Friday, June 10, 2011

Kuih Semang


Pagi tadi ada sorang rakan memohon pertolongan. Dia meminta membelikan untuknya sejenis kuih tradisional yang namanya aku kira agak lucu. Menurutnya kuih yang berupa seperti gumpalan bebenang berpasir ini dipanggil kuih semang. Sebetulnya aku tidak pernah mendengar nama sebegitu dan untuk memudahkan aku dia menghantar sekeping gambar seperti di atas. Barulah aku jelas dengan keadaan memandangkan aku pernah melihat kuih ini sebelum ini tapi tak tahu apa namanya. Lagipun aku tak berapa suka makanan manis maka aku tidak berapa ambik peduli.
Rakan ini baru saja menjejak kaki ke tanah air. Sebelum ni dia bermukim di Brisbane untuk beberapa tahun. Untuk tidak menghampakan permintaan ini aku dengan berbelah bahagi meredah pasar Siti Khadijah. Berat hati sebab di penghujung musim cuti persekolahan pasar yang popular ini sangat sesak dengan umat manusia. Pusing berkali-kali pun belum tentu jumpa parking. Tapi tak kesahlah, lagipon dia ni dah kepingin sangat nak makan dan alang-alang balik Teganu petang ini bolehla aku bg dia terus. Lagipon dah sepuluh tahun tak jumpa dia, sekarang pun dah berbini dan ada anak sorang, jadinya permintaan dia ni pun langsung tidak membuat aku terbeban.
Rupanya kat Kelantan ni namanya kuih seme pulak, sebab aku ni made in Teganu maka penjual itu gelak besar bila aku carik kuih semang. Rasa malu pun ada tapi seme dengan semang sama saja mendanya. Nasib bukan semek sebab semek ni nama makcik-makcik kategori veteran bukan nama makanan. Bila hantar kat rumah dia petang tadi, agak-agak dalam setengah jam jugak mak dia sibuk duk cerita asal-usul satu-satunya anak dia itu suka makan kuih ini, rasanya kalau mak dia buat test mengejut selepas sesi itu aku sangat yakin dapat gred A+ sebab citer itu diulang dengar untuk beberapa kali jua.


Wednesday, June 8, 2011

Urut

Petang tadi untuk kesekian kalinya aku buat refleksologi kaki untuk tempoh sejam urutan. Geli campur sakit tapi hasilnya puas hati. Dan oleh sebab menunggu kawan menghabiskan urusannya untuk setengah jam lagi, aku cuba urutan badan pula. Memang hazab sakit satu badan rasa dah macam-macam mimik muka aku buat secara tak sengaja sebab tak mampu tahan rasa sakit tapi tukang urut buat donno saja. Agaknya dah biasa dengan macam-macam kerenah orang. Seingat aku ada beberapa kali juga kaki aku naik sebab kesan sakit urutan badan dan kepala. Rasa nak tercabut tulang temulang pun ada. Tapi hasilnya sangat berbaloi, jadi lebih sadap badan ni. Pasni nak try lagi, mungkin untuk tempoh sejam pula.

*bengang tak hilang lagi sebab terlepas tonton x men gara-gara satu kejadian. ceh....

Saturday, June 4, 2011

Share

Kalu aku ada masalah besar biasanya aku tak share dengan orang. Sebab aku sangat takut masalah itu akan jadi bertambah besar dengan campur tangan orang lain. Buat aku jadi lebih gundah gulana. Daripada perkara yang merimaskan sebegini lebih baik aku diam. Tapi ada beberapa insan yang aku sudi nak share, biasanya yang aku letakkan 90% kepercayaan aku pada mereka. 90% ni kira tinggi sebab peratusan kepercayaan pada diri sendiri pun dalam julat itu juga. Exam pun aku kira boleh dapat gred A+ kalu boleh skor 90%.
Aku pun tak pernah tahu dengan sape aku boleh share untuk sesuatu prob tu tapi yang pasti aku cukup maklum dengan siapa aku tak mahu. Senang citer aku share untuk didengari bukan untuk tempah bala yang lebih besar. Keadaan tak pernah jadi baik dengan seribu kekalutan. Oh ini ada kisah sorang kawan yang ajar aku ABC dengan frenship. Apa yang dia peringat kat aku tu sangat lekat dalam kepala. Untuk segala pendapat dia aku terima dengan terbuka walaupun kekadang sakit hati dengan jawapan tanpa belas dia. Tapi selalunya jawapan yang paling ikhlas tak semestinya yang paling sedap didengar.
Untuk sorang lagi yang tengah sibuk cari jodoh tu, dengan hang aja aku share pasal mimpi aku yang aneh tu. Kalau orang lain tahu sah2 diorang pikir aku ni dah tak betul dari segi pemikiran. Aku pun sampai sekarang tak percaya mimpi aku sampai ke tahap itu.

Friday, June 3, 2011

Filem

Duk KL memang banyak dugaan kot. Aku pergi sekejap-sekejap pon duk turun naik panggung. Tapi takde la sampai buat maraton 3 movies cam sorang insan jelita tuh, hahaha. Dengar kata sampai familiar kat TGV KLCC sebab selalu muncul hampir setiap hari. Hari yang termiss tu pon bukan sebab ada hal penting tapi berkaraoke secara berjemaah pulak kat Pavilion. Takpelah asal bahagia.
Apapun sebab terpengaruh dengan kutipan yang gah aku pon seperti ribuan insan lain memilih untuk menonton filem kongsi yang kabarnya kutipan dah cecah tahap gaban. Dah la masuk lewat 5 minit sebab lambat beli tiket tapi takpelah kelewatan itu tak dikira signifikan secara statistik. Tak kesah la orang duk puji melambung pasal filem nih sebab bagi aku citer dia biasa-biasa aja. Tak mahu ulas lebih-lebih sebab takde bakat mengulas filem.
Cuma apa yang membuat aku lega adalah aku tak perlu bayar sebab kawan belanja so kira aku tak rugi apa-apa lah jugak. Masa pun memang spend untuk berhibur. Oh ya pastu kawan tadi belanja aku tengok filem Pirates pulak. Filem ni boleh tahan, yang best adalah sebab ada ikan duyung!

Thursday, June 2, 2011

Orang tengah

Aku tak nafikan cuaca sekarang panas. Duk dalam rumah pun macam lepas maraton tengah hari buta. Tapi itu tak dapat menyaingi kepanasan yang satu ini. Panas sungguh rasanya. Semua bermula gara-gara menerima tawaran kerja tanpa gaji untuk jadi orang tengah. Sungguh malang sebab dapat client kepala batu. Lawannya pulak cepat kecik hati. Kena cakap slow2 kalau silap sikit kena pujuk berhari-hari. Oh memandangkan aku xde keje lain maka kerja ini diterima tanpa rela. Tanpa rela sebab tetiba terlibat di tengah-tengah. Bukan terlibat secara langsung tetapi dengan pakej lengkap sesuatu yang dinamakan bala. Ya, aku telah dapat bala bencana gara-gara secara sukarela terima offer ini. Kalau tahu macam ni tak kuasa aku berada pada kedudukan sekarang. Tak kisah la dianggap biadap ke selfish ke asalkan tak nyusahkan hidup sendiri. Tapi sekarang tak boleh nak kata apa lagi. Sekarang aku paham kenapa USA gagal jadi orang tengah untuk Israel dan Palestin. Bukan sebab USA tak cekap tapi sebab ada pihak yang kepala batu bertengkorak besi. Bukan mudah jadi orang tengah nih....

*bila tesis dah siap tulis aku makin rajin tulis blog

Sistem Terbaik

Kali pertama sampai ke Vienna dulu, aku langsung tak tahu sepatah pun perkataan German. Dengan sekelip mata aku jadi insan yang buta huruf, terkapai-kapai kebingungan. Bila nak naik teksi aku jadi gelabah puyuh bila tengok semuanya BMW dan Merc yang berkilat, risau kalau naik kot2 bayar tambang sampai bankrup. Semuanya jadi begitu asing bila tak dapat berborak, membaca atau mendengar sesuatu yang difahami. Suara-suara sekeliling hanyalah bunyi tanpa erti, iklan depan mata tak tahu apa benda. Lagi parah di tengah-tengah musim sejuk perlu pula mencari satu tempat yang sememangnya asing dengan peta dalam bahasa yang tak pernah faham. Tapi lepas 2-3 hari dengan sistem yang teratur dan jelas aku sudah pandai baca peta. Tak sesat dah sebab semuanya mesra pengguna, kalau tak paham bukak je tenet dan carik. Senang dan jimat masa. Satu-satunya masalah adalah tak paham bahasa kat sana. Itu aja dan sampai sekarang pun aku masih tak paham. Pastu kat mana-mana tempat di Europe yang aku pergi dah tak jadi masalah, sebab sistem pengangkutan diorg sangat cekap dan mesra. Peta yang pun mudah nak dapat kat mana-mana dan yang penting semuanya free of charge.
Tapi kat KL aku fail dengan teruk. Aku sebolehnya mengelak naik pengangkutan awam sebab banyak sangat masalah. Komuter stop merata-rata. Aircond rosak dah jadik biasa. Tak lama dulu sorg kawan pernah naik LRT dan tetiba stop tengah-tengah perjalanan. Staff LRT suruh semua orang keluar meniti atas landasan sorang-sorang. Kena pulak atas landasan yang tinggi, kat bawah tu perumahan. Sorang akak terlepas handbag atas landasan, nak menunduk ambik balik tapi ditegah sebab takut kena high voltage. Semua orang perumahan pakat keluar tengok orang meniti sebab ingat ada penggambaran Gerak Khas. Aksi stunt ni berlarutan sehinggalah semua penumpang keluar. Yang budak kecik kena dukung ngn kakitangan LRT.
Datang lambat pulak dah jadi perkara biasa, orang sangat ramai dengan segala macam jenis peragut, seluk saku, peraba dan segala jenis makhluk lain. Sebab tu aku fail. Aku prefer berkereta, takpe selalu salah ambik jalan pun itu semua satu proses pembelajaran jugak.

Wednesday, June 1, 2011

Rokok

Sumpah aku tak tahu harga rokok sebegitu mahal rupanya. Sangat tak berbaloi dengan bau busuk, segala toksik dan tiada faedah langsung selain perabis duit. Kalau bukan kerana aku respek kat guru takkan aku tolong dia belikan rokok. Untuk pertama kali dalam hidup aku pergi beli rokok. Walaupun jiwa agak kacau kebelakangan ini, hisap rokok tiada dalam agenda. Mungkin pergi Hong Kong lebih sesuai, lagipon kat sana ada Disneyland.

**tidur sangat terganggu sekarang ~ paranoid~