Ada satu artikel yang pernah aku baca mengatakan dalam sepuluh orang manusia akan ada satu orang gila. Ini bukan orang gila yang kita boleh nampak dia tu gila, macam sangkut gitar mainan kaler kuning kat leher sambil menyanyi-nyanyi kat tepi jalan. Bukan jugak gila babi mahupun gila judi. Yang itu adalah penyakit bawaan genetik, manakala yang satu lagi adalah saja cari penyakit. Jenis gila yang dimaksudkan adalah merbahaya kerana bila kita dah tahu yang dia tu gila semuanya dah terlambat. Tapi kita ni adalah manusia yang dikurniakan akal fikiran maka gunalah kurniaan itu untuk menilai tindak tanduk seseorang yang kita rasakan agak luar biasa. Lainlah kalau kita sendiri yang gila, tang tu memang tak boleh nak kata apa dah. Kekadang manusia boleh jadi mereng atas sebab desakan hidup. Ditambah pulak bila tiada pihak yang sudi menolong. Jangan ambik mudah sebab ramai di antara kita tidak pernah rasa erti satu kemiskinan. Sebab tu kalau ada duit dalam poket rajin-rajin la hulur pada mereka yang susah. Belajarlah untuk memberi tapi berpada-padalah dengan setiap pemberian kerana dibimbangi terberi pada orang yang tak sepatutnya. Pertolongan yang tak seberapa mungkin satu rahmat tak ternilai untuk orang lain. Keberkatan yang diperolehi tiada tolok ganti, malahan membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih tenang. Tidak sukar berbuat baik hanya perlu pastikan hati nurani kita tidak kekeringan dan kaku. Caranya? Belajarlah untuk bersyukur!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment