Semalam memang hangat. Bukan takat hangat-hangat tahi ayam tapi lebih hangat daripada biasa. Lebih hangat dari panggilan hangit mahupun kuih semprit. Nama pun sauna memanglah hangat, kalau jadi sejuk bermakna ada dua kemungkinan terjadi. Pertama bukan berasal dari planet ni dan kedua kepala otak dah ting tong, senang citer dah giler. Aku ke sana bertemankan sorang mamat yang sentiasa berasakan dirinya kacak. Tapi tolong maafkan dia sebab aku dah buat spot check, kat rumah dia 100% confirm memang takde cermin. Kalau adapun cermin tu dah retak sejuta dan tersembunyi dalam timbunan kain yang tak tersusun. Masa nak pergi sana nyaris tersesat sebab papan tanda tunjuk arah dah dilarikan oleh mat drug untuk dijual sebagai besi buruk. Dengan bantuan sorang makcik yang secara tetiba enterframe maka ketemulah kami akan tempat sauna tu. Praritual bermula dengan bersiram di bawah shower untuk seketika dan terus masuk ke dalam tempat sauna untuk kira-kira 20 minit sambil dihidangkan dengan lagu-lagu kompilasi daripada Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan beberapa artis terkenal tanahair. Selepas 20 minit, adegan pertama adalah menyental badan dengan sejenis batu khusus yang dikutip dari Hilmalaya. Agaknya batu jenis nilah yang digunapakai oleh makhluk yang menghuni Hilmalaya yang digelar Yeti itu. Maka tak heranlah makhluk ni digambarkan sebagai putih melepak walaupun berwajahkan seperti serigala. Batu ni turut dijual oleh tuan punya tempat tu dengan kadar harga 49 ringgit pada saiz sebuku sabun mandi yang telah diguna separuh. Pas adegan sental menyental kami disuruh masuk balik ke tempat sauna untuk kira-kira 15 minit lagi sebelum berjalan di atas batu-batu sungai untuk 5 minit. Lepas tu badan dikeringkan dengan bersantai diatas kerusi ala-ala kat tepi pantai Hawaii sambil memandang kerdipan bintang di langit. Sejurus kemudian badan dibersihkan sebelum dilumurkan pati limau purut bercampur ekstrak bunga melur. Untuk perkhidmatan selama 2 jam dengan harga 25 ringgit satu kepala aku berasakan ini sudah cukup murah. So malam tadi kami pulang dengan badan harum semerbak sepertimana Pontianak Harum Sundal Malam 2.
*harga bahan api dah mencanak naik, maka sauna ni dah tak sehangat macam kali pertama aku pergi dulu
aku nk tanya, sapa yg tolong sental dan tonyoh limau kat badan hg..ha..ada pompuan ke? astaga~
ReplyDeletetakla..pondan tua kertu yg buat
ReplyDeletetak ajak pun....bini aku skrang posting di Hospital Kerai sebulan
ReplyDeleteYeke, len kali aku ajak hang..ada khidmat pakcik tukang urut gak..35 hengget sejam
ReplyDelete