Thursday, June 2, 2011

Sistem Terbaik

Kali pertama sampai ke Vienna dulu, aku langsung tak tahu sepatah pun perkataan German. Dengan sekelip mata aku jadi insan yang buta huruf, terkapai-kapai kebingungan. Bila nak naik teksi aku jadi gelabah puyuh bila tengok semuanya BMW dan Merc yang berkilat, risau kalau naik kot2 bayar tambang sampai bankrup. Semuanya jadi begitu asing bila tak dapat berborak, membaca atau mendengar sesuatu yang difahami. Suara-suara sekeliling hanyalah bunyi tanpa erti, iklan depan mata tak tahu apa benda. Lagi parah di tengah-tengah musim sejuk perlu pula mencari satu tempat yang sememangnya asing dengan peta dalam bahasa yang tak pernah faham. Tapi lepas 2-3 hari dengan sistem yang teratur dan jelas aku sudah pandai baca peta. Tak sesat dah sebab semuanya mesra pengguna, kalau tak paham bukak je tenet dan carik. Senang dan jimat masa. Satu-satunya masalah adalah tak paham bahasa kat sana. Itu aja dan sampai sekarang pun aku masih tak paham. Pastu kat mana-mana tempat di Europe yang aku pergi dah tak jadi masalah, sebab sistem pengangkutan diorg sangat cekap dan mesra. Peta yang pun mudah nak dapat kat mana-mana dan yang penting semuanya free of charge.
Tapi kat KL aku fail dengan teruk. Aku sebolehnya mengelak naik pengangkutan awam sebab banyak sangat masalah. Komuter stop merata-rata. Aircond rosak dah jadik biasa. Tak lama dulu sorg kawan pernah naik LRT dan tetiba stop tengah-tengah perjalanan. Staff LRT suruh semua orang keluar meniti atas landasan sorang-sorang. Kena pulak atas landasan yang tinggi, kat bawah tu perumahan. Sorang akak terlepas handbag atas landasan, nak menunduk ambik balik tapi ditegah sebab takut kena high voltage. Semua orang perumahan pakat keluar tengok orang meniti sebab ingat ada penggambaran Gerak Khas. Aksi stunt ni berlarutan sehinggalah semua penumpang keluar. Yang budak kecik kena dukung ngn kakitangan LRT.
Datang lambat pulak dah jadi perkara biasa, orang sangat ramai dengan segala macam jenis peragut, seluk saku, peraba dan segala jenis makhluk lain. Sebab tu aku fail. Aku prefer berkereta, takpe selalu salah ambik jalan pun itu semua satu proses pembelajaran jugak.

Wednesday, June 1, 2011

Rokok

Sumpah aku tak tahu harga rokok sebegitu mahal rupanya. Sangat tak berbaloi dengan bau busuk, segala toksik dan tiada faedah langsung selain perabis duit. Kalau bukan kerana aku respek kat guru takkan aku tolong dia belikan rokok. Untuk pertama kali dalam hidup aku pergi beli rokok. Walaupun jiwa agak kacau kebelakangan ini, hisap rokok tiada dalam agenda. Mungkin pergi Hong Kong lebih sesuai, lagipon kat sana ada Disneyland.

**tidur sangat terganggu sekarang ~ paranoid~

Monday, May 30, 2011

Hebat

Midnite pertama dan terakhir, tesis siap, skandal dan naik mahkamah..wah ini dah terlebih hebat. Sekian.

Rindu beb...


Kekadang ada rasa rindu. Oh aku masih x mampu untuk lupakan. Masih mencuba. Esok datang lagi satu hari yang baru....

Saturday, May 7, 2011

Tulis

Konon nak submit bulan 3, pastu bulan 4 sekali masuk bulan 5 pon x siap2 lagi. Tulis pun ikut suka hati bila baca masuk bab 1 dah mula panas punggung, bab 2 pening kepala pastu bab 3 terus tutup sebab tak sanggup. Macam mana nak hanta kat bos? Kalau dia pitam pas baca mestilah tragedi menimpa bukan calang-calang.
Sekarang aku faham apa yang dialami Husna. Sampai borneo sana usung semua berbulan-bulan. Patut juga respek kat Arix sebab dah berjaya dengan jayanya. Sangat berbaloi untuk dia. Agaknya senyum sampai pecah otot pipi. Last sekali terus minum teh bunga raya terkenal. Aku andaikan itu hadiah untuk diri sendiri kot. Impian nak grad dengan Zati pulak mungkin tak jadi nyata. Agaknya aku akan ketinggalan keretapi. Zati naik dulu. Tu lah, impian aku tinggi sangat. Setinggi cik abang si Zati yang kabarnya kalu tengok mesti gayat. Sebab tinggi sangat. Gambar pulak sampai sudah tak mahu bagi aku tengok. Aku agak tak boleh masuk gambar sebab tinggi. Boleh tengok badan ja muka tak nampak.
Impian sebelum 35 yang aku cakap kat Hidaya dulu kena pertimbangkan balik. Nasib aku cakap kat dia aja, tupun masa tak berapa waras kot. Kena tanya dia balik keadaan aku masa tu, moga-moga dia masih ingat. Pada firdaus cerita kita pada 26 Mac tu berlaku mungkin sebab aku langgar pantang sebab pergi masa tesis tak siap. Apapun cik Yana yang kat France tu sempat cakap aku ngan hang ni high taste. Saja aku nak report kasi dia berasap kat sana. Lagipon kat sana katanya sesejuk salju.
Sekarang kena buat sampai siap. Sebab dah tak sanggup menunggu dan membuang masa serta duit. Lagipon takde apa yang tinggal untuk dibuang dah. Tahniah!

Monday, March 14, 2011

Cawangan

Bermula dari satu. Dikembangkan jadi dua. Membesar dan membesar dengan pantas. Tidak pernah mengecut. Sangat pasti itu tidak pernah berlaku. Sejajar dengan masa, makin berkembang mengikut janjang geometri. Pada masa gawat pun masih mampu mencatatkan pertumbuhan positif dua angka. Pada kemuncaknya telah melimpah ruah sehingga terpaksa dikecilkan saiz. Sesungguhnya pengecilan itu tidak mampu menyaingi pertumbuhan yang luar biasa.
Sehinggalah beberapa ketika kebelakangan ini cawangan bertambah lagi kepada dua. Satu masih di kawasan berdekatan tapi yang satu lagi nun jauh di ibu kota. Sekarang jadi empat. Risau. Takut jadi lapan dan enam belas sehinggalah seterusnya. Bila akhirnya mahu berhenti? Masih tiada tanda-tanda itu. Akhirnya kat mana aku nak duduk?

Wednesday, March 9, 2011

Buta Tuli

Seorang buta yang sedang dalam perjalanan ke suatu tempat biasanya tidak ada gambaran langsung tentang tempat tujuannya itu. Mana mungkin dia tahu mengenai semua benda dan perkara yang belum pernah dilihatnya untuk sepanjang hayat? Manusia yang normal pun sentiasa silap gambaran antara bayangan dengan realiti. Semuanya disebabkan oleh suatu kekaburan akibat cetek ilmu dan pengalaman.
Dengan kekurangan yang ada itu ada baiknya insan yang buta tadi menanamkan sedikit kepercayaan pada orang lain untuk membantunya mencari arah yang dikehendaki. Sekiranya sudah ditunjukkan jalan seikhlas mungkin tetapi masih ragu dan sangsi cukuplah semua itu. Ada perkara kena dihentikan dengan baik dan sopan. Barangkali hatinya sudah dilitupi kegelapan. Suatu hari nanti mungkin keadaan berubah. Yang penting masih sudi untuk menanti saat itu. Mungkin juga selamat tinggal adalah ucapan paling sesuai.