Monday, December 28, 2009

Suri Lab

Sekarang nih rutin hidup aku dah jadi macam suri rumah. Bezanya aku bukan duk rumah tapi lab. Setiap Ahad, Selasa dan Khamis pagi2 lagi aku ke pasar untuk membeli ikan. Bukan untuk dibuat lauk makan tengahari, juga bukan sebab aku dah berenti belajar lalu memilih untuk jadi tukang masak sebagai kerjaya. Sebab kat lab ni ada 16 ekor makhluk yang harus dibagi makan. Sesudah membeli aku terus ke lab, menyiang ikan dan basuh bersih-bersih. Pastu potong kecil-kecil jadi bentuk kiub. Dulu diorang ada buat protes senyap. Tak nak makan. Sebab kat US dulu diorang menjamah 'pork' sebagai hidangan harian. Tapi aku buat tak tahu. Permintaan diorang yang melampau tu aku x layan. Buat donno don care. Lama-lama diorang pasrah. Redha dengan suratan takdir, diorang mula makan 'makanan halal'. Sebenarnya aku boleh suruh staf kat lab ni uruskan semua, aku hanya perlu beli makanan jer. Tapi biarlah, aku sayang kat makhluk 16 ekor ni. Sebab aku tahu orang lain susah nak sayang kat diorang. Diorang kan tak comel. Manusia suka menda yang kiut-kiut jer. Yang hodoh dan buruk tolak tepi. Sebab tu banyak pelakon yang hodoh-hodoh hanya mampu pegang watak jahat je. Hanya tu yang sesuai.

Jahat sebab hodoh ke atau hodoh sebab jahat?

2 comments:

  1. mizi,
    aku pegang watak jahat dalam filem, tapi aku cantek..mcm mana tu

    ReplyDelete
  2. Tu adalah sindrom biasa bagi mereka yang tiada CERMIN kat rumah masing-masing.

    ReplyDelete