Orang dulu-dulu pernah berpesan kalau nak buat rumah tengok dulu tapaknya sesuai ke tidak. Mungkin kat situ adalah lokasi tanah runtuh, puting beliung, tempat ribut taufan lalu lalang mahupun sarang hantu jerangkung yang kalau nak halau nanti bukan main susah pulak. Lebih haru lagi kalau tapak tu adalah tapak kubur zaman jepun. Nanti boleh la belajar kawad free sambil tengok momok di malam hari. Tapak yang elok sangat penting untuk menampung rumah yang akan dibina. Bila dah jumpa tapak yang dirasakan tepat rumah yang dibina hendaklah berkeadaan kukuh untuk mengelakkan kejadian rumah roboh berlaku. Tapi ada yang hanya pentingkan tapak yang baik, bila jumpa bina ala kadar asalkan boleh duduk kat dalam dah cukup. Maka tak lama selepas tu rumah tersebut roboh menyembah bumi meninggalkan hanya sebahagian daripada struktur asal. Namun tiada pengajaran diambil, binaan yang tinggal dibina semula selepas beberapa ketika. Perlakuan yang gopoh ini mengundang satu lagi bencana. Runtuh lagi. Maka apa silapnya telah dikaji dan diteliti seterusnya diambil tindakan untuk memastikan tiada lagi runtuhan. Dah dua kali runtuh kalau berlaku lagi kali ketiga dibimbangi ranap terus dan meninggalkan sisa runtuhan kekal. Tidak mengapa masa yang panjang diambil untuk membina semula, juga tidak menjadi hal berapa banyak belanja yang dikeluarkan asalkan semuanya berbaloi. Bina rumah bukan macam bina istana pasir tepi pantai, bila siap cantik-cantik disapu ombak laut sehingga melurut di bawa bersama-sama aliran arus. Rumah adalah satu lambang keteguhan satu tanda kekuatan penghuninya. Bila dah sampai tahap itu semua badai gelora dirasakan bukan lagi suatu masalah besar.
*semua masalah boleh diselesaikan...yang penting adalah suatu KESEDIAAN...
*semua masalah boleh diselesaikan...yang penting adalah suatu KESEDIAAN...
No comments:
Post a Comment