Wednesday, April 28, 2010

Cahaya dan Kegelapan

Apa-apa benda tak best yang berlaku kat life aku sebelum ni aku tak pernah kesal. Sebab aku pasti segala yang berlaku ada hikmahnya, ada sebabnya. Perkara utama yang harus dilakukan adalah belajarlah sesuatu daripada setiap kejadian dalam kehidupan bukannya duk meratap bersedih yang tak menjanjikan apa-apa pun. Seteruk manapun yang berlaku kita masih ada kehidupan untuk diteruskan yang penting adalah jangan melakukan kesilapan yang boleh disesalkan pada masa depan. Kerana sekarang kita masih ada peluang, masih ada masa untuk memperbetulkan yang seterusnya membawa kehidupan ke landasan yang betul. Benda-benda tak best jangan simpan dalam hati, campaklah sejauh mungkin. Tapi memang la cakap lebih mudah daripada buat tapi kalau tak buat apa-apa itu sengaja mengundang padah. Biasakan diri lama-lama nanti okeylah.

"cahaya yang paling terang sekalipun masih memerlukan keadaan yang gelap untuk dilihat dengan sempurna"

2 comments:

  1. "cahaya yang paling terang sekalipun masih memerlukan keadaan yang gelap untuk dilihat dengan sempurna"

    betul!
    kdg2 perlu jugak keadaan gelap utk nmpak cahaya dgn lbh jelas. dan kalau dok cerah semedang, susah nak tahu cahaya mana yang lbh beharga.

    ReplyDelete
  2. betul husna..hang memang bijak!!apapun aku suka ungkapan cerah semedang tuh..menarik sgt!

    ReplyDelete