Masa kat Doha sempat makan kat sebuah restoren Lebanon yang terkenal kat area Souq's of Doha...gambar atas adalah nasik beriyani berlauk ayam, daging dan sosej unta. nasik dia best tapi lauk dia agak berempah. Gambar kedua nasik kuskus berlauk ayam berserta sayur-sayuran yang membukit. Gambar last daging unta, tapi aku tak makan walaupun disuruh cuba. Semua ni di sponsor oleh si Rizal, Al Jazeera punya staf tu. Yang agak menarik masa makan tu ramai gila orang Arab duk hisap shisha, lelaki pompuan sama-sama sedut walaupun pakai tudung dan berjubah bagai. Mat saleh pun ramai join kat restoren ni, sambil ambik angin malam sebab skang adalah musim sejuk kat Middle East. Suhu dalam 20 degree something, biasa adalah 40 lebih. Maka ramai la para penduduk berpeleseran sepanjang malam bersama famili masing-masing. Doha ni adalah satu tempat yang selamat, selamba je diorang tinggal kereta tanpa matikan enjin untuk beli barang kat kedai-kedai tepi jalan. Kejadian pecah kereta jugak tak wujud kat sini apatah lagi pecah rumah. Ada jugak kedai-kedai tea yang jual makanan tradisi yang macam apam balik, bakar on the spot bila kita order. Pendek kata suasana malam kat sini memang hidup. Satu lagi yang menarik adalah cara orang Arab semayang. Kalau kita duk kat mana2 kaunter bank, post opis ke then tetiba azan berkumandang orang yang jaga kaunter tutup kaunter dan ajak orang duk beratur semayang skali kat situ. Just bentangkan tikar atau kain. Menjadi amalan diorang setiap kali kuar rumah mesti ambik wuduk, maka pastu bolehla diorang semayang di mana2 saja tanpa duk sibuk cari air. Macam satu kejadian kat shoping mall itu hari, sorang pompuan arab berfurdah tetiba baling hand bag kat tepi dan solat. Tanpa tukar kain telekung, terus semayang. Pas semayang terus blah dan meneruskan agenda yang terhenti tadi. Menarik untuk diperhati walaupun rasa agak kelakar dan terkejut. Kat sini jugak golongan wanita sangat dihormati, lebih-lebih lagi kalau yang bertudung. Tapi yang paling mengejutkan adalah satu kejadian kat atas jalan di Doha ni. Ada sorang drebar perempuan berjubah dan pakai penutup muka, pastu pakai spec hitam. So kat muka semua nampak hitam, macam hantu. Then dia bawak satu pacuan 4 roda yang besaiz besar, cara pemanduannya cukup hebat, kalah drebar F1...Orang Arab bawak keta cukup ganas. Dah la keta jenis mewah2 belaka, bawak keta macam takde langsung perasaan takut keta masing2 tercalar ke tergesel ke. Kadar kemalangan kat sini tinggi dan kematian atas sebab kemalangan jalan raya merupakan punca utama kehilangan nyawa di Qatar. Menurut drebar kami, lebih horror kalau pemandu adalah golongan remaja tak kira lelaki ke pompuan, sama jer. Kereta lak bukan calang2, smlm ada nampak Lamborghini kaler hijau, Ferrari dan Rolls Royce. Yang bestnya yang bawak adalah pompuan Arab berjubah hitam. Kat sana, Nissan Latio merupakan kereta bagi mereka yang berpendapatan rendah. Rumah-rumah sheikh tersangat besar, macam istana kat eropah. Kereta yang dimiliki pulak ada mencecah 40 bijik. Anak2 yang masih skolah rendah pun dah ada kereta dan drebar masing-masing!
*Sungguh kaya
No comments:
Post a Comment