Kekadang kita tak berapa ingat apa yang kita dah beri kat seseorang itu sehinggalah tuan punya badan mengingatkan kita semula. Bukan bermakna apa yang diberi itu adalah terlalu banyak sampai kepala otak tak mampu lagi untuk mengingat. Bukan jugak bermaksud keadaan diri yang tidak waras ketika pemberian dilakukan. Tapi, bila aku menghadiahkan sesuatu kat seseorang aku tak pernah nak harap apa-apa ganjaran ataupun balasan atas apa saja yang diberikan itu. Maka dengan itu aku tidak simpan ingatan mengenai sesuatu pemberian itu sehinggalah disebut semula. Untuk orang yang dimaksudkan itu aku ucapkan terima kasih kerana telah mengingati aku betapa setiap pemberian itu dihargai olehnya. Serius ada yang telah aku lupa ada yang masih aku ingat. Ada sorang pernah cakap kat aku, pemberian paling tinggi nilainya adalah memberi sesuatu yang paling kita sayangi pada somebody yang kita rasakan penting dalam hidup kita. Tapi jangan sesekali bagi bini @ girlfriend kat orang lain, itu adalah perbuatan golongan mereng.
Thursday, March 25, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Lagenda
Datangnya tidak diundang, perginya tanpa sebarang pesan. Hanya bersinggah, kemudian berlalu tanpa diketahui bilakah masanya kedatangan untuk kali seterusnya. Bermacam langkah pencegahan telah diambil untuk mengelakkan 'tragedi' berikutnya tetapi sekali 'gelombang' membadai lagi tiada apa lagi yang mampu menghalang. Kesan kemusnahan yang lalu masih bersisa walaupun pada dasarnya pelbagai penambahbaikan telah dijalankan untuk mengembalikan keadaan seperti dahulukala. Tetapi itu hanyalah pandangan luaran, disebalik semua itu kemusnahan masih meninggalkan trauma yang tidak berpenghujung. Maka tatkala gelombang kedua membadai segala struktur yang masih tidak berapa stabil terus lingkup dalam masa yang singkat membawa bersama kemusnahan yang lebih besar. Kalau dikira gelombang pertama adalah jauh lebih besar tetapi kesan kemusnahan gelombang kedua lebih berpanjangan dengan disertai bersama hilangnya suatu azimat yang menjadi benteng ketika gelombang pertama membadai. Satu-satunya yang tinggal telah hancur lebur, menjadi lagenda yang bakal diceritakan turun temurun. Suatu kisah tentang betapa suatu kesilapan tafsiran kejadian telah membawa malapetaka besar yang tak berpenghujung. Berlakunya dua tragedi besar dalam masa yang singkat telah merubah semua struktur kekal secara total dan apa yang pasti keadaan seperti dahulukala hanya sekadar suatu impian yang tak berkesudahan.
Sunday, March 21, 2010
Reminder
Memang menyusahkan kalau nak buat kerja yang melibatkan orang lain tak kiralah sama ada secara langsung atau tak langsung. Kalau dah namanya pekerja tak kesah la jawatan apa mesti tau apa kerja yang perlu buat. Tak perlulah nak remind setiap hari, setiap jam atau setiap minit. Kalau takat datang pastu duk bersenda gurau, baca paper, pergi minum pastu punch card balik bila tiba waktu pulang rasanya lebih baik balik rumah buat kerepek. Ramai lagi orang nak kerja. Jangan jadi liabiliti pada orang lain. Menyusahkan dan dalam masa yang sama buat orang lain kelam kabut. Buat kerja tak ke mana pun, cakap jer yang lebih. Berapi-api tapi kosong dan boleh dikategorikan sebagai tak tau apa langsung.
*kesiannn
*kesiannn
Thursday, March 18, 2010
Kuala Krai

Hari ini sepetang berada di Kuala Krai. Tujuan utama adalah untuk demonstrasi alatan hospital yang bertempat di Pusat Kesihatan Kuala Krai. Sambil-sambil tu dapat juga belajar berbisnes terutamanya bab-bab melayan customer yang telah 'berbelanja besar'. Rupanya jadi orang bisnes ni memerlukan kepakaran dalam berkata-kata dan yang lebih utama kena yakin pada diri walaupun ilmu di dada takat tahap ciput. Mesti kena yakin, customer bukan calang-calang, semua hebat-hebat dan berpangkat. Kalau tak yakin, silap-silap masa disoal balas lidah jadi kelu dan mulut jadi bisu. Maka untuk elakkan kejadian seperti itu kena pandai buat lawak bodoh dan jugak mesti terrer memperbodohkan golongan cendikiawan. Satu yang jadi pegangan adalah sehebat manapun seseorang itu pasti ada yang dia tak tahu. Kenalah bijak memanipulasi fakta tersebut dan persembahkannya dalam bentuk keyakinan maka bisnes confirm dalam tangan!
*hebat!!!
Buku

Buku pasal kaum yahudi dan segala macam onar yang telah dilakukan mereka atas muka bumi ni sejak ribuan tahun dahulu sehinggalah sekarang. Banyak kupasan telah didedahkan dalam buku ini terutamanya mengenai penguasaan yahudi di Amerika dan keterlibatan tangan-tangan ghaib mereka di dalam isu-isu besar seantero dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
