Friday, June 18, 2010
Kisah Dunia
Thursday, June 17, 2010
Cantik
Thursday, June 10, 2010
UEA

Anjing dan Angsa

Tuesday, June 8, 2010
Keta Antik
Petang tadi dengan semangat berkobar-kobar aku pergi Leeds City Market. Takpe jalan jauh sikit, cuaca sejuk pun takde masalah. Rasa malas buang jauh-jauh. Ini semata-mata nak beli keta antik yang kecik-kecik. Kat market tu semua barang pelik-pelik yang susah jumpa sentiasa ada. Kualiti toksah citer, memang kelaz kalau tak aku takkan buang masa pergi harung tengah-tengah pasar di kala waktu orang balik kerja. Lagipun setiap hari penjual adalah berbeza maka kena tunggu hari yang betul untuk mendapatkan barang yang menjadi idaman. Harga pulak murah sampai boleh kena histeria. Made in China memang tak main, ini semua England punya barang. Siap ada yang limited edition, ada disertakan dengan sijil. Yang bestnya semua model memang lama punya, tapi masih dalam kotak walaupun agak kusam. Semuanya metal, takde yang plastik. Walaupun harga murah dengan tebal muka aku mintak diskaun. Mudahnya dapat diskaun dari tokey kedai. Tak puas hati lagi, dengan tak malu mintak pulak model kereta kuda. Dengan senang hati tokey kedai bagi, mungkin sebab dia dah nak tutup gerai. Ataupun sebab minggu lepas aku dah datang beli maka dia bagi diskaun tanpa masalah. Terbayang dalam kepala balik nanti nak atur dalam almari kaca biar jadi tatapan mata hari-hari.Monday, June 7, 2010
Designer Outlet

Designer outlet ni boleh dikatakan gedung barang-barang branded. Lokasinya bukan tengah bandar tapi biasanya pinggir-pinggir bandar yang agak memakan masa untuk meredahinya. Semua barangan adalah berstatus branded dan lebih menyakitkan hati adalah dijual dengan harga murah sesangat. Sekarang ni tengah gila world cup, jersey pun dijual dengan harga murah semata. Dalam 10 pound boleh dapat. Confirm ori. Kat Vienna maunya 70 euro sehelai. Kasut Clarks beli dua pasang boleh dapat separuh harga untuk yang kedua. Satu pasang 25 pound yang kedua 12.50 pound saje, pilih je yang mana berkenan. Tak termasuk lagi hand beg, jam tangan, wallet, baju-baju lagi. Kalau tengok semua mesti pitam berbintang-bintang.
*Kenapalah aku bawa beg saiz kecik??Kalau aku beli semua tu mana mau sumbat??Huhuhu
