Tidak berapa lama dulu di sebuah lereng bukit wujudnya sebuah lubang kecil yang berpenunggu. Tapi disebabkan kegigihan sang penunggu yang tekun dan gigih tanpa mengenal erti penat lubang kecil tu semakin besar dari hari ke hari sehingga membentuk sebuah gua. Dalam proses pembesaran secara besar besaran itu sang penunggu telah merekruit beberapa pekerja. Telah berderai keringat ditumpahkan untuk merealisasikan impian besar sang penunggu, dari sekecik kecik lubang sehingga sebesar besar gua. Kalau Gua Niah boleh sumbat sebijik Boeing 737 gua ini boleh sumbat sebuah Airbus 380! Begitulah dahsyatnya gua yang masih dalam pembikinan ni. Semua makhluk kagum akan cita cita sang penunggu, dan kejayaan yang ditempa ini tidak perlu dihebahkan oleh sesiapa kerana sang penunggu awal-awal lagi pukul gendang dan canang di seluruh ceruk simpang dan lorong. Namun, lorong-lorong gelap dikecualikan awal-awal lagi kerana tidak guna buang masa pergi canang ke ahli maksiat, mereka takkan mendengar apatah lagi mengambil tahu. Adapun untuk menambahkan lagi nilai bagi menjamin kelestarian hari esok gua tersebut, sang penunggu telah membuka peluang pada golongan pertapa untuk bertapa dalam gua tersebut bagi melengkapkan segala ilmu di dada. Ramai golongan pertapa menyahut seruan yang ditawarkan. Tidak ketinggalan ada yang telah menyahut seruan ilahi terlebih dahulu sebelum sempat memulakan proses pertapaan. Sejak beberapa tahun lepas tidak kurang dua puluh pertapa dari serata ceruk telah datang bertapa dalam gua itu tetapi yang keluar hanya seorang sahaja. Baki yang lain terus sesat barat dalam gua walaupun kompas yang dibawa sentiasa menunjukkan ke arah utara. Kalau baru beberapa langkah melangkah ke dalam gua itu pasti semua orang mahu patah balik mencari pintu keluar. Tapi dah banyak langkah diambil sampai ke satu tahap tak boleh patah balik sebab dah tersesat dalam laluan gua yang berselirat. Paling lama rekod terperangkap adalah enam tahun. Bagi yang dah masuk 3-4 tahun lampu suluh yang dibawa makin malap. So bayangkan yang dah enam tahun tu, mesti dah padam dan sedang teraba-raba mencari arah di serata kawasan gua yang luas. Tambah malang bila baru-baru ni beberapa penunggu turut dibawa masuk ke dalam gua bagi memastikan kehidupan sang pertapa yang sedia susah menjadi makin azab. Tugas penunggu2 ni adalah menyakat sang pertapa yang bercempiara dalam gua tu supaya mereka terus teraba-raba mencari arah yang tidak pasti ketentuannya. Suasana dalam gua sungguh menyedihkan sehinggakan tiada lagi sang pertapa baru yang berkeinginan untuk menerokai ilmu pengetahuan dalam gua itu. Apatah lagi cerita yang dibawa dari mulut ke mulut tersebar luas sehingga gua tersebut dianggap begitu mengerikan. Lebih hebat lagi apabila mulut-mulut yang menjaja cerita adalah kategori murai dan itik yang terkenal dengan sifat banyak mulut berserta bising yang tanpa jemu bercerita walaupun tanpa dipinta sesiapa.
* tak berkaitan dengan sesape...
No comments:
Post a Comment