Monday, March 14, 2011

Cawangan

Bermula dari satu. Dikembangkan jadi dua. Membesar dan membesar dengan pantas. Tidak pernah mengecut. Sangat pasti itu tidak pernah berlaku. Sejajar dengan masa, makin berkembang mengikut janjang geometri. Pada masa gawat pun masih mampu mencatatkan pertumbuhan positif dua angka. Pada kemuncaknya telah melimpah ruah sehingga terpaksa dikecilkan saiz. Sesungguhnya pengecilan itu tidak mampu menyaingi pertumbuhan yang luar biasa.
Sehinggalah beberapa ketika kebelakangan ini cawangan bertambah lagi kepada dua. Satu masih di kawasan berdekatan tapi yang satu lagi nun jauh di ibu kota. Sekarang jadi empat. Risau. Takut jadi lapan dan enam belas sehinggalah seterusnya. Bila akhirnya mahu berhenti? Masih tiada tanda-tanda itu. Akhirnya kat mana aku nak duduk?

Wednesday, March 9, 2011

Buta Tuli

Seorang buta yang sedang dalam perjalanan ke suatu tempat biasanya tidak ada gambaran langsung tentang tempat tujuannya itu. Mana mungkin dia tahu mengenai semua benda dan perkara yang belum pernah dilihatnya untuk sepanjang hayat? Manusia yang normal pun sentiasa silap gambaran antara bayangan dengan realiti. Semuanya disebabkan oleh suatu kekaburan akibat cetek ilmu dan pengalaman.
Dengan kekurangan yang ada itu ada baiknya insan yang buta tadi menanamkan sedikit kepercayaan pada orang lain untuk membantunya mencari arah yang dikehendaki. Sekiranya sudah ditunjukkan jalan seikhlas mungkin tetapi masih ragu dan sangsi cukuplah semua itu. Ada perkara kena dihentikan dengan baik dan sopan. Barangkali hatinya sudah dilitupi kegelapan. Suatu hari nanti mungkin keadaan berubah. Yang penting masih sudi untuk menanti saat itu. Mungkin juga selamat tinggal adalah ucapan paling sesuai.

Monday, February 21, 2011

Terbang


Kenapa aku takut naik kapal terbang?

1. Kadar kapal terbang terhempas adalah satu setiap 20,000. Memang nampak sangat2 rendah tapi ada sesiapa boleh bagi jamin yang kapal terbang yang kita naik tu adalah terlepas daripada apa-apa risiko? Yang dasatnya bila stat terhempas kadar untuk selamat kurang dari 1%. Sebagai pakej untuk pelengkap mati pulak dalam keadaan ngeri. Silap-silap takda kubur.
2. Kalau lalu ikut lautan mana-mana aku paling risau sebab kalu jatuh dalam laut itu sangat menakutkan memandangkan aku tiada kebolehan untuk berenang. Macam la bila jatuh di daratan aku confirm selamat terkedek-kedek berlari meminta bantuan.
3. Sejak aku kenal astro aku sudah suka citer "aircrash investigation" yang mana kalu tengok setiap siri anda akan dihantui pengalaman terbang yang menakutkan. Lebih parah bila kebanyakan mangsa tak dapat citer kejadian yang sebenar memandangkan semua dah arwah.
4. Aku gayat. Yang ni memang tak dapat nak buat apa so bila beroleng sikit-sikit aku dah stat panik. Tapi mungkin orang tak perasan sebab aku buat-buat tidur, dalam hati rasa macam nak meletup.

Kebelakangan ni bila aku terbang aku akan request seat belakang sebab lebih aman. Kalau flight tak penuh jarang orang nak duk belakang. Yang bawak baby lak biasa duk depan-depan sikit so aku selamat daripada gangguan tangisan yang merimaskan. Lagipon toilet dekat so tak yah jalan jauh2 ala-ala buat peragaan kat semua penumpang. Dulu aku tak berani duk belakang sebab takut jika kapal terbang terputus dua semasa terbang so bahagian belakang akan hilang arah dan jatuh dengan dasatnya. Tapi bila pikir elok-elok bahagian depan pun takdenya mendarat dengan selamat dalam keadaan macam tu, so sama saja.

***aku suka straight forward daripada dalih-dalih yang merimaskan

Friday, February 18, 2011

Hak


Rasanya penolakan aku itu telah diterima dengan berbelah bagi. Tapi paksaan tidak pernah menang secara total dan buktinya ada orang telah pasrah. Luarannya nampak pasrah dalam hati aku tak tahu macam mana. Cuma aku harap mesej penolakan itu telah sampai pada sasaran. Biar tahu. Biar maklum. Faham ke tidak itu bukan bidang kuasa aku lagi. Lagipun aku telah diajar tentang hak. Maka aku guna hak aku untuk menolak. Itu kali pertama aku buat. Mungkin juga jadi kali terakhir. Ironinya aku telah belajar sesuatu yang kabur. Dan aku telah praktis. Aku dah dapat jawapan untuk segala kegusaran hati. Rupanya sangat susah untuk melupakan.

Kuching


Malam tadi baru sampai dari Kuching. Selama duk sana memang banyak berjalan. Lagipon ada insan bermurah hati jadi tourist guide secara free. Kerja pun jadi lebih mudah dan lancar. Kemungkinan untuk sesat mencecah paras sifar. Next time mungkin pergi lagi cuma tak tau bila.

*kawan2 undergrad yang 3-4 tahun tak jumpa...

Sunday, February 13, 2011

Pening

Sekarang memang tengah pening. Pilihan yang ada berjaya buat aku jadi makin bercelaru. Buktinya? Siang tadi aku pergi showroom kereta tengok kereta baru dan berangan nak beli. Dan aku baru sahaja buat pusingan lengkap dari KB-Penang-KL-KT-KB secara solo berkereta. Dalam keadaan biasa aku tak pasti mampu buat ke tidak. Ada bagusnya jugak jadi pening. Dan esok pulak aku terbang ke Kuching. Pening sampai Borneo. Jawapan kena bagi lepas tu.

*ini bukan soal dipinang, dirisik orang...jauh lebih penting daa...

Sunday, February 6, 2011

Terbakar


Ini adalah kisah benar yang berlaku malam tadi sekitar pukul 1130 malam. Rumah belakang ofis aku hangus terbakar. Adat kejadian mesti ada spekulasi. Macam-macam versi daripada kemalangan sampailah perbuatan khianat. Tuan rumah cakap masa tu dia tengah mandi. Makin mandi makin panas so dia naik heran. Rupanya dapur dah terbakar. Jarak sangat dekat dengan ofis, kalau bomba lambat api pasti merebak. Apapun takde kehilangan jiwa. Itu dah cukup bagus. Bukan apa nanti akan keluar cerita hantu pulak. Jadi kes lain.

*dengar kata malam tadi ada orang jatuh longkang sebab berlari dalam kegelapan ke ofis nak selamatkan instrument beratus ribu ringgit sebab salah sangka yang terbakar adalah ofis...