Sunday, June 26, 2011

Jamban

Rata-rata jamban kat Mesia seolah-olah dikongsi dengan haiwan liar. Buat apa bayar duit nak masuk kalau keadaan tu lebih teruk dari dalam semak. Pasni orang jual insurans kena cover risiko masuk jamban awam sebab biasanya boleh buat jiwa jadi kacau bilau. Tukang jaga jamban pulak boleh disenaraikan antara pekerjaan yang bahaya sebab dikhuatiri pengguna naik minyak sehingga mengancam nyawa mereka. Rasa trauma dengan jamban ni bermula dari sekolah rendah lagi. Namapun nama sekolah rendah maka jamban pun kategori cilaka yang teramat. Lepas kejadian tu aku pikir berkali sebelum nak pakai jamban. Senang citer memang elak terus dan rela menapak ke surau kalau keadaan memaksa. Bukan apa aku rasa imej yang aku lihat itu sangat tak layak untuk ditengok mahupun diingat. Dan keadaan itu berlarutan sampai sekarang pun, hati-hati sangat kalau nak pakai. Dalam kepala memang tahu lokasi mana yang dikategori okay jalan jauh pun takpa asal tak kena yang jenis haram. Ada juga yang berkepala kerbau liar suka sangat menzahirkan idea kreatif pada dinding-dinding. Yang iklankan produk dan servis pun tak kurang hebatnya. Bila dah iklankan dalam tempat camni mestilah produk yang ditawarkan termasuk dalam kumpulan najis-najis belaka. Tak pasai-pasai yang tumpang baca terpalit sama dengan kekotoran. Oh ye, aku pakai istilah jamban bukan tandas ada sebabnya. Dirasakan istilah tandas itu terlalu mulia pulak. Lagipun yang dasat-dasat ni baik dipanggil jamban aja, lebih ayu dan sopan.

Monday, June 20, 2011

Paranormal

Rupanya ada filem Hollywood bertajuk Paranormal. Tak pasti filem baru atau tak berapa baru mahupun filem lama. Kabarnya sangat menakutkan sehinggakan yang kategori berdarah pahlawan pun terkena penangan selepas menonton. Takutnya bukan main lagi sampai bini ada kat sebelah tak membantu langsung untuk lena. Betulkah sampai sebegini? Teringin sekali untuk mengetahui tahap keseraman citer ni tapi bila pikir-pikir balik ternyata untuk menontonnya bukanlah satu cadangan yang baik. Mungkin boleh menyebabkan aku jadi insomnia ataupun trauma. Lebih bimbang takut lepas tengok kena tidur berteman. Tak jadi kerja nanti. Tapi bila membayangkan muka rakan yang menceritakan perasaan seramnya itu hati terdetik rasa lucu. Lucu bila dia tak dapat tidor. Kelakar sebab dia terpaksa menelefon orang untuk menghilangkan rasa takut yang bersarang. Tapi rupanya rasa kelakar itu tak memberi erti bila di tengah malam yang sunyi dalam kepala tetiba teringat adegan filem seram yang pernah ditonton. Tambah feeling lagi bila malam tu anda adalah satu-satunya orang di dalam rumah. Rumah yang pernah ada history paranormal. Sungguh memang tidak kelakar lagi. Dengan malam yang dingin dan sunyi sebagai pakej. Dan entah kenapa filem itu adalah Nang Nak, adegan atas bumbung tokong. Cih rupanya tak kelakar langsung bila keadaan jadi sebegitu. Dalam hati duk berharap pagi cepat tiba. Last sekali tertidur dalam kegundahan dan sebagai pakej untuk melengkapkan hari, subuh pun terbabas sama.

Sunday, June 19, 2011

Hari-Hari








* thanx to wan ilma dewiputri~

Friday, June 17, 2011

2 tahun lepas



*skang aku bosan so aku teringat keindahan Budapest masa summer

Thursday, June 16, 2011

Dating


Kapel ni sangat berani...

Wednesday, June 15, 2011

Kem Arab


Gambar ni diambik masa duk tengah padang pasir area Sharjah, emiriah sebelah Dubai. Belakang tu ada kem arab badwi yang kalu kena ribut pasir mesti melayang tak tinggal sisa. Nampak sangat dibuat-buat. Dapat singgah sini pun sebab ambik pakej safari tengah gurun. Malam tu ada BBQ dan tarian arab. Dengan bahasa lainnya tarian gelek yang entah apa-apa. Bila dah bosan tahap dewa cam skang aku godek-godek beribu gambar lama. Tadi baru si Husna cadang suruh bukak flicker, tengok la kalu rajin aku buat. Aku tak serajin dia yang ada serba serbi akaun.
Dah dekat lima bulan gambar ni diambil. Gambar ni tak penting pon yang aku ingat adalah kenangan di sebalik semua tu. Sebab lepas balik kisah hidup aku dah tak sama macam sebelum pergi sana. Dan hari akhir kitaorg kena ribut pasir. Pedih bijik mata tu masih tak boleh lupa.

Tuesday, June 14, 2011

Indie

Kali ni dia muncul lagi selepas dua minggu terbang. Ketika itu dia tak boleh cakap banyak sebab larut dalam masalah dunia sehingga dia buat keputusan nak daki gunung Jerai untuk persediaan fasa kehidupan yang orang cuba elak. Tapi dia berani ataupun buat-buat berani sebab dia paling tak suka bila orang lihat dia sebagai insan yang lemah. Last sekali air mata dia keluar pun masa tengok Susan Boyle sebelum ujibakat nyanyi, tu pun sebab tak mampu tahan rasa kelakar.
Selepas dua minggu dia muncul dengan sifatnya yang asli iaitu ceria + mesra. Sebab sifatnya itu jugalah aku boleh ngam dengan dia dalam masa 2 hari aja. Tapi dia juga membawa satu statement yang ditujukan tepat kat diri aku. Mengatakan sebab aku tak mahu tolong dia lagi dia akan berdikari lepas ni. Aku jawab statement itu kurang tepat, aku bukan tak mahu tolong cuma aku tak dapat tolong lagi. Sebab musababnya dia sendiri lebih jelas dan maklum. Kalau tak mahu tolong maksudnya memang sengaja menolak tapi tak dapat tolong adalah rentetan daripada beberapa kekangan tertentu. Keadaan dan situasi tidak mengizinkan aku berbuat sebegitu lagi. Aku kena gariskan satu sempadan yang jelas antara kehidupan dan juga keutamaan aku. Tidak boleh ada percampuran yang kabur semuanya mesti tersusun dan teratur. Kena buat satu-satu walaupun ada rasa kecewa yang bukan sedikit. Lagipun kat luar sana ada banyak soalan yang kena jawab. Mungkin atas sebab berdikari lepas ni dia kena ambik lesen bawak kapal terbang. Lebih senang macam tu sebab boleh jadi betul-betul berdikari. Kalau takat bawak bas aja baik belajar bawak lori sekali.

Monday, June 13, 2011

Tempoyak


Sekarang aku dah mampu untuk buat masak tempoyak. Ini semua gara-gara berenti makan ikan patin masak tempoyak kat Raub bulan lepas. Rasa dia perghh buat aku teringat-ingat. Kat kelantan susah nak jumpa yang best so baik buat sendiri, resepi tanya ja orang. Kalau tak kena pedajal mesti jadi punya. Kalau tak jadi bagi makan kucing then cuba lagi sampai jadi. Boleh juga memupuk sifat sabar, lagipun takat tak jadi takde apa sangat lah...master pun buat dekat 4 tahun so apa sangat dengan tak jadi sekali dua. Tak jadik kudis pun. Oh ya bagi yang berat mulut nak tanya orang ataupun orang tak mahu kasi tahu boleh check kat tenet, kalau buta IT itu bukan masalah sesiapa jua...

Sotong


Sebelum ni aku duk pikir sotong goreng tepung yang paling best adalah dekat Kuala Besut tepi jeti tapi andaian ini meleset kira-kira dua minggu lepas. Masa tu kawan sekolah lama ajak kuar minum ABC dan dia bawak aku ke satu kedai yang aku sentiasa lalu tapi tak pernah singgah. Orang memang sentiasa ramai so kitaorang bernasib baik sebab dapat meja. Yang belum dapat meja duk berdiri tunggu macam suasana kat pejabat bantuan kebajikan. Yang paling tak tahan dekat area meja yang menempatkan sotong orang duk kerumun macam tengok Mawi lepas kuar AF3. Sekali sotong masak semua pakat berebut sambar apa yang patut. Sangat buruk laku kalau masa tsunami tak tahu la perangai macam mana depa tunjuk. Tapi bila cuba rasa sotong dia aku faham kenapa kedai ni begitu laku dan menjadi tarikan pengunjung luar. Memang sedap sotong dia. Semalam aku pergi lagi tapi pergi awal, orang tak seramai sebelumnya lagipon sekolah dah bukak. Meskipun pergi awal tapi masih kena menunggu sotong masak sebab yang dah masak sold out katanya. Harga pun kira tak mahal yang penting rasa dia sedap, bukan takat jilat jari tapi dah sampai tak tahu nak jilat apa. Apapun sekarang dah complete, aku dah tahu kedai udang besar yang best jugak tempat makan ketam yang popular cuma perangai pelayan kat kedai ketam itu macam haram jadah, itu kawan aku cakap bukan dari mulut aku ya. Babai.

Sunday, June 12, 2011

Co SV

Diam tak diam dah sembilan bulan aku tak jumpa co SV kat UMT. Bukan sesuka hati tak mau jumpa tapi nak mengelak diri gara-gara janji manis yang orang lain buat. Menambahkan parah orang yang berjanji itu cuci tangan camtu je dan pas masalah pada aku yang tak tahu menahu. Tapi itu kisah lama yang penting aku dah ambil pengajaran, apa yang aku belajar adalah cara-cara untuk melepaskan masalah pada orang yang tiada kaitan.
Apapun sebab dah lama tak jumpa aku jadi agak gugup bila bertemu muka. Bukan saja-saja diadakan perjumpaan tapi adalah urusan berkaitan tesis yang wajib disempurnakan. Ayat pertama aku adalah "saya datang nak hanta hardware" dan dengan muka terpinga dia jawab "saya rasa saya tak order hardware".
Saat itu juga aku baru faham yang hardware dengan hardcopy adalah dua menda di dalam dimensi berbeza!

Friday, June 10, 2011

Kuih Semang


Pagi tadi ada sorang rakan memohon pertolongan. Dia meminta membelikan untuknya sejenis kuih tradisional yang namanya aku kira agak lucu. Menurutnya kuih yang berupa seperti gumpalan bebenang berpasir ini dipanggil kuih semang. Sebetulnya aku tidak pernah mendengar nama sebegitu dan untuk memudahkan aku dia menghantar sekeping gambar seperti di atas. Barulah aku jelas dengan keadaan memandangkan aku pernah melihat kuih ini sebelum ini tapi tak tahu apa namanya. Lagipun aku tak berapa suka makanan manis maka aku tidak berapa ambik peduli.
Rakan ini baru saja menjejak kaki ke tanah air. Sebelum ni dia bermukim di Brisbane untuk beberapa tahun. Untuk tidak menghampakan permintaan ini aku dengan berbelah bahagi meredah pasar Siti Khadijah. Berat hati sebab di penghujung musim cuti persekolahan pasar yang popular ini sangat sesak dengan umat manusia. Pusing berkali-kali pun belum tentu jumpa parking. Tapi tak kesahlah, lagipon dia ni dah kepingin sangat nak makan dan alang-alang balik Teganu petang ini bolehla aku bg dia terus. Lagipon dah sepuluh tahun tak jumpa dia, sekarang pun dah berbini dan ada anak sorang, jadinya permintaan dia ni pun langsung tidak membuat aku terbeban.
Rupanya kat Kelantan ni namanya kuih seme pulak, sebab aku ni made in Teganu maka penjual itu gelak besar bila aku carik kuih semang. Rasa malu pun ada tapi seme dengan semang sama saja mendanya. Nasib bukan semek sebab semek ni nama makcik-makcik kategori veteran bukan nama makanan. Bila hantar kat rumah dia petang tadi, agak-agak dalam setengah jam jugak mak dia sibuk duk cerita asal-usul satu-satunya anak dia itu suka makan kuih ini, rasanya kalau mak dia buat test mengejut selepas sesi itu aku sangat yakin dapat gred A+ sebab citer itu diulang dengar untuk beberapa kali jua.


Wednesday, June 8, 2011

Urut

Petang tadi untuk kesekian kalinya aku buat refleksologi kaki untuk tempoh sejam urutan. Geli campur sakit tapi hasilnya puas hati. Dan oleh sebab menunggu kawan menghabiskan urusannya untuk setengah jam lagi, aku cuba urutan badan pula. Memang hazab sakit satu badan rasa dah macam-macam mimik muka aku buat secara tak sengaja sebab tak mampu tahan rasa sakit tapi tukang urut buat donno saja. Agaknya dah biasa dengan macam-macam kerenah orang. Seingat aku ada beberapa kali juga kaki aku naik sebab kesan sakit urutan badan dan kepala. Rasa nak tercabut tulang temulang pun ada. Tapi hasilnya sangat berbaloi, jadi lebih sadap badan ni. Pasni nak try lagi, mungkin untuk tempoh sejam pula.

*bengang tak hilang lagi sebab terlepas tonton x men gara-gara satu kejadian. ceh....

Saturday, June 4, 2011

Share

Kalu aku ada masalah besar biasanya aku tak share dengan orang. Sebab aku sangat takut masalah itu akan jadi bertambah besar dengan campur tangan orang lain. Buat aku jadi lebih gundah gulana. Daripada perkara yang merimaskan sebegini lebih baik aku diam. Tapi ada beberapa insan yang aku sudi nak share, biasanya yang aku letakkan 90% kepercayaan aku pada mereka. 90% ni kira tinggi sebab peratusan kepercayaan pada diri sendiri pun dalam julat itu juga. Exam pun aku kira boleh dapat gred A+ kalu boleh skor 90%.
Aku pun tak pernah tahu dengan sape aku boleh share untuk sesuatu prob tu tapi yang pasti aku cukup maklum dengan siapa aku tak mahu. Senang citer aku share untuk didengari bukan untuk tempah bala yang lebih besar. Keadaan tak pernah jadi baik dengan seribu kekalutan. Oh ini ada kisah sorang kawan yang ajar aku ABC dengan frenship. Apa yang dia peringat kat aku tu sangat lekat dalam kepala. Untuk segala pendapat dia aku terima dengan terbuka walaupun kekadang sakit hati dengan jawapan tanpa belas dia. Tapi selalunya jawapan yang paling ikhlas tak semestinya yang paling sedap didengar.
Untuk sorang lagi yang tengah sibuk cari jodoh tu, dengan hang aja aku share pasal mimpi aku yang aneh tu. Kalau orang lain tahu sah2 diorang pikir aku ni dah tak betul dari segi pemikiran. Aku pun sampai sekarang tak percaya mimpi aku sampai ke tahap itu.

Friday, June 3, 2011

Filem

Duk KL memang banyak dugaan kot. Aku pergi sekejap-sekejap pon duk turun naik panggung. Tapi takde la sampai buat maraton 3 movies cam sorang insan jelita tuh, hahaha. Dengar kata sampai familiar kat TGV KLCC sebab selalu muncul hampir setiap hari. Hari yang termiss tu pon bukan sebab ada hal penting tapi berkaraoke secara berjemaah pulak kat Pavilion. Takpelah asal bahagia.
Apapun sebab terpengaruh dengan kutipan yang gah aku pon seperti ribuan insan lain memilih untuk menonton filem kongsi yang kabarnya kutipan dah cecah tahap gaban. Dah la masuk lewat 5 minit sebab lambat beli tiket tapi takpelah kelewatan itu tak dikira signifikan secara statistik. Tak kesah la orang duk puji melambung pasal filem nih sebab bagi aku citer dia biasa-biasa aja. Tak mahu ulas lebih-lebih sebab takde bakat mengulas filem.
Cuma apa yang membuat aku lega adalah aku tak perlu bayar sebab kawan belanja so kira aku tak rugi apa-apa lah jugak. Masa pun memang spend untuk berhibur. Oh ya pastu kawan tadi belanja aku tengok filem Pirates pulak. Filem ni boleh tahan, yang best adalah sebab ada ikan duyung!

Thursday, June 2, 2011

Orang tengah

Aku tak nafikan cuaca sekarang panas. Duk dalam rumah pun macam lepas maraton tengah hari buta. Tapi itu tak dapat menyaingi kepanasan yang satu ini. Panas sungguh rasanya. Semua bermula gara-gara menerima tawaran kerja tanpa gaji untuk jadi orang tengah. Sungguh malang sebab dapat client kepala batu. Lawannya pulak cepat kecik hati. Kena cakap slow2 kalau silap sikit kena pujuk berhari-hari. Oh memandangkan aku xde keje lain maka kerja ini diterima tanpa rela. Tanpa rela sebab tetiba terlibat di tengah-tengah. Bukan terlibat secara langsung tetapi dengan pakej lengkap sesuatu yang dinamakan bala. Ya, aku telah dapat bala bencana gara-gara secara sukarela terima offer ini. Kalau tahu macam ni tak kuasa aku berada pada kedudukan sekarang. Tak kisah la dianggap biadap ke selfish ke asalkan tak nyusahkan hidup sendiri. Tapi sekarang tak boleh nak kata apa lagi. Sekarang aku paham kenapa USA gagal jadi orang tengah untuk Israel dan Palestin. Bukan sebab USA tak cekap tapi sebab ada pihak yang kepala batu bertengkorak besi. Bukan mudah jadi orang tengah nih....

*bila tesis dah siap tulis aku makin rajin tulis blog

Sistem Terbaik

Kali pertama sampai ke Vienna dulu, aku langsung tak tahu sepatah pun perkataan German. Dengan sekelip mata aku jadi insan yang buta huruf, terkapai-kapai kebingungan. Bila nak naik teksi aku jadi gelabah puyuh bila tengok semuanya BMW dan Merc yang berkilat, risau kalau naik kot2 bayar tambang sampai bankrup. Semuanya jadi begitu asing bila tak dapat berborak, membaca atau mendengar sesuatu yang difahami. Suara-suara sekeliling hanyalah bunyi tanpa erti, iklan depan mata tak tahu apa benda. Lagi parah di tengah-tengah musim sejuk perlu pula mencari satu tempat yang sememangnya asing dengan peta dalam bahasa yang tak pernah faham. Tapi lepas 2-3 hari dengan sistem yang teratur dan jelas aku sudah pandai baca peta. Tak sesat dah sebab semuanya mesra pengguna, kalau tak paham bukak je tenet dan carik. Senang dan jimat masa. Satu-satunya masalah adalah tak paham bahasa kat sana. Itu aja dan sampai sekarang pun aku masih tak paham. Pastu kat mana-mana tempat di Europe yang aku pergi dah tak jadi masalah, sebab sistem pengangkutan diorg sangat cekap dan mesra. Peta yang pun mudah nak dapat kat mana-mana dan yang penting semuanya free of charge.
Tapi kat KL aku fail dengan teruk. Aku sebolehnya mengelak naik pengangkutan awam sebab banyak sangat masalah. Komuter stop merata-rata. Aircond rosak dah jadik biasa. Tak lama dulu sorg kawan pernah naik LRT dan tetiba stop tengah-tengah perjalanan. Staff LRT suruh semua orang keluar meniti atas landasan sorang-sorang. Kena pulak atas landasan yang tinggi, kat bawah tu perumahan. Sorang akak terlepas handbag atas landasan, nak menunduk ambik balik tapi ditegah sebab takut kena high voltage. Semua orang perumahan pakat keluar tengok orang meniti sebab ingat ada penggambaran Gerak Khas. Aksi stunt ni berlarutan sehinggalah semua penumpang keluar. Yang budak kecik kena dukung ngn kakitangan LRT.
Datang lambat pulak dah jadi perkara biasa, orang sangat ramai dengan segala macam jenis peragut, seluk saku, peraba dan segala jenis makhluk lain. Sebab tu aku fail. Aku prefer berkereta, takpe selalu salah ambik jalan pun itu semua satu proses pembelajaran jugak.

Wednesday, June 1, 2011

Rokok

Sumpah aku tak tahu harga rokok sebegitu mahal rupanya. Sangat tak berbaloi dengan bau busuk, segala toksik dan tiada faedah langsung selain perabis duit. Kalau bukan kerana aku respek kat guru takkan aku tolong dia belikan rokok. Untuk pertama kali dalam hidup aku pergi beli rokok. Walaupun jiwa agak kacau kebelakangan ini, hisap rokok tiada dalam agenda. Mungkin pergi Hong Kong lebih sesuai, lagipon kat sana ada Disneyland.

**tidur sangat terganggu sekarang ~ paranoid~