Bila hujung bulan mula meragau sana sini nak bayar bil itu bil ini, tak masuk lagi hutang sana sini dan segala perbelanjaan sama ada perlu ataupun tidak perlu. Kena bayar letrik, air, telefon, internet, astro, kereta dan jugak rumah. Belum kira insurans lagi. Nasib tak main kutu, jadi kaki nombor ekor mahupun tahi judi. Kalau tak mesti lagi azab dan penuh derita. Jugak sedikit lega kerana masih belum berbini, kalau tak mesti kena pikir duit susu anak, duit nursery dan segala makan minum tanggungan lain. At least, peruntukkan untuk perkara tadi boleh disalurkan untuk berjoli dan hidup beriang ria. Sekurang-kurangnya buat masa sekaranglah, masa depan belum tentu. Adapun tanpa kita sedar, sama ada suka atau pun tidak kita telah jadi mangsa perhambaan sistem kapitalis. Kerja seharian pastu cukup bulan habis terbang macam asap. Ini bagi mereka yang tiada kemahiran untuk merancang perbelanjaan. bagi yang beringat baguslah, sekurangnya masih ada sedikit simpanan untuk masa mendatang, juga untuk kecemasan. Kehidupan pulak sekarang ni semua senang, pakai jari je boleh masak nasik, basuh kain, tengok movie serta juga boleh hantar perkabaran fitnah ke serata dunia. Cukup bulan pulak jari yang sama digunakan untuk membayar segala menda ataupun perkhidmatan yang telah dipakai. Bila dah nak membayar kena la carik bank-bank. Pakai je Cash Deposit Machine (CDM), senang citer. Lagipun dapat pergi malam2 hari, konon orang takdelah. Padahal sama aje siang atau malam, manusia memang tak pernah habis. Tadi pergi bank, hajat nak membayar apa yang perlu. Dari luar kelihatan orang beratur, itu adalah normal tapi bila masuk rupanya barisan itu berbentuk L. Bila dah stat beratur baru perasaan hujung huruf L tu rupanya ada lagi barisan yang bergabung membentuk macam huruf C. Dan akibat kejahilan sesetengah ungka bertopengkan manusia yang tak reti beratur maka ada sedikit pintasan berbentuk seperti palang huruf Q. Wah, panjang berjela betul barisan, mesin ada tiga tapi dua dah pencen. Yang beratur pulak masing2 macam print sendiri duit kat rumah. Beg besar-besar macam nak g luar negara yang terlebih muatan timbangan dan dikenakan denda yang tinggi oleh syarikat penerbangan. Masing-masing ambik masa berejam seolah-olah mesin itu adalah milik peribadi yang dibawa dari rumah. Dan lebih sakit tetiba bila sampai turn kita selamba kat screen tulis "out of service"! Rasa macam nak karate je mesin tu sampai pecah berderai. Sakitnya hati tak terkira, sebegitu banyak masa yang habis semata-mata nak membaca sepotong ayat yang maksudnya boleh menyebabkan seseorang itu naik hantu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment