Tuesday, March 23, 2010

Lagenda

Datangnya tidak diundang, perginya tanpa sebarang pesan. Hanya bersinggah, kemudian berlalu tanpa diketahui bilakah masanya kedatangan untuk kali seterusnya. Bermacam langkah pencegahan telah diambil untuk mengelakkan 'tragedi' berikutnya tetapi sekali 'gelombang' membadai lagi tiada apa lagi yang mampu menghalang. Kesan kemusnahan yang lalu masih bersisa walaupun pada dasarnya pelbagai penambahbaikan telah dijalankan untuk mengembalikan keadaan seperti dahulukala. Tetapi itu hanyalah pandangan luaran, disebalik semua itu kemusnahan masih meninggalkan trauma yang tidak berpenghujung. Maka tatkala gelombang kedua membadai segala struktur yang masih tidak berapa stabil terus lingkup dalam masa yang singkat membawa bersama kemusnahan yang lebih besar. Kalau dikira gelombang pertama adalah jauh lebih besar tetapi kesan kemusnahan gelombang kedua lebih berpanjangan dengan disertai bersama hilangnya suatu azimat yang menjadi benteng ketika gelombang pertama membadai. Satu-satunya yang tinggal telah hancur lebur, menjadi lagenda yang bakal diceritakan turun temurun. Suatu kisah tentang betapa suatu kesilapan tafsiran kejadian telah membawa malapetaka besar yang tak berpenghujung. Berlakunya dua tragedi besar dalam masa yang singkat telah merubah semua struktur kekal secara total dan apa yang pasti keadaan seperti dahulukala hanya sekadar suatu impian yang tak berkesudahan.

No comments:

Post a Comment