Monday, March 15, 2010

Kacau

Trend sekarang adalah jiwa kacau. Boleh kata hampir semua yang aku kenal ada masalah jiwa kacau tapi takde sampai sakit jiwa dan seterusnya jadi gila. Kacau dodol lain cerite sebab bila penat boleh pass kat orang lain. Biar depa berjejeran peluh pun takpe, asalkan kita dapat relax sat. Tapi bila jiwa dah jadi kacau bilau tak boleh pass kat sesape, kalau boleh buat macam tu mesti hidup ni sangat bahgia. Muka pun jadi awet muda sentiasa. Kekacauan ini terjadi bila kerja datang bertimpa-timpa macam coklat mencurah ke ladang gandum. Tambah parah bila sentiasa datang rintangan bila mana nak selesaikan semua kerja tertunggak. Pastu seperti biasa jadi hilang hala tuju, macam rakit yang hanyut. Terkial-kial. Kalau mahu boleh je tinggal semua kerja yang ada dan stat jahit kain perca buat cadar. Cuma risau takut cadar tak siap-siap dan mula jahit langsir pulak. Pastu buat kusyen dan bukak kedai dobi. Last skali jual karpet dan mengorat bini orang. Itu sudah mengarut dan menjadi tanda-tanda besar yang jiwa ni makin kacau. Agaknya sebab kacau bilau ni lah jadi demam. Dah lima hari masih demam lagi. Bila jumpa doktor dia suruh rest banyak-banyak. Rasanya dah banyak kali rehat. Sampai dah penat rehat. Selain itu beliau pesan suruh minum air bebanyak. Pun dah minum banyak gila, sampai pipi jadi tembam dan leher jadi berlipat sampai boleh sidai baju. Akibat terlalu kembung dengan air nak bukak mulut pun jadi tak kuasa. Terkatup rapat macam kepah mati. Mungkin cuaca panas sangat maka badan jadi tak sehat. Satu ja pesanan, nak jalan waktu siang sekarang ni payung saiz biasa memang tak memadai, cuba-cubalah pakai payung gerai yang besar gedabak tu. Kalau tak tahu jual kat mana sila rembat kat kafe harmoni. Mesti tak da orang akan perasan. Itu pun kalau sanggup usung payung tu ke sana sini lah.

4 comments:

  1. berjejeran tu apa maksud, first time aku dengar.

    weh, kalau rajin tolong cari maksud harfiah sekali. aku jumpa dalam cerita Eli Stone, tapi tak faham pun maksud. Still aku guna.

    apa harfiah tu eh?

    ReplyDelete
  2. Encik ingat ini adalah pusat bahasa kah??

    ReplyDelete
  3. woah, marah nampak!!
    hehe

    ReplyDelete