Friday, April 30, 2010
Thursday, April 29, 2010
Rumah
Orang dulu-dulu pernah berpesan kalau nak buat rumah tengok dulu tapaknya sesuai ke tidak. Mungkin kat situ adalah lokasi tanah runtuh, puting beliung, tempat ribut taufan lalu lalang mahupun sarang hantu jerangkung yang kalau nak halau nanti bukan main susah pulak. Lebih haru lagi kalau tapak tu adalah tapak kubur zaman jepun. Nanti boleh la belajar kawad free sambil tengok momok di malam hari. Tapak yang elok sangat penting untuk menampung rumah yang akan dibina. Bila dah jumpa tapak yang dirasakan tepat rumah yang dibina hendaklah berkeadaan kukuh untuk mengelakkan kejadian rumah roboh berlaku. Tapi ada yang hanya pentingkan tapak yang baik, bila jumpa bina ala kadar asalkan boleh duduk kat dalam dah cukup. Maka tak lama selepas tu rumah tersebut roboh menyembah bumi meninggalkan hanya sebahagian daripada struktur asal. Namun tiada pengajaran diambil, binaan yang tinggal dibina semula selepas beberapa ketika. Perlakuan yang gopoh ini mengundang satu lagi bencana. Runtuh lagi. Maka apa silapnya telah dikaji dan diteliti seterusnya diambil tindakan untuk memastikan tiada lagi runtuhan. Dah dua kali runtuh kalau berlaku lagi kali ketiga dibimbangi ranap terus dan meninggalkan sisa runtuhan kekal. Tidak mengapa masa yang panjang diambil untuk membina semula, juga tidak menjadi hal berapa banyak belanja yang dikeluarkan asalkan semuanya berbaloi. Bina rumah bukan macam bina istana pasir tepi pantai, bila siap cantik-cantik disapu ombak laut sehingga melurut di bawa bersama-sama aliran arus. Rumah adalah satu lambang keteguhan satu tanda kekuatan penghuninya. Bila dah sampai tahap itu semua badai gelora dirasakan bukan lagi suatu masalah besar.
*semua masalah boleh diselesaikan...yang penting adalah suatu KESEDIAAN...
*semua masalah boleh diselesaikan...yang penting adalah suatu KESEDIAAN...
Wednesday, April 28, 2010
Cahaya dan Kegelapan
Apa-apa benda tak best yang berlaku kat life aku sebelum ni aku tak pernah kesal. Sebab aku pasti segala yang berlaku ada hikmahnya, ada sebabnya. Perkara utama yang harus dilakukan adalah belajarlah sesuatu daripada setiap kejadian dalam kehidupan bukannya duk meratap bersedih yang tak menjanjikan apa-apa pun. Seteruk manapun yang berlaku kita masih ada kehidupan untuk diteruskan yang penting adalah jangan melakukan kesilapan yang boleh disesalkan pada masa depan. Kerana sekarang kita masih ada peluang, masih ada masa untuk memperbetulkan yang seterusnya membawa kehidupan ke landasan yang betul. Benda-benda tak best jangan simpan dalam hati, campaklah sejauh mungkin. Tapi memang la cakap lebih mudah daripada buat tapi kalau tak buat apa-apa itu sengaja mengundang padah. Biasakan diri lama-lama nanti okeylah.
"cahaya yang paling terang sekalipun masih memerlukan keadaan yang gelap untuk dilihat dengan sempurna"
"cahaya yang paling terang sekalipun masih memerlukan keadaan yang gelap untuk dilihat dengan sempurna"
Sunday, April 25, 2010
Biasa-Biasa
Dulu dicanangkan sebagai lulusan tempat breprestij dalam bidang masakan. Ada sijil. Banyak lak tu sampai boleh taruk dalam album. Berlapis lapis. Kalau orang baca mesti kagum sampai pitam. Orangnya pun berlagak diva habis. Takat resepi tempatan dikutuknya kaw-kaw. Diperlinya sampai si mangsa jadi trauma. Takut. Takut dengan kehebatan yang secara lahiriahnya masih belum terbukti. Tapi sebab seringkali diuar-uarkan oleh orang atasan maka semuanya dianggap betul. Maka semua orang kagum ataupun buat-buat kagum dengan kehebatan insan ini. Bila kutuk orang mulut sangat lancang bertahap longkang, ditambah lak dengan slanga yang menjelikkan sampai orang buta dengar pun boleh celik. Ada sekali semasa beliau jadi juri pertandingan masakan diludahnya makanan sorang peserta dan sebagai bonus disertakan jugak hamburan kata-kata nista yang bila dengar boleh jadi gila on the dot. Tapi yang herannya kutuk orang pandai, kritik orang hebat tapi tak pernah lak tengok dia masak apa-apa resepi pun. Sehinggalah bebaru ni kehebatan teruji apabila diminta orang atasan untuk menyediakan sesuatu untuk dicuba. Bila hari kejadian tengok apa yang disediakan adalah bola-bola kecik macam cekodok. Tapi yang sadisnya pakai avocado menggantikan pisang sabab katanya boleh mencantikkan kulit yang kusam. Hados!! Rupanya tak boleh pakai. Tong kosong sajork!
Friday, April 23, 2010
Insan Terpilih
Ada orang berpewatakan macam ninja. Bukan terbang sana sini macam hantu pokok ataupun duk sibuk baling besi-besi tajam sebagai senjata. Tapi dari segi pemakaian. Sila paham sendiri macam mana keadaannya pakaian ninja sebab malas nak komen lebih-lebih. Mata yang buta dengan hati yang karat akan nilai gaya macam tu adalah mulia, semulia bidadari yang turun dari langit yang suka mandi kat kolam-kolam terpencil. Tapi jangan lupa kebanyakan watak hantu setan dalam mana-mana budaya pon mempunyai iras perwatakan yang lebih kurang sama saja. So mungkin berlakunya krisis identiti kat sini yang merosakkan sel-sel otak dengan menganggap diri sendiri adalah mulia walaupun gagap. Sebaik manapun peribadi, sekerap manapun pergi usrah sampai berkampung kat dewan-dewan usrah ataupun pergi berkelana dengar ceramah bawah-bawah khemah sampai subuh pun tak guna jugak jika hati busuk macam taik keldai tua. Jangan ingat kita bagus sangat sampai melayakkan untuk melanyak orang dengan kekuasaan yang ada. Tiadakah rasa malu paling tidak pun dengan diri sendiri? Orang-orang macam ni selayaknya hilang kelayakan untuk tinggal di bumi ini. Mungkin tempatnya adalah di angkasa lepas di mana-mana planet kosong. Harapnya 'insan mulia' ini menjadi batch pertama dari kumpulan manusia terpilih untuk berhijrah ke angkasa kerana bumi ni bukan untuk orang macam dia.
*tak sudi untuk kongsi....
Wednesday, April 21, 2010
Plan B
Genap seminggu lepas mesin yang telah memeningkan kepala aku selama berbulan-bulan itu dah okay. Syukurlah keadaan yang parah dah beransur pulih tapi masalah yang satu lagi tu tetap tiada sebarang tanda pemulihan. Masalah katak belaan yang tidak berapa sihat keadaannya. Jangan kata nak ambik telur diorang, boleh survive masa surgery ke tak pun belum pasti. Tengok keadaan diorang pun boleh agak yakin pasti kiok masa surgery. Telur pun confirm tak berkualiti. Nak beli baru koman-koman pun berbelas ribu, tu pun belum pasti hidup ke mati semasa nak pakai untuk experiment. Pilihan terbaik yang ada adalah terbang ke Vienna lagi untuk abiskan semua kerja lab kat sana. Biar selesai kat tempat ia bermula. Apa-apa jadipun ada orang boleh guide. Kat sini tiada siapa yang tahu pasal research ni, apatah lagi nak bantu ataupun beri tunjuk ajar. Yang adapun tukang buat kacau yang suka menambahkan lagi kekusutan. Tapi takpe orang yang dimaksudkan awal2 lagi dah kena nyahkan jauh2 so setakat ni soal gangguan tak timbul lagi. Maka bukanlah berniat untuk lepas tangan pasal penyakit yang menimpa katak-katak tu cuma suka untuk ingatkan aku takda idea untuk atasi masalah tu. Lagipun tak pernah ambik mana2 kursus pasal binatang-binatang apatah lagi kategori katak2 yang pelik2 rupanya. Kalau vet pun tak tahu so tak heran lah kalau aku pon tak tahu. Harapnya dapat pergi awal sikit sebab makin awal pergi makin cepat abis lagipun dari hari ke hari umur makin tua. Takkan nak stay kat tempat yang sememangnya diketahui tak boleh selesaikan masalah ni. Susah senang pun aku cari sponsor sendiri lagipunkalau mintak kat bos pun memang tak dapat sebab geran dah abis. So aku berikhtiar sendiri mencari duit dan setakat ni maklum balas adalah positif. Amin.....
Batu, Pasir dan Air
Ada orang kata manusia itu sifatnya boleh diibaratkan kepada tiga iatu batu, pasir dan air. Sifat yang dimaksudkan adalah kebolehan dan kemampuan seseorang itu untuk memaafkan. Yang pertama adalah batu, apa-apa yang terjadi dalam hidupnya seolah-oleh terpahat kemas di atas permukaan sebuah batu yang memakan masa teramat lama untuk terhakis. Walau terhakis sekalipun kesannya masih ada. Jenis macam ni teramat susah untuk melupakan apatah lagi memaafkan. Yang kedua adalah pasir. Apa-apa saja yang dicoret di atas pasir mudah untuk berlalu pergi. Semudah ditiup angin sepoi-sepoi ataupun dibawa pergi oleh aliran air sahaja. Tidak sempat untuk berbekas lama-lama sehingga menghasilkan dendam kesumat. Yang ketiga adalah sifatnya seperti sejernih dan sesejuk air yang sentiasa membawa suatu kedamaian. Tidak sempat untuk mencatat, mencoret apatah lagi untuk menyimpan lama-lama di dalam hati. Segalanya akan dibawa pergi dengan tenang dan damai.
*sejuk hati
*sejuk hati
Subscribe to:
Posts (Atom)
