Petang tadi dengan semangat berkobar-kobar aku pergi Leeds City Market. Takpe jalan jauh sikit, cuaca sejuk pun takde masalah. Rasa malas buang jauh-jauh. Ini semata-mata nak beli keta antik yang kecik-kecik. Kat market tu semua barang pelik-pelik yang susah jumpa sentiasa ada. Kualiti toksah citer, memang kelaz kalau tak aku takkan buang masa pergi harung tengah-tengah pasar di kala waktu orang balik kerja. Lagipun setiap hari penjual adalah berbeza maka kena tunggu hari yang betul untuk mendapatkan barang yang menjadi idaman. Harga pulak murah sampai boleh kena histeria. Made in China memang tak main, ini semua England punya barang. Siap ada yang limited edition, ada disertakan dengan sijil. Yang bestnya semua model memang lama punya, tapi masih dalam kotak walaupun agak kusam. Semuanya metal, takde yang plastik. Walaupun harga murah dengan tebal muka aku mintak diskaun. Mudahnya dapat diskaun dari tokey kedai. Tak puas hati lagi, dengan tak malu mintak pulak model kereta kuda. Dengan senang hati tokey kedai bagi, mungkin sebab dia dah nak tutup gerai. Ataupun sebab minggu lepas aku dah datang beli maka dia bagi diskaun tanpa masalah. Terbayang dalam kepala balik nanti nak atur dalam almari kaca biar jadi tatapan mata hari-hari.
*Berapa bijik beli? banyak..........!!!
No comments:
Post a Comment