Thursday, June 10, 2010

UEA

UEA bukanlah UAE. UEA adalah University of East Anglia sebaliknya UAE shortform bagi United Arab Emirates yang menempatkan dua kotaraya dunia Arab, Dubai dan Abu Dhabi. Sekarang aku kat kampus UEA. Sungguh tak pernah disangka yang aku akan writing tesis sejauh ni, dalam library campus pulak. Walau bukan bergelar student kat sini sekalipun masih dibenarkan untuk menggunakan semua kemudahan library diorang. Kalau kat Mesia pakai baju takde kolar pun kena halau dengan pak guard. Kat sini pakai macam nak pi picnic pon lepas je. Penginapan dalam kampus pun hanya depan bangunan library, bukannya selagi ada puncak bukit selagi tulah buat bangunan asrama sehingga bila sampai bilik letih macam lepas maraton beberapa pusingan. Harap dengan masa yang tak seberapa ni dapatlah menyiapkan sebanyak mungkin sebelum sambung buat lab work kat Vienna tak lama lagi. Sambil-sambil tu dapat juga tukar-tukar angin kat tempat orang. Takat ni kepala otak rasa sangat lapang, meninggalkan segala bebanan yang sarat kat Mesia. Banyak sangat perkara tak best kat sana, menyebabkan life jadi kucar kacir dan tonggang terbalik. Tak termasuk lagi menghadapi pelbagai kerenah segala umat manusia yang kekadang tak tahu apa kemahuan sebenar mereka. Maka aku tinggalkan semua itu dengan senang hati. Dalam masa sama ada beberapa perkara harus dilupakan dan dibiarkan pergi, mungkin lebih jauh berkelana makin senang nak lupa. Tak kesahlah yang penting dapat round-round sepuas hati...

*holiday

No comments:

Post a Comment