Friday, April 30, 2010

Thursday, April 29, 2010

Rumah

Orang dulu-dulu pernah berpesan kalau nak buat rumah tengok dulu tapaknya sesuai ke tidak. Mungkin kat situ adalah lokasi tanah runtuh, puting beliung, tempat ribut taufan lalu lalang mahupun sarang hantu jerangkung yang kalau nak halau nanti bukan main susah pulak. Lebih haru lagi kalau tapak tu adalah tapak kubur zaman jepun. Nanti boleh la belajar kawad free sambil tengok momok di malam hari. Tapak yang elok sangat penting untuk menampung rumah yang akan dibina. Bila dah jumpa tapak yang dirasakan tepat rumah yang dibina hendaklah berkeadaan kukuh untuk mengelakkan kejadian rumah roboh berlaku. Tapi ada yang hanya pentingkan tapak yang baik, bila jumpa bina ala kadar asalkan boleh duduk kat dalam dah cukup. Maka tak lama selepas tu rumah tersebut roboh menyembah bumi meninggalkan hanya sebahagian daripada struktur asal. Namun tiada pengajaran diambil, binaan yang tinggal dibina semula selepas beberapa ketika. Perlakuan yang gopoh ini mengundang satu lagi bencana. Runtuh lagi. Maka apa silapnya telah dikaji dan diteliti seterusnya diambil tindakan untuk memastikan tiada lagi runtuhan. Dah dua kali runtuh kalau berlaku lagi kali ketiga dibimbangi ranap terus dan meninggalkan sisa runtuhan kekal. Tidak mengapa masa yang panjang diambil untuk membina semula, juga tidak menjadi hal berapa banyak belanja yang dikeluarkan asalkan semuanya berbaloi. Bina rumah bukan macam bina istana pasir tepi pantai, bila siap cantik-cantik disapu ombak laut sehingga melurut di bawa bersama-sama aliran arus. Rumah adalah satu lambang keteguhan satu tanda kekuatan penghuninya. Bila dah sampai tahap itu semua badai gelora dirasakan bukan lagi suatu masalah besar.

*semua masalah boleh diselesaikan...yang penting adalah suatu KESEDIAAN...

Wednesday, April 28, 2010

Cahaya dan Kegelapan

Apa-apa benda tak best yang berlaku kat life aku sebelum ni aku tak pernah kesal. Sebab aku pasti segala yang berlaku ada hikmahnya, ada sebabnya. Perkara utama yang harus dilakukan adalah belajarlah sesuatu daripada setiap kejadian dalam kehidupan bukannya duk meratap bersedih yang tak menjanjikan apa-apa pun. Seteruk manapun yang berlaku kita masih ada kehidupan untuk diteruskan yang penting adalah jangan melakukan kesilapan yang boleh disesalkan pada masa depan. Kerana sekarang kita masih ada peluang, masih ada masa untuk memperbetulkan yang seterusnya membawa kehidupan ke landasan yang betul. Benda-benda tak best jangan simpan dalam hati, campaklah sejauh mungkin. Tapi memang la cakap lebih mudah daripada buat tapi kalau tak buat apa-apa itu sengaja mengundang padah. Biasakan diri lama-lama nanti okeylah.

"cahaya yang paling terang sekalipun masih memerlukan keadaan yang gelap untuk dilihat dengan sempurna"

Sunday, April 25, 2010

Biasa-Biasa

Dulu dicanangkan sebagai lulusan tempat breprestij dalam bidang masakan. Ada sijil. Banyak lak tu sampai boleh taruk dalam album. Berlapis lapis. Kalau orang baca mesti kagum sampai pitam. Orangnya pun berlagak diva habis. Takat resepi tempatan dikutuknya kaw-kaw. Diperlinya sampai si mangsa jadi trauma. Takut. Takut dengan kehebatan yang secara lahiriahnya masih belum terbukti. Tapi sebab seringkali diuar-uarkan oleh orang atasan maka semuanya dianggap betul. Maka semua orang kagum ataupun buat-buat kagum dengan kehebatan insan ini. Bila kutuk orang mulut sangat lancang bertahap longkang, ditambah lak dengan slanga yang menjelikkan sampai orang buta dengar pun boleh celik. Ada sekali semasa beliau jadi juri pertandingan masakan diludahnya makanan sorang peserta dan sebagai bonus disertakan jugak hamburan kata-kata nista yang bila dengar boleh jadi gila on the dot. Tapi yang herannya kutuk orang pandai, kritik orang hebat tapi tak pernah lak tengok dia masak apa-apa resepi pun. Sehinggalah bebaru ni kehebatan teruji apabila diminta orang atasan untuk menyediakan sesuatu untuk dicuba. Bila hari kejadian tengok apa yang disediakan adalah bola-bola kecik macam cekodok. Tapi yang sadisnya pakai avocado menggantikan pisang sabab katanya boleh mencantikkan kulit yang kusam. Hados!! Rupanya tak boleh pakai. Tong kosong sajork!

Friday, April 23, 2010

Insan Terpilih

Ada orang berpewatakan macam ninja. Bukan terbang sana sini macam hantu pokok ataupun duk sibuk baling besi-besi tajam sebagai senjata. Tapi dari segi pemakaian. Sila paham sendiri macam mana keadaannya pakaian ninja sebab malas nak komen lebih-lebih. Mata yang buta dengan hati yang karat akan nilai gaya macam tu adalah mulia, semulia bidadari yang turun dari langit yang suka mandi kat kolam-kolam terpencil. Tapi jangan lupa kebanyakan watak hantu setan dalam mana-mana budaya pon mempunyai iras perwatakan yang lebih kurang sama saja. So mungkin berlakunya krisis identiti kat sini yang merosakkan sel-sel otak dengan menganggap diri sendiri adalah mulia walaupun gagap. Sebaik manapun peribadi, sekerap manapun pergi usrah sampai berkampung kat dewan-dewan usrah ataupun pergi berkelana dengar ceramah bawah-bawah khemah sampai subuh pun tak guna jugak jika hati busuk macam taik keldai tua. Jangan ingat kita bagus sangat sampai melayakkan untuk melanyak orang dengan kekuasaan yang ada. Tiadakah rasa malu paling tidak pun dengan diri sendiri? Orang-orang macam ni selayaknya hilang kelayakan untuk tinggal di bumi ini. Mungkin tempatnya adalah di angkasa lepas di mana-mana planet kosong. Harapnya 'insan mulia' ini menjadi batch pertama dari kumpulan manusia terpilih untuk berhijrah ke angkasa kerana bumi ni bukan untuk orang macam dia.
*tak sudi untuk kongsi....

Wednesday, April 21, 2010

Plan B

Genap seminggu lepas mesin yang telah memeningkan kepala aku selama berbulan-bulan itu dah okay. Syukurlah keadaan yang parah dah beransur pulih tapi masalah yang satu lagi tu tetap tiada sebarang tanda pemulihan. Masalah katak belaan yang tidak berapa sihat keadaannya. Jangan kata nak ambik telur diorang, boleh survive masa surgery ke tak pun belum pasti. Tengok keadaan diorang pun boleh agak yakin pasti kiok masa surgery. Telur pun confirm tak berkualiti. Nak beli baru koman-koman pun berbelas ribu, tu pun belum pasti hidup ke mati semasa nak pakai untuk experiment. Pilihan terbaik yang ada adalah terbang ke Vienna lagi untuk abiskan semua kerja lab kat sana. Biar selesai kat tempat ia bermula. Apa-apa jadipun ada orang boleh guide. Kat sini tiada siapa yang tahu pasal research ni, apatah lagi nak bantu ataupun beri tunjuk ajar. Yang adapun tukang buat kacau yang suka menambahkan lagi kekusutan. Tapi takpe orang yang dimaksudkan awal2 lagi dah kena nyahkan jauh2 so setakat ni soal gangguan tak timbul lagi. Maka bukanlah berniat untuk lepas tangan pasal penyakit yang menimpa katak-katak tu cuma suka untuk ingatkan aku takda idea untuk atasi masalah tu. Lagipun tak pernah ambik mana2 kursus pasal binatang-binatang apatah lagi kategori katak2 yang pelik2 rupanya. Kalau vet pun tak tahu so tak heran lah kalau aku pon tak tahu. Harapnya dapat pergi awal sikit sebab makin awal pergi makin cepat abis lagipun dari hari ke hari umur makin tua. Takkan nak stay kat tempat yang sememangnya diketahui tak boleh selesaikan masalah ni. Susah senang pun aku cari sponsor sendiri lagipunkalau mintak kat bos pun memang tak dapat sebab geran dah abis. So aku berikhtiar sendiri mencari duit dan setakat ni maklum balas adalah positif. Amin.....

Batu, Pasir dan Air

Ada orang kata manusia itu sifatnya boleh diibaratkan kepada tiga iatu batu, pasir dan air. Sifat yang dimaksudkan adalah kebolehan dan kemampuan seseorang itu untuk memaafkan. Yang pertama adalah batu, apa-apa yang terjadi dalam hidupnya seolah-oleh terpahat kemas di atas permukaan sebuah batu yang memakan masa teramat lama untuk terhakis. Walau terhakis sekalipun kesannya masih ada. Jenis macam ni teramat susah untuk melupakan apatah lagi memaafkan. Yang kedua adalah pasir. Apa-apa saja yang dicoret di atas pasir mudah untuk berlalu pergi. Semudah ditiup angin sepoi-sepoi ataupun dibawa pergi oleh aliran air sahaja. Tidak sempat untuk berbekas lama-lama sehingga menghasilkan dendam kesumat. Yang ketiga adalah sifatnya seperti sejernih dan sesejuk air yang sentiasa membawa suatu kedamaian. Tidak sempat untuk mencatat, mencoret apatah lagi untuk menyimpan lama-lama di dalam hati. Segalanya akan dibawa pergi dengan tenang dan damai.

*sejuk hati

Wednesday, April 14, 2010

Thursday, April 8, 2010

Terbang

Tengahari ni aku akan terbang ke Singapore. Kononnya pergi melancong. Nampak macam sangat bahagia walaupun kerja2 masih lintang pukang macam kena taufan. Takpelah, minggu depan boleh settelkan. Harapnya macam tu. Sekarang ni tak da feel nak pikir pasal kerja dah. Kemaruk ke Singapore. Okaylah, lelama merepek kat sini kan tertinggal flight lak. Chow!
*lalalalalalalala.....

Wednesday, April 7, 2010

Dua Orang Budak

Ada dua orang budak kecik yang tinggal berdekatan. Petang-petang diorang suka main-main area perumahan. Nama pun budak, bila main ada la gaduh sana gaduh sini. Almaklumlah dua-dua belum baligh maka bila dah gaduh sudah jadi perkara biasa. Hari ni gaduh esok baik semula. Tak simpan dalam hati sebab masing-masing masih lagi belum boleh berfikir dengan matang. Tak ambik pot pun. Takde rasa tersisa dalam diri masing-masing. Lepas beberapa ketika yang sorang pindah ikut ayah yang bertukar tempat keje. Takde rasa sedih, bahkan boleh bergelak tawa pada hari terakhir. Tiada isu tiada cerita. Tiada juga acara pohon maaf. Segalanya macam biasa, rasa rindu jauh sekali. Selepas beberapa hari ingatan pada kawan sepermainan itu makin melenyap. Semudah itu, kan senang.

One Moment In Time

Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown
I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains
I want one moment in time
Then I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity
I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands
Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity
You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine
Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free
*lagu dari Whitney Houston

Tuesday, April 6, 2010

Kusut

Tadi fikiran agak kusut. Masalah mesin masih belom selesai, sekarang ditambah pulak dengan kejadian katak belaan mati satu demi satu. Aku marah. Selayaknya aku marah memandangkan sebelum ni aku sedar akan penjagaan katak agak kurang diambil berat. Bukan sekali aku sound pegawai sains pasal keadaan air yang kotor. Bukan sekali jugak aku sound teknologis berkenaan kerja2 yang perlu diorang buat. Tadi dalam fikiran aku salahkan diorang sebaik dapat tahu katak mati lagi. Tapi aku takde la semudah tu jatuhkan kesalahan tu kat orang lain. Aku pikir. Aku ingat kembali apa perubahan penjagaan selepas aku tegur cara diorang. Memang ada perubahan. Terutamanya pasal kualiti air. Diorang jaga. Diorang jugak sanggup datang masa weekend buat keje tu. Pada ketika aku tengah berkelana ke mana-mana untuk penuhi hobi jejalan diorang buat kerja. Memang la diorang dibayar tapi pada aku kesanggupan diorang buat semua tu lebih dari duit ringgit. Aku terus tak jadi marah, aku tengok bangkai katak tu. Kat kaki katak tu ada gangren, kulit macam melepuh. Di saat tu aku sedar aku tak boleh salahkan orang atas semua perkara. Ada menda terjadi tanpa sesiapa pun mahukannya.
*Tak suka jadi tukang sebat lembu

Monday, April 5, 2010

Mesin

Kalau ikutkan hati dan perasaan aku sekarang ni, mau saja pergi sewa mana2 speed bot barang sehari dua untuk belayar ke satu tempat yang tak pasti. Mungkin ke mana-mana pulau yang tak berpenghuni kat tengah-tengah laut nun. Kegatalan untuk berbuat sebegitu adalah bukan berniat untuk bercuti ataupun menenangkan perasaan yang kusut masai. Tapi lebih kepada untuk mengangkut kesemua mesin-mesin yang aku gunakan dalam lab aku tu, sesuatu yang kononnya high tech punya barang. Tak main cikai-cikai, semua berkelas dunia. Tapi bila rosak, mak ai rasanya lebih hina dari besi buruk. Aku terlalu ingin mengangkut semua tu naik bot dan menghumbankannya di tengah-tengah laut. Biar tenggelam dan jadi tukun tiruan. Biar jadi sarang ikan ataupun lubuk untuk kaki-kaki pancing. Aku dah tak kisah. Kalau aku buat seperti yang dipikirkan secara tak waras itu aku takkan gatal-gatal coret peta lokasi kejadian. Kalau ada peta bos aku akan heret aku naik bot lagi sekali dan paksa aku angkut balik semua perkakas tu untuk direpair lagi dan lagi dan lagi sedangkan aku tiada basic dalam kejuruteraan mesin-mesin canggih. Kalau aku tau ilmu magis mau aja aku tukar mesin-mesin tu kepada peralatan cuci jamban. Boleh jugak aku letak dalam toilet-toilet serata kampus ni yang sebelum ni seolah-olah digunapakai oleh sang beruk dan monyet. Dapat jugak berbuat sesuatu yang murni walaupun bertujuan untuk menyindir.

Thursday, April 1, 2010

Singapore


Minggu depan aku akan ke Singapore. Terima kasih.