Wednesday, July 20, 2011

Tiga cara

Ikut pengalaman hidup aku ada beberapa cara untuk protes ataupun membuat bantahan atas ketidakpuasan hati.
1. Cara pertama adalah buat bising. Ini bukannya bermaksud pergi main muzik ataupun join pancaragam sambil buat barisan depan orang yang berkaitan itu tapi apa-apa yang tak puas hati tu suarakan aja depan-depan. Biar riuh rendah. Biar apa pun terjadi lepaskan aja semuanya. Tapi cara ini membuatkan anda sangat teruk di mata orang lain dan dicop dengan macam-macam gelaran kehormat yang menyakitkan telinga dan hati.
2. Cara kedua adalah pendekatan menyindir. Muka buat ceria sambil senyum manis menawan kalbu tapi bahasa mak ai tepat kena ke dasar hati. Bagi yang terkena mungkin tak boleh tidur beberapa malam sebab sakit hati. Bila praktik cara ini bersedialah untuk dilabelkan sebagai mulut jahat, mulut longkang ataupun mulut jamban. Pastikan juga anda tahu bacaan pendinding dikhuatiri anda akan jadi mangsa sihir dan santau. Lagipun dewasa ini industri ilmu hitam sedang rancak berkembang.
3. Cara ketiga adalah dengan tidak memberikan respon secara lisan. Juga tidak mengata belakang ataupun bukak korum mengumpat dengan orang lain. Tapi dengan melakukan tindakan-tindakan yang menunjukkan anda tidak bersetuju ataupun tidak berpuas hati dengan orang terbabit. Perlakuan buat macam biasa, menyembang macam selalu tapi pastikan dia nampak apa anda buat itu. Contohnya bagi hausmate yang suka buat sepah boleh tawarkan diri untuk kemas semua barangnya sambil mempamerkan wajah ikhlas yang penuh dengan kemanisan. Kalau tak sentap lagi memang bukan manusia la tuh.

Wednesday, July 13, 2011

Check Out

Dah tiga tahun aku duk di Villa Sri Muafakat ni. Memang tepat tiga tahun. Masuk tengah bulan Julai 2008, keluar pun tengah bulan yang sama cuma tahun 2011. Rasanya dah sampai waktu aku check out. Bye bye.

*tuan rumah~ terima kasih banyak2 sebab anda memang insan paling pemurah yang pernah aku kenal..

Tuesday, July 12, 2011

Perosak

Kalaulah Malaysia ni pakai undang-undang Islam haruslah pencuri malam tadi kena potong tangan. Kalau boleh potong semua tangan dan kaki sekali. Sebab memang jahanam punya makhluk. Ikut hati maunya ambik barang yang pencuri tu tertinggal bawak pi hanta bomoh Siam, suruh bomohkan sampai masuk kubur. Lagi cepat lagi baik. Tapi sebab tu berdosa besar so tak boleh buat. Yang mampu buat doakan si pencuri tu dapat bala. Setimpal dengan apa yang dia buat sampai orang lain susah. Gila apa bangun tengah-tengah malam pi balai polis dengan baju tidur. Dah la tengah mamai cakap pon main ikut sedap mulut. Apapun aku rasa ada bagusnya jika ada kebolehan menjerit sampai bergegar rumah. Jiran-jiran pun terbangun, pencuri pon lari macam babi liar. Terkejut katanya sampai tertinggal peralatan semua bagai. Bodos punya orang, patut mati aja. Aku geram.

*orang duk kata polis jahat, bagi aku diorg elok saja..layanan pun tiptop

Monday, July 4, 2011

Bunian

Pagi tadi bertolak balik ke KB. Sesampai di rumah tengok2 ada nasik dalam periuk. Nampak gaya baru aja masak, bukan yang malam tadi punya. Bila periksa rumah takde orang. Kosong saja. Double check pun masih kosong. Pelik macam ni. Kalau tinggal nasik depan pintu macam kebiasaan tu dah tak heran dah. Ni duk dalam dapur. Tapi tak sempat nak pikir secara mendalam sebab dah terlewat untuk satu temujanji. Bila selesai semua balik rumah. Hajat di hati mahu berehat sekejap. Tapi masuk rumah tengok ada tudung saji kat atas meja. Bila bukak ada beraneka lauk. Ish, baru teringat balik misteri nasi seperiuk tadi. Kali ni ada lauk pula. Nampak cam sedap. Ada pulak seafood. Kalau tak kerana bedal durian sebijik tadi rasa seafood tu dah masuk dalam mulut. Tapi persoalannya sape yang masak semua ni? Rumah masih kosong. Tadi masa keluar aku cukup yakin lauk-lauk ni takde atas meja. Tudung saji pun tersangkut kat tempat dia, bukan atas meja seperti sekarang ni. Dalam kepala teringat kisah dongeng kanak-kanak yang pasal sorang petani balik bendang, sampai rumah semua makanan dah sedia. Bila diintip rupanya puteri bunian yang tolong masak. Tapi citer ni sangat tak kena dengan hidup aku, lagipun aku bukan balik dari mengerjakan bendang. Aku balik dari rumah mak bapak aku. Rasanya takkan ada puteri bunian yang sanggup buat semua ni untuk kawen ngan aku kot. Ke ni hasil kerja si polan sorang ni yang suka mengintip aku? Sampai rumah aku di teganu pun dia intip. Dulu intip dalam laptop baca semua citer2 yang aku simpan untuk aku sorang aja. Tapi orang ni tak reti masak. Jauh sekali nak masak, jauh sekali nak masak lauk-lauk yang proper cam tadi. Pelik nih. Buat aku seriau...

Sunday, June 26, 2011

Jamban

Rata-rata jamban kat Mesia seolah-olah dikongsi dengan haiwan liar. Buat apa bayar duit nak masuk kalau keadaan tu lebih teruk dari dalam semak. Pasni orang jual insurans kena cover risiko masuk jamban awam sebab biasanya boleh buat jiwa jadi kacau bilau. Tukang jaga jamban pulak boleh disenaraikan antara pekerjaan yang bahaya sebab dikhuatiri pengguna naik minyak sehingga mengancam nyawa mereka. Rasa trauma dengan jamban ni bermula dari sekolah rendah lagi. Namapun nama sekolah rendah maka jamban pun kategori cilaka yang teramat. Lepas kejadian tu aku pikir berkali sebelum nak pakai jamban. Senang citer memang elak terus dan rela menapak ke surau kalau keadaan memaksa. Bukan apa aku rasa imej yang aku lihat itu sangat tak layak untuk ditengok mahupun diingat. Dan keadaan itu berlarutan sampai sekarang pun, hati-hati sangat kalau nak pakai. Dalam kepala memang tahu lokasi mana yang dikategori okay jalan jauh pun takpa asal tak kena yang jenis haram. Ada juga yang berkepala kerbau liar suka sangat menzahirkan idea kreatif pada dinding-dinding. Yang iklankan produk dan servis pun tak kurang hebatnya. Bila dah iklankan dalam tempat camni mestilah produk yang ditawarkan termasuk dalam kumpulan najis-najis belaka. Tak pasai-pasai yang tumpang baca terpalit sama dengan kekotoran. Oh ye, aku pakai istilah jamban bukan tandas ada sebabnya. Dirasakan istilah tandas itu terlalu mulia pulak. Lagipun yang dasat-dasat ni baik dipanggil jamban aja, lebih ayu dan sopan.

Monday, June 20, 2011

Paranormal

Rupanya ada filem Hollywood bertajuk Paranormal. Tak pasti filem baru atau tak berapa baru mahupun filem lama. Kabarnya sangat menakutkan sehinggakan yang kategori berdarah pahlawan pun terkena penangan selepas menonton. Takutnya bukan main lagi sampai bini ada kat sebelah tak membantu langsung untuk lena. Betulkah sampai sebegini? Teringin sekali untuk mengetahui tahap keseraman citer ni tapi bila pikir-pikir balik ternyata untuk menontonnya bukanlah satu cadangan yang baik. Mungkin boleh menyebabkan aku jadi insomnia ataupun trauma. Lebih bimbang takut lepas tengok kena tidur berteman. Tak jadi kerja nanti. Tapi bila membayangkan muka rakan yang menceritakan perasaan seramnya itu hati terdetik rasa lucu. Lucu bila dia tak dapat tidor. Kelakar sebab dia terpaksa menelefon orang untuk menghilangkan rasa takut yang bersarang. Tapi rupanya rasa kelakar itu tak memberi erti bila di tengah malam yang sunyi dalam kepala tetiba teringat adegan filem seram yang pernah ditonton. Tambah feeling lagi bila malam tu anda adalah satu-satunya orang di dalam rumah. Rumah yang pernah ada history paranormal. Sungguh memang tidak kelakar lagi. Dengan malam yang dingin dan sunyi sebagai pakej. Dan entah kenapa filem itu adalah Nang Nak, adegan atas bumbung tokong. Cih rupanya tak kelakar langsung bila keadaan jadi sebegitu. Dalam hati duk berharap pagi cepat tiba. Last sekali tertidur dalam kegundahan dan sebagai pakej untuk melengkapkan hari, subuh pun terbabas sama.

Sunday, June 19, 2011

Hari-Hari








* thanx to wan ilma dewiputri~