Monday, June 7, 2010

Car Boot

Car boot bukan sekadar buntut kereta semata. Kat UK ia adalah tempat shoping barang second hand. Biasanya para peniaga akan membuka gerai dibelakang bonet kereta masing2 di suatu dataran yang luas. Yang menarik adalah barang second hand kat sini boleh dikatakan berkualiti tip top dan dijual pada harga terlampau murah. Kalau barang second hand Malaysia tanpa ragu lagi boleh disamatarafkan dengan kategori fourth hand tapi dijual dengan harga first hand. Kat sini hand bag yang cantik dijual dengan harga 30 sen sahaja manakala buku-buku yang masih baru dijual serendah 20 sen. Kalau yang bernafsu buaya memang boleh mereng dengan longgokan barang yang sangat-sangat menarik hati. Semuanya mahu semahu mahunya sehingga tak tahu membuat pilihan. Barangkali menjadi suatu rahmat tak ramai mana Melayu yang ada peluang menjejak kaki ke car boot sale kerana kaum yang satu ini memang teramat-amat suka menjarah segala barang murah walaupun secara sedar dan waras mereka tahu yang mereka tidak memerlukan langsung sebahagian besar barangan tersebut. Tapi murah punya pasal yang lain peduli apa yang penting rumah yang tak besar mana dijadikan stor simpanan sebelum dibawa pulang dalam kontena ke tanah air. Maka disebabkan tarikan car boot sale yang sangat kuat semua orang mahu pergi awal dengan azam untuk berebut barangan yang dirasakan menarik. Kalau datang lambat haram tak sempat sebab semua dah dirembat orang. Dan pagi-pagi hari lagi semua pakat berkonvoi ke tapak sale yang biasanya terletak di kawasan luar bandar. Perlu juga dinyatakan pagi-pagi hari kat UK terutamanya musim panas cenggini tak sama langsung dengan pagi-pagi hari kat Malaysia. Kat sini maksud pagi adalah selepas beberapa jam selepas sunrise. Kalau sebaik sunrise dah pergi itu adalah kelompok sasau memandangkan matahari mula menampakkan diri pada pukul 4.30 am. Jualan bermula pukul 7 sehinggalah pukul 12 tengahari, itupun bergantung pada keadaan cuaca. Kalau hujan stat turun semua pakat blah tanpa disuruh-suruh.
Apapun satu pengalaman menarik atas kesempatan melawat tapak jualan car boot ini tambah menarik apabila barangan yang dijual merupakan koleksi peribadi peniaga yang mahu di let go, mungkin atas sebab untuk mengosongkan ruang rumah masing-masing, baik dijual biarpun murah tapi lebih baik dari dibuang begitu saje. Cuma terpikir juga menda-menda macam ni tak sesuai dipraktik kat Malaysia, bukan apa takut tapak jualan jadi satu medan longgokan sampah sarap. Maklumlah ertikata second hand kat Malaysia sangat-sangat berlainan dari kat sini. Itulah peliknya orang kita.


2 comments:

  1. Kau tengah mengumpat untuk diri sendiri ka??
    Weh, di jemput datang umah aku Khamis nanti, ada kenduri dan solat hajat. 11k km plus plus aja kan...

    ReplyDelete
  2. wah syok syok.
    ni aku sure rambang mata tak tau nak beli apa.
    nak hangkut semua.
    aku termasuk tipikal org malaysia yang suka beli barang asalkan cantik murah dan unik. padahai bukan nak gn pon..
    ngeee

    ReplyDelete