagi...tp berkat dari semua itu la aku sampai ke tahap ni...memang perit tp kata org no pain no gain...kalu org tanya sesal x jawap aku x sure..sbb kalu aku pilih jalan lain aku x tahu hidup aku jd mcm mana pulak sbb kita takkan tahu selagi x mencuba...mungkin lebih baik mungkin lebih buruk..sape tau kan...

Tuesday, July 7, 2009

Good guy goes to heaven, bad guy goes to Amsterdam??


Kat sebelah ni gambar kat Amsterdam...kalu nak compare ngn budapest memang x fair la..yela, Netherland ni developed country..kaya pulak..berbalik pada tujuan asal, sebelum aku sampai sini mcm2 cerita aku dgr pasal tempat ni..diorg kat sini sgt liberal la, free country la, n mcm2 lagi citer yg hampir semuanya x elok..bila sampai sini, nampak biasa saja..cuma ada la yg agak pelik sikit pada hemat aku ni, mcm jual baju gambar lucah, kata2 carutan (mcm la kat mesia x da) n yg paling menonjol alat2 untuk hisap dadah dijual secara terbuka n boleh didapati dari kedai2 ala2 seven E..airport dia mcm mall, byk sgt tempat shopping..tp harga jgn cakap la..kalu convert ke RM memang gila kat situ jugak la jawapnya..city dia bersih, tersusun, n cantik.
Amsterdam ni berkongsi satu persamaan ngn Bangladesh, dua2 duk bawah paras laut..tp akibat kecanggihan teknologi org Belanda ni dapat atasi masalah ni, sedangkan kat Bangladesh ribuan org mati dlm setahun akibat limpahan air..sgt kontra kan...lagi satu saiz negara ni kecik aja..lebih kurang sebesar negeri Pahang ja..tp diorg jd pengeluar produk makanan ketiga terbesar dunia...
Satu ciri yg menonjol kat sini adalah basikal sgt byk..merata2 ada basikal..lebih byk dari kereta..siap ada lorong khas untuk basikal lagi..tempat parking pun byk..senang nak parking n lock kat mana2 aja yg dirasakan perlu...

Best ke Europe tu?


Kata orang europe tu tempat yang best...betul ke? Aku tau memang x semua cakap gitu tp rata-ratanya berpendapat sebegini..untuk aku, mana2 tempat pun ada yang best ada yang x..kat europe aku pernah jelajah amsterdam kat west, vienna kat central & budapest kat east..yg aku perhati mentaliti n lifestyle org east europe ni more to asia jugak..selain sampah dengan mudahnya dijumpai merata-rata, kegiatan vandalism jugak sgt berleluasa, bahkan boleh dikategorikan sebagai teruk..kenapa? kat budapest segenap inci ruang kosong diconteng dgn mcm2 gambar, ayat n ntah segala mcm menda sampai kalu tgk lame2 boleh kena barah otak...tp aku respek public transport diorang, yelah budapest tu capital untuk hungary, hungary lak negara yg boleh dikira miskin, metro pun jenis lama (era soviet kot?), bas lagila buruk..tp sgt efisien, tepat masa n teratur..connection sgt bagus..aku heran jugak kenapa tempat kita yg lebih maju dari diorang x boleh jadi mcm tu..ops! Yg aku heran tu kat metro station diorg boleh meniaga mcm2, daripada bunga, pisang, bawang sampai ke segala mcm sayur..kalu setakat rokok, magazine, paper tu toksah citer la..yg homeless pun ramai...yg terkinja2 menari lagu ntah apa2 pun ada...nak kata mintak sedekah mcm tak, gila pon x kot...yg best kat budapest ni diorang punya city centre, parlimen diorg cantik..old castle pun byk..city centre dipisahkan oleh sungai yg agak lebar..ada lebih kurang 5-6 bridge yang connect 2 bahagian ni..sungai sana x da bersih sgt tp better la dari sungai kelang...