Monday, January 31, 2011

Hatta Mountain

Ni ambik jumaat lepas. Nak pergi sana bukan main payah. Kena redah gurun 2 jam. Masuk pulak Oman, redah bukit bukau pastu keluar Oman balik baru jumpa. Nampak macam lembah tapi duk kat puncak bukit. Udara x cukup so jadi semput. Bawah puncak ada lurah, kena turun baru jumpa tasik hijau tuh. Tak tahu macam mana orang discover tempat ni. Tapi sangat berbaloi untuk ziarah. Kat Mesia takda.

Perkara Menarik


Aku kat Dubai selama seminggu, kebetulan musim sejuk so lebih sejuk dari Mesia..nasib baik sebab ikut katanya kalau musim panas suhu setinggi 50 degree...mesti menggelupur. Apapun dalam masa seminggu aku dah try banyak perkara;

1.Hari pertama sampai tanpa berehat apa terus ke gurun main safari..ingatkan naik 4 wheel drive biasa-biasa ja sekali dia terjun lembah dan lalu ikut tebing yang sempit...aku yang panik terus tanya "x xcident ke drive macam ni?'...Pak Arab tu jawap "semalam baru ja keta ni terbalik" sambil tunjuk kesan kemik besar kat bumbung keta...setelah dilambung dalam keta sampai loya dan pening, kami di bawa ke kem Badwi kat tengah gurun untuk acara BBQ...ada tarian Arab lagi, pusing2 sambil buat kain kembang...pakaian dia?sangat kalerful macam orang gila kat pekan-pekan Mesia....apapun lepas join safari desert tu aku mula berkira-kira nak naik roller coaster...
2.Ketika orang lain duk sibuk nak lawat Abu Dhabi aku mula berkira nak p Al-Ain. Sebabnya Abu Dhabi adalah tempat moden yang havoc dengan binaan pecah rekod sana-sini sedangkan Al-Ain adalah bandar oasis yang hijau di tengah gurun. Lepas pergi Al-Ain aku yakin aku telah pilih destinasi yang betul sebab kami telah mendaki Jabel Hafeet yang merupakan gunung batuan kering yang mempunyai gaung dalam. Aku telah berani ambik gambar betul-betul tepi gaung tanpa penghadang. Kalau abah aku tahu anak dia buat macam ni dia mesti pitam terus.
3.Hari last ketika orang sibuk duk packing sebab homesick aku pergi Hatta Mountain, sebuah perkampungan Arab kecik yang bergunung ganang yang mana kalau hendak pergi sana kena redah negara Oman. Passport kena bawak sebab kat sempadan ada tukang cek. Yes, aku dah jejak Oman!!
4.Landmark Dubai yang glamer seperti Burj Khalifa, Burj Al Arab, Jumeirah Beach dan lain2 tu semua aku dah redah so kalu pasni takda peluang jejak kaki ke Dubai lagi aku dah tak rasa ralat.
5.Untuk kali pertama aku menyaksikan ribut pasir dalam hidup ni. Ikut kata orang tempatan dah 20 tahun dia tak tengok ribut sekuat ni. Pengalaman tu sangat menarik. Lebih best bila dengar citer bos masa kejadian dia duk berjalan tengah bandar dan tetiba bendera tepi2 jalan semua terbalik dan lebih lucu tetiba ada sofa entah datang dari mana mendarat kat berhampiran. Nasib tak kena kalau tak mesti ada masuk berita ada pompuan kena hempap dengan sofa terbang!
6.Perkara keenam ni adalah sangat-sangat bernilai bagi aku dan aku takkan tukar dengan segala apa yang ada. Untuk itu aku simpan untuk aku saja.
7. Sebenarnya aku pergi Dubai sebab ada exhibition "Arab Health 2011" tapi aku baru sedar takde sekeping gambo pon aku ambik kat exhibition. Maksudnya? Lagi mau tanya kah?

**untuk awal tahun ini adalah satu permulaan yang sangat baik...

Dah Balik

Semalam dah selamat pulang ke tanah air. Penat tapi Dubai memang giller happening. Kali kedua pergi lagi best walaupun first time dalam hidup kena hentam dengan ribut pasir. Nasib semua selamat tapi dengar citer bos aku hampir2 kena hentam dengan sofa terbang sebab time ribut duk berjalan lagi. Apapun gambor2 semua dalam fesbuk. Kalau mahu boleh pergi tengok. Dah ngantuk, sambung esok pulak. Banyak perkara nak citer tapi dah tak larat.

****

Tuesday, January 18, 2011

23.59

Masa baru-baru dapat kertas tu takde la baca dengan teliti sangat. Tengok sekali imbas saja sebab diyakini tiada yang menarik tertampang kat muka kertas tu. Tengok destinasi, tarikh dan beberapa maklumat peribadi. Yang lainnya buat-buat tak nampak, kalau nampak pun tak perasan langsung. Tapi bila ada masa dan periksa betul-betul tertera masa adalah 23.59 pm. Nak tergelak pun ada sebab mengapa tak 24.00 ataupun 00.00 terus? Satu minit pun buat perkiraan. Sedangkan aku yakin yang ia akan berlepas tidaklah tepat-tepat 23.59 malam.
Tapi tak perlu fikirkan sangat pun sebab takdela penting sangat. Selain buang masa buat semak otak dan memenuhkan ruang memori semata-mata. Yang penting tarikhnya adalah 22 hb ni. Pada masa itu mengikut waktu yang tertera tadi aku akan berlepas ke Dubai. Dubai bukan Dhaka, trima kasih.

Tanah

Aku ada sebidang tanah lapang. Tapi keadaan yang lapang itu tidak berkekalan disebabkan aku tidak ambil peduli akan hak asasi tanah lapang tersebut. Aku tenggelam dalam hal-hal dunia yang sangat-sangat menuntut masa yang bukan sedikit. Lama-lama ia ditumbuhi rumput yang panjang dan bertukar jadi semak samun. Masa tu kawasan tu dah jadi pilihan untuk binatang dan serangga kecil untuk berhabitat. Ada jugak lipan dan kala sekor dua. Sapa-sapa yang cuai pasti kena sengat. Pernah ada percubaa satu kumpulan tebuan untuk buat sarang tapi aku terperasan hal itu dan menghadiahkan mereka dengan semburan Sheltox King. Mana yang survive mereka pakat lari secara berjemaah, yang mati jadi santapan ayam hutan.
Masa berlalu. Aku masih sibuk. Tanah tu pulak dah jadi tahap semak samun yang menjolok pandangan mata. Sekarang antara spesis yang bermukim kat situ adalah tokke, pokke, pokko dan jugak ular sawa. Tapi sebab tokke@pokke jadi buruan insan yang haloba maka ia telah pupus dan tempatnya digantikan dengan biawak liar yang suka godek-godek tong perbandaran berdekatan.
Ada sorang kawan yang prihatin mencadangkan aku melakukan transformasi ke atas tanah itu dengan menukarkan menjadi taman bunga. Kurang-kurang boleh orang tumpang beriadah sambil buat refleksologi kaki. Aku beri alasan yang klise. Aku tiada masa. Tapi katanya masa takkan datang kalau tidak mencari dan kalau bertangguh sampai bila nak mula. Memikirkan kata-katanya yang berbaur sindirin itu ada betulnya aku ambik satu inisiatif. Aku stat menebas sikit-sikit tapi dengan kadar yang berterusan. Aku hanya ada satu kapak dan aku buat semua itu sendiri. Memang penat tapi aku puas hati.
Lama kelamaan tanah itu telah ditebas dengan jayanya. Semua binatang lari membawa diri, bini, laki dan anak pinak masing-masing entah ke mana. Agaknya dah mencari tempat tinggal baru. Sekarang fasa kedua kena dimulakan. Untuk menanam dengan pokok-pokok hiasan yang berbunga cantik. Aku tak tanam spesis balak sebab takut kena rembat dengan pembalak haram.
Sekarang tanah yang asalnya semak dah jadi elok keadaannya. Tapi ada satu masalah lagi, rumput masih cepat tumbuh. Pendek kata kena jaga sentiasa. Nak racun rumput kena hati-hati takut teracun pokok-pokok sekali. Mahu dipotong pun bimbang takut tercaras anak-anak pokok yang melata. Senang cerita segalanya kena dilakukan dengan berhati-hati dan berhemah. Ia menuntut dan memupuk erti kesabaran.

Thursday, January 13, 2011

Genting

Petang ni aku akan naik Genting Highland. Perkataan 'naik' digunapakai disebabkan kawasan tu adalah tinggi, kalau istilah turun digantikan dengan naik, maka kedengaran sedikit canggung. Ikut perkiraan matematik mudah, ini adalah kali kedua untuk aku ke sana. Kali pertama tahun 2008, masa tu dengan kawan-kawan satu jabatan. Masih jelas dalam ingatan pada ketika itu kononnya itulah trip terakhir kitaorang bergumbira kerana kami berangan akan grad paling kurang pun tahun 2009. Tapi entah apa badinya sehingga sekarang dah menginjak 2011 pun tiada sorang pun antara kami yang bergraduasi. Harap-harap impian itu akan direalisasikan pada tahun ini.
Semasa kali pertama dulu aku sangat berangan nak main game outdoor yang ada. Buat-buat lupa yang hakikatnya aku adalah sorang yang fobia dengan ketinggian. Tapi bila cuba satu game aku dah tobat nasuha. Terasa macam takde punggung sebab terlalu gayat. Secara automatik angan-angan untuk mencuba 'space shoot' dipadamkan seberapa segera. Sebelumnya mulut begitu gatal berjanji untuk cuba tapi lepas kena penangan 'cyclone' aku trauma. Kalau dah naik 'cyclone' rasa macam mabuk angkasa, kalau naik 'space shoot' paling koman pun pengsan atau koma. Silap-silap haribulan mati terus. Daripada menyusahkan orang lebih baik aku duk diam-diam.
Roller coaster? Tolonglah, itu sangat dahsyat, aku rela pergi Gaza daripada cuba menda tu. Selagi waras aku takkan naik. Kalau ada orang offer satu juta suruh naik, tahniah sebab duit anda selamat dan lain kali jangan bermurah hati sangat.
Kali ni aku pergi dengan niat menghirup aura sejuk semata. Kalau sekadar nak hirup mee celup baik tok sah pergi, area sini pun berlambak. Sambil-sambil tu boleh jugak rehat-rehat sambil bersuka ria seketika. Mesti seronok.
*next week mahu cuba aura panas, ermmm

Tuesday, January 11, 2011

Nilai

Masuk tahun 2011 ni dah 4 tahun nenek aku meninggal. Masa dia meninggal aku baru je tahun pertama buat master. So sekarang agak-agak dah lama mana ya aku buat master? Terasa begitu lama sehingga malas nak kira. Baik kira menda lain. Lagipun sekarang ni bukan nak citer pasal lama mana aku kat sini sebab kalu stat citer mesti tak tau ending dia kat mana.
Beberapa tahun sebelum nenek aku meninggal dia ada tunjuk satu kotak syiling lama dan suruh aku pilih satu untuk disimpan. Aku tengok dalam tu ada sekeping yang saiz paling besar, syiling 5 ringgit yang ada gambar Tunku Abdul Rahman. Memang besar dan paling menarik perhatian maka aku ambik yang tu. Lagipun yang jenis tu ada satu tu saja, jenis lain banyak. Dia senyum sambil kata aku memang pandai pilih. Untuk itu aku dihadiahkan dengan sekeping syiling seringgit zaman dulu kala. Yang ala-ala duit 50 sen sekarang. Aku simpan semua tu. Malah sampai sekarang aku masih simpan. Sebagai tanda kenangan pemberian daripada arwah dan juga sebagai bukti betapa aku hargai semua tu.
Ada beberapa orang mahu beli, dan sebagai tanda penolakan aku letak harga tinggi-tinggi. Aku memang tahu harga syiling-syiling tu pada masa sekarang tapi sengaja aku buat macam tu. Sebab memang tak bercadang nak jual. Sebenarnya harga dia takde tinggi sangat tapi aku telah letakkan nilai yang tinggi pada sesuatu yang biasa. Adakah tindakan aku ni betul? Mungkin tidak, sebabnya ada benda tak perlu diletak nilai yang tinggi. Memadailah dengan nilai semasa tapi untuk kes syiling ni kenangan yang membalutinya menyebabkan ia bernilai. Sekurang-kurangnya pada mata aku.
Sebelum terlupa, kisah ini bukan semata-mata pasal syiling, terutamanya bagi mereka yang celik. Sekian.

Saturday, January 8, 2011

2 Day Trip

Baru balik dari Kuantan. Bertolak dari KB petang kamis semasa tengah hujan lebat. Kebelakangan ni dah terbiasa buat menda-menda di luar kebiasaan. Musim-musim hujan lebat dengan amaran banjir sana-sini tidak berjaya membuatkan aku ubah fikiran di saat-saat akhir. Betul, memang hujan non stop sepanjang perjalanan tapi tidak lah sampai tahap banjir. Air bertakung atas jalan pun tiada kelihatan. Boleh dikatakan kali ni azam sangat berbentuk bulat yang luar biasa. Kalau tak berapa bulat mesti dah tak pergi dan tukar rancangan kepada aktiviti tidur sambil berkelubung dengan selimut ketika hujan. Tapi semuanya sudah selamat. Selamat pergi dan selamat pulang. Pulang dengan puas hati.
*Thanxxxxx kat somebody, sangat2 terharu

Tuesday, January 4, 2011

Game

Tak lama dulu ada orang ajak main tarik tali. Tapi versi dia tak sama dengan versi biasa, kena tarik sikit-sikit dan bukan setiap masa boleh tarik. Syarat dia sangat kabur membuatkan aku kurang faham sangat. Mungkin tak faham langsung. Contohnya bila waktunya kena tarik, bila pulak kena pegang dan kuat mana kena rentap pun tidak dijelaskan dengan sepatutnya. Cuma bagitau kena pegang je lepas tu semua terserah pada aku nak buat apa pun. Dan dia jugak buat menda yang sama. Turut pegang.
Mula-mula rasa okay lama-lama terbit rasa bosan. Lagipon aku ada banyak keje lain yang kena bereskan. Dalam masa yang sama tangan aku dah naik lenguh. Bila rasa tu dah sampai tahap maksima, aku rentap tali tu kuat-kuat. Niatnya untuk bereskan game ni dan masuk level berikutnya tapi rentapan itu membuatkan dia tersembam ke lantai. Aku mahu tolong tapi ni adalah suatu game, ada pengadil yang jadi tukang kira. Sebelum ni tak nampak kelibat pengadil tapi sekarang tiba-tiba muncul entah dari mana.
Tali dah rosak teruk. Dah jadi macam Hukum Hooke yang belajar masa fizik sekolah menengah dulu. Takpe la, ini kan satu game sahaja. Foolish game. Tak perlu risau apa-apa pun.

Monday, January 3, 2011

Kena terima

Malam tadi ada terbaca pepatah yang antara lainnya berbunyi "menyukai kehadiran seseorang itu sama sekali tidak sama dengan menerima dirinya yang sebenar". Bila aku pikirkan ada betulnya jugak. Sebab kekadang kita suka lepak dengan orang ini orang itu tapi ada beberapa ciri yang kita tak boleh terima pada dirinya.
Contoh mudah kalau tetiba dapat gilfren ala-ala Erra Fazira dalam filem Cinta Kolesterol. Kita suka dan rasa senang bila keluar date dengannya tapi perbuatannya yang membaham sekor ayam kat Kenny Rogers semasa lunch sangat tidak dapat diterima. Ini adalah bagi orang-orang macam aku, orang lain itu diorang punya pasal. Mungkin yang makan sekor lembu pun ada yang tak kesah. Sebabnya tak semua orang dilahirkan untuk merasai perasaan yang sama, macam-macam kerenah dan ragam.
Maka sebab itu terjadi macam-macam konflik yang sebahagian besarnya berpunca daripada sikap yang mahu merubah seseorang itu ikut acuan kita sendiri. Nampak macam tindakan sesuka hati dan sesedap rasa tapi itu adalah bukti kita tidak dapat terima diri seseorang itu seadanya. Kalau benar-benar ikhlas terima la seadanya dia, kalau rasa tak leh terima pandai-pandai la tapi lebih molek untuk menilai diri kita sendiri jugak. Lain la kalau kita ni adalah spesis bagus sangat yang jarang ada sebab selalunya yang ramai adalah jenis perasan bagus.

Saturday, January 1, 2011

Tahun baru

Rupanya hari ni dah masuk tahun baru. Nak kata kejap sangat 2010 tak tepat sangat sebab tempoh masa bukan macam harga minyak. Tak boleh nego, sape pandai guna dialah orang yang untung kalau kurang cerdik faham-faham sajalah. Berkenaan pencapaian tahun lepas pula, itu semua sangat abstrak sehinggakan membawa tafsiran yang pelbagai bergantung pada subjek penilaian. Nak kata elok belaka sangatla muka tak malu tapi kalau kata semuanya busuk itu pun tidak betul. Senang kata ada ok ada tak berapa nak ok dan adalah jugak sipi-sipi beberapa menda tak ok langsung. Cuma tahap kesignifikanannya itu boleh diperdebatkan sampai pitam.
Tahun ni harapan tetap sama macam dulu-dulu, mana yang ok kekalkan yang tak berapa ok itu diupgradekan jadi ok dan yang tak ok tu buang dalam parit. Tapi kenalah sentiasa bagi peringatan kat diri sendiri jangan pergi gali parit tu dan kutip balik bahan terbuang itu nanti jadi citer lain.
Apa yang sahih adalah tanggungjawab tahun ni pasti lebih besar dari semua segi. Tak mau cakap lebih-lebih pasal ni sebab tak minat kontroversi murahan. Yang tahu tu diam-diam je la, mana yang tak tahu pasti ada sebab anda tak tahu, mungkin anda jenis mulut lebih besar dari badak air yang sedang ternganga. Ataupun kategori mulut laser yang membuatkan pasukan bola tertentu kena kenduri dengan lawan.

* 2 bulan lagi la...