Saturday, January 30, 2010

Travel & Travel

Esok aku akan ke Prague. Kata orang Prague adalah one of the most beautiful city in the world. Pendek kata kat bumi jer, planet lain tak termasuk. Naik bas atau train 4 jam jer. Kat Europe ni ia adalah destinasi keenam paling popular. Tapi living cost kat sana tak semahal negara-negara Western Europe yang lain. Tapi yang pasti lebih tinggi dari Malaysia. Itu memang tak dapat dinafikan. So esok pagi2 buta aku akan turun berangkat sebab bas akan berangkat pukul 8 pagi. Kat sini 8 pagi matahari baru nak kuar. Kena check in sejam awal. Harap esok tak snowy lah sebab dah sejuk beku sejak hari pertama sampai. Tak tahan dah. Pergi dua hari jer, petang Ahad dah blah sebab Isnin kena masuk lab semula. Seperti biasa, apa2 order tak diterima. Duit terhad. Masih ada banyak perkara nak buat. Yang lebih utama nak ambik gambar banyak2. Kamera dah ready, handy cam pun dah siap siaga. Tunggu click jer. Jangan risau, gambar2 tu pasti aku uploadkan dalam blog. Tunggu saja.
*Aku x kesah berabis untuk travel, berbaloi lah...

Friday, January 29, 2010

Satu Keindahan

Masih kat Vienna, Austria. Waktu pagi. Di saat umat manusia berbolan-bolan untuk ke tempat kerja. Dan bagi yang menggunakan pengangkutan awam, trem merupakan pilihan yang popular. Kat luar salji masih turun berkepul-kepul. Tepi-tepi jalan dah berlonggok, yang di atas jalan mula mencair bila ditaburkan garam oleh pihak berkuasa tempatan. Angin sejuk masih tak segan untuk menghembus kencang, membawa bersamanya bayu sejuk pergunungan. Sungai-sungai telah putih membeku, seolah-olah membentuk satu dataran lapang. Tapi kehidupan mesti diteruskan macam biasa. Menjadi satu rutin. Satu ketetapan kalaupun bukan satu kewajipan. Kat dalam trem keadaanya berbeza. Udara hangat. Selesa, walaupun sesekali udara sejuk menerpa masuk setiapkali pintu trem terbuka. Di celah-celah penumpang yang bersesak kelihatan seorang wanita menunduk seolah membaca sesuatu. Macam satu buku tapi saiznya agak kecil. Begitu khusyuk sekali. Seorang Islam berdasarkan penampilannya yang bertudung. Muka tak macam orang Asia, mungkin keturunan Turki. Merasakan sesuatu yang menarik aku menghampiri untuk mendapatkan sudut pandangan yang lebih jelas. Bila didekati barulah jelas kelihatan yang dia sedang mengaji tanpa mempedulikan keadaan persekitaran yang berasak-asak. Aku sangat kagum. Sangat-sangat kagum dengan keperibadiannya. Walaupun menetap di satu negara yang gagal membezakan antara dosa dan pahala malahan sekerap mungkin mengandaikan dosa adalah pahala dan syurga neraka entah ke mana, masih ada golongan mukmin yang beriman. Berani untuk melakukan di khalayak walaupun dipandang enteng oleh golongan musyrik. Menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pada agamanya. Aku rasa malu sendiri sebabnya aku tak punya keberanian sebegitu. Dan aku insaf, insaf dengan peluang yang diberikan untuk menyaksikan satu keindahan. Benar kata orang, banyak kembara luas pengetahuan!

Wednesday, January 27, 2010

Survivor

Hari kelima di Vienna. Aku ingatkan cuaca makin okey sekali rupanya makin horror. Hari ni kena hentam ngan salji. Mata pedih, jalan huyung hayang macam baru ambik minuman keras. Jalan kena hati-hati, silap langkah anda akan tergolek di tepi jalan disebabkan kelicinan akibat salji mencair. Pernah tengok itik nila berjalan tika masuk reban? Macam tulah gaya jalan yang paling selamat daripada sebarang gelinciran. Sejuk memang tak dapat nak cerita. macam kata sorang kawan yang ikut aku datang sini, "ni the first and the last aku datang masa winter, aku dah serik"...memang dia ada asas untuk cakap macam tu...sebabnya hari pertama datang dia dah demam gara-gara terkejut ngn keadaan sejuk yang mececah minus 10 celcius...hidung sentiasa berair mengalir macam budak kena selsema...tak termasuk 3 lapis baju yang dipakai hari-hari sampai nak menunduk pakai kasut pun boleh tergolek jatuh...bila orang panggil nak berpaling pun susah, macam patah tengkuk. Kat sini aku nak tulis beberapa perkara yang aku fikirkan menarik untuk dikongsi semasa kat Vienna.
Jangan terkejut brand beras yang anda makan rupanya sama dengan brand makanan anjing. Senang citer kalau kat Mesia jenama Faiza Jati ataupun Cap Rambutan juga turut mengeluarkan produk makanan anjing.
Lagi ramai orang bawak anjing berbanding orang bawak anak menunjukkan beranak bukanlah merupakan pilihan yang popular.
Kalau tak reti cakap German bahasa isyarat merupakan pilihan yang terbaik. Satu contoh adalah ketika meminta password internet dari kaunter check in. Buat je isyarat menaip then cakap password....kalau dia x paham jugak memang dia kambing.
Beli sayur ke ikan ke x yah letak dalam peti ais memandangkan suhu peti adalah lebih hangat dari suhu persekitaran luar.
Jangan terkejut jika dalam mall tetiba ada banyak anjing, dari spesies Bulldog sampailah chihuahua, semua ada, cakap je jenis apa. Silap-silap anda akan dijilat kaw kaw.
Bagi yang rasa dihujani salji tu adalah best baik anda berfikir semula kerana kalau anda terkena sekali pasti anda dah serik dan berharap itu adalah kejadian kali terakhir dalam hidup ni.
Kat TV memang banyak rancangan yang dibawa masuk dari US macam CSI, Gilmore Girls, Supernatural, Gossip Girl dan banyak lagi tapi semuanya dialih bahasa ke bahasa German.
Public toilet diaorang sangat bersih, sangat selesa dan mesra pengguna, patotlah bila mat saleh masuk public toilet kat Mesia semuanya muntah hijau.
Yang di atas tu adalah menurut pemerhatian aku berdasarkan kejadian-kejadian yang aku alami semasa kat sini. Walaupun ada di antaranya agak menyiksakan tapi semua itu mengajar aku untuk menjadi sorang yang berdikari dan dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan pada orang lain...
Nota untuk Mr. F; memang aku sejuk giller, jalan pun licin sini sana tapi pasal T Shirt tu aku try carilah, kalau tak takut nanti ada orang frust pulak..tak pasal2 bini kau marah kat aku sebab laki dia frust x dapat t shirt dari Vienna, hahaha

Monday, January 25, 2010

Bratislava















Hari ni aku berkunjung ke Bratislava. Ia adalah capital bagi republik Slovakia yang terletak kira-kira 60 ++ km dari timur Vienna. Untuk rekod ia adalah jarak antara capital yang paling hampir bagi dua negara kat dunia ni. Bratislava jugak adalah satu2nya capital yang bersempadan dengan dua buah negara iaitu Austria dan Hungary. Naik train dari Vienna hanya sejam suku saja, dan harga tiket 14 euro untuk perjalanan pergi balik. Yang masyuknya tiket termasuk dengan harga public transport kat sana kiranya boleh naik semua trem, subway dan bas dengan sesuka hati. Sepanjang jalan train melalui hutan pokok pain yang terbentang luas dengan salji memutih. Sungguh menarik apabila melihatkan arnab-arnab liar yang berlarian di padang salji berserta kawanan rusa liar. Arnab kat sini saiznya lebih besar dan berkaler coklat. Yang putih tak kelihatan pulak. Sesampainya di sana kami berjalan kaki ke Old City yang jaraknya hanya 15 minit berjalan kaki untuk mendaki bukit ke old castle. Nyaris-nyaris pancit semasa mendaki disebabkan cuacanya yang sejuk dan keadaan yang berangin tetapi rasa penat itu berbaloi sebaik sampai di kemuncak. Pastu kami meredah lorong-lorong kat kawasan Old City sehingga sampai ke New City. Keadaan New City sangat berbeza sekali dengan Old City apabila dilatari dengan bangunan pencakar langit yang moden. Kat Bratislava ni Tesco merupakan tempat shoping yang glamer yang mana saiznya lebih besar berbanding Tesco Malaysia. Ironinya kat Vienna Tesco tidak wujud sama sekali walaupun kedua-dua negara adalah berjiran. Sebenarnya bandar ni kecik aja, style dia macam Jerusalem kat Palestin tu yang mana bandar lama dan bandar moden bersatu dalam kawasan yang kecik. Cuma yang menarik adalah cara diorang menyusun atur pembangunan bandar yang terancang. Harga barang kat sana jugak lebih murah dibandingkan dengan Vienna, mungkin atas dasar Slovakia bukan merupakan negara maju dan living cost adalah lebih rendah. Apapun lawatan sehari ke Bratislava sangat berbaloi walaupun badan penat gila dan esok adalah hari untuk mula bekerja. Yang bestnya adalah next week kami akan ke Prague pulak.
















Saturday, January 23, 2010

U TurN














Budaya Arab



Masa kat Doha sempat makan kat sebuah restoren Lebanon yang terkenal kat area Souq's of Doha...gambar atas adalah nasik beriyani berlauk ayam, daging dan sosej unta. nasik dia best tapi lauk dia agak berempah. Gambar kedua nasik kuskus berlauk ayam berserta sayur-sayuran yang membukit. Gambar last daging unta, tapi aku tak makan walaupun disuruh cuba. Semua ni di sponsor oleh si Rizal, Al Jazeera punya staf tu. Yang agak menarik masa makan tu ramai gila orang Arab duk hisap shisha, lelaki pompuan sama-sama sedut walaupun pakai tudung dan berjubah bagai. Mat saleh pun ramai join kat restoren ni, sambil ambik angin malam sebab skang adalah musim sejuk kat Middle East. Suhu dalam 20 degree something, biasa adalah 40 lebih. Maka ramai la para penduduk berpeleseran sepanjang malam bersama famili masing-masing. Doha ni adalah satu tempat yang selamat, selamba je diorang tinggal kereta tanpa matikan enjin untuk beli barang kat kedai-kedai tepi jalan. Kejadian pecah kereta jugak tak wujud kat sini apatah lagi pecah rumah. Ada jugak kedai-kedai tea yang jual makanan tradisi yang macam apam balik, bakar on the spot bila kita order. Pendek kata suasana malam kat sini memang hidup. Satu lagi yang menarik adalah cara orang Arab semayang. Kalau kita duk kat mana2 kaunter bank, post opis ke then tetiba azan berkumandang orang yang jaga kaunter tutup kaunter dan ajak orang duk beratur semayang skali kat situ. Just bentangkan tikar atau kain. Menjadi amalan diorang setiap kali kuar rumah mesti ambik wuduk, maka pastu bolehla diorang semayang di mana2 saja tanpa duk sibuk cari air. Macam satu kejadian kat shoping mall itu hari, sorang pompuan arab berfurdah tetiba baling hand bag kat tepi dan solat. Tanpa tukar kain telekung, terus semayang. Pas semayang terus blah dan meneruskan agenda yang terhenti tadi. Menarik untuk diperhati walaupun rasa agak kelakar dan terkejut. Kat sini jugak golongan wanita sangat dihormati, lebih-lebih lagi kalau yang bertudung. Tapi yang paling mengejutkan adalah satu kejadian kat atas jalan di Doha ni. Ada sorang drebar perempuan berjubah dan pakai penutup muka, pastu pakai spec hitam. So kat muka semua nampak hitam, macam hantu. Then dia bawak satu pacuan 4 roda yang besaiz besar, cara pemanduannya cukup hebat, kalah drebar F1...Orang Arab bawak keta cukup ganas. Dah la keta jenis mewah2 belaka, bawak keta macam takde langsung perasaan takut keta masing2 tercalar ke tergesel ke. Kadar kemalangan kat sini tinggi dan kematian atas sebab kemalangan jalan raya merupakan punca utama kehilangan nyawa di Qatar. Menurut drebar kami, lebih horror kalau pemandu adalah golongan remaja tak kira lelaki ke pompuan, sama jer. Kereta lak bukan calang2, smlm ada nampak Lamborghini kaler hijau, Ferrari dan Rolls Royce. Yang bestnya yang bawak adalah pompuan Arab berjubah hitam. Kat sana, Nissan Latio merupakan kereta bagi mereka yang berpendapatan rendah. Rumah-rumah sheikh tersangat besar, macam istana kat eropah. Kereta yang dimiliki pulak ada mencecah 40 bijik. Anak2 yang masih skolah rendah pun dah ada kereta dan drebar masing-masing!
*Sungguh kaya


Bawah Takat Beku

Baru balik jalan2 area Vienna. Keadaan masih macam dulu cuma ada beberapa tambahan stesen subway sempena euro 2008 dulu. Cuaca sejuk. Sejuk beku. Walau dah lumur losyen satu badan, baju 3 lapis, semua tu belum cukup untuk cegah kesejukan secara total. Tangan jadi bengkak, muka jadi sembab..jadi merah-merah...rasa pulak macam kena gigit lipan, kena bius, muka rasa kembang...sekembang kiambang. Rasanya kalau lama2 duk kat luar boleh mati dingin. Musim sejuk gini memang jadi kuat makan. So tak heran lah lepas ni makin naik kilo, lagi2 ada dapur kat apartment ni. Lagipun tadi dah beli banyak stok makanan. So takde keje lain, asyik makan dan melantak saja. Sebab sejuk jugak sekeping gambar pun tak tangkap hari ni. Tangan menggeletar, kalau ambik pun gambar tak cantik. Plan ke Germany macam on sebab kena pergi ke satu institute untuk demonstrasi satu advance punya method.

Friday, January 22, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Drama Sebabak

Kalau sesebuah jabatan tu diibaratkan satu lokasi penggambaran drama, yang memainkan peranan pengarah sudah semestinya orang paling berpangkat besar. Bukan takat tu aja, malah kemungkinan besar beliau turut bertindak sebagai penerbit, penulis skrip, pengawal lampu dan tak ketinggalan juru mekap. Yang menjadi suatu kepastian adalah tidak kedengaran suara bangkangan rasmi, pungutan suara mahupun memorandum untuk memprotes. Yang ada hanyalah cakap-cakap belakang tabir yang menjadi sebahagian budaya orang yang tiada pendirian. Ini kerana selain daripada beliau sememangnya layak, beliau jugak boleh menjelma menjadi Super Saiya peringkat enam yang mana rambutnya akan bekilauan dalam keadaan bertocang dengan sehelai tudung ala-ala dato Siti menutup sebahagian kepala. Bila itu berlaku, semua orang akan bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing ke dalam gua berdekatan. Untuk mengelakkan malapetaka masing-masing diam saja walaupun dalam mulut masing-masing memang tiada emas permata apatah lagi logam-logam berat bertoksik. Tetapi bebaru ni sang pengarah mahu menjadi pelakon. Katanya beliau berbakat dan bakat itu berjaya dicungkil semasa ujibakat rancangan Perang Kuali diadakan di sebuah gerai tepi jalan yang mendapat gred D dan diarah tutup dua minggu oleh kementerian kesihatan. Watak yang dipinta bukan calang-calang. Bukan watak sampingan bukan jugak sekadar cameo...tetapi apa yang didambakan adalah watak utama. Watak utama adalah seekor duyung betina yang cantik jelita yang tersesat dalam kolam kumbahan sebuah kawasan perbandaran bandar baru. Watak yang mencabar kredibiliti seseorang pelakon walaupun beliau sentiasa tak da kredit dan selalu mengepau henset orang. Krew penggambaran masing-masing meluat sebab pengarah perasan bagus tu adalah sorang yang tak cantik walau tak sampai taraf hodoh dan buruk. Tapi merasakan mereka tiada pilihan masing-masing menyiapkan kostum duyung untuk disarungkan pada si pengarah tadi. Kolam kumbahan pulak tiada masalah kerana sorang penduduk sudi meminjamkan kolam ikan kap beliau secara percuma. Tambahan pula air yang digunakan merupakan ditapis dengan penapis bio aura nano tech macam iklan dalam tv tu. Cuma dituangkan sedikit perasa kopi untuk menghitamkan air dan menabur sedikit polisterin kaler brown untuk menjadikan kolam kumbahan macam real giler. Sebaik sarung ekor ikan disarungkan kat kaki si pengarah, tetiba sarung itu mengecut akibat tekanan air yang tinggi dikenakan terhadap kostum ekor ikan yang berkualiti rendah. Sudahnya yang kelihatan bukanlah watak ikan duyung tetapi imej makhluk berbadan manusia dan berkaki seperti kuda laut terendam dalam air takungan yang hitam pekat. Kelihatannya drama tadi lebih sesuai untuk mempromot ubat kuat di jalanan memandangkan banyak spesis kuda laut dijadikan sebagai bahan membuat ubat. Pengarah malu besar bila orang pakat gelak. Sorang nenek yang kebetulan melalui kawasan penggambaran ketawa ala-ala kuda tua sehingga jatuh berderai gigi palsu yang dipakainya. Sambil mengutip gigi palsu, sang nenek masih ketawa mengilai. Sejak insiden tersebut pengarah itu sudah serik untuk menyibuk dalam segala peranan. Biarlah kekal takat pengarah saja. Beliau sudah pandai cermin diri sendiri jugak walaupun rupa masih sama macam dulu.

*Kita takkan tahu semua menda

Tuesday, January 19, 2010

Fail to Feel

Penatnya packing barang. Tapi kena buat jugak, aku tak da maid nak suruh dan arah buat itu buat ini. Walaupun barang takde banyak mana tapi still rasa tak larat. Agaknya ngantuk. Pastu mula la meroyan kepenatan. Apapun masih banyak yang kurang. Banyak lompong sana sini. Kena bawak itu kena bawak ini. Hai, pening la. Semua ni sebab belajar dari pengalaman kali lepas. Bawak beg besar macam nak belayar naik kapal ke pulau terpencil. Semua sumbat. Pastu bila nak balik mula la rasa penangan nak mengemas semula. Lagi2 pulak bila beli barang macam tak ingat dunia, macam gila. Orang gila pun tak macam tu. Alih2 beli satu beg baru, dah la harga beg kat sana macam haram. Mahal nak mampus. Kali ni aku malas nak beli barang banyak walaupun aku sendiri ragu dengan statement ni. Sape2 yang order pakai air liur memang 100% confirm tak beli. Kalau nak apa2 sila bank in duit, jangan malu2 nak mintak nombor akaun. Sebarang pertanyaan boleh direct text kat aku. Kalau nak tulis surat, boleh tulis sebanyak mana surat yang anda mahu tapi aku takkan baca. SMS pun belum tentu balas, satu SMS dua hinggit lah, mana nak cekau duit..baik beli roti buat makan pagi. Jimat dan senang kira.

*Kadang2 syok juga, sebab........hehehe mana boleh cakap

Signal Popular

Sebelum ni aku sentiasa percaya aku dah tau banyak menda kat dunia ni. Tetapi kejadian tengahari tadi telah merenggut pegangan aku selama ni. Rentetan kejadian realiti yang berlaku secara live. Berlaku di depan mata aku mengenai bagaimana lembu bawak kereta di jalan raya. Buktinya, gara-gara si lembu itu, nyaris aku accident. Pada mulanya aku tak sedar si lembu sedang drive sehinggalah dia cuba memotong kereta aku secara tetiba. Dasar otak lembu, apakah dia buta di depan sana berderet kereta tersusun membentuk garis nombor? Dan susunan itu pasti tidak akan berlaku jika di barisan paling depan tiadanya Mak Esah yang sedang memandu traktor. Onar yang telah dicipta Mak Esah itulah yang menyebabkan trafik jadi kura-kura cacat. Tapi si lembu tidak sabar, mahu cepat. Pada dia kelambatan pergerakan adalah disengajakan bukan disebabkan faktor luaran. Terus mencelah depan kereta aku. Aku hon memanjang, tidak cukup dengan itu aku telah naik hantu. Aku potong kereta si lembu balik untuk melihat wajah hodoh si lembu dan untuk mengesahkan jantina sang lembu durjana. Sebaik kereta kami beriringan sambil bersiul lagu seriring dan sejalan aku menaikkan jari tengah tepat2 kat muka si lembu. Tidak kurang lima saat. Setelah pasti dia nampak isyarat best aku tu, terus aku pecut. Alah, takat proton saga 1.3, salah channel lah...pecut sampai imej dia tak wujud dalam cermin pandang belakang. Tapi lembu mungkin tak berapa sesuai memandangkan wajahnya ibarat orang terlebih 1 kromosom b*b* mungkin lebih tepat!

Monday, January 18, 2010

Kawan

Kawan membawa satu maksud yang besar. Terkenangkan budak yang nakal, budak yang rajin belajar, pertama kali didenda oleh cikgu dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa bersekolah. Bila dah dewasa, banyak menda yang kita lalui masa kecik akan hilang dan masalah pulak akan bertambah. Kawan dah berpindah jauh untuk bekerja, bekerja demi masa depan. Kekadang ada masanya kita akan terkenangkan kengkawan yang dah lama kita tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza tapi apa yang telah kita lalui akan sentiasa menjadi memori, memori yang paling indah sekali.
*Selamat hari jadi untuk sorang 'kawan'

Friday, January 15, 2010

Lawatan Sosial

Petang nanti aku akan turun KL. Bukan ada apa-apa agenda sangat, cuma untuk berziarah kawan-kawan sebelum aku berangkat next week. Ikut perjanjian awal, akan ada orang jemput aku kat KLIA nanti. Aku betul2 harap dia tak tertidor. Bukan apa, aku bosan tunggu lama-lama kat airport sejak terlepas flight tahun lepas. Giler bosan. Ke hulu ke hilir macam ceti haram yang tak da tujuan. Dah la pelbagai orang pelik-pelik berlegar-legar kat sana, membuatkan suasana jadi kurang tenteram. Kan tak pasal-pasal dapat selesema babi. Apapun aku akan bermukim area Hulu Sepang yang dikategorikan sebagai antara kawasan ulu banat kat Selangor sana. Petang ahad aku balik semula ke KB ni, dan pagi Isnin aku berangkat pulang ke Terengganu mengadap mak ayah sebelum blah kamis depan. Sebabnya kali ni aku berlepas dari KB bukan dari KT seperti biasa memandangkan aku berkejar flight pukul 9.50 pagi untuk ke Doha. Kat KT flight ke KL paling awal adalah pukul 10, tak sempat walaupun berlari macam pelesit. Tapi kat airport KB ni ada pukul 6.30 so akan ada masa 2 jam sebelum naik flight berikutnya. Yang balanya kat Doha nanti, transit 13 jam. Tapi takpelah boleh jalan-jalan lama sikit cuma aku dapat bayangkan betapa letihnya melilau di kota padang pasir nanti sebelum menyambung perjalanan ke Vienna pulak.

Thursday, January 14, 2010

Tindak Balas

Masa bambu orang seronok sungguh. Ketawa mengekek macam pengantin baru di malam hari, tersenyum mengejek mengalahkan bibir lembu. Belum kira lenggok bahasa macam nak mengayat anak tok penghulu. Tapi sesuatu fakta telah gagal diambil kira, diabaikan dan dilupakan. Mangsa-mangsa bambuan itu bukan tunggul, juga buka statue of Liberty yang berdiri macam kena bisul kat New York tu. Mereka ada hati perasaan, yang lama-lama dikumpul akan berombak menghasilkan gelombang kemarahan yang dahsyat. Bukan duit saja yang sikit-sikit jadi bukit, menda lain pun tak terkecuali. Bila dah terkeluar, kena hambur, kena carut, barulah terduduk. Terkedu. Nasib tak terkentut kalau tak semua pakat blah. Ayat-ayat yang meluncur laju dari mulut-mulut sangat tip top, pendek kata sampai ke sasaran. Sasaran yang satu. Yang sentiasa merasakan dirinya kebal dan hebat walaupun boleh dikira bebal jugak daripada perspektif yang songsang. Mereka-mereka yang menghamburkan bukan calang-calang umat manusia. Semua punyai pengalaman memaki yang bukan sedikit. Berbekalkan mulut yang tidak seksi mana dan lidah setajam pisau laser, mereka tanpa belas telah melepaskan apa yang terbuku. Ada mangsa carutan mereka telah gila. Telah tukar jantina pun ada. Berbalik pada situasi semasa, tempat kejadian telah memang disumpah sejak mula diasaskan. Kawasan keras, sekeras kepala para penghuninya. Kekerasan kepala penghuni dikaburi dengan wajah-wajah yang manis hasil touch up wajah yang menjadi amalan. Tapi bila dijolok jangan menyesal. Memandangkan tempat ni adalah spesel, ada penghuni telah jadi lagenda. Bukan lagenda Puteri Saadong tetapi lebih pada lagenda tempatan yang lebih berpadanan dengan situasi semasa. Tak leh citer lebih-lebih, ini menda sensitif. Silap tulis boleh tempah maut. Sebab penghuni kat situ semuanya berani mati.
*memang kawasan paling berpuaka

Wednesday, January 13, 2010

Orang Atasan, Orang Bawahan

Orang atasan aku yang identitinya dirahsiakan untuk kebaikan semua pihak pernah berpesan kalau nak berurusan dengan mana-mana agensi pun hindarkan daripada berinteraksi dengan orang bawahan. Mengikut katanya orang bawahan ni kalau diandaikan jadi tukang jaga hukum hakam hari ni kata boleh sembahyang tiga kali sehari esok keluarkan statement boleh berzina. Ini memang dipetik keluar dari dia punya mulut. Tiada tokok tambah, aku hanya copy paste. Pada aku pesanan dia ada betulnya jugak tapi bukan sesuai untuk dipraktikkan oleh semua orang. Ini hanya relevan dengan orang atasan jugak. Sebab sebagai orang bawahan, kita takkan dilayan sama dengan layanan yang diterima orang atasan. Adat dunia, yang atas disanjung, yang bawah dipandang sepi. Silap-silap tak pandang langsung walaupun taraf sesama bawahan. Apa yang boleh kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk menjadi orang atasan sebab dunia ni hanya memandang status semata, yang lain tak laku dan dianggap lemau yang selayaknya masuk tong masing-masing. Tong apa? Mestilah tong sampah, takkan tong dram pulak itukan tempat simpan arak murahan!

*Ting Tong

Hukum Karma

Kak Mah adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki. Anak yang tua sudah berumahtangga manakala yang bongsu hidupnya sedikit porak peranda akibat terjebak dengan najis dadah. Walaupun beliau seorang ibu tunggal, namun itu bukan satu masalah besar memandangkan beliau merupakan seorang usahawan keropok yang agak berjaya. Tidak cukup dengan itu dia jugak turut terlibat dan mempunyai jawatan dalam sebuah parti politik. Beliau juga seorang yang ringan tulang dan sentiasa menghadirkan diri untuk menawarkan kudrat kat mana-mana kenduri kendara. Dalam kalangan penduduk kampung, Kak Mah lebih dikenali sebagai reporter kerana sifatnya yang suka jaga tepi kain orang dan tukang canang segala kisah-kisah dalam kain orang lain. Boleh dikatakan 90% daripada cerita sensasi yang kontroversi yang berlaku sekitar kampung diketahui ramai adalah atas usaha gigih beliau yang tanpa lelah menyampaikannya dari rumah ke rumah. Baki 10% lagi adalah kerana kecuaian pihak-pihak yang terlibat terlepas cakap pada jiran tetangga. Bagi golongan yang sangat menjaga telinga dan lidah, apabila ternampak kelibat Kak Mah menghala masuk ke halaman rumah dan mula memberi salam, masing-masing mendiamkan diri. Ada yang buat-buat tidur dan tak kurang jugak yang pura-pura dengar ipod sambil menyilangkan kaki ke udara. Semuanya gara-gara mereka sudah tak larat untuk mengandar dosa mengumpat keji orang lain. Ada juga yang takut ditelan tsunami walaupun jarak kampung dengan pantai terdekat lebih dari 12 km. Satu tabiat Kak Mah ini jugak adalah suka menunjuk-nunjuk akan dirinya yang merupakan seorang yang berada walaupun semua orang telah tahu akan kedudukan kewangannya yang kukuh. Ambil contoh, krisis ekonomi dunia baru-baru ni langsung tak memberi kudis pada Kak Mah. Kegagalan Emaar Properties untuk membayar balik pinjaman kewangan pada masa yang telah ditetapkan dipandang sepi oleh beliau. Untuk ke pasar pagi pun gaya dressing macam nak pergi menyertai Juara Lagu. Gelang tangan beliau sahaja lebih besar daripada gari polis, manakala rantai leher lebih besar berbanding rantai untuk menambat beruk kat pokok kelapa. Itu belum kira subang telinga yang kecik sikit dari gelung rotan dan gelang kaki yang berkerincing mengalahkan loceng kuil. Bila orang tegur dia kata orang dengki. Jeles. Perangai busuknya itu berterusan sehinggalah beliau telah diragut oleh mat motor baru-baru ni. Rantai bersaiz rantai beruk dikabarkan bernilai lebih sepuluh ribu RM. Bila diragut sangat susah untuk putus. Ikut kata saksi kejadian semasa adegan ragut itu beliau telah berpusingan U tiga kali akibat ditarik oleh sang peragut durjana. Bukan tak ada yang melihat tetapi semuanya tergamam dan menyangkakan penggambaran Gerak Khas sedang diadakan. Saksi yang paling dekat adalah Siti Nurhazila yang badannya bersaiz tong ikan. Nak jalan pun malas apatah lagi kejar peragut. Maka sambil makan lolipop dia buat-buat tak nampak dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Berikutan kejadian itu, Kak Mah sangat terpukul walaupun kehilangan rantai itu tidaklah menyebabkan muflis tetapi beliau telah mengalami luka-luka pada wajah akibat tersembam pada jalan raya yang tak berturap. Wajahnya sekarang hampir mirip maid Indon yang telah didera oleh majikannya, Nirmala Bonat. Sebulan Kak Mah lepak dirumah sambil menyulam untuk menghilangkan kebosanan. Walaupun sudah serik dengan kejadian ragut, namun apa yang pasti kerjaya beliau sebagai reporter tak bertauliah tak berkubur bahkan lebih sibuk berbanding sebelumnya. Mana tak sibuknya, dia kena up date story untuk sebulan di samping story2 baru.

*Citer betul ni, bukan rekaan

Tuesday, January 12, 2010

Akal & Hati

Ada satu artikel yang pernah aku baca mengatakan dalam sepuluh orang manusia akan ada satu orang gila. Ini bukan orang gila yang kita boleh nampak dia tu gila, macam sangkut gitar mainan kaler kuning kat leher sambil menyanyi-nyanyi kat tepi jalan. Bukan jugak gila babi mahupun gila judi. Yang itu adalah penyakit bawaan genetik, manakala yang satu lagi adalah saja cari penyakit. Jenis gila yang dimaksudkan adalah merbahaya kerana bila kita dah tahu yang dia tu gila semuanya dah terlambat. Tapi kita ni adalah manusia yang dikurniakan akal fikiran maka gunalah kurniaan itu untuk menilai tindak tanduk seseorang yang kita rasakan agak luar biasa. Lainlah kalau kita sendiri yang gila, tang tu memang tak boleh nak kata apa dah. Kekadang manusia boleh jadi mereng atas sebab desakan hidup. Ditambah pulak bila tiada pihak yang sudi menolong. Jangan ambik mudah sebab ramai di antara kita tidak pernah rasa erti satu kemiskinan. Sebab tu kalau ada duit dalam poket rajin-rajin la hulur pada mereka yang susah. Belajarlah untuk memberi tapi berpada-padalah dengan setiap pemberian kerana dibimbangi terberi pada orang yang tak sepatutnya. Pertolongan yang tak seberapa mungkin satu rahmat tak ternilai untuk orang lain. Keberkatan yang diperolehi tiada tolok ganti, malahan membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih tenang. Tidak sukar berbuat baik hanya perlu pastikan hati nurani kita tidak kekeringan dan kaku. Caranya? Belajarlah untuk bersyukur!

Monday, January 11, 2010

Obses

Semaun Meor Hassan adalah seorang graduan lulusan luar negara, atau lebih spesifik lagi made in UK ataupun singkatan bagi United Komodo. Dahla lulusan daripada sebuah negara tersohor yang selalu disebut-sebut dalam rancangan Fear Factor, universitinya pulak bukan calang-calang. Dalam ranking dunia kongsi gelap kedudukannya adalah nombor dua iaitu Universiti Ops Pergh. Saja dinyatakan kedudukan nombor satu tetap dipegang Universiti Cam Cam Beris sejak dari Zaman Tok Kaduk sehinggalah Zaman Tok Pa memegang jawatan menteri. Jangan salah maklumat, Semaun Meor Hassan tiada kena mengena dengan Suhaimi Meor Hassan walaupun sekadar bau-bau bacang. Juga kaitan beliau dengan Shuhaimi Baba adalah saudara seagama semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
Semaun berasal dari Kampung Itik Terkehel, sebuah penempatan kecil yang gagal dikesan oleh Google Earth mahupun live webcam. Suku daripada komposisi penduduknya adalah orang asli yang masih memakai cawat rambu ramba yang hampir menyamai kostum gadis Hawaii semasa menyanyikan lagu Aloha. Walaupun cawat buatan tangan dan bukan daripada jenama terkenal seperti Pampers, PetPet mahupun Mami Poko tetapi yang pasti ia tidak pedihkan mata. Kejayaan Semaun menggondol gelaran Doktor merupakan satu anugerah yang tidak terhingga kepada penduduk kampung tersebut. Pelbagai sambutan diadakan untuk meraikan dan tidak kurang 20 ekor lembu tumbang dalam peristiwa tersebut. Yang lebih menarik tumbangnya sang lembu bukanlah kerana disembelih untuk dijamu pada hadirin tetapi kerana dilanggar kenderaan awam yang berbolan-bolan membuat perarakan kereta berhias.
Merasakan dirinya hebat dalam kalangan orang tak hebat, Semaun bercadang membuat pembaharuan yang akan merubah secara total akan corak hidup masyarakat kampung yang sebelum ni hidup dalam keadaan harmoni. Langkah pertamanya adalah mengarahkan Kak Dah yang menjual pisang goreng untuk menghasilkan muffin berperisa walnut. Kak Dah yang rendah tahap pendidikannya cuba membantah dengan mengatakan itu adalah tak berapa relate dengan kemahirannya walaupun beliau sendiri sangsi akan maksudnya perkataan relate yang dipertuturkan itu. Tapi Semaun bermain psikologi kata-kata apabila secara bersungguh-sungguh mengatakan semua ilmu masakan adalah related. Pendek kata kita tidak patut tahu membuat sekadar pisang goreng sahaja tetapi mesti kena belajar resepi-resepi lain yang wujud di atas muka bumi ini. Tidor 3 jam sehari tak jadi hal asalkan ada masa kaji resepi. Dapur kena on 24 jam sehari tujuh hari seminggu walaupun pada hari-hari perayaan termasuklah hari banjir. Maka Kak Dah pun tanpa membantah hanya menurut sahaja akan idea agung Semaun itu. Sudahnya Kak Dah menjadi ting tong gara-gara salah sangka yang walnut itu adalah walrus. Ini semua terjadi disebabkan Kak Dah adalah peminat setia saluran Animal Planet kat Astro. Akibat tertekan Kak Dah bercadang berhenti mengusahakan gerai pisang goreng dan berminat untuk menyertai pasukan aktivis pelindung ikan paus di Laut Andaman. Permohonan secara on line telah dihantar malahan tandatangan referee sudah diambil dan surat sokongan sudah dicop sebesar-besar alam.
Mangsa kedua adalah seorang warga emas bertaraf nenek yang bernama Lisa Surihani. Nenek ni membuka sebuah kedai makan. Satu hari Semaun mencadangkan lauk pauk di kedai itu patut ditukar menunya. Antara yang dicadangkan adalah seafood salai yang diperah baby lemon. Apa yang difahami oleh sang nenek adalah siput babi diperah sampai kempis. Pada hari pertama jualan, nenek itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan menjual makanan eksotik.
Akibat kes-kes tersebut penduduk kampung mula menyuarakan rasa tak puas hati masing-masing akan tindak tanduk Semaun itu. Usul dibawak pada tok ketua yang merupakan seorang penari terkenal tetapi gagal melepasi pusingan kelayakan rancangan So You Think You Can Dance. Tapi malangnya tok ketua secara jelas memihak pada Semaun dengan alasan ketika beliau belajar menari tarian gamelan dulu bosnya pernah mengarahkannya menari tarian pendet, sumazau, mak yong, hip hop, tap malahan samba pun turut masuk dalam list. Kalau gagal ataupun langkahnya kelihatan canggung beliau akan dihantar pulang ke tanah air pada hari lusa. Penduduk pulang hampa, mulut mereka kelihatan terkumat-kamit tidak puas hati tetapi tiada suara yang kedengaran untuk mengelakkan tok ketua naik hantu.

Ini Bukan Apa-Apa

Kekadang elok juga jika kita luahkan apa-apa yang terpendam dalam diri. Tapi kenalah luahkan pada mereka yang berkenaan, kalau takat luahkan pada tunggul kayu ataupun tiang lampu baik tak payah. Buang masa jer. Motif kat sini bukan lah nak suruh pihak-pihak terbabit tu paham tapi sekadar nak mereka tahu. Paham dan tahu adalah dua menda yang tak sama walaupun ada sikit iras-iras rupa. Sebabnya ada spesies yang memang jenis tak paham atau buat-buat tak paham walaupun pada dasarnya tak la sukar sangat untuk memahami. Tapi bahana daripada kesanggupan untuk meluahkan tidak boleh diramal walaupun pakai radar ramalan cuaca versi terkini. Sekarang zaman moden, bagi mereka yang memiliki kuasa ataupun super power, anda mungkin kena blacklist. Kalau zaman dulu confirm kena sumpah jadi sibur-sibur ataupun kereta kuda beroda dua. Tapi kalau tak luahkan lagi bawak bencana, seolah-olah diperhanjingkan atau diperkotak katikkan adalah satu rahmat. Memang setiap benda yang dilakukan ada risiko tersendiri tapi kalau tak berani ambik risiko hidup pun jadi takde makna. Maka teruskanlah hidup di bawah tempurung dan sentiasa menganggap bumbung tempurung tu langit. Keciknya dunia.

Saturday, January 9, 2010

Semalam Yang Hangat

Semalam memang hangat. Bukan takat hangat-hangat tahi ayam tapi lebih hangat daripada biasa. Lebih hangat dari panggilan hangit mahupun kuih semprit. Nama pun sauna memanglah hangat, kalau jadi sejuk bermakna ada dua kemungkinan terjadi. Pertama bukan berasal dari planet ni dan kedua kepala otak dah ting tong, senang citer dah giler. Aku ke sana bertemankan sorang mamat yang sentiasa berasakan dirinya kacak. Tapi tolong maafkan dia sebab aku dah buat spot check, kat rumah dia 100% confirm memang takde cermin. Kalau adapun cermin tu dah retak sejuta dan tersembunyi dalam timbunan kain yang tak tersusun. Masa nak pergi sana nyaris tersesat sebab papan tanda tunjuk arah dah dilarikan oleh mat drug untuk dijual sebagai besi buruk. Dengan bantuan sorang makcik yang secara tetiba enterframe maka ketemulah kami akan tempat sauna tu. Praritual bermula dengan bersiram di bawah shower untuk seketika dan terus masuk ke dalam tempat sauna untuk kira-kira 20 minit sambil dihidangkan dengan lagu-lagu kompilasi daripada Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan beberapa artis terkenal tanahair. Selepas 20 minit, adegan pertama adalah menyental badan dengan sejenis batu khusus yang dikutip dari Hilmalaya. Agaknya batu jenis nilah yang digunapakai oleh makhluk yang menghuni Hilmalaya yang digelar Yeti itu. Maka tak heranlah makhluk ni digambarkan sebagai putih melepak walaupun berwajahkan seperti serigala. Batu ni turut dijual oleh tuan punya tempat tu dengan kadar harga 49 ringgit pada saiz sebuku sabun mandi yang telah diguna separuh. Pas adegan sental menyental kami disuruh masuk balik ke tempat sauna untuk kira-kira 15 minit lagi sebelum berjalan di atas batu-batu sungai untuk 5 minit. Lepas tu badan dikeringkan dengan bersantai diatas kerusi ala-ala kat tepi pantai Hawaii sambil memandang kerdipan bintang di langit. Sejurus kemudian badan dibersihkan sebelum dilumurkan pati limau purut bercampur ekstrak bunga melur. Untuk perkhidmatan selama 2 jam dengan harga 25 ringgit satu kepala aku berasakan ini sudah cukup murah. So malam tadi kami pulang dengan badan harum semerbak sepertimana Pontianak Harum Sundal Malam 2.

*harga bahan api dah mencanak naik, maka sauna ni dah tak sehangat macam kali pertama aku pergi dulu

Friday, January 8, 2010

Bukan Puaka Biasa

Tahun 2003 Siti Nurhaliza keluarkan album meletop berjudul E.M.A.S ataupun Edaran Muzik Aspirasi Semasa. Salah satu lagu hitz adalah bukan cinta biasa. Kalau tak tahu boleh cari dalam you tube, kalau berminat boleh donlod pakai youtube downloader. Bukan cinta biasa ertinya cinta luar biasa, bukannya cinta kolesterol mahupun cinta 100 ela. Kenapa luar biasa? Bagi yang berfikiran kotor mungkin akan berfikir itu adalah cinta songsang tapi bagi yang ala-ala ahli sufi mungkin berpendapat itu adalah cinta agung lagi terhebat. Itu semua adalah mengikut perspektif dan tafsiran masing-masing. Jangan bimbang jika fikir secara keterlaluan kerana itu membayangkan anda adalah seorang yang kreatif dan yang lebih utama tiada pihak yang akan mengheret anda ke muka pengadilan.
Tetapi kat sini aku bukan nak membicarakan pasal lagu, cuma nak bagi pemahaman tentang erti bukan yang biasa itu. Macam kat tajuk tu adalah bukan puaka biasa. Maknanya bukan puaka yang biasa-biasa tau. Ni adalah spesel punya puaka. Keluaran khas, limited edition dan segala erti lagi. Puaka tebing biru dan puaka niyang rapik tolak tepi. Tu semua mengarut. Kalau rujuk wikipedia puaka berasal dari hutan rimba, bukannya dari bandar-bandar besar mahupun bandar satelit. Tapi ada yang terlepas ke mana-mana agensi kerajaan dan juga pejabat-pejabat awam. Bila dah berasimilasi dalam kalangan masyarakat setempat mulalah menyusahkan orang lain. Antara kegiatan masa lapang sang puaka adalah suke sangat mengambil tahu hal orang lain. Diulang, mengambil tahu bukannya mengambil tahi. Kalau yang diambil adalah tahi pun mungkin meyebabkan kadar pengangguran negara meningkat 0.067% disebabkan berkuburnya syarikat gah negara kita iaitu Indah Water Sdn Bhd. Pastu pulak sang puaka suka kritik orang padahal pemahaman beliau berkenaan isu tersebut adalah hampir 0%. Tapi dia tak suka dikritik. Kalau tak percaya boleh cuba dan bila cuba jangan menyesal sebab sang puaka jugak sorang yg pendendam. Pendendam dan mak andam jauh bezanya. Satu-satunya persamaan diorang adalah spesis diorang ada bukan terhad untuk satu jantina sahaja. Walaupun kedua-duanya jahil tentang perkembangan semasa tapi yang jadi pegangan adalah tiada bias dalam isu gender. Puaka jugak suka dipuji walaupun selayaknya dikeji saje. Biasanya pada pandangannya dialah perfect, sempurna dan charming walaupun badan tak pakai deodorant dan baunya boleh dihidu dalam jarak tiga batu setengah. Kalau yang ada deria hidu setaraf anjing mungkin dari jarak 12.5 km dah boleh bau. Tapi kalau duk kat laut jaraknya menguncup kepada dua batu nautika sahaje sebab dah dibawak pergi oleh bayu laut. Ni semua pasal puaka biasa tau kalau yang bukan puaka biasa pandai-pandai lah buat perkiraan sendiri. Sekian, terima kasih.
*masa buat body scrub kat sauna tadi ada awek skodeng, gelenyar tul..

Tidor

Semalam aku kureng sihat. So lepak kat umah saja sambil melayan tenet dan beberapa menda lagho lain. Sebab bosan sangat dan jugak badan letih lesu aku tidor je. Pas bangun tido balik, dan kitaran ni pun berterusan sampai la matahari terbenam. Sudahnya malam tu tak dapat tidor sebab dah over dose. Sampai la kul 3 pagi baru mata boleh lelap. Esoknya yakni pagi ni bangun kul seploh. Plan nak g joging dah melayang ntah ke mana. Hanya tinggal angan-angan yang tak kesampaian. Ni semua gara-gara tidor lambat, tidor lambat adalah pemangkin gejala bangun lewat. Tapi aku besyukur sebab dapat bangun balik, kalau tak bangun-bangun maka tak ada la aku atas muka bumi ni sekarang. Menjadi kebiasaan aku jugak bila bangun terus tengok cermin, rasa kelakar bila tengok muka lepas bangun tidor. Ala-ala beruang panda. Kalau rimau tengok pun pakat cabut.

*Malam ni pergi sauna, lalalalala

Thursday, January 7, 2010

Sindrom Pelik

Aku cukup heran dengan jenis manusia yang tak hormat barang orang lain. Sesuka hati ambik barang orang lain tanpa bagitau untuk kegunaan sendiri. Sedarkah dia akan sesuatu alat yang dipanggil telefon? Nak kata tak reti pakai telefon pun tak boleh terima dek akal jugak. Sebab sehari sebelum tu pandai pulak menelefon mintak barang yang memang ada dengan aku. Agaknya kalau dia nampak menda tu kat mana-mana terus ambik tanpa bagitau aku dulu jugak. Sebab tak jumpa baru reti nak telefon. Nak kata bisu pun tak betul jugak sebab masa mintak barang tu bahasa yang digunapakai adalah setaraf dengan orang sedang cakap dengan gajah yang baru lepas memusnahkan tanaman pisang. Sedarkah dia kan kat depan pintu tu dah tulis satu notis "self service is not allowed" yang tulisannya bersaiz 72 dan jarak penglihatannya melangkaui dua puluh meter. Mungkin masa dia ambik menda tu dia adalah berjarak 21 meter daripada tempat simpanan yang memungkinkan dia mempunyai sepasang tangan yang boleh memanjang sepertimana dalam iklan Terminator, the Sarah Connor Chronicles. Masalahnya kat sini aku bukan kedekut. Tapi kan lebih berhemah kalau kita mintak kebenaran tuan punya dulu? Bukan sesuka hati ambik, pakai dan tak cakap sepatah haram pun. Perbuatan sedemikian adalah praktikal bagi sorang pencuri amatur.
*Kan dah kena sound kaw-kaw

Wednesday, January 6, 2010

Undang-Undang Rimba

Aku pernah menetap kat Penang dekat-dekat empat tahun. Trafik kat sana memang macam cilaka. Kalau hati kecut jangan mimpi nak pakai kereta apatah lagi motor. Jalan raya kat sana dipenuhi drebar-drebar lepasan litar lumba. Dulu aku anggap itulah yang paling teruk, paling azab dan paling horror rupanya telahan itu silap sama sekali. Tempat yang aku duk sekarang ni lagi hebat sebab menggabungkan antara perangai drebar luar bandar diadunkan dengan sifat drebar bandar besar. Kalau di Penang kategori cilaka di sini para drebar berjaya menggondol gelaran cilanat. Bagi sesiapa yang jahil berkenaan kata-kata sumpah seranah boleh fikir macam ni. Kalau dibuat bentuk piramid perkataan cilanat adalah berkedudukan di puncak, paling atas. Cilaka duk bawah dia. Lapisan-lapisan bawah dia boleh la diisi dengan pelbagai perkataan lain lagi. Ikut selera masing-masing. Kat mana tempat aku maksudkan ni ye? Cukuplah dikatakan tempat ni sangat popular. Gemilau cahaya glamer sudah menjadi perkara biasa, daripada pemerintah sehinggalah ke rakyat biasa itupun belum dikira pelbagai benda-benda menarik lagi yang berkaitan dengan tempat ini.
Antara sifat pemandu yang jadi trade mark adalah malas beratur kat traffic light. Sesuka hati menempel kat tepi-tepi kereta orang lain mintak dibagi laluan. Perlu dinyatakan secara jelas ini adalah pemandu kereta bukan penunggang motorsikal atau basikal roda tiga. Pastu ada pulak mereka yang baru balik dari luar negara yang mana negara tu adalah mengamalkan sistem yang bawak perlahan ataupun dikira sebagai drebar lembab duk belah kanan. Yang ni cukup bengang. Menyusahkan orang lain sampai berderet kereta kat belakang macam keretapi zaman arang batu. Lagi dahsyat bila drebar tarzan yang mana secara semberono keluar simpang tanpa lihat kiri kanan persis seekor babi melintas jalan. Jenis takde kesedaran sivik pun boleh tahan ramainya walaupun takde la sampai membentuk populasi sesebuah negara. Jenis ni biasanya suka meludah keluar tingkap dan juga buang sampah ke atas jalan raya. Antara sampah yang paling popular adalah kulit buah. Cuba bayangkan kalaulah durian boleh dimakan dalam kereta maka tentulah berterabur duri durian atas jalan. Ada jugak yang tak suka bagi signal sebelum membelok ke mana-mana simpang. Mungkin mereka mahu menjimatkan penggunaan bateri agar tidak mengalami kejadian enjin tak dapat dihidupkan. Ini disebabkan bila enjin tak dapat dihidupkan maka kena tolak pulak kereta tu. Silap-silap tolak boleh terjunam dari bangunan tingkat tiga hempap orang naik escalator. Jadi kes naya.
Tapi aku lega kerana kenderaan kat negara kita ni tak dilengkapi sistem bunyi yang dipasang di luar kenderaan yang membolehkan para pemandu bersuara secara langsung ke arah kenderaan lain. Kalau jadi macam tu maka atas jalan raya bukan lagi didominasi oleh bunyi-bunyian daripada bas, lori dan kenderaan berat yang lainnya tetapi yang jelas kedengaran adalah bunyi para pemandu memaki hamun sesama mereka akibat ketidakpuasan hati yang seringkali dirasai semasa menggunakan jalan raya.

Monday, January 4, 2010

Kashmir


Kat atas tu gambar lembah Kashmir. Kawasan yang tak dapat dinafikan memang cantik dan indah. Kalau nak tengok lebih boleh google carik sendiri. Lama dulu ada ahli falsafah Barat (nama dah lupa) pernah berkata Kashmir adalah kawasan lembah yang sangat indah tapi akan musnah akibat pergolakan. Ternyata telahan beliau itu menjadi kenyataan. Hari ini, lembah yang indah itu telah menjadi salah satu kawasan bergolak. Lebih malang lagi adalah ia merupakan kawasan orang Islam. Dahulu ia adalah sebahagian daripada India. Tetapi semasa empayar India berpecah dua pada tahun 1947 dahulu maka lahirlah dua negara berdaulat. Pakistan yang Islam dan India yang bermajoritikan penganut Hindu. Perpecahan berdarah itu telah meragut jutaan nyawa dan menyebabkan perpindahan penduduk sehingga berbelas juta. Masalah muncul di Kashmir apabila wilayah yang berpenduduk Islam ini memilih untuk menyertai India. Ini adalah disebabkan Maharaja kashmir pada masa tu adalah seorang Hindu, maka beliau telah menyatakan persetujuan untuk menjadi sebahagian negara India. Disebabkan India telah menjadi sebuah republik maka Raja-Raja sudah tiada kuasa politik. Keputusan yang telah dibuat telah menjadi satu masalah. Sepanjang penubuhan India dan Pakistan, mereka telah tiga kali berperang. Dua kali adalah disebabkan isu Kashmir ini. Keadaan menjadi tegang apabila India telah menjadi kuasa nuklear. Provokasi meningkat sepanjang sempadan tetapi makin berkurang apabila Pakistan jugak telah menjadi negara kuasa nuklear. Ironinya, bapa nuklear India adalah seorang Islam dan telah diangkat menjadi presiden India pada 2002 sehinggalah Presiden sekarang, seorang wanita yang bernama Prathiba Patil telah menggantikan beliau apabila penggal beliau telah tamat pada 2007. Akibat peperangan yang berlaku akibat perebutan itu, geografi Kashmir telah berubah. Sepertiga daripada wilayah itu adalah di bawah kekuasaan Pakistan, yang diberi nama Azad kashmir yang bermaksud Kashmir yang bebas. Ibu negerinya adalah Muzafarabad. Kashmir India telah disatukan dengan sebuah wilayah kecil Hindu yang bernama Jammu. Maka di India Kashmir dikenali sebagai Jammu dan Kashmir yang beribunegerikan Srinagar. Penyatuan dua wilayah ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Kashmir kerana jumlah majoriti mereka telah berkurangan akibat penyatuan dengan penganut Hindu. Perlu juga dinyatakan bahawa sebahagian kecil wilayah ini jugak diduduki oleh China, yang dikenali sebagai Aksai Chin. India mempunyai 28 negeri dan Kashmir merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Ketua Menteri Islam. Walaupun begitu, pihak tentera India merupakan golongan yang paling berkuasa di wilayah tersebut. Ketidakpuasan hati penduduk telah menimbulkan satu pemberontakan berterusan yang telah meragut puluhan ribu nyawa yang tak berdosa. Pihak penduduk sekarang terbahagi kepada tiga puak. Puak pertama mahukan kemerdekaan penuh daripada India dan membentuk sebuah negara baru, sesuatu yang mustahil untuk dipenuhi kerana kehilangan sesebuah wilayah akan menjejaskan maruah sesebuah negara, tambahan pula dalam keadaan sekarang di mana India dilihat berusaha gigih untuk menjadi salah satu kuasa ekonomi global. Pihak kedua pula mahukan penyatuan dengan Azad Kashmir dan mahu bernaung di bawah Pakistan dan membentuk satu wilyah Kashmir yang asal. Manakala pihak minoriti yang majoritinya Hindu tetap mahu berada di bawah Persekutuan India seperti mana sekarang. Cadangan daripada puak nasionalis Hindu yang mahukan tanah-tanah di Kashmir di buka untuk penempatan golongan Hindu agar mereka menjadi golongan majoriti di sana telah memburukkan lagi situasi semasa. Sehingga kini masih belum nampak mana-mana jalan penyelesaian dan apa yang boleh disimpulkan wilayah ini menjadi percaturan dua kuasa nuklear dunia yang mana pihak yang secara nyata menjadi mangsa adalah penduduk Kashmir itu sendiri. Ibarat kata pepatah 'gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati ditengah-tengah'.
*Kombinasi sejarah dan geografi memang membosankan sebilangan individu, tapi aku bukan dalam golongan itu...

Kunci Kereta

Pagi tadi aku ke KB Mall. Lepas kejadian kereta terhumban ke escalator tempoh hari baru kali ni aku berani jejakkan kaki ke tempat ni. Dengan anggapan lepas 29 hari mungkin tak ada apa-apa yang berlaku lagi dan keadaan bertambah selamat maka dengan tanpa ragu aku panjat Pacific sebab tergoda dengan iklan YES ataupun Year End Sale. Sementelah aku dah lama tak beli baju baru maka aku ambik peluang mencuba segala baju-baju yang aku berkenan selagi terdaya. Selepas mencuba beberapa baju aku pun tanpa ragu telah membeli dua helai kemeja. Selepas selesai urusan pembayaran maka aku pun cepat-cepat nak pulang. Yelah selain sebab aku takut KB Mall ni runtuh lagi aku jugak bimbang jika kegiatan aku yang ponteng lab di waktu pagi ni dihidu oleh Bos aku. Nanti tak pasal-pasal dapat bala lain walaupun aku terselamat daripada apa-apa kejadian runtuhan atau hempap-menghempap semasa naik escalator. Tapi yang herannya aku tak jumpa kunci kereta. Tapi aku tak panik, buat-buat cool dan terus mencari seolah-olah tak de apa-apa yang berlaku. Tapi aku silap bila tanya kat sorang akak promoter "kak ada nampak kunci kereta tak"? Terus dia buat kecoh tanya orang tu tanya orang ni. Pendek kata semua staf area tu tahu. Ciss! Malu sungguh aku rasa tapi sebab nak balik punya pasal aku terus buat bodoh cari serata ceruk. Mujurlah jumpa dalam fitting room. Tersangkut elok ja kat tempat sangkut baju. Aku maki diri sendiri sebab duk ralit test baju sampai lupa semua. Nasib tak hilang. Lepas tampar diri sendiri kat depan cermin dalam bilik tu aku blah. Jalan menunduk sebab banyak mata memandang aku sambil berbisik-bisik. Walaupun tak dengar apa diorang bisikkan aku dapat tahu mesti depa kata "Gila shoping la tu". Keluar KB Mall aku terus berazam takkan jejak kaki kat KB mall untuk sebulan lagi. At least sampai diorang dah lupa muka aku dan jugak kejadian ni.

* Harap lepas sebulan ada sale lagi...

Sunday, January 3, 2010

Forgiveness

Pagi semalam aku dapat satu sms dari sorang kawan. Dia bertanyakan pasal something yang memang aku tahu. Aku jawap, tapi aku memilih untuk jawap dalam nada berlawak. Tujuan hanya untuk joking-joking semata. Tapi bila dia reply, baru aku sedar jawapan aku agak melampau. Sebabnya daripada sms yang aku terima aku boleh paham yang dia terguris rasa. Dia marah. Dan dia memang berhak untuk marah. Sebab sebagai kawan, diulang sebagai kawan aku tak sepatutnnya memberikan jawapan yang sedemikian walau atas apa sebab sekalipun. Atas kesedaran sendiri dan juga digamit rasa bersalah aku mintak maaf kat dia. Dua kali aku mintak maaf. Bila dia tak reply aku faham dia masih marah. So aku biarkan dulu untuk bagi dia masa. Mungkin dia tengah hot. Tengah terbakar, membara dan segala galanya lagi yang dapat menggambarkan suatu perasaan marah. Petang tadi dia sms aku "aku dah ok"...Satu ayat yang simple tetapi mengundang makna yang mendalam bagi diri aku. Daripada kejadian ni, aku belajar sesuatu. Belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Gurauan melampau aku akan elakkan. Yang lebih penting, malam ni aku dapat tidur lebih lena!
*dapat jam baru, bukan satu tapi DUA..lalalalala

Saturday, January 2, 2010

The Notebook


The Notebook adalah antara novel yang paling aku suka. Lagipun ia adalah garapan Nicholas Sparks, author yang memang aku minat. Aku beli novel ni dah lama, selepas aku tengok movie dia. Yang kat cover tu adalah pelakon dalam movie dia. Bila baca rupanya lagi best dari movie. So bila buku tu adalah best biasanya aku akan cari first edition dia. Rupanya tak semudah yang disangkakan sebabnya buku ni kuar first edition adalah tahun 1996. Yang sebelah kanan tu edisi 2004. Disebabkan aku berpegang pada pepatah 'nak seribu daya' so aku contact kawan yang duk UK suruh cari buku tu. Takde jugak, tapi kawan aku ni order dari US direct ke UK then dia hantar ke Mesia. So at last aku dapat first edition dan sebagai bonus dapat hard cover lagi. Harga untuk hard cover memang boleh tahan jugak tapi sebagai collector aku takkan berkira. Aku tak pasti kat Mesia ni masih ada yang 1st edition atau tak sebab aku tak la meredah semua kedai buku atas muka bumi Mesia ni. Dan untuk melengkapkan lagi koleksi, aku jugak membeli DVD movie dia tapi Deutch punya version. Memang berbaloi.

Pengertian

Aku akan guna bahasa yang paling mudah dan penuh berhemah. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak andainya ada yang terguris atau terasa hati. Bukan itu niat aku. Aku hanya mencari sedikit ketenangan dalam hidup aku. Bukan berniat untuk menjauhkan diri daripada sape-sape ataupun apa-apa yang semaksud dengannya. Aku jugak bukan pentingkan diri dan tak ambik peduli akan perasaan orang lain. Aku paham dan juga sangat maklum. Aku bukan buta malah aku sangat nampak dan jelas dengan apa yang terjadi. Kita hanya ditakdirkan untuk berkawan, tidak lebih daripada itu. So aku rasa bagi sorang kawan aku tiada apa untuk disembangkan berkali-kali sehari dan juga untuk bersms atas hal-hal yang remeh. Untuk pengetahuan pihak berkenaan, aku memang tak da sesape yang special buat masa sekarang. jadi tak payah la nak tanya soklan pasal ni dan buat-buat tak tahu. Aku sangat rimas, tolong faham keadaan dan situasi aku. Apa yang terjadi bertahun-tahun dulu tu dah jadi sejarah. Kita dah sama-sama terima semua tu kan? So aku tak nak kesudahan kita jadi teruk. Tapi tolongla lepaskan aku dan cuba lupakan aku. Perjalanan hidup kita masih jauh. Aku percaya dia mampu temui seseorang yang berkali-kali lebih baik daripada aku di luar sana. Cubalah bukak hati untuk orang lain, sebab kita tak mungkin ada kesudahan yang elok. Sebelum aku blah, satu je aku pinta. Aku harap dia faham akan tindakan aku untuk menulis di sini. Sebab aku tak sampai hati nak buat dia sedih lagi. Tiga tahun memang satu tempoh yang sekejap tapi cukup untuk melupakan dan menerima seseorang yang lain. Aku betul-betul berharap ini adalah kali terakhir aku bercakap pasal ni dan amat berharap dia paham. Sekali lagi aku mintak maaf.

Friday, January 1, 2010

Apabila Kita...

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah...kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.
Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hati kita. Dia Maha Adil.
Apabila hati kita terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat kita, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.
Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan kita, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahlah diri kepada Dia...satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
Dan apabila parut luka dicederakan lagi, hati dicakar kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersam orang-orang yang sabar.

Payung


Hari ni 1/1/2010. Malam tadi pulak ada gerhana bulan. Ada kawan aku tepon ajak g PCB malam2 buta nak tangkap gambar bulan. Tapi aku dah balik Terengganu, so tak dapat temankan dia ambik gambar. Lagipun aku dah dua minggu tak balik rumah parent. Pagi ni pulak bumi Terengganu disimbahi hujan yang mencurah-curah. Macam coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum dalam iklan Koko Krunch tu. Bezanya tak da Koko Krunch saje, yang ada air-air lopak. So tak da nilai komersial la. Bila hujan di tahun baru ni aku teringat satu kisah ngeri yang lucu yang pernah terjadi kat aku masa kecik-kecik dulu. Pasal payung atau dalam Englishnya umbrella. Kalu x tau sila rujuk lagu Rihanna yang pernah meletop tak lama dulu. Ala, Rihanna yang x jadi datang mesia sebab kena belasah ngn Chris Brown tu. Nasib la bukan kena belasah ngan payung. Kalau tak memang haru.
Berbalik pada kisah aku dan payung ni, kejadian berlaku masa aku berumur 5 tahun kalu tak silap. Tapi yang pasti masa tu memang tak masuk tabika KEMAS lagi. Pagi tu hujan. Aku main-main dengan payung. Masih ingat dengan jelas, payung kaler kuning. Yang pemegang dia tu kaler putih. Payung ni tak besar, payung budak-budak biasalah..Ntah macam mana aku tersumbat pemegang dia dalam mulut. Cuba nak keluarkan sendiri, tapi tak berhasil...sebab panik dan jugak sakit rahang mulut duk ternganga macam mulut buaya aku meraung melolong macam kena sampuk polong. Mak ayah datang dan terkejut tengok keadaan aku. Ayah aku ambik tindakan nekad;
"cepat hantar budak ni ke klinik!"
Tapi mak aku menentang keras cadangan itu;
"Jangan, malu kat orang. Kita cuba keluarkan sendiri dulu!"
Maka mereka berdua pun mencuba segala cara untuk menengeluarkan pemegang payung tu dari mulut aku. Lama jugak, tapi usaha mereka akhirnya berhasil. Pastu barulah aku dihantar ke klinik untuk periksa rahang. Mana tau kot2 alignment lari pulak. Tapi doktor cakap tak de apa-apa. Yang bestnya jawapan my mom bila doktor tanya kenapa datang check rahang?
"Dia banyak sangat makan chewing gum. Kami bimbang sebab dia masih budak."