Kekadang kita tak berapa ingat apa yang kita dah beri kat seseorang itu sehinggalah tuan punya badan mengingatkan kita semula. Bukan bermakna apa yang diberi itu adalah terlalu banyak sampai kepala otak tak mampu lagi untuk mengingat. Bukan jugak bermaksud keadaan diri yang tidak waras ketika pemberian dilakukan. Tapi, bila aku menghadiahkan sesuatu kat seseorang aku tak pernah nak harap apa-apa ganjaran ataupun balasan atas apa saja yang diberikan itu. Maka dengan itu aku tidak simpan ingatan mengenai sesuatu pemberian itu sehinggalah disebut semula. Untuk orang yang dimaksudkan itu aku ucapkan terima kasih kerana telah mengingati aku betapa setiap pemberian itu dihargai olehnya. Serius ada yang telah aku lupa ada yang masih aku ingat. Ada sorang pernah cakap kat aku, pemberian paling tinggi nilainya adalah memberi sesuatu yang paling kita sayangi pada somebody yang kita rasakan penting dalam hidup kita. Tapi jangan sesekali bagi bini @ girlfriend kat orang lain, itu adalah perbuatan golongan mereng.
Thursday, March 25, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Lagenda
Datangnya tidak diundang, perginya tanpa sebarang pesan. Hanya bersinggah, kemudian berlalu tanpa diketahui bilakah masanya kedatangan untuk kali seterusnya. Bermacam langkah pencegahan telah diambil untuk mengelakkan 'tragedi' berikutnya tetapi sekali 'gelombang' membadai lagi tiada apa lagi yang mampu menghalang. Kesan kemusnahan yang lalu masih bersisa walaupun pada dasarnya pelbagai penambahbaikan telah dijalankan untuk mengembalikan keadaan seperti dahulukala. Tetapi itu hanyalah pandangan luaran, disebalik semua itu kemusnahan masih meninggalkan trauma yang tidak berpenghujung. Maka tatkala gelombang kedua membadai segala struktur yang masih tidak berapa stabil terus lingkup dalam masa yang singkat membawa bersama kemusnahan yang lebih besar. Kalau dikira gelombang pertama adalah jauh lebih besar tetapi kesan kemusnahan gelombang kedua lebih berpanjangan dengan disertai bersama hilangnya suatu azimat yang menjadi benteng ketika gelombang pertama membadai. Satu-satunya yang tinggal telah hancur lebur, menjadi lagenda yang bakal diceritakan turun temurun. Suatu kisah tentang betapa suatu kesilapan tafsiran kejadian telah membawa malapetaka besar yang tak berpenghujung. Berlakunya dua tragedi besar dalam masa yang singkat telah merubah semua struktur kekal secara total dan apa yang pasti keadaan seperti dahulukala hanya sekadar suatu impian yang tak berkesudahan.
Sunday, March 21, 2010
Reminder
Memang menyusahkan kalau nak buat kerja yang melibatkan orang lain tak kiralah sama ada secara langsung atau tak langsung. Kalau dah namanya pekerja tak kesah la jawatan apa mesti tau apa kerja yang perlu buat. Tak perlulah nak remind setiap hari, setiap jam atau setiap minit. Kalau takat datang pastu duk bersenda gurau, baca paper, pergi minum pastu punch card balik bila tiba waktu pulang rasanya lebih baik balik rumah buat kerepek. Ramai lagi orang nak kerja. Jangan jadi liabiliti pada orang lain. Menyusahkan dan dalam masa yang sama buat orang lain kelam kabut. Buat kerja tak ke mana pun, cakap jer yang lebih. Berapi-api tapi kosong dan boleh dikategorikan sebagai tak tau apa langsung.
*kesiannn
*kesiannn
Thursday, March 18, 2010
Kuala Krai
Hari ini sepetang berada di Kuala Krai. Tujuan utama adalah untuk demonstrasi alatan hospital yang bertempat di Pusat Kesihatan Kuala Krai. Sambil-sambil tu dapat juga belajar berbisnes terutamanya bab-bab melayan customer yang telah 'berbelanja besar'. Rupanya jadi orang bisnes ni memerlukan kepakaran dalam berkata-kata dan yang lebih utama kena yakin pada diri walaupun ilmu di dada takat tahap ciput. Mesti kena yakin, customer bukan calang-calang, semua hebat-hebat dan berpangkat. Kalau tak yakin, silap-silap masa disoal balas lidah jadi kelu dan mulut jadi bisu. Maka untuk elakkan kejadian seperti itu kena pandai buat lawak bodoh dan jugak mesti terrer memperbodohkan golongan cendikiawan. Satu yang jadi pegangan adalah sehebat manapun seseorang itu pasti ada yang dia tak tahu. Kenalah bijak memanipulasi fakta tersebut dan persembahkannya dalam bentuk keyakinan maka bisnes confirm dalam tangan!
*hebat!!!
Buku
Buku pasal kaum yahudi dan segala macam onar yang telah dilakukan mereka atas muka bumi ni sejak ribuan tahun dahulu sehinggalah sekarang. Banyak kupasan telah didedahkan dalam buku ini terutamanya mengenai penguasaan yahudi di Amerika dan keterlibatan tangan-tangan ghaib mereka di dalam isu-isu besar seantero dunia.
Wednesday, March 17, 2010
Caring
Ada jenis orang bila caring kat orang lain tak suka nak tunjuk, kalau boleh tak mahu biar orang tahu. Apa-apa alasan sekalipun itu bukanlah urusan kita. Jadi jangan buang masa duk sibuk cari dan kaji segala sebab musabab di sebalik semua itu. Ada pulak jenis yang melampau caring, segalanya nak ambik tahu dan cuba masuk campur semua hal walaupun dengan niat yang murni. Ini sangat bahaya, mungkin boleh jadi rimas dan lemas. Tak kira atas apa jua alasan sekalipun cuba elakkan untuk terjebak dalam kejadian macam ni. Caring tak semestinya kena tunjuk, kena pamer sampaikan satu cakerawala tahu. Biarlah hanya diri sendiri yang tahu, sehebat manapun kita menipu takkan mampu tipu diri sendiri. Cukuplah kita tahu apa kita lakukan dan pastikan dilakukan dengan betul. Kadang-kadang ada orang merasakan dia telah diabaikan dan perhubungan mula jadi dingin. Tapi jangan tutup pintu hati, cubalah fikir apakah hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Apakah tiada satu pun tanda yang caring itu masih ada?
Monday, March 15, 2010
Kacau
Trend sekarang adalah jiwa kacau. Boleh kata hampir semua yang aku kenal ada masalah jiwa kacau tapi takde sampai sakit jiwa dan seterusnya jadi gila. Kacau dodol lain cerite sebab bila penat boleh pass kat orang lain. Biar depa berjejeran peluh pun takpe, asalkan kita dapat relax sat. Tapi bila jiwa dah jadi kacau bilau tak boleh pass kat sesape, kalau boleh buat macam tu mesti hidup ni sangat bahgia. Muka pun jadi awet muda sentiasa. Kekacauan ini terjadi bila kerja datang bertimpa-timpa macam coklat mencurah ke ladang gandum. Tambah parah bila sentiasa datang rintangan bila mana nak selesaikan semua kerja tertunggak. Pastu seperti biasa jadi hilang hala tuju, macam rakit yang hanyut. Terkial-kial. Kalau mahu boleh je tinggal semua kerja yang ada dan stat jahit kain perca buat cadar. Cuma risau takut cadar tak siap-siap dan mula jahit langsir pulak. Pastu buat kusyen dan bukak kedai dobi. Last skali jual karpet dan mengorat bini orang. Itu sudah mengarut dan menjadi tanda-tanda besar yang jiwa ni makin kacau. Agaknya sebab kacau bilau ni lah jadi demam. Dah lima hari masih demam lagi. Bila jumpa doktor dia suruh rest banyak-banyak. Rasanya dah banyak kali rehat. Sampai dah penat rehat. Selain itu beliau pesan suruh minum air bebanyak. Pun dah minum banyak gila, sampai pipi jadi tembam dan leher jadi berlipat sampai boleh sidai baju. Akibat terlalu kembung dengan air nak bukak mulut pun jadi tak kuasa. Terkatup rapat macam kepah mati. Mungkin cuaca panas sangat maka badan jadi tak sehat. Satu ja pesanan, nak jalan waktu siang sekarang ni payung saiz biasa memang tak memadai, cuba-cubalah pakai payung gerai yang besar gedabak tu. Kalau tak tahu jual kat mana sila rembat kat kafe harmoni. Mesti tak da orang akan perasan. Itu pun kalau sanggup usung payung tu ke sana sini lah.
Wednesday, March 10, 2010
Sivik
Kalau dah menghuni kawasan yang dikira agak luar bandar jangan terkejut jika majoriti penghuninya mempunyai kesedaran sivik yang sangat bertahap menyedihkan. Yang banyak cumalah dewan sivik, itupun sering menjadi mangsa golongan kreatif seni. Biasakan diri dengan kejadian barisan anda dipintas oleh insan-insan bermuka sardin seolah-olah orang-orang lain yang sedang beratur itu adalah sebaris pasu bunga pelbagai saiz. Tanpa rasa bersalah persis seekor angsa yang baru keluar mengeram mereka terus menghayun kaki ke kedudukan paling depan. Majoriti adalah orang separuh umur yang masih sihat walafiat yang mempunyai kelayakan dan ciri yang sesuai untuk menyertai rancangan The Biggest Loser. Kalau ikutkan hati yang panas mau saja bertempik Hoi! Tak reti beratur kaa...tapi bila tengokkan orang lain buat tak tau sahaja niat tadi dilupakan. Cuma mulut saja terkumat kamit memaki, mencarut dan menyumpah seranah. Kenapa susah sangat nak beratur? Adakah mereka ini sedar yang tindakan tak beretika itu telah menyebabkan kaunter-kaunter menjadi sesak dan barisan yang sepatutnya bergerak lancar itu menjadi terhegeh-hegeh. Ada pulak yang apabila selesai membayar sengaja melambat-lambatkan untuk meninggalkan kaunter, duk sibuk masukkan duit dalam purse lah, ada juga yang terkial-kial mencari syiling. Tak termasuk yang tangan lembik secara lambat-lambat duk mengutip barang-barang mereka di atas meja kaunter. Kat sini boleh lah buat macam tu, cuba pergi oversea, anda akan dimaki dengan volume suara setaraf halilintar dan bagi mereka yang berjalan gaya lemah lembab anda akan ditolak ketepi tanpa ucapan maaf. Sebabnya anda terlalu lembab! Bagi golongan cik Gayah pulang petang pulak yang suka berjalan beramai-ramai persis orang sakit gout dan dalam masa yang sama menghalang laluan orang lain berhati-hatilah, silap haribulan mungkin dilanggar traktor dan dilenyek macam udang nak dibuat belacan. Kenapa jadi macam tu? Sebabnya yang suka berjalan beramai-ramai dengan perlahan yang mem'block' jalan orang lain ialah kawanan lembu liar yang tak sepatutnya menyelit dalam komuniti manusia. Tak salah jalan lambat-lambat berkepit-kepitan cuma jangan sesekali menghalang laluan orang lain yang tengah rushing. Selagi tak menyusahkan orang lain, nak mengengsot kat koridor pun bukan masalah. Cuma banyak-banyak la beli sabun untuk cuci kain yang kotor.
Tuesday, March 9, 2010
Abstrak
Ramai orang masih jahil menilai lukisan, terutamanya yang dalam kategori 'abstrak'. Sekali tengok macam celoreng sana sini saja. Senangnya melukis, conteng sana sikit calit-calit cat kaler bagi nampak warna-warna pastu jual. Pernah jugak terpacul statement mungkin orang yang lukis adalah gila. Mungkin dia hanya takde keje nak buat dan buat-buat sibuk dengan curah kaler tampung-tampung atas kanvas. Tu satu hal, yang golongan tiba-tiba datang berkerumun pastu tunjuk sana tunjuk sini mencuba tafsir erti sesuatu lukisan abstrak itu pun ramai. Macam-macam andaian dibuat, betul atau tidak diorang tak peduli yang penting puas hati. sampai gaduh-gaduh pun ada sebab masing-masing pertahankan pendapat masing-masing. Dan jangan terkejut ada pulak yang terlebih duit dengan membeli lukisan jenis ni dengan menggantungkan kat dinding-dinding rumah mahupun pejabat. Harga pulak bukan murah, koman-koman ribuan ringgit, ada yang cecah juta-juta. Pun tak jadi hal, asal puas hati. Lagipun boleh menunjuk-nunjuk kat orang lain. Rasa bangga. Tapi pernahkah kita fikir sebenarnya lukisan abstrak tu boleh digambarkan sebagai kehidupan manusia. Tengok memang tak cantik tapi penuh dengan erti yang tersurat. Orang akan mengandaikan dengan macam-macam erti. Begitu jugak dengan tuan punya badan. Segalanya bergantung pada penilaian masing-masing. Yang penting adalah penilaian diri kita sendiri, kalau elok, maka bahagialah hidup kita. Boleh buat ribuan tafsiran, kalau rajin boleh tafsir sampai juta-juta sampai tak jadi kerja. Yang lebih utama tafsiran negatif campak jauh-jauh, bukan takat baling dalam longkang tapi boleh cuba sampai sejauh mata memandang sampai tahap tak nampak dah. Kalau orang lain tafsir yang buruk-buruk pasal kehidupan kita, tu adalah masalah diorang. Penting untuk menjadi orang yang sentiasa gembira.
Monday, March 8, 2010
Friday, March 5, 2010
Friday Morning!
Sesekali aku akan membuat perkara yang boleh dikategorikan sebagai buang tebiat. Kekadang secara tiba2, ada juge memang dirancang. Macam pagi tadi, aku bangun awal2 dan terus ke Kuala Besar untuk naik bot ke pulau-pulau sekitar muara Sungai Kelantan. Suasana berkabus, memang winter sonata sangat. Air pulak tengah surut maka sungai takde la dalam sangat. Ada banyak bot-bot berlabuh. Bot kecik je, tengok pun confuse selamat ke tak. Tapi bila dah naik memang rasa selamat je, cume sesekali gelombang besar membadai bot kecik tu akan teroleng-oleng seketika. Nak naik ke pulau cuma singgit, tapi nak round pulau-pulau tu bayaran berdasarkan berapa jauh kita nak round. Tadi cuma 20 RM. Naik dua orang, masing2 bayar 10 RM. Mula2 sampai kat pulau jalan kaki ikut jalan kecik. Redah kawasan kampung, pusing-pusing tanpa tujuan dan snap gambar sesuka hati. Jauh jugak jalan tapi suasana tak panas maka tak terasa letih sangat. Atas pulau ni ada sekolah, klinik desa, tabika dan jugak masjid. Kereta takde, motorsikal x banyak. Rata-rata kenderaan wajib ada ialah bot. Life kat sini adalah tipikal bagi mana2 kampung nelayan. Tak nampak pulak rumah orang yang kaya raya, yang ada sedang-sedang saja. Kalau nak adventure datang la masa musim tengkujuh. Katanya kawasan ni akan banjir so suasana akan jadi sangat mencabar.
* Naik bot lagi ramai lagi jimat, sbb bayaran boleh share, kalau nak free naik ramai2 sbb bila ramai sangat bot akan tenggelam tgh2 sungai maka tak payah bayar tambang lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)