Monday, January 4, 2010

Kunci Kereta

Pagi tadi aku ke KB Mall. Lepas kejadian kereta terhumban ke escalator tempoh hari baru kali ni aku berani jejakkan kaki ke tempat ni. Dengan anggapan lepas 29 hari mungkin tak ada apa-apa yang berlaku lagi dan keadaan bertambah selamat maka dengan tanpa ragu aku panjat Pacific sebab tergoda dengan iklan YES ataupun Year End Sale. Sementelah aku dah lama tak beli baju baru maka aku ambik peluang mencuba segala baju-baju yang aku berkenan selagi terdaya. Selepas mencuba beberapa baju aku pun tanpa ragu telah membeli dua helai kemeja. Selepas selesai urusan pembayaran maka aku pun cepat-cepat nak pulang. Yelah selain sebab aku takut KB Mall ni runtuh lagi aku jugak bimbang jika kegiatan aku yang ponteng lab di waktu pagi ni dihidu oleh Bos aku. Nanti tak pasal-pasal dapat bala lain walaupun aku terselamat daripada apa-apa kejadian runtuhan atau hempap-menghempap semasa naik escalator. Tapi yang herannya aku tak jumpa kunci kereta. Tapi aku tak panik, buat-buat cool dan terus mencari seolah-olah tak de apa-apa yang berlaku. Tapi aku silap bila tanya kat sorang akak promoter "kak ada nampak kunci kereta tak"? Terus dia buat kecoh tanya orang tu tanya orang ni. Pendek kata semua staf area tu tahu. Ciss! Malu sungguh aku rasa tapi sebab nak balik punya pasal aku terus buat bodoh cari serata ceruk. Mujurlah jumpa dalam fitting room. Tersangkut elok ja kat tempat sangkut baju. Aku maki diri sendiri sebab duk ralit test baju sampai lupa semua. Nasib tak hilang. Lepas tampar diri sendiri kat depan cermin dalam bilik tu aku blah. Jalan menunduk sebab banyak mata memandang aku sambil berbisik-bisik. Walaupun tak dengar apa diorang bisikkan aku dapat tahu mesti depa kata "Gila shoping la tu". Keluar KB Mall aku terus berazam takkan jejak kaki kat KB mall untuk sebulan lagi. At least sampai diorang dah lupa muka aku dan jugak kejadian ni.

* Harap lepas sebulan ada sale lagi...

No comments:

Post a Comment