Tuesday, January 11, 2011

Nilai

Masuk tahun 2011 ni dah 4 tahun nenek aku meninggal. Masa dia meninggal aku baru je tahun pertama buat master. So sekarang agak-agak dah lama mana ya aku buat master? Terasa begitu lama sehingga malas nak kira. Baik kira menda lain. Lagipun sekarang ni bukan nak citer pasal lama mana aku kat sini sebab kalu stat citer mesti tak tau ending dia kat mana.
Beberapa tahun sebelum nenek aku meninggal dia ada tunjuk satu kotak syiling lama dan suruh aku pilih satu untuk disimpan. Aku tengok dalam tu ada sekeping yang saiz paling besar, syiling 5 ringgit yang ada gambar Tunku Abdul Rahman. Memang besar dan paling menarik perhatian maka aku ambik yang tu. Lagipun yang jenis tu ada satu tu saja, jenis lain banyak. Dia senyum sambil kata aku memang pandai pilih. Untuk itu aku dihadiahkan dengan sekeping syiling seringgit zaman dulu kala. Yang ala-ala duit 50 sen sekarang. Aku simpan semua tu. Malah sampai sekarang aku masih simpan. Sebagai tanda kenangan pemberian daripada arwah dan juga sebagai bukti betapa aku hargai semua tu.
Ada beberapa orang mahu beli, dan sebagai tanda penolakan aku letak harga tinggi-tinggi. Aku memang tahu harga syiling-syiling tu pada masa sekarang tapi sengaja aku buat macam tu. Sebab memang tak bercadang nak jual. Sebenarnya harga dia takde tinggi sangat tapi aku telah letakkan nilai yang tinggi pada sesuatu yang biasa. Adakah tindakan aku ni betul? Mungkin tidak, sebabnya ada benda tak perlu diletak nilai yang tinggi. Memadailah dengan nilai semasa tapi untuk kes syiling ni kenangan yang membalutinya menyebabkan ia bernilai. Sekurang-kurangnya pada mata aku.
Sebelum terlupa, kisah ini bukan semata-mata pasal syiling, terutamanya bagi mereka yang celik. Sekian.

No comments:

Post a Comment