Semaun Meor Hassan adalah seorang graduan lulusan luar negara, atau lebih spesifik lagi made in UK ataupun singkatan bagi United Komodo. Dahla lulusan daripada sebuah negara tersohor yang selalu disebut-sebut dalam rancangan Fear Factor, universitinya pulak bukan calang-calang. Dalam ranking dunia kongsi gelap kedudukannya adalah nombor dua iaitu Universiti Ops Pergh. Saja dinyatakan kedudukan nombor satu tetap dipegang Universiti Cam Cam Beris sejak dari Zaman Tok Kaduk sehinggalah Zaman Tok Pa memegang jawatan menteri. Jangan salah maklumat, Semaun Meor Hassan tiada kena mengena dengan Suhaimi Meor Hassan walaupun sekadar bau-bau bacang. Juga kaitan beliau dengan Shuhaimi Baba adalah saudara seagama semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
Semaun berasal dari Kampung Itik Terkehel, sebuah penempatan kecil yang gagal dikesan oleh Google Earth mahupun live webcam. Suku daripada komposisi penduduknya adalah orang asli yang masih memakai cawat rambu ramba yang hampir menyamai kostum gadis Hawaii semasa menyanyikan lagu Aloha. Walaupun cawat buatan tangan dan bukan daripada jenama terkenal seperti Pampers, PetPet mahupun Mami Poko tetapi yang pasti ia tidak pedihkan mata. Kejayaan Semaun menggondol gelaran Doktor merupakan satu anugerah yang tidak terhingga kepada penduduk kampung tersebut. Pelbagai sambutan diadakan untuk meraikan dan tidak kurang 20 ekor lembu tumbang dalam peristiwa tersebut. Yang lebih menarik tumbangnya sang lembu bukanlah kerana disembelih untuk dijamu pada hadirin tetapi kerana dilanggar kenderaan awam yang berbolan-bolan membuat perarakan kereta berhias.
Merasakan dirinya hebat dalam kalangan orang tak hebat, Semaun bercadang membuat pembaharuan yang akan merubah secara total akan corak hidup masyarakat kampung yang sebelum ni hidup dalam keadaan harmoni. Langkah pertamanya adalah mengarahkan Kak Dah yang menjual pisang goreng untuk menghasilkan muffin berperisa walnut. Kak Dah yang rendah tahap pendidikannya cuba membantah dengan mengatakan itu adalah tak berapa relate dengan kemahirannya walaupun beliau sendiri sangsi akan maksudnya perkataan relate yang dipertuturkan itu. Tapi Semaun bermain psikologi kata-kata apabila secara bersungguh-sungguh mengatakan semua ilmu masakan adalah related. Pendek kata kita tidak patut tahu membuat sekadar pisang goreng sahaja tetapi mesti kena belajar resepi-resepi lain yang wujud di atas muka bumi ini. Tidor 3 jam sehari tak jadi hal asalkan ada masa kaji resepi. Dapur kena on 24 jam sehari tujuh hari seminggu walaupun pada hari-hari perayaan termasuklah hari banjir. Maka Kak Dah pun tanpa membantah hanya menurut sahaja akan idea agung Semaun itu. Sudahnya Kak Dah menjadi ting tong gara-gara salah sangka yang walnut itu adalah walrus. Ini semua terjadi disebabkan Kak Dah adalah peminat setia saluran Animal Planet kat Astro. Akibat tertekan Kak Dah bercadang berhenti mengusahakan gerai pisang goreng dan berminat untuk menyertai pasukan aktivis pelindung ikan paus di Laut Andaman. Permohonan secara on line telah dihantar malahan tandatangan referee sudah diambil dan surat sokongan sudah dicop sebesar-besar alam.
Mangsa kedua adalah seorang warga emas bertaraf nenek yang bernama Lisa Surihani. Nenek ni membuka sebuah kedai makan. Satu hari Semaun mencadangkan lauk pauk di kedai itu patut ditukar menunya. Antara yang dicadangkan adalah seafood salai yang diperah baby lemon. Apa yang difahami oleh sang nenek adalah siput babi diperah sampai kempis. Pada hari pertama jualan, nenek itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan menjual makanan eksotik.
Akibat kes-kes tersebut penduduk kampung mula menyuarakan rasa tak puas hati masing-masing akan tindak tanduk Semaun itu. Usul dibawak pada tok ketua yang merupakan seorang penari terkenal tetapi gagal melepasi pusingan kelayakan rancangan So You Think You Can Dance. Tapi malangnya tok ketua secara jelas memihak pada Semaun dengan alasan ketika beliau belajar menari tarian gamelan dulu bosnya pernah mengarahkannya menari tarian pendet, sumazau, mak yong, hip hop, tap malahan samba pun turut masuk dalam list. Kalau gagal ataupun langkahnya kelihatan canggung beliau akan dihantar pulang ke tanah air pada hari lusa. Penduduk pulang hampa, mulut mereka kelihatan terkumat-kamit tidak puas hati tetapi tiada suara yang kedengaran untuk mengelakkan tok ketua naik hantu.
please.. please.. buat sambungan ye..? tak sabar nak bace episod seterusnye.. ngehehee (:
ReplyDeleteTunggu season dua, akan ada tambahan watak
ReplyDeletekau stress ka? weh, aku nak copy and paste kat blog aku lah...
ReplyDeletetak stress pun, aku dah luah apa yg patut dlm meeting..hehehe
ReplyDeleteaku nak copy and paste jugak artikel ni
ReplyDeletecopy jgn tak copy poje.. dah brape kali edit dah tu agaknye.. (:
ReplyDelete