Saturday, December 5, 2009

Satu Kesetiaan

Di satu bandar dekat Switzerland ada satu tugu sekor anjing berhampiran dengan stesen trem. Tugu ni dibuat bukan untuk mencantikkan stesen tersebut, jauh sekali untuk menggamit jumlah pengunjung untuk lawatan sosial. Lagipun tugu anjing terbabit bukan dalam kategori cantik seperti kelaziman tugu2 di negara barat lain. Bukan juga diperbuat daripada emas atau batu permata yang menjadikan ia sesuatu yang mehal dan bernilai. Tugu ni menjadi istimewa kerana kisah disebaliknya.
Dikatakan dahulunya terjadi satu kisah yang menyentuh hati di stesen itu. Antara sorang lelaki tua dan anjing peliharaannya. Lelaki tua yang tinggal bersendirian ini telah membela seekor anjing yang tinggal bersamanya untuk sesuatu tempoh. Pada satu masa ni lelaki ni perlu ke bandar sebelah untuk sesuatu urusan penting. Maka pada pagi hari terbabit lelaki itu bersama anjingnya pergi ke stesen trem tersebut, anjing itu ditinggalkan di stesen selepas dibelai oleh tuannya dengan penuh kasih sayang. Lelaki itu meneruskan perjalanannya...anjing itupun pulang ke rumah bersendirian. Ditakdirkan lelaki tua tadi telah meninggal dunia sebaik menjejakkan kaki di bandar yang beliau kunjungi itu akibat serangan jantung. Maka beliau disemadikan di sana memandangkan tiada mana2 pihak menuntut mayatnya.
Dan anjing lelaki itu keesokkan harinya setia menunggu di stesen menantikan kepulangan tuannya yang dikasihi. Setiap kali trem berhenti si anjing akan menerpa dan menunggu sehingga penumpang yang terakhir turun. Namun hampa. Bila senja menjelang, si anjing akan beredar pulang. Begitulah rutin harian si anjing sehingga berbulan2 lamanya. Bahkan ada yang menyatakan sehingga bertahun2 sampailah si anjing mati di kawasan stesen itu. Pihak stesen yang menyaksikan kejadian ini sepanjang masa terbabit terpanggil untuk membina satu tugu bagi mengenangkan kesetiaan si anjing pada tuannya bagi pengajaran umat manusia.


















No comments:

Post a Comment