Wednesday, January 20, 2010

Drama Sebabak

Kalau sesebuah jabatan tu diibaratkan satu lokasi penggambaran drama, yang memainkan peranan pengarah sudah semestinya orang paling berpangkat besar. Bukan takat tu aja, malah kemungkinan besar beliau turut bertindak sebagai penerbit, penulis skrip, pengawal lampu dan tak ketinggalan juru mekap. Yang menjadi suatu kepastian adalah tidak kedengaran suara bangkangan rasmi, pungutan suara mahupun memorandum untuk memprotes. Yang ada hanyalah cakap-cakap belakang tabir yang menjadi sebahagian budaya orang yang tiada pendirian. Ini kerana selain daripada beliau sememangnya layak, beliau jugak boleh menjelma menjadi Super Saiya peringkat enam yang mana rambutnya akan bekilauan dalam keadaan bertocang dengan sehelai tudung ala-ala dato Siti menutup sebahagian kepala. Bila itu berlaku, semua orang akan bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing ke dalam gua berdekatan. Untuk mengelakkan malapetaka masing-masing diam saja walaupun dalam mulut masing-masing memang tiada emas permata apatah lagi logam-logam berat bertoksik. Tetapi bebaru ni sang pengarah mahu menjadi pelakon. Katanya beliau berbakat dan bakat itu berjaya dicungkil semasa ujibakat rancangan Perang Kuali diadakan di sebuah gerai tepi jalan yang mendapat gred D dan diarah tutup dua minggu oleh kementerian kesihatan. Watak yang dipinta bukan calang-calang. Bukan watak sampingan bukan jugak sekadar cameo...tetapi apa yang didambakan adalah watak utama. Watak utama adalah seekor duyung betina yang cantik jelita yang tersesat dalam kolam kumbahan sebuah kawasan perbandaran bandar baru. Watak yang mencabar kredibiliti seseorang pelakon walaupun beliau sentiasa tak da kredit dan selalu mengepau henset orang. Krew penggambaran masing-masing meluat sebab pengarah perasan bagus tu adalah sorang yang tak cantik walau tak sampai taraf hodoh dan buruk. Tapi merasakan mereka tiada pilihan masing-masing menyiapkan kostum duyung untuk disarungkan pada si pengarah tadi. Kolam kumbahan pulak tiada masalah kerana sorang penduduk sudi meminjamkan kolam ikan kap beliau secara percuma. Tambahan pula air yang digunakan merupakan ditapis dengan penapis bio aura nano tech macam iklan dalam tv tu. Cuma dituangkan sedikit perasa kopi untuk menghitamkan air dan menabur sedikit polisterin kaler brown untuk menjadikan kolam kumbahan macam real giler. Sebaik sarung ekor ikan disarungkan kat kaki si pengarah, tetiba sarung itu mengecut akibat tekanan air yang tinggi dikenakan terhadap kostum ekor ikan yang berkualiti rendah. Sudahnya yang kelihatan bukanlah watak ikan duyung tetapi imej makhluk berbadan manusia dan berkaki seperti kuda laut terendam dalam air takungan yang hitam pekat. Kelihatannya drama tadi lebih sesuai untuk mempromot ubat kuat di jalanan memandangkan banyak spesis kuda laut dijadikan sebagai bahan membuat ubat. Pengarah malu besar bila orang pakat gelak. Sorang nenek yang kebetulan melalui kawasan penggambaran ketawa ala-ala kuda tua sehingga jatuh berderai gigi palsu yang dipakainya. Sambil mengutip gigi palsu, sang nenek masih ketawa mengilai. Sejak insiden tersebut pengarah itu sudah serik untuk menyibuk dalam segala peranan. Biarlah kekal takat pengarah saja. Beliau sudah pandai cermin diri sendiri jugak walaupun rupa masih sama macam dulu.

*Kita takkan tahu semua menda

No comments:

Post a Comment