Thursday, January 13, 2011

Genting

Petang ni aku akan naik Genting Highland. Perkataan 'naik' digunapakai disebabkan kawasan tu adalah tinggi, kalau istilah turun digantikan dengan naik, maka kedengaran sedikit canggung. Ikut perkiraan matematik mudah, ini adalah kali kedua untuk aku ke sana. Kali pertama tahun 2008, masa tu dengan kawan-kawan satu jabatan. Masih jelas dalam ingatan pada ketika itu kononnya itulah trip terakhir kitaorang bergumbira kerana kami berangan akan grad paling kurang pun tahun 2009. Tapi entah apa badinya sehingga sekarang dah menginjak 2011 pun tiada sorang pun antara kami yang bergraduasi. Harap-harap impian itu akan direalisasikan pada tahun ini.
Semasa kali pertama dulu aku sangat berangan nak main game outdoor yang ada. Buat-buat lupa yang hakikatnya aku adalah sorang yang fobia dengan ketinggian. Tapi bila cuba satu game aku dah tobat nasuha. Terasa macam takde punggung sebab terlalu gayat. Secara automatik angan-angan untuk mencuba 'space shoot' dipadamkan seberapa segera. Sebelumnya mulut begitu gatal berjanji untuk cuba tapi lepas kena penangan 'cyclone' aku trauma. Kalau dah naik 'cyclone' rasa macam mabuk angkasa, kalau naik 'space shoot' paling koman pun pengsan atau koma. Silap-silap haribulan mati terus. Daripada menyusahkan orang lebih baik aku duk diam-diam.
Roller coaster? Tolonglah, itu sangat dahsyat, aku rela pergi Gaza daripada cuba menda tu. Selagi waras aku takkan naik. Kalau ada orang offer satu juta suruh naik, tahniah sebab duit anda selamat dan lain kali jangan bermurah hati sangat.
Kali ni aku pergi dengan niat menghirup aura sejuk semata. Kalau sekadar nak hirup mee celup baik tok sah pergi, area sini pun berlambak. Sambil-sambil tu boleh jugak rehat-rehat sambil bersuka ria seketika. Mesti seronok.
*next week mahu cuba aura panas, ermmm

No comments:

Post a Comment