Monday, January 25, 2010

Bratislava















Hari ni aku berkunjung ke Bratislava. Ia adalah capital bagi republik Slovakia yang terletak kira-kira 60 ++ km dari timur Vienna. Untuk rekod ia adalah jarak antara capital yang paling hampir bagi dua negara kat dunia ni. Bratislava jugak adalah satu2nya capital yang bersempadan dengan dua buah negara iaitu Austria dan Hungary. Naik train dari Vienna hanya sejam suku saja, dan harga tiket 14 euro untuk perjalanan pergi balik. Yang masyuknya tiket termasuk dengan harga public transport kat sana kiranya boleh naik semua trem, subway dan bas dengan sesuka hati. Sepanjang jalan train melalui hutan pokok pain yang terbentang luas dengan salji memutih. Sungguh menarik apabila melihatkan arnab-arnab liar yang berlarian di padang salji berserta kawanan rusa liar. Arnab kat sini saiznya lebih besar dan berkaler coklat. Yang putih tak kelihatan pulak. Sesampainya di sana kami berjalan kaki ke Old City yang jaraknya hanya 15 minit berjalan kaki untuk mendaki bukit ke old castle. Nyaris-nyaris pancit semasa mendaki disebabkan cuacanya yang sejuk dan keadaan yang berangin tetapi rasa penat itu berbaloi sebaik sampai di kemuncak. Pastu kami meredah lorong-lorong kat kawasan Old City sehingga sampai ke New City. Keadaan New City sangat berbeza sekali dengan Old City apabila dilatari dengan bangunan pencakar langit yang moden. Kat Bratislava ni Tesco merupakan tempat shoping yang glamer yang mana saiznya lebih besar berbanding Tesco Malaysia. Ironinya kat Vienna Tesco tidak wujud sama sekali walaupun kedua-dua negara adalah berjiran. Sebenarnya bandar ni kecik aja, style dia macam Jerusalem kat Palestin tu yang mana bandar lama dan bandar moden bersatu dalam kawasan yang kecik. Cuma yang menarik adalah cara diorang menyusun atur pembangunan bandar yang terancang. Harga barang kat sana jugak lebih murah dibandingkan dengan Vienna, mungkin atas dasar Slovakia bukan merupakan negara maju dan living cost adalah lebih rendah. Apapun lawatan sehari ke Bratislava sangat berbaloi walaupun badan penat gila dan esok adalah hari untuk mula bekerja. Yang bestnya adalah next week kami akan ke Prague pulak.
















3 comments: