Aku ada sebidang tanah lapang. Tapi keadaan yang lapang itu tidak berkekalan disebabkan aku tidak ambil peduli akan hak asasi tanah lapang tersebut. Aku tenggelam dalam hal-hal dunia yang sangat-sangat menuntut masa yang bukan sedikit. Lama-lama ia ditumbuhi rumput yang panjang dan bertukar jadi semak samun. Masa tu kawasan tu dah jadi pilihan untuk binatang dan serangga kecil untuk berhabitat. Ada jugak lipan dan kala sekor dua. Sapa-sapa yang cuai pasti kena sengat. Pernah ada percubaa satu kumpulan tebuan untuk buat sarang tapi aku terperasan hal itu dan menghadiahkan mereka dengan semburan Sheltox King. Mana yang survive mereka pakat lari secara berjemaah, yang mati jadi santapan ayam hutan.
Masa berlalu. Aku masih sibuk. Tanah tu pulak dah jadi tahap semak samun yang menjolok pandangan mata. Sekarang antara spesis yang bermukim kat situ adalah tokke, pokke, pokko dan jugak ular sawa. Tapi sebab tokke@pokke jadi buruan insan yang haloba maka ia telah pupus dan tempatnya digantikan dengan biawak liar yang suka godek-godek tong perbandaran berdekatan.
Ada sorang kawan yang prihatin mencadangkan aku melakukan transformasi ke atas tanah itu dengan menukarkan menjadi taman bunga. Kurang-kurang boleh orang tumpang beriadah sambil buat refleksologi kaki. Aku beri alasan yang klise. Aku tiada masa. Tapi katanya masa takkan datang kalau tidak mencari dan kalau bertangguh sampai bila nak mula. Memikirkan kata-katanya yang berbaur sindirin itu ada betulnya aku ambik satu inisiatif. Aku stat menebas sikit-sikit tapi dengan kadar yang berterusan. Aku hanya ada satu kapak dan aku buat semua itu sendiri. Memang penat tapi aku puas hati.
Lama kelamaan tanah itu telah ditebas dengan jayanya. Semua binatang lari membawa diri, bini, laki dan anak pinak masing-masing entah ke mana. Agaknya dah mencari tempat tinggal baru. Sekarang fasa kedua kena dimulakan. Untuk menanam dengan pokok-pokok hiasan yang berbunga cantik. Aku tak tanam spesis balak sebab takut kena rembat dengan pembalak haram.
Sekarang tanah yang asalnya semak dah jadi elok keadaannya. Tapi ada satu masalah lagi, rumput masih cepat tumbuh. Pendek kata kena jaga sentiasa. Nak racun rumput kena hati-hati takut teracun pokok-pokok sekali. Mahu dipotong pun bimbang takut tercaras anak-anak pokok yang melata. Senang cerita segalanya kena dilakukan dengan berhati-hati dan berhemah. Ia menuntut dan memupuk erti kesabaran.
No comments:
Post a Comment