Ada orang kata manusia itu sifatnya boleh diibaratkan kepada tiga iatu batu, pasir dan air. Sifat yang dimaksudkan adalah kebolehan dan kemampuan seseorang itu untuk memaafkan. Yang pertama adalah batu, apa-apa yang terjadi dalam hidupnya seolah-oleh terpahat kemas di atas permukaan sebuah batu yang memakan masa teramat lama untuk terhakis. Walau terhakis sekalipun kesannya masih ada. Jenis macam ni teramat susah untuk melupakan apatah lagi memaafkan. Yang kedua adalah pasir. Apa-apa saja yang dicoret di atas pasir mudah untuk berlalu pergi. Semudah ditiup angin sepoi-sepoi ataupun dibawa pergi oleh aliran air sahaja. Tidak sempat untuk berbekas lama-lama sehingga menghasilkan dendam kesumat. Yang ketiga adalah sifatnya seperti sejernih dan sesejuk air yang sentiasa membawa suatu kedamaian. Tidak sempat untuk mencatat, mencoret apatah lagi untuk menyimpan lama-lama di dalam hati. Segalanya akan dibawa pergi dengan tenang dan damai.
*sejuk hati
*sejuk hati
No comments:
Post a Comment