Monday, May 24, 2010


Hari ni 24 Mei 2010. Hari untuk bertolak. Pergi bukan lama mana pun cuma semusim. Sehari dua sebelum pergi sibuknya bukan main kalah orang pergi haji. Cuma bezanya takde kursus dan juga tiada kelas-kelas yang perlu dihadiri sebelum hari keberangkatan. Kali ni tak bawa barang banyak sebab berdasarkan pengalaman lalu semua itu macam tak perlu. Bawak banyak-banyak bakal menyusahkan diri duk mengangkut semua tu nanti. Tapi takde la sikit sangat setaraf lenggang kangkung kat tepi parit. Sedang-sedang saja dan yang pasti tiada kebimbangan muatan akan terlebih yang boleh merisikokan pembayaran untuk suatu jumlah yang tinggi.
Flight ke Amsterdam amik masa 12 jam lebih kurang. Bagi orang yang susah nak tidur dalam mana-mana kenderaan macam aku ni ini agak merisaukan. Sangat la boring 12 jam tak buat apa-apa dan dalam masa yang sama kat luar tiada apa-apa yang boleh ditinjau. Maka beberapa bijik buku telah dibawa untuk mengatasi perasaan bosan yang bakal melanda.
Tengahari ini pun masih ada beberapa kerja yang mesti diselesaikan. Harap semuanya sempat disiapkan sebelum berangkat.

*Hati yang rawan....

Saturday, May 22, 2010

Tabah hati

Tak lama dulu aku ada kenal sorang budak. Masa tu aku baru je stat buat master dan dalam proses nak pindah ke Kelantan. Dia tiga tahun lebih muda daripada aku, kiranya umur dia sebaya dengan adik aku. Tapi yang membezakan mereka berdua adalah budak ni anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah kebajikan. Tiada saudara mara langsung untuk dikenali hanya mempunyai beberapa rakan rapat yang senasib dan selepas umur 17 mereka kena keluar dan meneruskan kehidupan di dunia luar. Biasanya mereka akan dibekalkan dengan sedikit wang untuk memulakan kehidupan selepas bertahun-tahun di rumah kebajikan. Untuk menyara hidup macam -macam kerja dah dilakukan daripada kerja-kerja restoren, sapu-sapu jalan sehinggalah tulis lirik kat Pasar Seni. Betapa susah dan getir hidupnya pun tiada tempat untuk mengadu. Tiada ibubapa, tiada adik beradik dan tiada saudara mara. Dengan keadaan yang sedemikian dia telah menjadi seorang yang tabah hati dan sangat-sangat berdikari. Sepanjang kenal dia tak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya. Malahan sangat tenang ketika bercerita itupun selepas ditanya berkali-kali. Juga tidak pernah menyalahkan ibubapanya yang tidak diketahui berada di mana kerana baginya tanpa diorang dia takkan berpeluang menjejakkan kaki kat dunia ni meskipun hidupnya penuh dengan duka lara.
Itu dulu. Apa-apa yang aku tau semuanya dia yang ceritakan. Dan aku beranggapan kehidupannya adalah seperti yang diceritakan. Tapi beberapa minggu lepas aku baru dapat tahu yang kisah yang diceritakan hanyalah secebis daripada rencah hidupnya. Itupun diketahui daripada artikel majalah yang membuat cerita pasal anak-anak tak beribu bapa renteten daipada kejadian buang-buang bayi menjadi suatu fenomena seni. Biarpun hidup dia tidak sama dengan orang lain, biarpun dia tiada apa yang kita ada tapi dia dikurniakan satu ketabahan yang luar biasa.

Friday, May 21, 2010

Hajat

Kira-kira enam tujuh tahun lepas aku ada memohon dua hajat. Memohon pada Tuhan. Ketika itu aku masih tercari-cari arah tuju dalam kehidupan. Berbekalkan pengalaman yang masih cetek aku telah banyak membuat pertimbangan dan beberapa keputusan penting. Tapi hajat yang dipohon itu seolah-olah makin jauh dan jauh sehinggalah seolah-olah sudah tak tercapai lagi. Tetapi sesungguhnya manusia tidak akan tahu percaturan Yang Maha Kuasa, perkara yang semacam mustahil boleh terjadi. Itulah yang berlaku. Di saat ini aku sangat bersyukur dengan apa yang aku dapat. Kemanisan mendapat sesuatu yang beerti setelah sekian lama sangat indah. Aku akan jaga aku akan simpan. Aku hargai. Hargai dengan apa yang berlaku. Sebabnya sangat jelas, penilaian seseorang itu sangat abstrak. Ada mata yang gagal melihat. Mungkin sengaja menutup mata untuk suatu kebenaran.
*Percaya pada takdir...

Thursday, May 20, 2010

Tak Faham

Sungguh aku tak faham hati perasaan sesetengah manusia. Walaupun golongan ini tak ada la ramai sangat tapi sedikit sebanyak boleh mendatangkan kesan kat life aku. Bukan aku tak cuba tapi dah penat. Senang kata mungkin dah bosan seolah-olah semakin hilang momentum. Mungkin tanpa sedar aku dah mengabaikan orang lain yang berada dipersekitaran hidup aku. Tapi ada sesuatu yang perlu diingati, tidakkah berasa bosan untuk sentiasa main game siapa mula dulu? Seolah-olah ia adalah suatu benda yang seronok. Makin lama aku merasakan semakin jengkel. Sekarang juga dah stat untuk rasa meluat, makin lama makin membuak. Bila rasa tu dah sebati dengan diri nak pandang pun aku dah tak sudi. Cukup-cukuplah, aku dah penat. Lebih baik tenaga yang ada disalurkan ke tempat lain.
*Sila fikir dalam-dalam

Tuesday, May 18, 2010

Sikap

Derus memang seorang yang keras kepala. Selain itu dia jugak sentiasa merasakan dirinya sangat betul dalam serba serbi kejadian. Kalau penyanyi Nora mempunyai lagu hit "kau tak pernah jauh" Derus pulak menjadikan lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk "ku tak pernah salah" sebagai siulan hariannya. Bukannya salah ibu mengandung, didikan yang diberikan sudah lebih dari cukup kalau tak masakan beliau mula mencarut sejak tahun pertama masuk tabika. Tahap pendidikan pula bukannya serendah tanah serendah sekebun bunga tapi setinggi patung Mao Zhu yang pernah dicadangkan dibina di tepian pantai di satu daerah kat Sabah. Tapi Derus gagal untuk mengikuti resmi padi yang mana semakin berisi semakin tunduk tetapi lebih rela memilih untuk bersikap seperti enau dalam belukar. Adapun punca permasalahan ini adalah disebabkan beliau gagal mendapat teguran orang disekelilingnya. Gara-gara takutkan beliau maka semua tindakan beliau dianggap betul dan membantah beerti salah besar. Sangat besar sehinggakan gagal mendapat pengampunan. Maka orang sekeliling beliau boleh dianggap kejam kerana membiarkan semuanya berlaku tanpa apa-apa tindakan yang konkrit. Semua pengecut yang sebenarnya boleh dikumpulkan ramai-ramai dan seterusnya dikenakan hukuman baling tahi lembu kat tengah padang. Gara-gara sikap tidak membantah inilah yang menjadikan keadaan Derus bertambah parah. Menjadi seorang yang sentiasa menganggap dirinya betul dan juga tak ambil pakai pendapat orang. Semuanya masuk tong dan disimen kemas-kemas dan dicampak kat mana-mana lombong. Sekarang dah sampai tahap tu.

Akal

Seseorang yang mempunyai otak tak berapa betul pernah berpesan supaya perasaan yang tak best jangan dilayan sangat, kalau tak mampu buang terus pun campak sajalah sejauh mungkin. Tak kisah la mana-mana satu pun asalkan jangan simpan dalam diri. Nanti jadi busuk dan mengeluarkan aura yang merosakkan. Dan disebabkan pegangan beliau jarang sekali aku tengok dia berserabut, malah sentiasa tersenyum dan tersengih ceria. Memang la dia boleh dikategorikan tak berapa betul tapi apa-apa yang baik boleh diambik iktibar, kalau benda asas macam ni pun gagal difahami apakah perbezaan di antara kita dengan golongan seperti mereka itu? Maka secara sikit-sikit kita pun secara tanpa disedari akan terikut menjadi tak berapa betul juga.
Bila dah fikir macam cara beliau fikir, apa-apa musibah yang berlaku semuanya diambik secara positif. Pendek kata lebih baik buat tak kisah daripada duk pendam sampai jiwa jadi sengsara. Macam mana nak buat tak kisah sedangkan sorang manusia tu dibekalkan dengan sesuatu yang dipanggil perasaan? Jawapannya itu semua bergantung pada pertimbangan sesuatu anugerah terulung yang dipanggil akal. Jika pandai uruskan akal maka selamatlah semuanya dan jika gagal masuklah ke lembah kehancuran yang membawa kebinasaan.

Monday, May 17, 2010

Idaman

Saodah gagal melelapkan mata. Dah dua tiga jam dia asyik merenung alang bumbung rumahnya yang bersawang. Apa yang menjadi punca kegelisahannya itu bukanlah keinginan untuk membersihkan alang tersebut tetapi berkisar pada kejadian siang tadi. Kejadian yang menyebabkan tidur beliau terganggu gugat. Kalau sebelum ni orang lain duk berkeluh kesah pasal cuaca panas sampai tak boleh tidur malam. Tapi takat suhu taraf pusat sauna tidak menjadi kudis pada Saodah, beliau masih boleh tidur lena. Begitu jugak tatkala suaminya berdengkur macam lembu kena sembelih pada tiap-tiap malam Saodah tidak ada masalah. Masih boleh dapatkan tidur yang berkualiti. Masih bangun dengan ceria dan bertenaga. Baginya minuman penguat tenaga adalah tidak perlu, semua itu buang duit semata disamping mengkayakan kroni-kroni yahudi durjana.
Tapi bab yang satu ni Saodah tertewas. Tiada kompromi dan tidak boleh dirunding. Ini adalah penentu kemandirian hidupnya di atas muka bumi. Pesanan dan amaran doktor dipandang enteng. Malah para doktor siap dicarutnya tanpa bersalah. Jam telah menunjukkan pukul tiga pagi. Tapi Saodah masih segar bugar seolah-olah baru lepas mandi dalam kolam itik belakang rumahnya. Mindanya masih berkisar pada peristiwa tadi. Segalanya masih jelas dan nyata ketika dia ditolak oleh seorang wanita yang susuk badannya macam gorila betina. Gara-gara tolakan itu Saodah yang ceding badannya terkeluar daripada barisan dan terpaksa beratur semula. Dan rentetan kejadian terkeluar barisan itulah menyebabkannya terlepas benda tersebut. Terlepas untuk memilikinya pada hari ini dan terpaksa menunggu sehari lagi. Sedangkan bekalan dah lama habis. Ini tak boleh jadi! Yang lebih menjengkelkan adalah wanita gorila tadi berjaya mendapatkan benda tersebut dan dengan senyum mengejek dia memandang Saodah sambil tersengih. Menampakkan gigi kapaknya yang bersaiz pintu pagar. Kalau ikutkan nafsu amarah mau saja Saodah menyimpah asid kat muka wanita tersebut tapi apakan daya Saodah bimbang dia menjadi mangsa adegan WWF wanita berkenaan. Terlintas jugak kat fikiran Saodah yang wanita itu sebenarnya seorang lelaki. Tapi dia tiada bukti.
Apapun Saodah bertekad. Esok sebelum pasaraya dibuka dia akan menunggu dengan setia kat depan pintu utama untuk menjadi orang pertama serbu masuk. Maka kebarangkalian untuk dia berjaya mendapatkan bahan idaman itu lebih tinggi. Maka ikut cadangannya dia akan bangun awal-awal dan terus menuju ke pasaraya paling besar kat kawasan. Tapi dia kena makan ubat diabetis dulu untuk mengelakkan kejadian pitam masa beratur. Nanti barang tak dapat diri sendiri pulak masuk hospital. Kena marah dengan doktor pula menjadi bonus.
Tanpa sedar Saodah terlelap. Masa tu ayam dah berkokok menandakan dah cecah waktu dinihari. Apabila terjaga Saodah terus pandang jam. Aduh! Dah pukul sepuluh. Punyalah tidur tak ingat dunia sampai tak sedar apa-apa. Dan waktu itu jugak Saodah sedar segalanya sudah terlambat, pasaraya telah dibuka 2 jam sebelum itu lagi. Maka barang idaman beliau siang-siang dah abis licin tak tinggal sisa. Maka beliau terpaksa tunggu sehari lagi. Ya, tunggu sehari lagi untuk membeli GULA!!!

Sunday, May 16, 2010

Kawin


Sekarang ni dah jadi macam kejadian yang telah diprogramkan, bila stat cuti sekolah saja mesti banyak undangan majlis kawin sampai. Kad-kad undangan pula bukan macam dulu-dulu dah. Sekarang zaman dah moden segalanya canggih manggih belaka maka cara menjemput pun dah berubah. Kalau dulu ada ke kita dengar orang kawin jemput pakai email ke fesbuk ka lagi melampau pakai sms je. Kosnya 5 sen saje. Boleh jimat bajet. Silap-silap duit yang dijimatkan boleh beli banglow besar kat tepi bukit. Nanti bila kena tanah runtuh boleh masuk tv. Popular lagi, mungkin jugak kejadian boleh difilemkan jadi tontonan serata umat. Pastu bolehlah diformat jadi teater muzikal pulak. Mesti meletup.
Berbalik pada majlis kawin tadi, lepas pihak mempelai susah payah menjemput sampai naik kematu jari-jari maka tidaklah manis jika tidak penuhi jemputan. Maka berduyun-duyunla rakan taulan buat rombongan ke majlis tersebut yang saling tak tumpah macam rombongan Noraniza Idris masa masuk Juara Lagu dulu-dulu tu. Meriah dengan baju macam nak pergi rumah yang takda lampu, kelip-kelip sana sini macam disangkut mentol kat satu badan. Kena pulak lokasi rumah yang pedalaman punya kampung ceruk tepi hutan lagi haru. Tiga kali isi tangki minyak sampai penuh belum tentu lagi sampai ke destinasi. Silap-silap minyak hitam jadi macam daki. Kering. Air bateri jangan citer la. Maunya berbotol abis buat minum. Kalau nasib tak berapa baik sesat pulak. Nak telefon mintak bantuan arah coverage takde. Sudahnya tadi datang wangi semerbak macam pontianak bila sampai badan bau macam baru balik pasar ikan. Tupun kalau sampai, ada jugak beberapa kerat yang berlegar sampai senja melingas cari jalan.

Yang duk bandar besar pun problem gak. Jalan-jalan selagi ada sudut selagi ada ruang mesti berceranak dengan pondok-pondok tol kat sana sini. Sama naik dengan pencakar langit bezanya yang ni adalah cakar duit saja. Kaki pow atas jalan. Duk bayar sampai papa kedana. Nasib baek hadiah dah beli siap-siap kalau tak mesti bajet lari. Apapun kat mana sekalipun lokasi majlis cuba-cubalah lapangkan masa untuk hadir memandangkan rata-rata manusia normal mengimpikan satu perkahwinan sahaja sepanjang hayat maka apa salahnya kita sama-sama ambik peluang meraikan kegembiraan kawan-kawan.


*Ada kawan kawin area kaki gunung Jerai, seram la nak pergi dengar kata kat situ bunian bukak warung...jual mee goreng, masa makan best gila bila tapau balik jadi ulat...stereotaipnya citer ni

Anugerah

Dia bukanlah kategori orang mulia yang berimej baik macam bidadari syurga. Cakap pun boleh tahan main ikut sedap mulut. Tapi dia cukup arif masanya untuk bergurau dan ketika mana untuk serius. Cuma dia ada satu kelebihan yang susah dicari kat orang lain ada kat dia. Kebolehan untuk memahami dan sikap suka menolong. Tiada satu apa pun yang dituntut sebagai balasan atas setiap kebaikan. Tapi bagi yang ada akal fikiran pasti membalas dengan satu keikhlasan. Kerana keikhlasan itu adalah satu titik permulaan sebuah persahabatan. Tiada apa lagi yang boleh dipinta, malah apa yang diberikan sudah lebih daripada cukup. Layakkan untuk meminta itu ini mengharapkan yang indah-indah belaka sedangkan apa yang kita harapkan begitu jauh sekali untuk diberikan pada orang lain. Maka sebelum mendambakan sesuatu lebih elok jika belajar untuk memberi terlebih dahulu. Mungkin itulah pegangan hidupnya sungguhpun tiada pernah sekalipun dia menyatakannya. Tapi yang tak dapat dilihat bukanlah bererti tiada. Tetap ada cuma mungkin atas dasar kekhilafan diri semua itu gagal dilihat untuk diperhatikan dan diperhalusi. Bukan untuk kali ni.

*Tuhan telah bagi aku peluang dipertemukan kawan yang baik...

Mimpi

Malam tadi aku bermimpi dapat duit. Bukan sikit-sikit punya duit tapi kalau rajin susun boleh sumbat dalam peti kayu. Bukan curi orang punya juga bukan rompak orang lain tapi ada orang beri. Orang yang aku kenal tapi yang herannya setau aku orang tu bukan dalam kategori pemurah malahan boleh dikelaskan sebagai kedekut. Terpikir jugak apa maksud mimpi ni? Mungkin mainan syaitan dan jugak iblis. Ataupun mungkin satu petanda yang aku bakal dapat rezeki dalam masa terdekat. Kalau ada akan diterima dengan hati terbuka cuma mintak dijauhkan kalau-kalau itu adalah petanda dapat bala bencana. Sebab kata orang mimpi ni selalunya bawak maksud berlawanan. Tapi orang yang cakap tu pun bukan boleh pakai sangat lagi-lagi beliau bukanlah pemegang ijazah kedoktoran mana-mana institusi pengajian tersohor ataupun kolej-kolej swasta. Mungkin mimpi tu datang sebab beberapa hari sebelum tu aku begitu tergilakan peti kayu yang jadi bahan display untuk jenama kasut. Sudahnya peti kayu itu muncul sebagai peranan tempat letak duit dalam mimpi. Mungkin jugak begitu. Segalanya berkemungkinan.

*Bangkitlah daripada mimpi-mimpi masa lalu

Sunday, May 9, 2010

Pasar Malam

"Jiwa sorang manusia itu boleh diumpamakan seperti tapak pasar malam manakala kawan-kawan adalah penjajanya. Sebelum diorang datang, jiwa adalah kosong dan hambar. Selepas hadirnya mereka suasana jadi meriah umpama pesta. Dan yang lebih penting sepertimana para penjaja tinggalkan sesuatu kat atas tapak selepas meniaga, kawan yang baik PASTI tinggalkan sesuatu setelah tiada nanti...."

*diorang masih buang sampah merata ikut suka hati...

Wednesday, May 5, 2010

Canggih

Kalau ilmu IT tak berapa kukuh jangan menggatal nak pakai benda-benda canggih. Kelak akan menyusahkan diri sendiri sebab tak reti guna dan terpaksa tanya orang lain yang lebih pakar. Tapi bukan semua benda-benda canggih ni merumitkan. Contohnya baju canggih dijamin tidak mendatangkan kemudaratan kepada si pemakai. Itupun kalau masih ada orang sanggup nak pakai memandangkan jenama ini adalah untuk kanak-kanak sekolah. Dikatakan canggih sebab pintar. Pintar sebab banyak kegunaan sampaikan ada yang tak tahu guna. Serius, kegunaan terlampau banyak sehingga menda-menda paling asas pun diupgrade dengan teknologi terkini. Bagi orang-orang kuno kelebihan ini dianggap sebagai musibah. Tapi tak perlu salahkan sesiapa kerana tiada sebarang akta telah digubal untuk menyatakan adalah wajib untuk membeli alatan-alatan canggih. Semuanya atas kemahuan diri sendiri.

*Pening!!

Tuesday, May 4, 2010

Mulut

Kalau ikutkan mulut orang memang tak boleh diam. Mungkin depan-depan diam belakang siapa tahu. Kalau secara berdepan memang senang nak diamkan terus. Mulut longkang lagi senang nak tutup. Yang susahnya jenis mulut yang tak tahu bila masa kena bukak dan waktunya untuk tutup. Bahaya. Lagi ngeri kalau jenis mulut busuk yang sentiasa ternganga macam kepah gergasi kat perairan negeri Johor. Ala yang bebudak universiti duk buat research tu. Ada dalam majalah 3. Jenis macam tu biasanya belajar daripada kedai serbaneka paling berjaya iaitu seven eleven. Sentiasa bukak 24 jam termasuklah cuti umum dah hari raya puasa. Tutup bila terbakar saja. Kena rompak pun tak ganggu operasi. Cuma sangatlah rugi jika ketabahan itu dipalitkan pada tempat lain. Seolah-olah sudah tiada lagi kerja lain. Sedangkan pekerja perbandaran pun ada masa cuti cuma kadang-kadang kena kerja syif malam. Ikut schedule masing-masing. Yang penting ada juga masa untuk relax. Gejala gaya kampung macam ni persetankan saja. Lama-lama senyap sendiri jugak cuma kena sedikit bersabar. Mungkin esok lusa kena bisul. Tunggu je...
"sekuat manapun suara seseorang itu masih juga gagal menjangkau bisikan suara hati masing-masing"

Confirm

Dah confirm. Confirm akan fly again merantau ke tempat orang. Bukan untuk suka-suka tapi untuk habiskan saki baki kerja-kerja yang tak abis diselesaikan kat sini walaupun ada jugak terselit agenda tersirat di celah-celah perancangan lain. So aku berharap untuk tinggalkan negara ni untuk dua tiga bulan berkelana kat perantauan. Lagi. Untuk kali ke berapa ntah, meninggalkan daki-daki dunia dan segala kotoran kat sini. Meninggalkan segala masalah-masalah yang merencatkan kerja dan membantutkan minda. Apapun aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi walaupun duit geran dah hampir kosong. Kali ni aku betul-betul cari tajaan sendiri. Nekad. Hasilnya berbaloi. Rasa happy walaupun dalam kesenduan. Sendu mengenangkan nasib yang terpaksa cari arah sendiri tanpa mengharapkan kat siapa yang selayaknya. Biarlah, semua tu hampir berlalu. Lorong yang gelap dah disinari cahaya walaupun hujung jalan masih belum pasti di mana. Yang lebih penting dah jumpa track yang betul bukan lagi berselirat dalam labirin yang berbelit.

*Akan ada kredit kad sendiri

Monday, May 3, 2010

Merungut

Merungut adalah satu sindrom yang mengarut. Ada je benda yang nak dirungutkan. Ini tak kena itu tak betul dan segala macam bentuk penafian lain lagi. Sebabnya satu je iaitu bila dah rasa diri sendiri betul sangat. Sempurna. Perfect katanya. Maka yang tak betul semuanya adalah orang lain. Yang mengacau jugak adalah keadaan yang berlaku bukannya salah diri sendiri. Maka keluarlah statement 'mangsa keadaan'. Rentetan itu mula bukak mulut sana sini untuk bercerita itu ini kat sesape saja yang dirasakan mampu mendengar cerita karut. Dan seperti biasa merungut. Pastu mencarut sikit-sikit kat orang yang dimaksudkan. Muka macam biasalah mesti mencuka. Dan seperti biasa persoalan yang timbul adalah sampai bila nak habis?Entah...tak da komen.
*Aku dah bosan!!