Sunday, May 16, 2010

Anugerah

Dia bukanlah kategori orang mulia yang berimej baik macam bidadari syurga. Cakap pun boleh tahan main ikut sedap mulut. Tapi dia cukup arif masanya untuk bergurau dan ketika mana untuk serius. Cuma dia ada satu kelebihan yang susah dicari kat orang lain ada kat dia. Kebolehan untuk memahami dan sikap suka menolong. Tiada satu apa pun yang dituntut sebagai balasan atas setiap kebaikan. Tapi bagi yang ada akal fikiran pasti membalas dengan satu keikhlasan. Kerana keikhlasan itu adalah satu titik permulaan sebuah persahabatan. Tiada apa lagi yang boleh dipinta, malah apa yang diberikan sudah lebih daripada cukup. Layakkan untuk meminta itu ini mengharapkan yang indah-indah belaka sedangkan apa yang kita harapkan begitu jauh sekali untuk diberikan pada orang lain. Maka sebelum mendambakan sesuatu lebih elok jika belajar untuk memberi terlebih dahulu. Mungkin itulah pegangan hidupnya sungguhpun tiada pernah sekalipun dia menyatakannya. Tapi yang tak dapat dilihat bukanlah bererti tiada. Tetap ada cuma mungkin atas dasar kekhilafan diri semua itu gagal dilihat untuk diperhatikan dan diperhalusi. Bukan untuk kali ni.

*Tuhan telah bagi aku peluang dipertemukan kawan yang baik...

No comments:

Post a Comment