Wednesday, June 30, 2010
Terbang
Saturday, June 26, 2010
Cerita
Cerita Satu
Cerita Dua
Menyanyi dengan kuat di depan orang lain bukanlah satu perbuatan yang manis jauh sekali dirahmati. Apatah lagi dilakukan oleh seorang ANAK DARA. Semua orang ada henset, masing-masing boleh cucuk earphone dan dengar lagu. Tapi sebab terlalu asyik sampai terikut menyanyi sekali dan diselang seli dengan bunyi menyedut hingus gara-gara dijangkiti selsema. Bukan sekali sekala tetapi dan mencecah beberapa lagu. Tambah-tambah di depan beberapa orang lain yang sememangnya bukan saudara mara dan tidak juga rakan taulan. Maka apabila disuruh diam aku tak rasa tindakan itu adalah perbuatan biadab yang menjatuhkan maruah orang yang dimaksudkan kerana tingkah laku yang disebutkan di atas secara automatiknya telah meletakkan maruah seseorang itu di atas seliparnya sendiri.
***Bagi orang Islam aurat itu kena jaga. Selain itu tingkah laku mestilah beradab. Maruah seseorang perempuan sepatutnya diletakkan pada tempat tertinggi. Dan penting untuk tahu bukan semua orang jenis tak kisah. Ramai je yang kisah. Kalau aku jenis tak kisah takda la kau kena sound kan. So sila berpada-pada di hari muka, bukan untuk aku ataupun orang lain tapi semata-mata untuk sesuatu yang dipanggil MARUAH DIRI. Terima kasih.
***Pesanan ikhlas; Bagi pengidap sindrom perkembangan otak terganggu sila buat temujanji dengan steno Jabatan Neurosains, HUSM.
Friday, June 18, 2010
Kisah Dunia
Thursday, June 17, 2010
Cantik
Thursday, June 10, 2010
UEA

Anjing dan Angsa

Tuesday, June 8, 2010
Keta Antik
Petang tadi dengan semangat berkobar-kobar aku pergi Leeds City Market. Takpe jalan jauh sikit, cuaca sejuk pun takde masalah. Rasa malas buang jauh-jauh. Ini semata-mata nak beli keta antik yang kecik-kecik. Kat market tu semua barang pelik-pelik yang susah jumpa sentiasa ada. Kualiti toksah citer, memang kelaz kalau tak aku takkan buang masa pergi harung tengah-tengah pasar di kala waktu orang balik kerja. Lagipun setiap hari penjual adalah berbeza maka kena tunggu hari yang betul untuk mendapatkan barang yang menjadi idaman. Harga pulak murah sampai boleh kena histeria. Made in China memang tak main, ini semua England punya barang. Siap ada yang limited edition, ada disertakan dengan sijil. Yang bestnya semua model memang lama punya, tapi masih dalam kotak walaupun agak kusam. Semuanya metal, takde yang plastik. Walaupun harga murah dengan tebal muka aku mintak diskaun. Mudahnya dapat diskaun dari tokey kedai. Tak puas hati lagi, dengan tak malu mintak pulak model kereta kuda. Dengan senang hati tokey kedai bagi, mungkin sebab dia dah nak tutup gerai. Ataupun sebab minggu lepas aku dah datang beli maka dia bagi diskaun tanpa masalah. Terbayang dalam kepala balik nanti nak atur dalam almari kaca biar jadi tatapan mata hari-hari.Monday, June 7, 2010
Designer Outlet

Designer outlet ni boleh dikatakan gedung barang-barang branded. Lokasinya bukan tengah bandar tapi biasanya pinggir-pinggir bandar yang agak memakan masa untuk meredahinya. Semua barangan adalah berstatus branded dan lebih menyakitkan hati adalah dijual dengan harga murah sesangat. Sekarang ni tengah gila world cup, jersey pun dijual dengan harga murah semata. Dalam 10 pound boleh dapat. Confirm ori. Kat Vienna maunya 70 euro sehelai. Kasut Clarks beli dua pasang boleh dapat separuh harga untuk yang kedua. Satu pasang 25 pound yang kedua 12.50 pound saje, pilih je yang mana berkenan. Tak termasuk lagi hand beg, jam tangan, wallet, baju-baju lagi. Kalau tengok semua mesti pitam berbintang-bintang.
*Kenapalah aku bawa beg saiz kecik??Kalau aku beli semua tu mana mau sumbat??Huhuhu
Car Boot
Car boot bukan sekadar buntut kereta semata. Kat UK ia adalah tempat shoping barang second hand. Biasanya para peniaga akan membuka gerai dibelakang bonet kereta masing2 di suatu dataran yang luas. Yang menarik adalah barang second hand kat sini boleh dikatakan berkualiti tip top dan dijual pada harga terlampau murah. Kalau barang second hand Malaysia tanpa ragu lagi boleh disamatarafkan dengan kategori fourth hand tapi dijual dengan harga first hand. Kat sini hand bag yang cantik dijual dengan harga 30 sen sahaja manakala buku-buku yang masih baru dijual serendah 20 sen. Kalau yang bernafsu buaya memang boleh mereng dengan longgokan barang yang sangat-sangat menarik hati. Semuanya mahu semahu mahunya sehingga tak tahu membuat pilihan. Barangkali menjadi suatu rahmat tak ramai mana Melayu yang ada peluang menjejak kaki ke car boot sale kerana kaum yang satu ini memang teramat-amat suka menjarah segala barang murah walaupun secara sedar dan waras mereka tahu yang mereka tidak memerlukan langsung sebahagian besar barangan tersebut. Tapi murah punya pasal yang lain peduli apa yang penting rumah yang tak besar mana dijadikan stor simpanan sebelum dibawa pulang dalam kontena ke tanah air. Maka disebabkan tarikan car boot sale yang sangat kuat semua orang mahu pergi awal dengan azam untuk berebut barangan yang dirasakan menarik. Kalau datang lambat haram tak sempat sebab semua dah dirembat orang. Dan pagi-pagi hari lagi semua pakat berkonvoi ke tapak sale yang biasanya terletak di kawasan luar bandar. Perlu juga dinyatakan pagi-pagi hari kat UK terutamanya musim panas cenggini tak sama langsung dengan pagi-pagi hari kat Malaysia. Kat sini maksud pagi adalah selepas beberapa jam selepas sunrise. Kalau sebaik sunrise dah pergi itu adalah kelompok sasau memandangkan matahari mula menampakkan diri pada pukul 4.30 am. Jualan bermula pukul 7 sehinggalah pukul 12 tengahari, itupun bergantung pada keadaan cuaca. Kalau hujan stat turun semua pakat blah tanpa disuruh-suruh.Apapun satu pengalaman menarik atas kesempatan melawat tapak jualan car boot ini tambah menarik apabila barangan yang dijual merupakan koleksi peribadi peniaga yang mahu di let go, mungkin atas sebab untuk mengosongkan ruang rumah masing-masing, baik dijual biarpun murah tapi lebih baik dari dibuang begitu saje. Cuma terpikir juga menda-menda macam ni tak sesuai dipraktik kat Malaysia, bukan apa takut tapak jualan jadi satu medan longgokan sampah sarap. Maklumlah ertikata second hand kat Malaysia sangat-sangat berlainan dari kat sini. Itulah peliknya orang kita.
Friday, June 4, 2010
UK

