Sunday, May 16, 2010

Anugerah

Dia bukanlah kategori orang mulia yang berimej baik macam bidadari syurga. Cakap pun boleh tahan main ikut sedap mulut. Tapi dia cukup arif masanya untuk bergurau dan ketika mana untuk serius. Cuma dia ada satu kelebihan yang susah dicari kat orang lain ada kat dia. Kebolehan untuk memahami dan sikap suka menolong. Tiada satu apa pun yang dituntut sebagai balasan atas setiap kebaikan. Tapi bagi yang ada akal fikiran pasti membalas dengan satu keikhlasan. Kerana keikhlasan itu adalah satu titik permulaan sebuah persahabatan. Tiada apa lagi yang boleh dipinta, malah apa yang diberikan sudah lebih daripada cukup. Layakkan untuk meminta itu ini mengharapkan yang indah-indah belaka sedangkan apa yang kita harapkan begitu jauh sekali untuk diberikan pada orang lain. Maka sebelum mendambakan sesuatu lebih elok jika belajar untuk memberi terlebih dahulu. Mungkin itulah pegangan hidupnya sungguhpun tiada pernah sekalipun dia menyatakannya. Tapi yang tak dapat dilihat bukanlah bererti tiada. Tetap ada cuma mungkin atas dasar kekhilafan diri semua itu gagal dilihat untuk diperhatikan dan diperhalusi. Bukan untuk kali ni.

*Tuhan telah bagi aku peluang dipertemukan kawan yang baik...

Mimpi

Malam tadi aku bermimpi dapat duit. Bukan sikit-sikit punya duit tapi kalau rajin susun boleh sumbat dalam peti kayu. Bukan curi orang punya juga bukan rompak orang lain tapi ada orang beri. Orang yang aku kenal tapi yang herannya setau aku orang tu bukan dalam kategori pemurah malahan boleh dikelaskan sebagai kedekut. Terpikir jugak apa maksud mimpi ni? Mungkin mainan syaitan dan jugak iblis. Ataupun mungkin satu petanda yang aku bakal dapat rezeki dalam masa terdekat. Kalau ada akan diterima dengan hati terbuka cuma mintak dijauhkan kalau-kalau itu adalah petanda dapat bala bencana. Sebab kata orang mimpi ni selalunya bawak maksud berlawanan. Tapi orang yang cakap tu pun bukan boleh pakai sangat lagi-lagi beliau bukanlah pemegang ijazah kedoktoran mana-mana institusi pengajian tersohor ataupun kolej-kolej swasta. Mungkin mimpi tu datang sebab beberapa hari sebelum tu aku begitu tergilakan peti kayu yang jadi bahan display untuk jenama kasut. Sudahnya peti kayu itu muncul sebagai peranan tempat letak duit dalam mimpi. Mungkin jugak begitu. Segalanya berkemungkinan.

*Bangkitlah daripada mimpi-mimpi masa lalu

Sunday, May 9, 2010

Pasar Malam

"Jiwa sorang manusia itu boleh diumpamakan seperti tapak pasar malam manakala kawan-kawan adalah penjajanya. Sebelum diorang datang, jiwa adalah kosong dan hambar. Selepas hadirnya mereka suasana jadi meriah umpama pesta. Dan yang lebih penting sepertimana para penjaja tinggalkan sesuatu kat atas tapak selepas meniaga, kawan yang baik PASTI tinggalkan sesuatu setelah tiada nanti...."

*diorang masih buang sampah merata ikut suka hati...

Wednesday, May 5, 2010

Canggih

Kalau ilmu IT tak berapa kukuh jangan menggatal nak pakai benda-benda canggih. Kelak akan menyusahkan diri sendiri sebab tak reti guna dan terpaksa tanya orang lain yang lebih pakar. Tapi bukan semua benda-benda canggih ni merumitkan. Contohnya baju canggih dijamin tidak mendatangkan kemudaratan kepada si pemakai. Itupun kalau masih ada orang sanggup nak pakai memandangkan jenama ini adalah untuk kanak-kanak sekolah. Dikatakan canggih sebab pintar. Pintar sebab banyak kegunaan sampaikan ada yang tak tahu guna. Serius, kegunaan terlampau banyak sehingga menda-menda paling asas pun diupgrade dengan teknologi terkini. Bagi orang-orang kuno kelebihan ini dianggap sebagai musibah. Tapi tak perlu salahkan sesiapa kerana tiada sebarang akta telah digubal untuk menyatakan adalah wajib untuk membeli alatan-alatan canggih. Semuanya atas kemahuan diri sendiri.

*Pening!!

Tuesday, May 4, 2010

Mulut

Kalau ikutkan mulut orang memang tak boleh diam. Mungkin depan-depan diam belakang siapa tahu. Kalau secara berdepan memang senang nak diamkan terus. Mulut longkang lagi senang nak tutup. Yang susahnya jenis mulut yang tak tahu bila masa kena bukak dan waktunya untuk tutup. Bahaya. Lagi ngeri kalau jenis mulut busuk yang sentiasa ternganga macam kepah gergasi kat perairan negeri Johor. Ala yang bebudak universiti duk buat research tu. Ada dalam majalah 3. Jenis macam tu biasanya belajar daripada kedai serbaneka paling berjaya iaitu seven eleven. Sentiasa bukak 24 jam termasuklah cuti umum dah hari raya puasa. Tutup bila terbakar saja. Kena rompak pun tak ganggu operasi. Cuma sangatlah rugi jika ketabahan itu dipalitkan pada tempat lain. Seolah-olah sudah tiada lagi kerja lain. Sedangkan pekerja perbandaran pun ada masa cuti cuma kadang-kadang kena kerja syif malam. Ikut schedule masing-masing. Yang penting ada juga masa untuk relax. Gejala gaya kampung macam ni persetankan saja. Lama-lama senyap sendiri jugak cuma kena sedikit bersabar. Mungkin esok lusa kena bisul. Tunggu je...
"sekuat manapun suara seseorang itu masih juga gagal menjangkau bisikan suara hati masing-masing"

Confirm

Dah confirm. Confirm akan fly again merantau ke tempat orang. Bukan untuk suka-suka tapi untuk habiskan saki baki kerja-kerja yang tak abis diselesaikan kat sini walaupun ada jugak terselit agenda tersirat di celah-celah perancangan lain. So aku berharap untuk tinggalkan negara ni untuk dua tiga bulan berkelana kat perantauan. Lagi. Untuk kali ke berapa ntah, meninggalkan daki-daki dunia dan segala kotoran kat sini. Meninggalkan segala masalah-masalah yang merencatkan kerja dan membantutkan minda. Apapun aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi walaupun duit geran dah hampir kosong. Kali ni aku betul-betul cari tajaan sendiri. Nekad. Hasilnya berbaloi. Rasa happy walaupun dalam kesenduan. Sendu mengenangkan nasib yang terpaksa cari arah sendiri tanpa mengharapkan kat siapa yang selayaknya. Biarlah, semua tu hampir berlalu. Lorong yang gelap dah disinari cahaya walaupun hujung jalan masih belum pasti di mana. Yang lebih penting dah jumpa track yang betul bukan lagi berselirat dalam labirin yang berbelit.

*Akan ada kredit kad sendiri

Monday, May 3, 2010

Merungut

Merungut adalah satu sindrom yang mengarut. Ada je benda yang nak dirungutkan. Ini tak kena itu tak betul dan segala macam bentuk penafian lain lagi. Sebabnya satu je iaitu bila dah rasa diri sendiri betul sangat. Sempurna. Perfect katanya. Maka yang tak betul semuanya adalah orang lain. Yang mengacau jugak adalah keadaan yang berlaku bukannya salah diri sendiri. Maka keluarlah statement 'mangsa keadaan'. Rentetan itu mula bukak mulut sana sini untuk bercerita itu ini kat sesape saja yang dirasakan mampu mendengar cerita karut. Dan seperti biasa merungut. Pastu mencarut sikit-sikit kat orang yang dimaksudkan. Muka macam biasalah mesti mencuka. Dan seperti biasa persoalan yang timbul adalah sampai bila nak habis?Entah...tak da komen.
*Aku dah bosan!!