Wednesday, February 17, 2010

Bebelan Sang Bebal

Siti Janabah merupakan receptionist sebuah hotel murahan berdekatan Kow Chit Road dalam kawasan Parlimen Bukit Bulan. Dah namanya receptionist mestilah skop keje merangkumi mak pacak kat kaunter. Walaupun title adalah mak pacak tapi beliau sepanjang masa duduk melekat pada sebuah kerusi buruk. Walaupun makan gaji tapi mutu kerja beliau adalah setaraf budak tadika yang ada penyakit sindrom pernifasan akut yang tak berapa teruk. Memang haprak dan selayaknya dipecat pada jam pertama mula berkerja tetapi disebabkan ada kabel besar yang 'melilit' dan melindungi beliau maka jawatan itu terus menjadi milik beliau walaupun post berkenaan tak pernah diidamkan oleh sape2 saje yang waras akalnya. Maka walaupun keje macam tak keje tapi duit balun je bulan2, takde sesape yang berani tegur sebab takutkan disambar karen oleh kabel2 ghaib tersebut. walaupun ada customer berceracak beratur nak check in tapi bila beliau stat bergayut memang seumpama beruk berpaut di dahan. Takkan lepaskan gagang tepon walaupun dilanda tsunami. Paling kurang pon 2 jam. Topik yang dipilih biasa berkisar pada perbualan ringan-ringan saja memandangkan perkara berat gagal difahami oleh beliau dan konco2 dengan sempurna. Biasalah, minda tak cerdas walaupun bab mengumpat cergas mengalahkan atlet ironman. Tapi Cik Siti Janabah ni suka sangat memperihalkan hal-hal kecantikan berserta produk2 jenama antarabangsa walaupun sekali pandang macam tak layak dan tiada kali kedua untuk mengerling memandangkan mimik muka beliau seiras momok. Komen aduan pelanggan kalau dikumpulakan dah boleh dijilidkan untuk beratus edisi. Baca sampai mual pun tapi keadaan masih tak berubah bahkan bertambah teruk. Dipendekkan kisah orang yang menjadi kabel beliau selama ni dibuang kerja gara2 cuba merasuah seorang pekerja pembersihan saliran. Maka sepantas kilat beliau ditukarkan ke cawangan di Lorong Hajah MyMoon yang terkenal dengan kawasan maksiat terkemuka benua asia. Tambah best lagi bila beliau diberi syif malam. Tapi disebabkan kebebalannya beliau gagal memahami bahawa itu adalah satu tanda untuk memaksa beliau untuk meletak jawatan walaupun dibuat secara halus. Malam pertama keje beliau telah dihamburkan muntah hijau oleh sorang customer mabuk yang mahu menempah bilik untuk bermalam dengan seorang aktivis sosial yang di bawah pengaruh dadah. Gara2 terkejut habis terpelanting gagang telefon yang meyebabkan wayar2 berseliratan membelit leher beliau sehingga meyebabkan peti suara beliau 'lari' dari kedudukan asal. Lebih memburukkan keadaan muntah hijau yang pekat tersumbat teguh di dalam rongga hidung beliau sehingga gagal bernafas. Untuk meyelamatkan usianya yang nyawa2 ikan itu beliau bernafas menggunakan mulut. Untuk itu berserta hirupan udara turut dihirup adalah muntah yang menjijikkan tadi. Keadaan berlarutan sehingga 25 minit sehinggalah seorang doktor haiwan memberikan bantuan perubatan. Dua minggu terlantar di hospital memang membosankan tapi yang lebih azab adalah disebabkan insiden tersebut Siti Janabah telah diisytiharkan bisu maka bebelan beliau kat corong telefon kat kaunter2 telah menjadi satu sejarah hidup semata!
*Sila buat kerja bukan tahu bergayut saje OK!!

Petua Hidup

*Supaya bibirmu kelihatan menawan, tuturkanlah kata-kata yang baik
*Supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain
*Supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu
*Jika perlukan bantuan, ketemuinya di hujung kedua-dua tanganmu
*Sedarilah satu tangan untuk membantu diri dan satu lagi untuk membantu orang lain
*Manusia perlu diperbaiki, diperbaharui, dipulih, ditebus dan diselamatkan; bukan dipinggirkan

***Audrey Hepburn***

Sunday, February 7, 2010

Wednesday, February 3, 2010

Dua Tahun Lepas

Petang tadi tetiba aku terasa nak melawat tempat aku stay masa datang dua tahun lepas. Tempat aku berteduh untuk kira2 tiga bulan. Tempat pertama aku tujui semasa baru menjejakkan kaki ke bumi Vienna ni. Maka lepas balik lab aku terus naik bas ke sana. Feel dia macam dulu2 jugak, dan keadaan jugak masih tak berubah. Bilik aku dulu kelihatannya lampu masih menyala, menandakan ada somebody duk kat situ. Aku stop kejap dan tengok2 keadaan sekeliling. Nyata sekali tak ada apa yang berubah. Pasti. Dan untuk beberapa ketika aku melangkah pulang...
Kat sini aku nak share something. Last week aku tertengok satu magazine National Geographic ni, menengokkan saja tajuk dia aku tahu aku mesti akan beli...Harga dia 12.50 euro..dalam RM darab je dengan lima...tapi isi dia sangat menarik. Yang penting free gift map Holy Ground Jerusalem yang dia lampirkan skali.


Tuesday, February 2, 2010

250 km

250 km. Ini adalah jarak antara Vienna dan Prague, dua kota antara negara yang berjiran tetapi mempunyai perbezaan yang signifikan. Perjalanan pergi balik lebih kurang 4 jam sahaja dan dihubungkan dengan jaringan pengangkutan darat yang baik. Lebuh raya boleh dikatakan sama dengan PLUS, selesa dan selamat dengan dihiasi dengan hutan pokok pain di sepanjang perjalanan. Yang lebih bagus adalah tiada langsung bayaran tol dikenakan sepanjang perjalanan, berbeza dengan keadaan di Malaysia. Perkhidmatan R&R juga boleh dikatakan tiada, yang ada hanyalah restoren2 kecil beserta stesen minyak berserta motel2 untuk pengembara. Dataran salji juga menjadi pemandangan biasa di kiri kanan highway. Aku tiba di Prague lebih kurang pukul 12, terus check in hotel yang terletak hanya seberang jalan dari Prague International Bus Station. Rate murah je, 13 euro seorang. Harga diskaun sempena winter sebab musim sejuk2 macam ni kurang orang yang berkeinginan untuk melancong. So bagi yang mempunyai bajet yang terhad, masa ni adalah paling sesuai. Aku jugak sangat bernasib baik sebab ada restoren Turkey yang ada cop halal terletak berdekatan dengan hotel so sepanjang 2 hari melepak kat Prague di situlah tempat kami memenuhkan perut. Prague sangat cantik dan fotogenik, terutamanya area Old City. Bandar dia jugak besar dan di mana-mana saja boleh jumpa pelancong dari pelbagai negara. Ada jugak kelihatan orang Malaysia. Yang mengejutkan ada peniaga souvenir kat sana pandai berbahasa Melayu untuk beberapa kerat perkataan, katanya belajar dari pelancong Malaysia. Orang kat sana jugak lebih mesra dan ramah berbanding kat Vienna dan Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas. Tapi satu keadaan yang aku sedar bahasa German mempunyai pengaruh lebih kuat dari English. Jalan-jalan kat Prague juga sangat licin disebabkan batu-batu jalan dia sangat antik. Ramai gila yang tergelincir dan hampir terjatuh, so semua berjalan dengan berhati-hati macam memakai kimono. Jangan cakap pasal cuaca kerana Prague lebih kurang sama sejuk dengan Vienna. Barang2 jugak harga lebih murah dari Vienna tapi lebih mahal compare dengan Malaysia. Kat sini aku tak membeli sangat, hanya sikit2 untuk diri sendiri, so pada yang mengimpikan yang bukan2 harap maaf semua ya. Untuk berlaku adil aku tak beli apa2 pun untuk semua orang. Tapi bagi sesiapa yang berminat untuk ke Prague aku boleh tolong cadangkan beberapa perkara so jangan segan2 untuk bertanya. Sini aku taruk gambar nasik Turkey yang aku bedal sampai licin. Rasa dia? Best giller!!

*menantikan souvenir dari Itali dari seseorang...lalalalala

Prague II








Monday, February 1, 2010