Monday, June 20, 2011

Paranormal

Rupanya ada filem Hollywood bertajuk Paranormal. Tak pasti filem baru atau tak berapa baru mahupun filem lama. Kabarnya sangat menakutkan sehinggakan yang kategori berdarah pahlawan pun terkena penangan selepas menonton. Takutnya bukan main lagi sampai bini ada kat sebelah tak membantu langsung untuk lena. Betulkah sampai sebegini? Teringin sekali untuk mengetahui tahap keseraman citer ni tapi bila pikir-pikir balik ternyata untuk menontonnya bukanlah satu cadangan yang baik. Mungkin boleh menyebabkan aku jadi insomnia ataupun trauma. Lebih bimbang takut lepas tengok kena tidur berteman. Tak jadi kerja nanti. Tapi bila membayangkan muka rakan yang menceritakan perasaan seramnya itu hati terdetik rasa lucu. Lucu bila dia tak dapat tidor. Kelakar sebab dia terpaksa menelefon orang untuk menghilangkan rasa takut yang bersarang. Tapi rupanya rasa kelakar itu tak memberi erti bila di tengah malam yang sunyi dalam kepala tetiba teringat adegan filem seram yang pernah ditonton. Tambah feeling lagi bila malam tu anda adalah satu-satunya orang di dalam rumah. Rumah yang pernah ada history paranormal. Sungguh memang tidak kelakar lagi. Dengan malam yang dingin dan sunyi sebagai pakej. Dan entah kenapa filem itu adalah Nang Nak, adegan atas bumbung tokong. Cih rupanya tak kelakar langsung bila keadaan jadi sebegitu. Dalam hati duk berharap pagi cepat tiba. Last sekali tertidur dalam kegundahan dan sebagai pakej untuk melengkapkan hari, subuh pun terbabas sama.

No comments:

Post a Comment