Ni adalah kisah lagenda yang bakal dimuatkan dalam buku cerita kanak-kanak pada dekad akan datang. Sebuah kisah yang bakal menyebabkan rasa meluat pada watak utama yang menjadi teraju utama kisah yang menjengkelkan ini. Kalau difilemkan gerenti pawagam kena bakar. Para pelakon akan diludah jika bertembung dengan penonton di mana-mana saja lokasi tumpuan awam. Kalu takat kena carut sudah jadi perkara biasa. Kisah mengenai sorang penjawat awam yang malas tahap tertinggi dari dewa dewi. Yang hanya tahu goyang kaki dan silang kaki untuk duduk gaya huruf M. Tak tahu gaya yang popular ini? Sila cuba. Macam ni, paling seswai dipraktikkan atas lantai. kedua-kedua kaki dihala ke arah bertentangan dalam keadaan tidak lurus. Maknanya kaki itu membentuk huruf M. Biasanya digayakan oleh kanak-kanak. Yang tua bangka kalau buat jugak mesti jenis otak tak cukup sifat. Adapun penjawat awam ni bernama PARidah Mamut. Kejadian berlatar tempat di sebuah unversiti popular tanah seberang, Universiti Sastera Nasional ataupun USN. Mengikut sumber yang suka bawa mulut, asalnya beliau ditugaskan menyelia Persatuan Pertuturan Slanga Kelentong ataupun PPSK tetapi akibat mutu kerja yang setaraf keldai beliau ditukarkan ke sebuah jabatan tersohor iaitu Jabatan Nude Sign's. Sebagai kakitangan barisan sokongan beliau ditugaskan melakukan kerja seperti mengampu pegawai atasan, mencuci cawan polisterin, mengembala tikus makmal, merebus telur tembelang (separuh masak) dan melayari laman fesbuk . Namun demikian akibat gagal memahami JD yang diberikan sejak awal-awal dulu beliau gagal melakukan tugasan yang diamanahkan dengan sempurna. Sentiasa ada cacat cela di mana-mana. Ini telah menaikkan nafsu amarah sang ketua sehinggakan notis pemberhentian dikeluarkan dan disokong oleh semua staff lain. Sejarah baru telah dicatatkan. Beliau hanya sempat bertugas selama sebulan sahaja. Itu adalah tempoh paling singkat untuk mana-mana insan. Tidak heranlah tindakan drastik itu dikenakan memandangkan selama mana bertugas beliau sering menyatakan denagn penuh keyakinan bahawa tugasan yang diamanahkan bukanlah tugasan beliau. Yang lebih menaikkan keberangan ketua jabatan adalah kegagalan beliau mengesan bom-bom yang dihantar ke jabatan yang diisi dalam bungkusan-bungkusan yang diposkan secara ekspres. Disebabkan ketua jabatan banyak musuh di sana-sini beliau seringkali menerima bungkusan berisi bom berangkai dan kuman antrax. Maka seseorang ditugaskan untuk meyelia bungkusan yang diposkan ke jabatan. Tetapi akibat kelalain PARidah, ketua jabatan telah cedera ringan gara-gara terkena bom ikan yang dikepilkan dalam salinan sijil kelahiran palsu yang dipohon untuk disahkan. Gara-gara ketua jabatan sendiri telah terkena, maka PARidah secara rasmi ditamatkan pekhidmatan.
Wednesday, March 3, 2010
Kawan Kawin
*hari ni 03/03 adalah besday sorang kawan, seseorang yg daripadanya aku dapat belajar banyak menda..happy besday
Monday, March 1, 2010
CDM
Bila hujung bulan mula meragau sana sini nak bayar bil itu bil ini, tak masuk lagi hutang sana sini dan segala perbelanjaan sama ada perlu ataupun tidak perlu. Kena bayar letrik, air, telefon, internet, astro, kereta dan jugak rumah. Belum kira insurans lagi. Nasib tak main kutu, jadi kaki nombor ekor mahupun tahi judi. Kalau tak mesti lagi azab dan penuh derita. Jugak sedikit lega kerana masih belum berbini, kalau tak mesti kena pikir duit susu anak, duit nursery dan segala makan minum tanggungan lain. At least, peruntukkan untuk perkara tadi boleh disalurkan untuk berjoli dan hidup beriang ria. Sekurang-kurangnya buat masa sekaranglah, masa depan belum tentu. Adapun tanpa kita sedar, sama ada suka atau pun tidak kita telah jadi mangsa perhambaan sistem kapitalis. Kerja seharian pastu cukup bulan habis terbang macam asap. Ini bagi mereka yang tiada kemahiran untuk merancang perbelanjaan. bagi yang beringat baguslah, sekurangnya masih ada sedikit simpanan untuk masa mendatang, juga untuk kecemasan. Kehidupan pulak sekarang ni semua senang, pakai jari je boleh masak nasik, basuh kain, tengok movie serta juga boleh hantar perkabaran fitnah ke serata dunia. Cukup bulan pulak jari yang sama digunakan untuk membayar segala menda ataupun perkhidmatan yang telah dipakai. Bila dah nak membayar kena la carik bank-bank. Pakai je Cash Deposit Machine (CDM), senang citer. Lagipun dapat pergi malam2 hari, konon orang takdelah. Padahal sama aje siang atau malam, manusia memang tak pernah habis. Tadi pergi bank, hajat nak membayar apa yang perlu. Dari luar kelihatan orang beratur, itu adalah normal tapi bila masuk rupanya barisan itu berbentuk L. Bila dah stat beratur baru perasaan hujung huruf L tu rupanya ada lagi barisan yang bergabung membentuk macam huruf C. Dan akibat kejahilan sesetengah ungka bertopengkan manusia yang tak reti beratur maka ada sedikit pintasan berbentuk seperti palang huruf Q. Wah, panjang berjela betul barisan, mesin ada tiga tapi dua dah pencen. Yang beratur pulak masing2 macam print sendiri duit kat rumah. Beg besar-besar macam nak g luar negara yang terlebih muatan timbangan dan dikenakan denda yang tinggi oleh syarikat penerbangan. Masing-masing ambik masa berejam seolah-olah mesin itu adalah milik peribadi yang dibawa dari rumah. Dan lebih sakit tetiba bila sampai turn kita selamba kat screen tulis "out of service"! Rasa macam nak karate je mesin tu sampai pecah berderai. Sakitnya hati tak terkira, sebegitu banyak masa yang habis semata-mata nak membaca sepotong ayat yang maksudnya boleh menyebabkan seseorang itu naik hantu. Sunday, February 28, 2010
Ruang
Dalam bilik yang indah ni ada tiga almari, untuk baju, barang dan buku. Masing2 tak boleh dicampur aduk sesama sendiri dibimbangi akan berlaku rusuhan memandangkan setiap penghuni adalah berbeza kaum dan keturunan. Yang merisaukan adalah semua almari tu dah penuh dengan muatan. Padat. Tak tau celah mana lagi nak sumbat. Ada diantara barangan itu mula merangkak memenuhi meja. Yang berkelana atas lantai pun ada. Bertenggek dimana-mana saja ada ruang juga sudah tak terkira dengan jari termasuklah jari kaki. Kalau beli almari baru masalah tetap ada. Sudah tiada tempat untuk apa-apa pun. Nanti tiada ruang untuk bernafas, berjalan mahupun bersolat. Maka bila tahap itu menjelma fungsi sebuah bilik sudah menyamai tugasan ruangan bergelar stor. Nampaknya kena mulakan program penempatan barangan peribadi di luar bilik. Rampas ruangan seluas-luasnya sehinggalah satu tahap mengisytiharkan rumah ni adalah milik aku secara total.
Saturday, February 27, 2010
Re Search
Buat research bukan macam buat pengat. Kalau buat pengat senang, pergi kedai beli apa yang patut pastu masak. Kalau tetiba tak ingat step boleh tanya mak. Kalau mak banyak keje lain nak setel boleh cek dalam tenet. Bila dah masak pulak kalau rasa tak berapa sedap boleh adjust, tambah apa yang patut pastu rasa lagi. Kalau dah okey boleh makan, kalau tak okey jugak boleh buang. Kalau rajin boleh buat lagi dan lagi dan lagi sampai gila masak pengat. Alasannya masih belajar masak. Lagipun tak jadi pun bukan menyusahkan orang lain. Adalah rugi singgit dua inggit sikit tapi tak da sampai stress pastu nekad bunuh diri. Paling teruk pun menerpa ke toilet hala muka dalam toilet dan tarik flush. Pastu okey balik. Research ni macam nak buat bangunan. Tak boleh push sangat kan buat cepat2 pastu lingkup jadi citer lain. Nak buat kena pahamkan betul2 dulu, beli barang pulak bukan semua boleh ada kat negara ni. Kena tempah, ambik masa pastu step kena betul. Kena rujuk orang tu kena tanya orang ni. Kadang2 nak tanya bos tapi baik lagi cakap dengan dinding. Dinding kalau sakit hati boleh conteng kata2 nista, kalau depan bos berani ke? Statement fofular "don't come to me with problem, come with solution". Ala, jawap je tak tau kan senang citer. Telinga yang dengar pun tak sakit hati sangat. Pastu pulak research yang melibatkan sesuatu penyakit tu rasanya tak perlu la sampai ke tahap nak pergi tidur rumah patient konon nak lebih feel akan research. Tak perlu pun. Apa kata supervisor sekali sekala datang melawat student kat lab dan buat keje2 makmal? Lagi relevan. So bagi sesape yang ada idea mengarut tolong salurkan idea anda dalam saluran pembentung kat tepi2 jalan, maka takde la sampai menyusahkan manusia lain. Biasanya idea2 kelakar lagi lucu tercetus bila dah takde keje sangat. Kalau macam tu baik masa tu digunapakai untuk belajar anyam ketupat, masa raya boleh buat duit. Sekarang orang takut nak pakai plastik. Katanya mudah dapat kanser. Bagi yang bijak pandai pulak jangan hanya tahu berteori tapi cuba ambik masa untuk praktik. Jangan jadi macam Pak Pandir, cakap pandai tapi tak boleh beza kambing dengan Pak Lebai. Last skali mati tercekik pisang bakar. Tak kira apa latar belakang mereka yang pasti kesudahan hidup berakhir dengan teruk. Yang paling utama jangan jadi macam burung kakak tua, orang bagi salam ikut, orang mencarut pun join sekali tapi diri sendiri tak tahu apa yang dicakapkan. Nak faham jauh sekali. Tapi susah nak mengubah tabiat yang sebati dalam diri. Takpelah, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Untung sabut timbul untung batu tenggelam.
*Syair si pari-pari
Thursday, February 25, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Rimba Riang Ria
Si Kitun yakni seekor ungka sambil menarik-narik kelopak mata seraya lidah dalam keadaan terjelir kepanasan tetiba berkata "i benchi bau tikus, busuk!". Statement itu tarpacul dari mulutnya tatkala Kristoper Colompo iaitu salah satu spesies burung wek wek melintas di hadapannya. Burung wek wek rupa fizikalnya seakan-akan burung dodo yang telah diisytiharkan pupus pada beberapa abad lepas. Kristoper saja buat-buat tak dengar tapi dalam hatinya beliau berkata "bau badan kau lagi busuk dari tikus lah". Pernyataan itu ada betulnya dan mendapat persetujuan hampir seluruh penghuni rimba, yang menentang hanyalah Si Kitun semata. Siapa tak kenal Si Kitun? Lembu, kambing, rimau, biawak, kuda, lipan, landak semua kenal akan beliau. Malahan kumpulan orang asli yang menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan serta sesekali terlibat dengan aktiviti pembalakan haram turut mengecam rupa paras ungka tersebut. Tak susah nak cam ungka bermasalah ini. Beliau menjadikan batu besar berlumut hijau sebagai pangkalan untuk bermalas-malasan sambil bergayut pada dahan semalu yang berbentuk seakan-akan gagang telefon. Kalau terlebih rajin beliau selalunya mencari kutu yang menjadikan bulu-bulu badannya sebagai kawasan penempatan terancang. Populariti yang dikecapinya adalah disebabkan sifatnya yang nyata membuatkan mata yang melihat menjadi buntang. Selain perasan bagus beliau juga bersifat bongkak riak watakabbur. Si Kitun jugak sejak menjadi penghuni rimba lara itu telah bergaduh besar dengan sang Panda yang berpunca daripada perlantikan Panda sebagai lambang rasmi WWF walhal perlantikan itu bukanlah disebabkan sang Panda melobi serata rimba. Khabar yang bertiup kencang akhir-akhir ini membawa berita gembira buat seluruh penghuni rimba, mana taknya dengar kata Si Kitun bakal dipindahkan ke pusat perlupusan sisa pepejal terbiar. Mungkin tempat itulah yang paling seswai untuk beliau membuka penempatan baru dan menjalankan gaya hidup sehat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















