Kalau dah menghuni kawasan yang dikira agak luar bandar jangan terkejut jika majoriti penghuninya mempunyai kesedaran sivik yang sangat bertahap menyedihkan. Yang banyak cumalah dewan sivik, itupun sering menjadi mangsa golongan kreatif seni. Biasakan diri dengan kejadian barisan anda dipintas oleh insan-insan bermuka sardin seolah-olah orang-orang lain yang sedang beratur itu adalah sebaris pasu bunga pelbagai saiz. Tanpa rasa bersalah persis seekor angsa yang baru keluar mengeram mereka terus menghayun kaki ke kedudukan paling depan. Majoriti adalah orang separuh umur yang masih sihat walafiat yang mempunyai kelayakan dan ciri yang sesuai untuk menyertai rancangan The Biggest Loser. Kalau ikutkan hati yang panas mau saja bertempik Hoi! Tak reti beratur kaa...tapi bila tengokkan orang lain buat tak tau sahaja niat tadi dilupakan. Cuma mulut saja terkumat kamit memaki, mencarut dan menyumpah seranah. Kenapa susah sangat nak beratur? Adakah mereka ini sedar yang tindakan tak beretika itu telah menyebabkan kaunter-kaunter menjadi sesak dan barisan yang sepatutnya bergerak lancar itu menjadi terhegeh-hegeh. Ada pulak yang apabila selesai membayar sengaja melambat-lambatkan untuk meninggalkan kaunter, duk sibuk masukkan duit dalam purse lah, ada juga yang terkial-kial mencari syiling. Tak termasuk yang tangan lembik secara lambat-lambat duk mengutip barang-barang mereka di atas meja kaunter. Kat sini boleh lah buat macam tu, cuba pergi oversea, anda akan dimaki dengan volume suara setaraf halilintar dan bagi mereka yang berjalan gaya lemah lembab anda akan ditolak ketepi tanpa ucapan maaf. Sebabnya anda terlalu lembab! Bagi golongan cik Gayah pulang petang pulak yang suka berjalan beramai-ramai persis orang sakit gout dan dalam masa yang sama menghalang laluan orang lain berhati-hatilah, silap haribulan mungkin dilanggar traktor dan dilenyek macam udang nak dibuat belacan. Kenapa jadi macam tu? Sebabnya yang suka berjalan beramai-ramai dengan perlahan yang mem'block' jalan orang lain ialah kawanan lembu liar yang tak sepatutnya menyelit dalam komuniti manusia. Tak salah jalan lambat-lambat berkepit-kepitan cuma jangan sesekali menghalang laluan orang lain yang tengah rushing. Selagi tak menyusahkan orang lain, nak mengengsot kat koridor pun bukan masalah. Cuma banyak-banyak la beli sabun untuk cuci kain yang kotor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment