Tuesday, March 9, 2010

Abstrak

Ramai orang masih jahil menilai lukisan, terutamanya yang dalam kategori 'abstrak'. Sekali tengok macam celoreng sana sini saja. Senangnya melukis, conteng sana sikit calit-calit cat kaler bagi nampak warna-warna pastu jual. Pernah jugak terpacul statement mungkin orang yang lukis adalah gila. Mungkin dia hanya takde keje nak buat dan buat-buat sibuk dengan curah kaler tampung-tampung atas kanvas. Tu satu hal, yang golongan tiba-tiba datang berkerumun pastu tunjuk sana tunjuk sini mencuba tafsir erti sesuatu lukisan abstrak itu pun ramai. Macam-macam andaian dibuat, betul atau tidak diorang tak peduli yang penting puas hati. sampai gaduh-gaduh pun ada sebab masing-masing pertahankan pendapat masing-masing. Dan jangan terkejut ada pulak yang terlebih duit dengan membeli lukisan jenis ni dengan menggantungkan kat dinding-dinding rumah mahupun pejabat. Harga pulak bukan murah, koman-koman ribuan ringgit, ada yang cecah juta-juta. Pun tak jadi hal, asal puas hati. Lagipun boleh menunjuk-nunjuk kat orang lain. Rasa bangga. Tapi pernahkah kita fikir sebenarnya lukisan abstrak tu boleh digambarkan sebagai kehidupan manusia. Tengok memang tak cantik tapi penuh dengan erti yang tersurat. Orang akan mengandaikan dengan macam-macam erti. Begitu jugak dengan tuan punya badan. Segalanya bergantung pada penilaian masing-masing. Yang penting adalah penilaian diri kita sendiri, kalau elok, maka bahagialah hidup kita. Boleh buat ribuan tafsiran, kalau rajin boleh tafsir sampai juta-juta sampai tak jadi kerja. Yang lebih utama tafsiran negatif campak jauh-jauh, bukan takat baling dalam longkang tapi boleh cuba sampai sejauh mata memandang sampai tahap tak nampak dah. Kalau orang lain tafsir yang buruk-buruk pasal kehidupan kita, tu adalah masalah diorang. Penting untuk menjadi orang yang sentiasa gembira.

Monday, March 8, 2010

Travelog Haji

Bebaru ni ada kawan hadiahkan buku ni. Katanya adalah satu contoh bacaan yang bagus dan bila baca sikit2 aku setuju dengan dia.

*TQ

Friday, March 5, 2010

Friday Morning!

Sesekali aku akan membuat perkara yang boleh dikategorikan sebagai buang tebiat. Kekadang secara tiba2, ada juge memang dirancang. Macam pagi tadi, aku bangun awal2 dan terus ke Kuala Besar untuk naik bot ke pulau-pulau sekitar muara Sungai Kelantan. Suasana berkabus, memang winter sonata sangat. Air pulak tengah surut maka sungai takde la dalam sangat. Ada banyak bot-bot berlabuh. Bot kecik je, tengok pun confuse selamat ke tak. Tapi bila dah naik memang rasa selamat je, cume sesekali gelombang besar membadai bot kecik tu akan teroleng-oleng seketika. Nak naik ke pulau cuma singgit, tapi nak round pulau-pulau tu bayaran berdasarkan berapa jauh kita nak round. Tadi cuma 20 RM. Naik dua orang, masing2 bayar 10 RM. Mula2 sampai kat pulau jalan kaki ikut jalan kecik. Redah kawasan kampung, pusing-pusing tanpa tujuan dan snap gambar sesuka hati. Jauh jugak jalan tapi suasana tak panas maka tak terasa letih sangat. Atas pulau ni ada sekolah, klinik desa, tabika dan jugak masjid. Kereta takde, motorsikal x banyak. Rata-rata kenderaan wajib ada ialah bot. Life kat sini adalah tipikal bagi mana2 kampung nelayan. Tak nampak pulak rumah orang yang kaya raya, yang ada sedang-sedang saja. Kalau nak adventure datang la masa musim tengkujuh. Katanya kawasan ni akan banjir so suasana akan jadi sangat mencabar.
* Naik bot lagi ramai lagi jimat, sbb bayaran boleh share, kalau nak free naik ramai2 sbb bila ramai sangat bot akan tenggelam tgh2 sungai maka tak payah bayar tambang lagi...

Renjuna Island
























Wednesday, March 3, 2010

PAR negara

Ni adalah kisah lagenda yang bakal dimuatkan dalam buku cerita kanak-kanak pada dekad akan datang. Sebuah kisah yang bakal menyebabkan rasa meluat pada watak utama yang menjadi teraju utama kisah yang menjengkelkan ini. Kalau difilemkan gerenti pawagam kena bakar. Para pelakon akan diludah jika bertembung dengan penonton di mana-mana saja lokasi tumpuan awam. Kalu takat kena carut sudah jadi perkara biasa. Kisah mengenai sorang penjawat awam yang malas tahap tertinggi dari dewa dewi. Yang hanya tahu goyang kaki dan silang kaki untuk duduk gaya huruf M. Tak tahu gaya yang popular ini? Sila cuba. Macam ni, paling seswai dipraktikkan atas lantai. kedua-kedua kaki dihala ke arah bertentangan dalam keadaan tidak lurus. Maknanya kaki itu membentuk huruf M. Biasanya digayakan oleh kanak-kanak. Yang tua bangka kalau buat jugak mesti jenis otak tak cukup sifat. Adapun penjawat awam ni bernama PARidah Mamut. Kejadian berlatar tempat di sebuah unversiti popular tanah seberang, Universiti Sastera Nasional ataupun USN. Mengikut sumber yang suka bawa mulut, asalnya beliau ditugaskan menyelia Persatuan Pertuturan Slanga Kelentong ataupun PPSK tetapi akibat mutu kerja yang setaraf keldai beliau ditukarkan ke sebuah jabatan tersohor iaitu Jabatan Nude Sign's. Sebagai kakitangan barisan sokongan beliau ditugaskan melakukan kerja seperti mengampu pegawai atasan, mencuci cawan polisterin, mengembala tikus makmal, merebus telur tembelang (separuh masak) dan melayari laman fesbuk . Namun demikian akibat gagal memahami JD yang diberikan sejak awal-awal dulu beliau gagal melakukan tugasan yang diamanahkan dengan sempurna. Sentiasa ada cacat cela di mana-mana. Ini telah menaikkan nafsu amarah sang ketua sehinggakan notis pemberhentian dikeluarkan dan disokong oleh semua staff lain. Sejarah baru telah dicatatkan. Beliau hanya sempat bertugas selama sebulan sahaja. Itu adalah tempoh paling singkat untuk mana-mana insan. Tidak heranlah tindakan drastik itu dikenakan memandangkan selama mana bertugas beliau sering menyatakan denagn penuh keyakinan bahawa tugasan yang diamanahkan bukanlah tugasan beliau. Yang lebih menaikkan keberangan ketua jabatan adalah kegagalan beliau mengesan bom-bom yang dihantar ke jabatan yang diisi dalam bungkusan-bungkusan yang diposkan secara ekspres. Disebabkan ketua jabatan banyak musuh di sana-sini beliau seringkali menerima bungkusan berisi bom berangkai dan kuman antrax. Maka seseorang ditugaskan untuk meyelia bungkusan yang diposkan ke jabatan. Tetapi akibat kelalain PARidah, ketua jabatan telah cedera ringan gara-gara terkena bom ikan yang dikepilkan dalam salinan sijil kelahiran palsu yang dipohon untuk disahkan. Gara-gara ketua jabatan sendiri telah terkena, maka PARidah secara rasmi ditamatkan pekhidmatan.

Kawan Kawin

Kawan aku dah kawin dan sekarang kabarnya sedang berbahagia. Aku tumpang happy untuk kawan aku ni, walaupun aku gagal menghadirkan diri ke majlis mereka atas kekangan yang pelbagai. Dah masuk dekat2 2 bulan pun, tapi harap masih belum terlambat untuk wish selamat pengantin baru kat diorang. Nanti kita jumpa boleh lepak2 macam dulu2 ye...Tahniah dari aku sekali lagi kat korang.

*hari ni 03/03 adalah besday sorang kawan, seseorang yg daripadanya aku dapat belajar banyak menda..happy besday

Monday, March 1, 2010

CDM

Bila hujung bulan mula meragau sana sini nak bayar bil itu bil ini, tak masuk lagi hutang sana sini dan segala perbelanjaan sama ada perlu ataupun tidak perlu. Kena bayar letrik, air, telefon, internet, astro, kereta dan jugak rumah. Belum kira insurans lagi. Nasib tak main kutu, jadi kaki nombor ekor mahupun tahi judi. Kalau tak mesti lagi azab dan penuh derita. Jugak sedikit lega kerana masih belum berbini, kalau tak mesti kena pikir duit susu anak, duit nursery dan segala makan minum tanggungan lain. At least, peruntukkan untuk perkara tadi boleh disalurkan untuk berjoli dan hidup beriang ria. Sekurang-kurangnya buat masa sekaranglah, masa depan belum tentu. Adapun tanpa kita sedar, sama ada suka atau pun tidak kita telah jadi mangsa perhambaan sistem kapitalis. Kerja seharian pastu cukup bulan habis terbang macam asap. Ini bagi mereka yang tiada kemahiran untuk merancang perbelanjaan. bagi yang beringat baguslah, sekurangnya masih ada sedikit simpanan untuk masa mendatang, juga untuk kecemasan. Kehidupan pulak sekarang ni semua senang, pakai jari je boleh masak nasik, basuh kain, tengok movie serta juga boleh hantar perkabaran fitnah ke serata dunia. Cukup bulan pulak jari yang sama digunakan untuk membayar segala menda ataupun perkhidmatan yang telah dipakai. Bila dah nak membayar kena la carik bank-bank. Pakai je Cash Deposit Machine (CDM), senang citer. Lagipun dapat pergi malam2 hari, konon orang takdelah. Padahal sama aje siang atau malam, manusia memang tak pernah habis. Tadi pergi bank, hajat nak membayar apa yang perlu. Dari luar kelihatan orang beratur, itu adalah normal tapi bila masuk rupanya barisan itu berbentuk L. Bila dah stat beratur baru perasaan hujung huruf L tu rupanya ada lagi barisan yang bergabung membentuk macam huruf C. Dan akibat kejahilan sesetengah ungka bertopengkan manusia yang tak reti beratur maka ada sedikit pintasan berbentuk seperti palang huruf Q. Wah, panjang berjela betul barisan, mesin ada tiga tapi dua dah pencen. Yang beratur pulak masing2 macam print sendiri duit kat rumah. Beg besar-besar macam nak g luar negara yang terlebih muatan timbangan dan dikenakan denda yang tinggi oleh syarikat penerbangan. Masing-masing ambik masa berejam seolah-olah mesin itu adalah milik peribadi yang dibawa dari rumah. Dan lebih sakit tetiba bila sampai turn kita selamba kat screen tulis "out of service"! Rasa macam nak karate je mesin tu sampai pecah berderai. Sakitnya hati tak terkira, sebegitu banyak masa yang habis semata-mata nak membaca sepotong ayat yang maksudnya boleh menyebabkan seseorang itu naik hantu.