Tuesday, April 6, 2010

Kusut

Tadi fikiran agak kusut. Masalah mesin masih belom selesai, sekarang ditambah pulak dengan kejadian katak belaan mati satu demi satu. Aku marah. Selayaknya aku marah memandangkan sebelum ni aku sedar akan penjagaan katak agak kurang diambil berat. Bukan sekali aku sound pegawai sains pasal keadaan air yang kotor. Bukan sekali jugak aku sound teknologis berkenaan kerja2 yang perlu diorang buat. Tadi dalam fikiran aku salahkan diorang sebaik dapat tahu katak mati lagi. Tapi aku takde la semudah tu jatuhkan kesalahan tu kat orang lain. Aku pikir. Aku ingat kembali apa perubahan penjagaan selepas aku tegur cara diorang. Memang ada perubahan. Terutamanya pasal kualiti air. Diorang jaga. Diorang jugak sanggup datang masa weekend buat keje tu. Pada ketika aku tengah berkelana ke mana-mana untuk penuhi hobi jejalan diorang buat kerja. Memang la diorang dibayar tapi pada aku kesanggupan diorang buat semua tu lebih dari duit ringgit. Aku terus tak jadi marah, aku tengok bangkai katak tu. Kat kaki katak tu ada gangren, kulit macam melepuh. Di saat tu aku sedar aku tak boleh salahkan orang atas semua perkara. Ada menda terjadi tanpa sesiapa pun mahukannya.
*Tak suka jadi tukang sebat lembu

5 comments:

  1. Takziah mizi ats kematian haiwan eksotik peliharaan hg..itu la nama dia research..kita mana nak p tau pa jd ke depan2 ni..redho je la mizi...Tuhan sedang menduga..insya Allah semua akn ok or maybe better lpas ni..sama2 kita doakan k..all d best!

    ReplyDelete
  2. Thanx la zati, kita sama-sama diduga ni..hehe

    ReplyDelete
  3. cool.
    yang hidup pasti mati.

    mungkin RNA kau suntik tu boleh menyebabkan dia mati>?

    ReplyDelete
  4. aku suntik kat telur so tiada kaitan dengan kematian beliau...

    ReplyDelete