Si Kitun yakni seekor ungka sambil menarik-narik kelopak mata seraya lidah dalam keadaan terjelir kepanasan tetiba berkata "i benchi bau tikus, busuk!". Statement itu tarpacul dari mulutnya tatkala Kristoper Colompo iaitu salah satu spesies burung wek wek melintas di hadapannya. Burung wek wek rupa fizikalnya seakan-akan burung dodo yang telah diisytiharkan pupus pada beberapa abad lepas. Kristoper saja buat-buat tak dengar tapi dalam hatinya beliau berkata "bau badan kau lagi busuk dari tikus lah". Pernyataan itu ada betulnya dan mendapat persetujuan hampir seluruh penghuni rimba, yang menentang hanyalah Si Kitun semata. Siapa tak kenal Si Kitun? Lembu, kambing, rimau, biawak, kuda, lipan, landak semua kenal akan beliau. Malahan kumpulan orang asli yang menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan serta sesekali terlibat dengan aktiviti pembalakan haram turut mengecam rupa paras ungka tersebut. Tak susah nak cam ungka bermasalah ini. Beliau menjadikan batu besar berlumut hijau sebagai pangkalan untuk bermalas-malasan sambil bergayut pada dahan semalu yang berbentuk seakan-akan gagang telefon. Kalau terlebih rajin beliau selalunya mencari kutu yang menjadikan bulu-bulu badannya sebagai kawasan penempatan terancang. Populariti yang dikecapinya adalah disebabkan sifatnya yang nyata membuatkan mata yang melihat menjadi buntang. Selain perasan bagus beliau juga bersifat bongkak riak watakabbur. Si Kitun jugak sejak menjadi penghuni rimba lara itu telah bergaduh besar dengan sang Panda yang berpunca daripada perlantikan Panda sebagai lambang rasmi WWF walhal perlantikan itu bukanlah disebabkan sang Panda melobi serata rimba. Khabar yang bertiup kencang akhir-akhir ini membawa berita gembira buat seluruh penghuni rimba, mana taknya dengar kata Si Kitun bakal dipindahkan ke pusat perlupusan sisa pepejal terbiar. Mungkin tempat itulah yang paling seswai untuk beliau membuka penempatan baru dan menjalankan gaya hidup sehat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment