Sekarang ni dah jadi macam kejadian yang telah diprogramkan, bila stat cuti sekolah saja mesti banyak undangan majlis kawin sampai. Kad-kad undangan pula bukan macam dulu-dulu dah. Sekarang zaman dah moden segalanya canggih manggih belaka maka cara menjemput pun dah berubah. Kalau dulu ada ke kita dengar orang kawin jemput pakai email ke fesbuk ka lagi melampau pakai sms je. Kosnya 5 sen saje. Boleh jimat bajet. Silap-silap duit yang dijimatkan boleh beli banglow besar kat tepi bukit. Nanti bila kena tanah runtuh boleh masuk tv. Popular lagi, mungkin jugak kejadian boleh difilemkan jadi tontonan serata umat. Pastu bolehlah diformat jadi teater muzikal pulak. Mesti meletup.
Berbalik pada majlis kawin tadi, lepas pihak mempelai susah payah menjemput sampai naik kematu jari-jari maka tidaklah manis jika tidak penuhi jemputan. Maka berduyun-duyunla rakan taulan buat rombongan ke majlis tersebut yang saling tak tumpah macam rombongan Noraniza Idris masa masuk Juara Lagu dulu-dulu tu. Meriah dengan baju macam nak pergi rumah yang takda lampu, kelip-kelip sana sini macam disangkut mentol kat satu badan. Kena pulak lokasi rumah yang pedalaman punya kampung ceruk tepi hutan lagi haru. Tiga kali isi tangki minyak sampai penuh belum tentu lagi sampai ke destinasi. Silap-silap minyak hitam jadi macam daki. Kering. Air bateri jangan citer la. Maunya berbotol abis buat minum. Kalau nasib tak berapa baik sesat pulak. Nak telefon mintak bantuan arah coverage takde. Sudahnya tadi datang wangi semerbak macam pontianak bila sampai badan bau macam baru balik pasar ikan. Tupun kalau sampai, ada jugak beberapa kerat yang berlegar sampai senja melingas cari jalan.
Yang duk bandar besar pun problem gak. Jalan-jalan selagi ada sudut selagi ada ruang mesti berceranak dengan pondok-pondok tol kat sana sini. Sama naik dengan pencakar langit bezanya yang ni adalah cakar duit saja. Kaki pow atas jalan. Duk bayar sampai papa kedana. Nasib baek hadiah dah beli siap-siap kalau tak mesti bajet lari. Apapun kat mana sekalipun lokasi majlis cuba-cubalah lapangkan masa untuk hadir memandangkan rata-rata manusia normal mengimpikan satu perkahwinan sahaja sepanjang hayat maka apa salahnya kita sama-sama ambik peluang meraikan kegembiraan kawan-kawan.
*Ada kawan kawin area kaki gunung Jerai, seram la nak pergi dengar kata kat situ bunian bukak warung...jual mee goreng, masa makan best gila bila tapau balik jadi ulat...stereotaipnya citer ni
salam mizi..
ReplyDeletebila nak berangkat?
p hati2 k..
take care..
semoga apa yg kusut di sini akan terlerai di sana..
all the best...jgn lupa bila mai penang bawak gambaq...nak tgok..:)
Isnin depan la, banyak menda kena setel ni...takutnya terlerai dan terburai sajer...naya
ReplyDelete