Kak Mah adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki. Anak yang tua sudah berumahtangga manakala yang bongsu hidupnya sedikit porak peranda akibat terjebak dengan najis dadah. Walaupun beliau seorang ibu tunggal, namun itu bukan satu masalah besar memandangkan beliau merupakan seorang usahawan keropok yang agak berjaya. Tidak cukup dengan itu dia jugak turut terlibat dan mempunyai jawatan dalam sebuah parti politik. Beliau juga seorang yang ringan tulang dan sentiasa menghadirkan diri untuk menawarkan kudrat kat mana-mana kenduri kendara. Dalam kalangan penduduk kampung, Kak Mah lebih dikenali sebagai reporter kerana sifatnya yang suka jaga tepi kain orang dan tukang canang segala kisah-kisah dalam kain orang lain. Boleh dikatakan 90% daripada cerita sensasi yang kontroversi yang berlaku sekitar kampung diketahui ramai adalah atas usaha gigih beliau yang tanpa lelah menyampaikannya dari rumah ke rumah. Baki 10% lagi adalah kerana kecuaian pihak-pihak yang terlibat terlepas cakap pada jiran tetangga. Bagi golongan yang sangat menjaga telinga dan lidah, apabila ternampak kelibat Kak Mah menghala masuk ke halaman rumah dan mula memberi salam, masing-masing mendiamkan diri. Ada yang buat-buat tidur dan tak kurang jugak yang pura-pura dengar ipod sambil menyilangkan kaki ke udara. Semuanya gara-gara mereka sudah tak larat untuk mengandar dosa mengumpat keji orang lain. Ada juga yang takut ditelan tsunami walaupun jarak kampung dengan pantai terdekat lebih dari 12 km. Satu tabiat Kak Mah ini jugak adalah suka menunjuk-nunjuk akan dirinya yang merupakan seorang yang berada walaupun semua orang telah tahu akan kedudukan kewangannya yang kukuh. Ambil contoh, krisis ekonomi dunia baru-baru ni langsung tak memberi kudis pada Kak Mah. Kegagalan Emaar Properties untuk membayar balik pinjaman kewangan pada masa yang telah ditetapkan dipandang sepi oleh beliau. Untuk ke pasar pagi pun gaya dressing macam nak pergi menyertai Juara Lagu. Gelang tangan beliau sahaja lebih besar daripada gari polis, manakala rantai leher lebih besar berbanding rantai untuk menambat beruk kat pokok kelapa. Itu belum kira subang telinga yang kecik sikit dari gelung rotan dan gelang kaki yang berkerincing mengalahkan loceng kuil. Bila orang tegur dia kata orang dengki. Jeles. Perangai busuknya itu berterusan sehinggalah beliau telah diragut oleh mat motor baru-baru ni. Rantai bersaiz rantai beruk dikabarkan bernilai lebih sepuluh ribu RM. Bila diragut sangat susah untuk putus. Ikut kata saksi kejadian semasa adegan ragut itu beliau telah berpusingan U tiga kali akibat ditarik oleh sang peragut durjana. Bukan tak ada yang melihat tetapi semuanya tergamam dan menyangkakan penggambaran Gerak Khas sedang diadakan. Saksi yang paling dekat adalah Siti Nurhazila yang badannya bersaiz tong ikan. Nak jalan pun malas apatah lagi kejar peragut. Maka sambil makan lolipop dia buat-buat tak nampak dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Berikutan kejadian itu, Kak Mah sangat terpukul walaupun kehilangan rantai itu tidaklah menyebabkan muflis tetapi beliau telah mengalami luka-luka pada wajah akibat tersembam pada jalan raya yang tak berturap. Wajahnya sekarang hampir mirip maid Indon yang telah didera oleh majikannya, Nirmala Bonat. Sebulan Kak Mah lepak dirumah sambil menyulam untuk menghilangkan kebosanan. Walaupun sudah serik dengan kejadian ragut, namun apa yang pasti kerjaya beliau sebagai reporter tak bertauliah tak berkubur bahkan lebih sibuk berbanding sebelumnya. Mana tak sibuknya, dia kena up date story untuk sebulan di samping story2 baru.
*Citer betul ni, bukan rekaan
*Citer betul ni, bukan rekaan
No comments:
Post a Comment