Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Esok dah 1 Januari 2010. Dah tahun baru. Dengan itu secara tak rasminya aku dah 26 tahun. Dah tua tapi belum dikira senja lagi. Kawan-kawan ada yang dah kawin, dah ada anak, yang belum kawin pun masih ramai. Aku pulak masih macam ni. Tapi aku percaya pada jodoh, so aku duk goyang kaki saja tunggu jodoh datang. Sehingga saat tu, aku akan hidup seperti biasa. Yang menjadi keutamaan adalah MSc aku, moga ni adalah tahun terakhir aku, amin.
Dan aku baru saje book accommodation aku kat Vienna nanti. Kali ni aku pilih nak duk ni apartment, senang sikit dan lebih selesa. Yang penting aku boleh masak. Tadi jugak aku dah plan ngn kawan aku yg ikut aku tu. Kami akan travel ke Germany, Italy dan mungkin jugak ke Prague. Terasa begitu seronok dan teruja. Bab berjalan ni aku memang johan, tak kesah kena berjimat untuk makan asalkan dapat travel. Kalau ada masa dan duit extra mungkin aku nak pergi lawat Budapest jugak. Hungary dengan Austria tak jauh mana, boleh pergi naik train. Apapun ni hanya plan awal kami. Apa jadi nanti tak tau lagi. Sesuatu yang pasti adalah kami akan travel. Kepada Arix, hang jangan jeles tau. Bukan aku tak mau bawak hang tapi hang yang tak nak ikut aku kan? Hehehe.
* Happy New Year

Tuesday, December 29, 2009

Hati

Hati budi manusia sebenarnya cukup rumit. Apa yang kita boleh nampak hanya luaran semata, macam penampilan dan perilaku. Yang dalaman punya menjadi rahsia. Sesiapa yang pandai merahsiakan nescaya akan selamatlah dia pada mata masyarakat. Sebab tu kita tok sah melatah andainya seorang wanita yang berpenampilan macam sebuah peti pos rupanya mempunyai perilaku yang cukup hina. Penampilan macam peti pos bukan sebab dia ni pakai pakaian merah dan sedikit-sedikit kaler biru (ala2 pos mesia) dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan juga sebab dia gemuk secara fizikal. Salah tu. Sebabnya dia berpenampilan ala burqa yang hanya nampak mata. Sebab kat situla tempat orang masukkan surat. Apa yang Rozita Che Wan pakai masa malam anugerah skrin tu bukan burqa. Walaupun hanya nampak mata tapi kat bahagian bawah dah rabak macam kena cakau ngn rimau. Tu adalah fesyen peti ais besar yang ada tiga pintu tapi pintu bawah tercabut. Ini adalah perbandingan semata-mata. Kadang-kadang orang yang pakai baju macam balut nangka tapi mempunyai hati yang mulia. Tapi biasalah manusia suka menilai apa-apa yang mata mereka nampak. Yang mata tak nampak tolak tepi. Ambik contoh awang hitam. Memang tengok mereka ngeri. Lubang hidung boleh sumbat buah duku. Manggis tak boleh sumbat sebab ada mahkota. Nanti depa mati lemas. Kalu budak kecik tengok boleh ngigau malam. Kena tidor pakai tangkal. Tapi kita tak boleh kata diorang ni jahat semua. Bangsa apapun ada yang jahat, ada yang baik. Jangan nilai pada luaran. Nilai pada hati. kalau semua orang boleh buat macam tu nescaya dunia ini adalah tempat yang selamat.
*Dunia ni tak selamat, duduk dalam mall pun kena hempap kereta

Monday, December 28, 2009

Suri Lab

Sekarang nih rutin hidup aku dah jadi macam suri rumah. Bezanya aku bukan duk rumah tapi lab. Setiap Ahad, Selasa dan Khamis pagi2 lagi aku ke pasar untuk membeli ikan. Bukan untuk dibuat lauk makan tengahari, juga bukan sebab aku dah berenti belajar lalu memilih untuk jadi tukang masak sebagai kerjaya. Sebab kat lab ni ada 16 ekor makhluk yang harus dibagi makan. Sesudah membeli aku terus ke lab, menyiang ikan dan basuh bersih-bersih. Pastu potong kecil-kecil jadi bentuk kiub. Dulu diorang ada buat protes senyap. Tak nak makan. Sebab kat US dulu diorang menjamah 'pork' sebagai hidangan harian. Tapi aku buat tak tahu. Permintaan diorang yang melampau tu aku x layan. Buat donno don care. Lama-lama diorang pasrah. Redha dengan suratan takdir, diorang mula makan 'makanan halal'. Sebenarnya aku boleh suruh staf kat lab ni uruskan semua, aku hanya perlu beli makanan jer. Tapi biarlah, aku sayang kat makhluk 16 ekor ni. Sebab aku tahu orang lain susah nak sayang kat diorang. Diorang kan tak comel. Manusia suka menda yang kiut-kiut jer. Yang hodoh dan buruk tolak tepi. Sebab tu banyak pelakon yang hodoh-hodoh hanya mampu pegang watak jahat je. Hanya tu yang sesuai.

Jahat sebab hodoh ke atau hodoh sebab jahat?

Saturday, December 26, 2009

ISRAEL ISnotREAL

Aku mengikuti konflik Timur Tengah dah lama. Dari zaman sekolah lagi. Semua yang aku tau boleh dikatakan semua dari bahan bacaan kecuali dari dokumentari yang pernah disiarkan kat TV2 yang bertajuk "struggle for freedom" kira-kira 8-9 tahun lepas..siri ni disiarkan setiap minggu pada pukul 12.30 tengahari setiap jumaat. Kalau nak harapkan daripada CNN ke BBC ke yang buat liputan apa aku boleh cakap adalah baik tengok Mr Bean..bukan x ada, ada tapi semua macam haram...tapi apa nak heran pemilik empayar media tu semua kroni yahudi zionis, so berita yang disiarkan 100% pasti adalah berat sebelah.
Buku yang dimaksudkan di atas ini boleh dikatakan agak bagus dalam mengupas isu ini...tulisannya pun x da la meleret-leret macam puisi2 kuno dahulukala...semuanya berasaskan fakta semata...mengupas isu ini sejak dari pengasasan entiti haram zionis sehinggalah penubuhan Israel pada 1948 yang diisytiharkan di Tel Aviv...selanjutnya diceritakan perang antara Israel dan Arab, dari 1948 sehinggalah pengeboman ke atas Gaza pada 27 Disember 2008...

Friday, December 25, 2009

Pulau Duyong








Di tengah2 sungai Terengganu terletak Pulau Duyong. Satu2nya jalan darat adalah melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentangi sungai Terengganu yang agak lebar itu. Dulu pulau ni kurang dikenali, biasala pulau di tengah sungai agak kureng publisiti dibandingkan pulau di tengah laut. Namun, lokasinya yang menjadi tempat pembuatan bot dan kapal tersohor menyebabkannya menjadi sebutan terutama bagi orang yang menceburi bidang perkapalan. Namun, beberapa tahun lepas ia jadi agak popular, semuanya gara2 menjadi lokasi kejohanan perahu layar tersohor, Piala Monsun. Sejak itu banyak kemajuan telah dikecapi di sini. Asalnya hanya perkampungan nelayan yang kecil, agak tersorok walaupun menjadi lokasi penting ketika era Kota Lama Duyong menjadi penempatan strategik pada kurun yang lepas. Sekarang boleh dilihat chalet2 yang di bina di kawasan pesisir pulau. Prasarana juga telah dinaik taraf. Namun, ketika luar musim monsun suasana agak hambar dan kurang meriah. Mungkin promosi yang lebih giat perlu dilakukan untuk menarik lagi kedatangan pelancong. Ini kerana pelancong lebih tertumpu pada Pulau Wan Man yang terletak bersebelahan memandangkan pulau tersebut menjadi tapak bagi Taman Tamadun Islam. Apapun sesuatu yang jelas adalah Pulau Duyung menjadi tempat bot2 kecil berlabuh. Dulu kemudahan ini juga ada tetapi tidak sesempurna pada masa sekarang. Di seberang sungai sana jelas kelihatan chinatown yang di bina di gigi air sehinggalah ke Pasar Payang. Juga kelihatan jeti penambang dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu. Dahulu kawasan pesisir sungai Terengganu itu menjadi nadi bagi pembentukan bandar Kuala Terengganu seperti yang kita lihat sekarang. Dan pada masa itu jugak pengangkutan air menjadi pilihan utama penduduk. Sekarang dengan pembinaan jambatan Sultan Mahmud yang megah merentangi sungai Terengganu pengangkutan air seolah-olah makin dilupakan. Semoga dengan penaiktarafan Pulau Duyong sebagai pusat bot layar serantau maka diharapkan pengangkutan air mendapat nafas baru dan menjadi alternatif baru kepada sebahagian besar penduduk Kuala Terengganu. Tanpa unsur air, Kuala Terengganu takkan mendapat namanya sebagaimana sekarang.

Thursday, December 24, 2009

Faham & Memahami

Kekadang tanpa aku sedar ada orang kecik hati dengan aku. Sebab tu aku rasa untuk menjaga hati seseorang tanpa melukakan hati tersebut sangat susah. Sebab kita kena amik kira segala kemungkinan akan orang yang dimaksudkan. Mungkin orang yang tgh bersedih dan berduka kena ada cara tertentu untuk berkomunikasi. Tapi adakah kita tahu bila seseorang itu tgh bersedih? Mungkin bila lama x dengar kabar berita ada orang anggap kita menyombong ataupun x ingat kawan2. Sebenarnya setiap manusia tu sangat kompleks untuk difahami. Nak kenal orang kejap je, sehari dua dah kenal...nak fahami orang yang susah, mungkin sepanjang hayat pun x memadai...kalau x takkan la ada kes cerai berai after berpuluh tahun kawin...macam bila tgk laki bini bergaduh...bising, saling menjerit padahal bukan dalam jarak yang jauh...depan mata jer. Kalu bisik pun gerenti dengar...masa tgh hangat bercinta boleh pulak berbisik bagai...silap2 x dengar apa yang dipertuturkan...kenapa jadi macam tu? Sebab bila stat gaduh hati jadi jauh...mula la duk menjerit-jerit gara2 rasa kejauhan itu yang mengusai diri...bila tgh mahsyuk bercinta hati jadi dekat...bisik2 pun dengar dengan jelas...so tidak perlu sampai menjerit seolah duduk sepuluh batu pun boleh dengar...
Berbalik pada aku pulak, kekadang aku perlukan masa untuk diri sendiri..sebab aku masih dalam proses untuk kenali diri aku...dengan memahami diri aku dengan jelas barulah aku boleh faham diri orang lain..aku jugak rasa selamat dengan bersendirian...aku takut jadi alpa bila terlalu kerap bersosial, takut terkeluar dari batasan yang sepatutnya...dan aku jugak lebih tenang, ketenangan yang sememangnya amat aku perlukan...untuk kawan2 yang mengenali aku, diorang tahu aku ni orang mcm mana...walaupun diorang x pernah cakap tapi aku boleh faham bila akulah orangnya yang diorang harapkan di saat diorang betul-betul perlukan sorang kawan...

*ada benda boleh difahami walaupun tanpa sepatah kata untuk menjelaskan

Tuesday, December 22, 2009

MLM

Aku bengang betul hari tu. Ada si mamat ni kol kata nak mintak tolong. Bukan rapat sgt pun baru je kenal. Tanpa tanya banyak aku kata kalu boleh tolong aku akan tolong. Dan dia nak datang rumah. Tanpa curiga aku bg direction. Datang2 rumah bawak beg. Dalam beg ada byk barang. Dia kata mintak tolong nak practice promote MLM dia tuh sbb esok ada customer. Nervous katanya. Aku mula x sedap duduk. Lalu berdemonstrasi la si mamat ni depan aku dengan segala soklan2 dan mula mempromote barang2 seolah olah company n produk dia sangat maksum. Tak da cacat dan cela apatah lagi dosa dan noda. Dan sesi malam tu berakhir tanpa apa2 peristiwa di luar jangkaan. Esoknya telefon lagi ajak jumpa. Mengelakkan menjadi biadab dan atas dasar hormat pada org lebih tua aku setuju. Kali ni suruh aku cuba produk dia pulak. Percuma. So aku try la. Esok bgtau apa yg aku rasa katanya. Jujurnya x da rasa apa2 so aku bgtau la x da apa2 perubahan. So aku ingat dah selesai. Tapi tidak lagi, esok masih menelefon dah suruh aku register jadi ahli. Aku terus hilang respek. Sebab bg aku org mcm ni sgt x jujur. Kalau cakap dari awal nak promote brg mungkin aku akan beli, tp sbb awal2 dulu kata nak practice tu menyebabkan aku jadi meluat. Alasan konon nak org lain rasa kebaikan produk tu selepas diri sendiri mencuba sgt lawak jenaka tahap hippocampus retard sampai current2 dalam otak jadi litar pintas. Apa salahnya kau bgtau yg kau nak kumpul point byk2 dan kau dapat income byk2 bilamana org beli produk tu bila register bawah kau?? Apa kau ingat aku ni lahir di zaman batu yg duduk dalam gua sampaikan tak tahu perkembangan semasa?? Tolonglah, aku paling pantang org menipu. Nak meniaga jangan sesekali menipu orang. Kau ingat semua org tu mata duitan ke? Duit byk manapun x pernah cukup. Bila ada byk mahu byk lagi. So mintak maaf byk2, aku bukan orangnya yg kejarkan duit sampai sanggup x berlaku jujur pada org lain....

*ramai betul golongan professional yg x professional

Exotic Pet


Ini adalah Xenopus. Nama kampung dia adalah katak afrika. Spesis karnivor yang mempunyai kuku. Kat lab aku kena jaga 16 ekor makhluk ni. Kalau kat Western punya countries diorang bela jadi pet. Ala-ala ikan emas. Tapi aku x pikir org kita sanggup bela menda ni. Lagipun ni bukan spesies native. Kena import dan perlukan permit. Aku pulak bukan sesuka nak bela menda ni tapi research aku melibatkan makhluk ni so no chice beb. Nak citer lebih2 x boleh, dah sign agreement dgn university punya lawyer. Silap cakap bakal diheret ke muka pengadilan pulak. Disebabkan menda ni 100% duk dalam air, penjagaan dia agak rumit. Tambah pulak dgn suhu Malaysia yang agak tinggi so dia jadi sensitif. Suhu kena 20 degree, naik turun sikit mengundang masalah...terutama kat kulit dia...macam keluar ruam...so kena buat tratment ngn saline...makan pulak memilih...bagi kiub ikan, hati ayam, hati lembu dan gelatin yang diimport dari Switzerland...air kena flow 24 jam...ada pulak cooler system...x termasuk filter, dan segala anti parasite untuk mencegah jangkitan kuman...masuk tahun ni dah 2 tahun lebih 'kerja' ngn menda ni...walaupun orang anggap makhluk ni menggelikan bg aku diorang comel jugak

*comel ke???

Monday, December 21, 2009

Azam Tahun Baru

Maal Hijrah dah berlalu 2 hari, 2010 pulak bakal menjelang dalam masa terdekat. Pejam celik dah setahun. Kejap je, bukan macam dulu2...setahun terasa begitu lama..agaknya masa akan jadi cepat bila kita banyak komitmen..kalu goyang kaki je rasa lama la kot..apapun sempena kedua2 tahun baru ni aku menanam satu azam..aku nak kurangkan perbelanjaan aku..rasa ada yang x kenal ngan sistem ekonomi yang aku amalkan sekarang...lebih dahsyat dari sistem kapitalis moden...segah kapitalis pun boleh runtuh apatah lagi sistem aku yang sentiasa defisit bajet nih...nasib la aku dapat banyak para penaja walaupun x sebanyak jumlah tajaan Amerika kat Israel...kira boleh la menjalani gaya hidup mewah...tapi pasni aku nak kurangkan pakai duit, nak stat kumpul duit dan melabur pada bidang yg boleh mendatangkan faedah pada masa depan nanti...beli hartanah ke, beli saham ke x kesah la...asalkan tiada lagi pembaziran...tapi aku awal2 dah tahu ni bukan perkara mudah...yelah, drastik giler kalu aku stat berjimat nih...sebelum ni apa2 yang aku nak main rembat ja...x da istilah control2 money nih...tapi sebelum aku jadi papa kedana aku kena ubah apa yang patut...kalu nak beli pun menda2 yang amat berguna saja...

*tengokla berapa lama boleh bertahan

Sunday, December 13, 2009

DNA Test

Aku baru dapat call dari kawan aku. Kitaorg agak rapat. Masalah dia adalah dia nak kawin tapi bapak dia ragu sama ada kawan aku ni anak kandung dia ke atau bukan. So kawan aku ni sanggup buat DNA test untuk mencari kebenaran. Sebab aku ni duk USM, aku tolong dia aturkan semua. Dalam masa seminggu result keluar. Positif. Aku tumpang hepy sebab masalah ni dah menghantui dia sejak sekian lama. Semoga semuanya selesai dengan cara baik.

*jangan terhutang budi dgn aku, sebab kita adalah KAWAN

Saturday, December 12, 2009

Kelas Mandarin

Aku join kelas bahasa mandarin. Ni menda yang dah lama aku nak buat tapi sentiasa duk tangguh. Sekarang ni aku x tangguh dah, apa yang aku nak buat dalam hidup ni aku buat mana yang mampu kalaupun x buat semua. Overall kelas ni sangat enjoy. Cikgu dia sgt best. At least aku dapat kurangkan tekanan hidup aku dgn bersuka ria dalam kelas ni. Tapi aku bukan main2. Aku memang nak belajar. Masa register last week tu cikgu ada bagi satu CD. Aku baru berpeluang bukak n dengar tadi. Ingat ke sukatan pembelajaran rupanya telahan ku silap sama sekali. CD tu adalah lagu evergreen cina. Sangat menghiburkan. Walaupun aku x paham tapi lagu2 tu sangat boleh masuk ngn aku. Baru aku paham erti music is universal...
Apapun dengan menyertai kelas ni aku dapat luaskan pergaulan dengan pelbagai manusia yang latar belakang sangat variety...ada tahap makcik, ada tahap budak2, ada tahap fresh graduate, ada jugak para pekerja kolar putih n biru...pendek kata macam2...selama ni aku ada jugak kawan ngn org2 lebih tua tapi latar belakang lebih kurang aku je...rupanya masih ada orang kita yang walau dah mencecah usia warga emas masih dahagakan ilmu...persepsi aku terhadap umat melayu mula berubah sedikit...

*aku dah 25 rupanya

Wednesday, December 9, 2009

Kembara Ke Bumi Sejuk





Bulan depan mungkin aku pergi ke Vienna, Austria lagi. Kali ni mungkin jugak x selama macam dulu. Hanya buat apa yang perlu, dapatkan apa yang perlu dan balik. Pemergian kali ni x macam kali pertama dulu. Kali ni pergi untuk dapatkan analisis bagi drug yang aku duk prepara sekarang. Kalau dapat result yang positif bermakna projek MSc aku ni dah sampai ke penghujung setelah sekian lama berada dalam terowong panjang yang seolah tiada sistem pencahayaan. Aku harap segalanya berjalan lancar. Perancangan yang teliti sangat penting. Yang paling utama kali ni aku x pergi bersendirian.

Saturday, December 5, 2009

Satu Kesetiaan

Di satu bandar dekat Switzerland ada satu tugu sekor anjing berhampiran dengan stesen trem. Tugu ni dibuat bukan untuk mencantikkan stesen tersebut, jauh sekali untuk menggamit jumlah pengunjung untuk lawatan sosial. Lagipun tugu anjing terbabit bukan dalam kategori cantik seperti kelaziman tugu2 di negara barat lain. Bukan juga diperbuat daripada emas atau batu permata yang menjadikan ia sesuatu yang mehal dan bernilai. Tugu ni menjadi istimewa kerana kisah disebaliknya.
Dikatakan dahulunya terjadi satu kisah yang menyentuh hati di stesen itu. Antara sorang lelaki tua dan anjing peliharaannya. Lelaki tua yang tinggal bersendirian ini telah membela seekor anjing yang tinggal bersamanya untuk sesuatu tempoh. Pada satu masa ni lelaki ni perlu ke bandar sebelah untuk sesuatu urusan penting. Maka pada pagi hari terbabit lelaki itu bersama anjingnya pergi ke stesen trem tersebut, anjing itu ditinggalkan di stesen selepas dibelai oleh tuannya dengan penuh kasih sayang. Lelaki itu meneruskan perjalanannya...anjing itupun pulang ke rumah bersendirian. Ditakdirkan lelaki tua tadi telah meninggal dunia sebaik menjejakkan kaki di bandar yang beliau kunjungi itu akibat serangan jantung. Maka beliau disemadikan di sana memandangkan tiada mana2 pihak menuntut mayatnya.
Dan anjing lelaki itu keesokkan harinya setia menunggu di stesen menantikan kepulangan tuannya yang dikasihi. Setiap kali trem berhenti si anjing akan menerpa dan menunggu sehingga penumpang yang terakhir turun. Namun hampa. Bila senja menjelang, si anjing akan beredar pulang. Begitulah rutin harian si anjing sehingga berbulan2 lamanya. Bahkan ada yang menyatakan sehingga bertahun2 sampailah si anjing mati di kawasan stesen itu. Pihak stesen yang menyaksikan kejadian ini sepanjang masa terbabit terpanggil untuk membina satu tugu bagi mengenangkan kesetiaan si anjing pada tuannya bagi pengajaran umat manusia.


















Friday, December 4, 2009

Bukan Senang Ambik Gambar

Petang tadi aku pergi rumah kawan...dia pesan bawak kamera DSLR aku skali..sampai2 dia hulur satu magazine yang semuanya pasal lense...harga pulak bukan murah, maunya cecah ribu2...dia jugak ajar aku cara ambik gambar...selama ni aku main redah jer, skang aku baru tau mesti ada teknik2 tertentu untuk dapatkan gambar cun...pastu pulak segala macam accessories pun ada jual untuk 'mencantikkan' lagi kamera kita..dan seperti biasa harga jangan cerite la..yang bagusnya aku dapat belajar menda baru, yg boleh dipratikkan bila2 masa...

* ni la mamat yang bermurah hati mencurahkan ilmu tu

Musim Tengkujuh Dulu Dulu

Dulu masa musim tengkujuh selalu ada kura2 sesat dari mana paya2 berdekatan yang mencari hala tuju yang baru setelah air paya melimpah. Setiap musim boleh tengok beberapa ekor yang berjalan lambat2 di kawasan depan rumah. Kadang2 ada beberapa spesies ikan yang turut melimpah bersama air paya dan hanyut ke lopak2 besar yang bertakung. Budak2 yang paling hepy sebab dapat tangkap ikan 'percuma'. Aku turut tidak terkecuali. Masa balik mengaji pergi ikut kawan2 ke kawasan kubur cari alur yang di dalamnya banyak ikan laga yang berenang bebas. Apa yang perlu di bawak hanyalah tempurung kelapa yang dikutip di bawah rumah orang. Tangkap pakai tangan pastu masukkan dalam tempurung untuk dibawak balik. Sampai rumah masuk pulak dalam botol jem. Seronok tengok ikan tu berenang dalam botol. Walaupun tu adalah ikan laga tapi aku x pernah lagakan ikan2 itu. Sebab aku bukan sorang yang zalim pada haiwan.
Juga masih x lupa kejadian kami 3 beradik (kakak n adik aku) melepaskan ikan puyu yang diberi kawan abah ke dalam air bertakung di persekitaran rumah. Kononnya ikan tu nampak jinak masa dalam baldi so kami membuat andaian ikan tu kekal jinak. Tapi andaian itu sangat meleset, sebaik masuk dlaam air lopak ikan2 tu berenang laju sampai gagal dikesan. Sudahnya kami dengan penapis teh kain (kaler putih) terkejar2 dalam hujan lebat untuk mencari ikan2 tersebut. Usaha kami berjaya walaupun agak mengambil masa. Seingat aku ikan2 puyu tersebut mati di dalam baldi sebab mak aku salah bagi makan.

*Perhatian-Ikan x makan nasi lebihan

Thursday, December 3, 2009

Berbuat Baiklah Sesama Manusia

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu dan penawar bagi hati.
Kenapakah kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Kenapakah kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu? Tidak terlebih baik seseorang itu daripada yang lain. Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka melakukan kebaikan kepada orang yang jahat kepada mereka, bersilaturahim kepada mereka yang memutuskannya.
Memaafkan mereka yang tidak memberi kemaafan kepadanya. Mereka amanah kepada mereka yang mengkhianatinya. Berbicara kepada mereka yang enggan berbicara dengannya. Memuliakan mereka yang menghinanya.
Sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu."

Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah

Wednesday, December 2, 2009

Pening Pening Lalat!!!

Sejak semalam aku dibebani dgn keje2 last minute orang lain. Org yg dimaksudkan sedang enak menghabiskan masa berkualiti dengan famili tersayang. Pada hemat aku 'beliau' tidak tahu menahu yg pada ketika dia sedang enak bersantai itu ada seorang hamba Allah yg bersengkang mata menghabiskan (atau melakukan kesemua sejak dari awal) tugas2 yg sepatutnya dilaksanakan oleh dirinya sendiri...hari ni aku x lunch, pagi pun hanya ambik roti seketul, semata2 mengejar date line yg entah apa2...bayangkan dlm keadaan hujan lebat dgn air bertakung sana sini aku meredah ke hulu ke hilir mencari semua dokumen yg diperlukan untuk menyiapkan sesuatu yg dipanggil permohonan geran untuk research...perlu dinyatakan bahwa aku hanyala sorang student yg tiada kena mengena dengan geran tersebut...dan walaupun aku yg bertungkus lumus membuatnya namaku diharamkan untuk diletakkan di mana2 bahagian geran terbabit...dan ini bukan yg pertama kali...yg pasti lepas ni akan ada lagi tugasan yg hampir sama lagi untuk aku bereskan...
Apapun dalam masa yg sama aku rasa agak puas hati bila mana impian aku untuk belajar mandarin hampir terlaksana...kelas akan bermula minggu depan...yuran dah bayar pun...masa aku pergi survey tadi amoi tu ingat aku adalah cina...dengan sopan aku jawap tak, I'm Malay....

*aku hanya separuh melayu