Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Esok dah 1 Januari 2010. Dah tahun baru. Dengan itu secara tak rasminya aku dah 26 tahun. Dah tua tapi belum dikira senja lagi. Kawan-kawan ada yang dah kawin, dah ada anak, yang belum kawin pun masih ramai. Aku pulak masih macam ni. Tapi aku percaya pada jodoh, so aku duk goyang kaki saja tunggu jodoh datang. Sehingga saat tu, aku akan hidup seperti biasa. Yang menjadi keutamaan adalah MSc aku, moga ni adalah tahun terakhir aku, amin.
Dan aku baru saje book accommodation aku kat Vienna nanti. Kali ni aku pilih nak duk ni apartment, senang sikit dan lebih selesa. Yang penting aku boleh masak. Tadi jugak aku dah plan ngn kawan aku yg ikut aku tu. Kami akan travel ke Germany, Italy dan mungkin jugak ke Prague. Terasa begitu seronok dan teruja. Bab berjalan ni aku memang johan, tak kesah kena berjimat untuk makan asalkan dapat travel. Kalau ada masa dan duit extra mungkin aku nak pergi lawat Budapest jugak. Hungary dengan Austria tak jauh mana, boleh pergi naik train. Apapun ni hanya plan awal kami. Apa jadi nanti tak tau lagi. Sesuatu yang pasti adalah kami akan travel. Kepada Arix, hang jangan jeles tau. Bukan aku tak mau bawak hang tapi hang yang tak nak ikut aku kan? Hehehe.
* Happy New Year

Tuesday, December 29, 2009

Hati

Hati budi manusia sebenarnya cukup rumit. Apa yang kita boleh nampak hanya luaran semata, macam penampilan dan perilaku. Yang dalaman punya menjadi rahsia. Sesiapa yang pandai merahsiakan nescaya akan selamatlah dia pada mata masyarakat. Sebab tu kita tok sah melatah andainya seorang wanita yang berpenampilan macam sebuah peti pos rupanya mempunyai perilaku yang cukup hina. Penampilan macam peti pos bukan sebab dia ni pakai pakaian merah dan sedikit-sedikit kaler biru (ala2 pos mesia) dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan juga sebab dia gemuk secara fizikal. Salah tu. Sebabnya dia berpenampilan ala burqa yang hanya nampak mata. Sebab kat situla tempat orang masukkan surat. Apa yang Rozita Che Wan pakai masa malam anugerah skrin tu bukan burqa. Walaupun hanya nampak mata tapi kat bahagian bawah dah rabak macam kena cakau ngn rimau. Tu adalah fesyen peti ais besar yang ada tiga pintu tapi pintu bawah tercabut. Ini adalah perbandingan semata-mata. Kadang-kadang orang yang pakai baju macam balut nangka tapi mempunyai hati yang mulia. Tapi biasalah manusia suka menilai apa-apa yang mata mereka nampak. Yang mata tak nampak tolak tepi. Ambik contoh awang hitam. Memang tengok mereka ngeri. Lubang hidung boleh sumbat buah duku. Manggis tak boleh sumbat sebab ada mahkota. Nanti depa mati lemas. Kalu budak kecik tengok boleh ngigau malam. Kena tidor pakai tangkal. Tapi kita tak boleh kata diorang ni jahat semua. Bangsa apapun ada yang jahat, ada yang baik. Jangan nilai pada luaran. Nilai pada hati. kalau semua orang boleh buat macam tu nescaya dunia ini adalah tempat yang selamat.
*Dunia ni tak selamat, duduk dalam mall pun kena hempap kereta

Monday, December 28, 2009

Suri Lab

Sekarang nih rutin hidup aku dah jadi macam suri rumah. Bezanya aku bukan duk rumah tapi lab. Setiap Ahad, Selasa dan Khamis pagi2 lagi aku ke pasar untuk membeli ikan. Bukan untuk dibuat lauk makan tengahari, juga bukan sebab aku dah berenti belajar lalu memilih untuk jadi tukang masak sebagai kerjaya. Sebab kat lab ni ada 16 ekor makhluk yang harus dibagi makan. Sesudah membeli aku terus ke lab, menyiang ikan dan basuh bersih-bersih. Pastu potong kecil-kecil jadi bentuk kiub. Dulu diorang ada buat protes senyap. Tak nak makan. Sebab kat US dulu diorang menjamah 'pork' sebagai hidangan harian. Tapi aku buat tak tahu. Permintaan diorang yang melampau tu aku x layan. Buat donno don care. Lama-lama diorang pasrah. Redha dengan suratan takdir, diorang mula makan 'makanan halal'. Sebenarnya aku boleh suruh staf kat lab ni uruskan semua, aku hanya perlu beli makanan jer. Tapi biarlah, aku sayang kat makhluk 16 ekor ni. Sebab aku tahu orang lain susah nak sayang kat diorang. Diorang kan tak comel. Manusia suka menda yang kiut-kiut jer. Yang hodoh dan buruk tolak tepi. Sebab tu banyak pelakon yang hodoh-hodoh hanya mampu pegang watak jahat je. Hanya tu yang sesuai.

Jahat sebab hodoh ke atau hodoh sebab jahat?

Saturday, December 26, 2009

ISRAEL ISnotREAL

Aku mengikuti konflik Timur Tengah dah lama. Dari zaman sekolah lagi. Semua yang aku tau boleh dikatakan semua dari bahan bacaan kecuali dari dokumentari yang pernah disiarkan kat TV2 yang bertajuk "struggle for freedom" kira-kira 8-9 tahun lepas..siri ni disiarkan setiap minggu pada pukul 12.30 tengahari setiap jumaat. Kalau nak harapkan daripada CNN ke BBC ke yang buat liputan apa aku boleh cakap adalah baik tengok Mr Bean..bukan x ada, ada tapi semua macam haram...tapi apa nak heran pemilik empayar media tu semua kroni yahudi zionis, so berita yang disiarkan 100% pasti adalah berat sebelah.
Buku yang dimaksudkan di atas ini boleh dikatakan agak bagus dalam mengupas isu ini...tulisannya pun x da la meleret-leret macam puisi2 kuno dahulukala...semuanya berasaskan fakta semata...mengupas isu ini sejak dari pengasasan entiti haram zionis sehinggalah penubuhan Israel pada 1948 yang diisytiharkan di Tel Aviv...selanjutnya diceritakan perang antara Israel dan Arab, dari 1948 sehinggalah pengeboman ke atas Gaza pada 27 Disember 2008...

Friday, December 25, 2009

Pulau Duyong








Di tengah2 sungai Terengganu terletak Pulau Duyong. Satu2nya jalan darat adalah melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentangi sungai Terengganu yang agak lebar itu. Dulu pulau ni kurang dikenali, biasala pulau di tengah sungai agak kureng publisiti dibandingkan pulau di tengah laut. Namun, lokasinya yang menjadi tempat pembuatan bot dan kapal tersohor menyebabkannya menjadi sebutan terutama bagi orang yang menceburi bidang perkapalan. Namun, beberapa tahun lepas ia jadi agak popular, semuanya gara2 menjadi lokasi kejohanan perahu layar tersohor, Piala Monsun. Sejak itu banyak kemajuan telah dikecapi di sini. Asalnya hanya perkampungan nelayan yang kecil, agak tersorok walaupun menjadi lokasi penting ketika era Kota Lama Duyong menjadi penempatan strategik pada kurun yang lepas. Sekarang boleh dilihat chalet2 yang di bina di kawasan pesisir pulau. Prasarana juga telah dinaik taraf. Namun, ketika luar musim monsun suasana agak hambar dan kurang meriah. Mungkin promosi yang lebih giat perlu dilakukan untuk menarik lagi kedatangan pelancong. Ini kerana pelancong lebih tertumpu pada Pulau Wan Man yang terletak bersebelahan memandangkan pulau tersebut menjadi tapak bagi Taman Tamadun Islam. Apapun sesuatu yang jelas adalah Pulau Duyung menjadi tempat bot2 kecil berlabuh. Dulu kemudahan ini juga ada tetapi tidak sesempurna pada masa sekarang. Di seberang sungai sana jelas kelihatan chinatown yang di bina di gigi air sehinggalah ke Pasar Payang. Juga kelihatan jeti penambang dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu. Dahulu kawasan pesisir sungai Terengganu itu menjadi nadi bagi pembentukan bandar Kuala Terengganu seperti yang kita lihat sekarang. Dan pada masa itu jugak pengangkutan air menjadi pilihan utama penduduk. Sekarang dengan pembinaan jambatan Sultan Mahmud yang megah merentangi sungai Terengganu pengangkutan air seolah-olah makin dilupakan. Semoga dengan penaiktarafan Pulau Duyong sebagai pusat bot layar serantau maka diharapkan pengangkutan air mendapat nafas baru dan menjadi alternatif baru kepada sebahagian besar penduduk Kuala Terengganu. Tanpa unsur air, Kuala Terengganu takkan mendapat namanya sebagaimana sekarang.

Thursday, December 24, 2009

Faham & Memahami

Kekadang tanpa aku sedar ada orang kecik hati dengan aku. Sebab tu aku rasa untuk menjaga hati seseorang tanpa melukakan hati tersebut sangat susah. Sebab kita kena amik kira segala kemungkinan akan orang yang dimaksudkan. Mungkin orang yang tgh bersedih dan berduka kena ada cara tertentu untuk berkomunikasi. Tapi adakah kita tahu bila seseorang itu tgh bersedih? Mungkin bila lama x dengar kabar berita ada orang anggap kita menyombong ataupun x ingat kawan2. Sebenarnya setiap manusia tu sangat kompleks untuk difahami. Nak kenal orang kejap je, sehari dua dah kenal...nak fahami orang yang susah, mungkin sepanjang hayat pun x memadai...kalau x takkan la ada kes cerai berai after berpuluh tahun kawin...macam bila tgk laki bini bergaduh...bising, saling menjerit padahal bukan dalam jarak yang jauh...depan mata jer. Kalu bisik pun gerenti dengar...masa tgh hangat bercinta boleh pulak berbisik bagai...silap2 x dengar apa yang dipertuturkan...kenapa jadi macam tu? Sebab bila stat gaduh hati jadi jauh...mula la duk menjerit-jerit gara2 rasa kejauhan itu yang mengusai diri...bila tgh mahsyuk bercinta hati jadi dekat...bisik2 pun dengar dengan jelas...so tidak perlu sampai menjerit seolah duduk sepuluh batu pun boleh dengar...
Berbalik pada aku pulak, kekadang aku perlukan masa untuk diri sendiri..sebab aku masih dalam proses untuk kenali diri aku...dengan memahami diri aku dengan jelas barulah aku boleh faham diri orang lain..aku jugak rasa selamat dengan bersendirian...aku takut jadi alpa bila terlalu kerap bersosial, takut terkeluar dari batasan yang sepatutnya...dan aku jugak lebih tenang, ketenangan yang sememangnya amat aku perlukan...untuk kawan2 yang mengenali aku, diorang tahu aku ni orang mcm mana...walaupun diorang x pernah cakap tapi aku boleh faham bila akulah orangnya yang diorang harapkan di saat diorang betul-betul perlukan sorang kawan...

*ada benda boleh difahami walaupun tanpa sepatah kata untuk menjelaskan

Tuesday, December 22, 2009

MLM

Aku bengang betul hari tu. Ada si mamat ni kol kata nak mintak tolong. Bukan rapat sgt pun baru je kenal. Tanpa tanya banyak aku kata kalu boleh tolong aku akan tolong. Dan dia nak datang rumah. Tanpa curiga aku bg direction. Datang2 rumah bawak beg. Dalam beg ada byk barang. Dia kata mintak tolong nak practice promote MLM dia tuh sbb esok ada customer. Nervous katanya. Aku mula x sedap duduk. Lalu berdemonstrasi la si mamat ni depan aku dengan segala soklan2 dan mula mempromote barang2 seolah olah company n produk dia sangat maksum. Tak da cacat dan cela apatah lagi dosa dan noda. Dan sesi malam tu berakhir tanpa apa2 peristiwa di luar jangkaan. Esoknya telefon lagi ajak jumpa. Mengelakkan menjadi biadab dan atas dasar hormat pada org lebih tua aku setuju. Kali ni suruh aku cuba produk dia pulak. Percuma. So aku try la. Esok bgtau apa yg aku rasa katanya. Jujurnya x da rasa apa2 so aku bgtau la x da apa2 perubahan. So aku ingat dah selesai. Tapi tidak lagi, esok masih menelefon dah suruh aku register jadi ahli. Aku terus hilang respek. Sebab bg aku org mcm ni sgt x jujur. Kalau cakap dari awal nak promote brg mungkin aku akan beli, tp sbb awal2 dulu kata nak practice tu menyebabkan aku jadi meluat. Alasan konon nak org lain rasa kebaikan produk tu selepas diri sendiri mencuba sgt lawak jenaka tahap hippocampus retard sampai current2 dalam otak jadi litar pintas. Apa salahnya kau bgtau yg kau nak kumpul point byk2 dan kau dapat income byk2 bilamana org beli produk tu bila register bawah kau?? Apa kau ingat aku ni lahir di zaman batu yg duduk dalam gua sampaikan tak tahu perkembangan semasa?? Tolonglah, aku paling pantang org menipu. Nak meniaga jangan sesekali menipu orang. Kau ingat semua org tu mata duitan ke? Duit byk manapun x pernah cukup. Bila ada byk mahu byk lagi. So mintak maaf byk2, aku bukan orangnya yg kejarkan duit sampai sanggup x berlaku jujur pada org lain....

*ramai betul golongan professional yg x professional